Semalam kalau korang scroll newsfeed FB, mesti korang tahu, para Distributor Shaklee dah gaji.. Alhamdulillah, tengah bulan tengah sesak masuk gaji, rasa boleh bernyawa balik! Haha.. Over. Tapi kalau dah sebulan 2x gaji, tak ke seronok tu?!
Tiap kali bonus masuk, MD mula rasa syahdu. Dari 2012, Shaklee tak pernah lagi gagal untuk bayar bonus kami. Banyak ke sikit ke, bergantung kepada tahap kerajinan buat kerja. Agak malas, jangan merungut dapat sikit atau tak dapat langsung! Rajin kalu, memang masyuk.
Sistem Shaklee sangat adil. Tak ada istilah, upline duduk goyang kaki makan bonus anak-anak.. Lepas tu tak payah dok gatai nak buat loan bagai semata nak bonus ribu-riban. Buat nya korang salah taktik dan teknik, menanggung la hutang.. Yang stok dah beli tu, lambak bawah katil.. Isk.. isk.. isk..
Teringat petang semalam ke Econsave Jawi, beli susu anak-anak dara. Masuk-masuk pintu, ada 2 orang perempuan sekat. Tanya ada tak Aeon Credit. MD ni terpinga-pinga, jawab la ada. Tanya macam-macam la.. beli apa, berapa lama, buat bila, sebulan berapa.. Bila di tengok muka MD dah tukar kaler, baru depa tanya, 'akak nak tak, buat Aeon Credit dapat income sampingan?'
MD tetiba jadi kaget. Eh.. cemana tu? Rasa macam malas nak dengar tapi, dua orang perempuan ni seperti agak 'memaksa' bawak ke meja untuk dengar penerangan.. Bila dah duduk, baru mukadimah tapi MD rasa macam nak terbalikkan meja je!
Ape tak nya, depa nak suruh kita buat loan dengan Aeon Credit untuk jadi modal business 'barang kemas saduran' ni. Hoi.. barang dia pun MD tak boleh pakai, nak suruh beli lambak-lambak pulak. Jawapan senang je, 'akak tak payah pakai. Akak jual pada orang. Nanti bulan pertama company bayar bonus, dah boleh cover bayaran pertama Aeon Credit. Bulan ke depan-depan, akak rolling la balik'.. Ewahh.. selambe je kau bercakap ek.. MD terus direct cakap, 'maaf lah. Saya struggle nak clear hutang, ni awak nak suruh tambah pulak hutang zaman-zaman GST ni! Mintak maaf la.. Memang tak la..'
Melampau kot. Memang, MD tahu, mana ada bisnes yang tak ada modal. Buat Shaklee pun ada modal. Tapi carilah yang 0 modal atau pun modal yang paling rendah. Jangan buat lambakan stok. Test market dulu tengok ada permintaan ke tak. Kalau ada baru la keluar modal beli. Kalau tak ada, jangan cari penyakit!
Eh.. Emosi pulak rasa.. Haha..
Anyway semalam lepas balik kerja, rasa dah lama tak makan sedap dengan CM dan anak-anak. Sedap tu makna nya makan di luar. Sejak beranak 3, jarang sangat kami makan di luar. Samada masak atau beli bawak balik. Dah 3 kan, masing-masing dah banyak akal.. Jenuh juga nak control.
So, lepas Maghrib kami anak beranak ke Giant Kulim. Tuju Dominos Pizza. Tengah-tengah order bertembung dengan Asilah Azmi, suami, adik dan anak bujang nya. Pun nak reward family juga makan Dominos.. hihi..
Ni Aunty Mar tangkap gambar Aus Akram dengan kamera iphone 6 dia.. Amboii.. ini buat MD teruja ni... Clear kemain.. sesuai untuk MD yang suk selfie nih.. Kena menabung la dari sekarang!
Alhamdulillah.. dengan hasil dari business part time ni, kami boleh tampung mana-mana belanja yang kurang. Nak beban kan suami sorang, rasa macam kesian jugak.. Berat sama pikul, ringan sama jinjing la kan..
Moga bulan-bulan ke hadapan, business Shaklee MD semakin maju. Tidak lupa pada anak-anak business jugak. Kejayaan MD tak bermakna kalau mereka tidak berjaya..
Terima kasih kerana banyak support MD..
No comments:
Post a Comment