Wednesday, 29 April 2015

7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

Assalamualaikum..

Impian MD adalah hendak berhenti makan gaji dan bekerja dari rumah.


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


Hm.. MD rasa, bukan MD seorang, boleh kata semua ibu-ibu berkerjaya impikan begitu. Seperti satu kepuasan dapat bekerja di rumah sambil membesarkan anak-anak di depan mata sendiri.. Betul tak?


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


MD sering rasa tekanan bila pagi-pagi kadangkala lambat masuk pejabat, atau ada yang perli berniaga di pejabat, politik pejabat, kerja luar yang memenatkan, anak sakit tapi ibu susah nak cuti atau ambil mc, esok anak sekolah nak di atur macam mana, siapa nak hantar, siapa nak ambil, nak transit mana, duit upah mengasuh lagi dan segala macam masalah. *Tarik nafas panjanggg, hembusssss...* Penat sangat rasa. Tu tak dikira lagi, seharian di pejabat, balik rumah tak sempat nak letak beg kemas barang, si kecik nomey dah jerit-jerit mintak 'candu' dia..

MD yakin, korang yang bercita-cita nak bekerja di rumah pun, mesti ada sebab musabab tersendiri untuk membuat keputusan tersebut. Betul tak? Tak de nya saja-saja nak berhenti kerja tak bersebab.

Tapi sebelum nak berhenti kerja tu, adakah korang dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhenti? Sudah buat perancangan jangka pendek dan panjang?

Haa... Meh tengok dulu tips dan persediaan yang MD dah listkan yang korang WAJIB kena ambil kira..

1. Langsaikan Hutang!


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

Tanya lah mana-mana ibu bekerjaya, halangan utama untuk berhenti kerja adalah HUTANG! Betul kan?


  • Senaraikan hutang.

Jadi, perkara ni memang sangat utama.. Listkan hutang-hutang yang anda ada. Dari sebesar-besar beban hutang seperti contoh rumah, kereta, pinjaman peribadi, PTPTipu, kad kredit, Courts Mammoth, Aeon Credit, ah long (ada ke?jangan buat pasai oii) sehingga ke sekecik-kecik hutang seperti hutang buku 555 di kedai runcit Siva.. haha..

Bila dah listkan, susun ikut priority mana yang nak di selesaikan dahulu. So, buat pulak perancangan. Peruntukkan sejumlah wang dari duit gaji atau business sampingan korang setiap bulan untuk membayar hutang. Makna kata, bayar double lah tiap bulan. Kalau selalu korang bayar RM100, doublekan jadi RM200 atau lebih. Lebih cepat hutang-hutang anda habis, lebih kurang anda kena menyapu rambut-rambut yang bertabur berguguran.. kih kih kih..

Tapi, bila dah habis tu, jangan la pulak gi gatai tangan buat pulak lagi hutang. Sebat tangan tu nanti.. haipp!!

  • Rendahkan komitmen kewangan.

Macam MD, memang dah listkan siap-siap. So planning nya, by the time nak hantar surat berhenti kerja tu, MD hanya tinggal 1-2 sahaja hutang contoh nya rumah ke kereta ke..

Supaya tiap bulan, MD tak de pening kepala nak bayar hutang ribu-riban. Buat business, hanya sebahagian kecil sahaja untuk bayar hutang. Selebihnya MD masih boleh buat saving kecemasan dan masa depan dan pusing balik modal business.

2. Sediakan Payung Sebelum Hujan.


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

Haa.. gittew..

Korang... ni MD nak bagi nasihat. Dan juga pendapat. 

Kalau nak berhenti kerja, jangan terus berhenti membuta tuli. Jangan ikut hati. sediakan payung sebelum hujan. Cari back up plan kewangan korang awal-awal.

Di zaman yang serba mencabar dan berduit ni, kalau bergantung pada seorang sahaja, tak mencukupi. Bantu suami untuk bantu diri sendiri. 

MD bagi contoh diri sendiri, MD sangat pulun buat business Shaklee ni. Kuatkan base, luaskan jaringan network dan sebagainya. Supaya bila berhenti esok, MD masih boleh menikmati gaji seperti sebelum berhenti. Sangat bahaya kalau dah hujan baru terhegeh-hegeh nak cari payung. Sebab kemungkinan besar anda akan lost.

Nasihat ini juga applicable bukan sahaja pada yang nak berhenti kerja, tapi juga kepada yang memang tak berniat nak berhenti kerja dan surirumah juga khas nya.

Kita tak tahu perancangan Allah. Mungkin sekarang, pasangan kita masih menjadi milik kita. Akan datang, kita tak tahu. Mungkin pasangan kita sakit (yang tak lagi boleh bekerja), atau si dia diintai orang lain, atau juga si dia di jemput oleh Nya. Ini adalah pemerhatian MD sepanjang bekerja dengan JKM. Kesian. Bantuan kerajaan tak banyak mana, tapi tanggungan nya banyak.. Macam mana? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Sekarang ni ada macam-macam business yang boleh dilakukan. Start now. Jangan tungu-tunggu. Kalau nak tahu cara berniaga dengan modal ciput, boleh whatsapp MD. Tapi pengerasnya tinggi.. Haha.. Pengerasnya adalah hati yang kental dan usaha tanpa jemu untuk berjaya! Haa... Jika anda ada ciri-ciri berikut, maka anda adalah Ramli yang kami cariiii... (ok, tak kelakar)

3. Buat Simpanan


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


Korang kena start buat saving sekarang. Saving kecemasan. Jumlahnya adalah setahun pendapatan korang. Lebih banyak lebih bagus.

Lagi bagus kalau korang ada insurans. Bukan kata hospital kerajaan tak bagus. Bagus jugak. Tiga-tiga anak MD lahir di hospital kerajaan. Layanan 5 bintang MD terima. Terkurang sikit-sikit tu biasa. Mereka bukan robot. Alangkan mesin pun boleh jam, apa lagi manusia.. ye dokk?

Tapi, penyakit sekarang ni pelik-pelik. Dengan pencemaran, pemakanan tak seimbang, gaya hidup tak sihat dan segala macam tok nek, tau-tau penyakit yang dapat semua dasyat-dasyat. Yang kos rawatan tinggi. Kalau ada insurans tu, boleh la insurans cover. Boleh selesa sikit duduk di hospital swasta ada aircond tak bersesak-sesak satu wad.

Lagi fantastic dan masanya juga sangat sesuai berhenti kerja adalah apabila pendapatan business anda sudah melebihi gaji bulanan yang diterima. Dan juga STABIL. Kalau masih ada naik dan turun, itu belum stabil.. 

4. Rancang Perjalanan Business


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

  • Back up plan
Kena sentiasa ada back up plan. 

Kalau ikutkan pengalaman setahun jagung MD ni, business ni ada seninya. Bukan boleh main hentam semberono, pasang stall susun barang atas meja pasang speaker, laung kuat-kuat --> Shaklee.. shaklee.. shaklee.. GLA buy 6 Free 1. Mai.. mai.. mai.. Harga terlajak murah.....

Pelbagaikan teknik jualan. Bukak booth. Buat perniagaan atas talian (online). Buat FB, FB page, blog, ig, dan segala macam bentuk promosi. Plan A tak menjadik, ada plan B. Jangan tunggu tak jadik baru nak hegeh-hegeh rangka plan B. Lambat cik kak oii...

  • Bina rangkaian/network
Luaskan jaringan atau network anda. Kenapa kena ada network? Abis kalau tak ada network, siapa nak beli dari korang? Ye dok? 

Sebab tu network tu penting. Macam mana nak luaskan network? Haa.. yang tu kena jadi anak business MD. Semua tips-tips RAHSIA akan MD kongsikan di group RAHSIA. Malah, upline-upline di atas MD iaitu Mama Chrysalis Nurul (Butterfly) --> Master Hadhatina (Your Supermom) --> Master Lyna Noh (iReach) --> Master Cery (Jutawan) adalah sangat TIDAK LOKEK untuk membantu anda, memberikan tips dan menyebarkan aura-aura dan caj positif. Kalau aura tu tak sampai pada korang, kena audit semula diri tu..

5. Tanya Diri Sendiri.


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


Tanya kepada diri anda sendiri. Tapi, kalau rasa tanya tanya diri sendiri tu tak cukup meyakinkan, tanya orang lain jugak samada anda mempunyai tokoh sebagai seorang pemilik perniagaan atau pun tak. 

Kena tahu, Anda sudah berhenti kerja. Tiada lagi pendapatan. Bila anda memilih untuk bekerja sendiri dari rumah, anda harus lah menetapkan matlamat, disiplin diri, keyakinan yang tinggi untuk menghadapi sebarang bentuk risiko tertentu, sanggup untuk ‘memasarkan’ diri dan perniagaan anda, dan etc etc etc.. Ini adalah ciri penting seorang usahawan.

Dalam masa yang sama juga, kaut peluang untuk menghadiri seminar perniagaan dari mentor-mentor macam Irfan Khairi ke, Puan Ainon Ahmad ke.. Or rasa tak cukup motivasi diri, pegi seminar Dr Azizan Osman. Ini adalah sangat penting. Dan sebagai manusia biasa yang selalu terlalai dan tersasar, motivasi dan ilmu-ilmu begini WAJIB di recharge selalu. Supaya harapan anda nak jadi Jutawan Muslim itu tidak lah tinggal harapan. Kata orang putih, hot-hot chicken shit. hihi..

6. Dapatkan Restu Keluarga




Ini memang sangat penting. Bincang dengan pasangan dan keluarga berkenaan dengan impak berhenti kerja dan bekerja sendiri (memulakan perniagaan). Sebabnya, korang bukan hidup sorang-sorang. Masih ada pasangan dan keluarga. Ada suami/isteri yang hendak dibantu/atau di sara. Ada anak-anak. Ada mak ayah yang hendak di hulurkan duit setiap bulan.

So dapatkan restu dan sokongan dari mereka. Kalau boleh suami isteri bersama-sama bergandingan bahu, hasilnya adalah lebih manis. 

Korang akan sentiasa memerlukan apa sahaja jenis sokongan yang ada sehingga perniagaan yang korang jalankan dapat berdiri sendiri dengan stabil.

Suami-suami sado, kalau isteri nak buat business tu, jangan lah tunjuk langsi sangat. Isteri ngadap handphone tu bukan sebab ada skandal pulak. Tapi diorang tengah cari duit. Diorang tu nak tolong korang jugak.. Boleh lepas pampers susu anak pun dah lega kan? Betul tak? Susu pampers pun mahal oii.. 

Jangan lupa, mintak pasangan dan mak ayah (termasuk mak ayah mertua) untuk sokong, dan DOA kan kejayaan korang.

7. Manfaatkan Insentif Syarikat


Tips yang ini MD tengok di www.ehomemakers.net. Ni benda baru juga pada MD sebab MD tak tahu. Macam MD, pekerja sektor kerajaan. Kena tahu mengenai prosedur untuk berhenti kerja. Dan apa insentif yang kerajaan beri kan. 

Tapi kalau bekerja swasta, ada setengah syarikat ada syarat-syarat tertentu sebelum berhenti. Entah lah. MD kurang pasti tentang ni.. Ni MD ambil dari artikel tersebut. 

Jika terdapat pelan kebajikan syarikat, kaji samada nilainya akan bertambah dan samada anda mungkin akan menerima imbuhan darinya dan bilakah waktunya.

Jadualkan rutin pemeriksaan fizikal, pergigian atau mata yang lazimnya ditanggung oleh insuran kesihatan syarikat tempat anda bekerja. Tentukan jumlah kos pemeriksaan kesihatan tersebut sekiranya anda perlu membayarnya sendiri.

Kemaskini rekod rujukan anda. Sekiranya majikan anda pernah memuji anda kerana telah melakukan kerja-kerja pejabat dengan baik, tanyakan kepadanya samada beliau boleh meletakkannya dalam bentuk tulisan supaya anda boleh meletakkannya didalam fail anda (jika ingin bekerja semula di masa akan datang).

Hadirilah mana-mana kursus, sesi latihan dan sebagainya lagi yang dibayar oleh majikan anda yang mana boleh digunakan didalam perniagaan anda dimasa hadapan.


Haa.. tu dia 7 tips yang MD rasa sangat penting dan sangat membantu korang untuk berhenti kerja. MD dah mula. Dah letak target. Tulis dalam diary besar-besar. Hari-hari bukak untuk ingatkan diri, kenapa MD KENA BUAT BUSINESS SUNGGUH-SUNGGUH!

Jangan lupa, doa pada Allah setiap waktu supaya Allah mudah kan urusan korang untuk berhenti kerja. InsyaAllah, niat yang baik tu Allah akan mudahkan..

............................................

NotaKaki : Tercari-cari business apa yang mahu di buat untuk menampung kehidupan? Hubungi MD sekarang.. Whatsapp 013-5818283..


MD

No comments:

Post a Comment