Hihi..
Tajuk macam ko blogger otai je kan nak buat review bagai..! Hahaha.. Tapi macam berkenan nak buat entry pasal Taska yang MD hantar bebudak nih.. So kalau korang yang berada sekitar Kulim High-Tech ni tengah cari Taska tu, meh baca sampai habis review Taska Al-Raihah dekat Kulim Utama nih.
Entry ni tidak dibayar oleh owner. Entry ni adalah entry dari MD sendiri. Sebab masa tengah survey Taska, susah nye lah nak cari orang buat review taska-taska ni.. Kita pun last-last gamble je hantar anak kat taska memana pun tak pe. Janji anak ada tempat nak hantar dan kita boleh masuk kerja..
Hujung bulan 12 lepas, rasanya banyak sangat isu pasal taska, penderaan, kematian dan sebagainya. Sebagai mak (dan mewakili ayahnya sama) memang rasa macam ngeri nak bayangkan perkara tu berlaku pada diri kita. Menyebabkan rasa macam fobia nak hantar anak ke Taska..
Tapi, usaha mencari pengasuh yang sesuai tak jumpa langsung. Ada yang nak ambil tapi, kena pulak dia nak pegi bercuti lak.. Adoi.. Sangat susah hati.
Sampai 1 hari, ada sorang kawan suggest Taska Al-Raihah, di Kulim Utama. Katanya berdaftar dengan JKM dan yang terbaik di kawasan yang berdekatan dengan kawasan umah MD, Kulim High-Tech.
Maka, MD pun round la taman Kulim Utama tu.. Taska pertama yang pi, staff macam tak mesra langsung. Tuan Taska pun tak ada di lokasi kejadian.. ish..
Kebelakang sikit, nampak Taska Al-Raihah ni.. Owner nya, Kak Ayu, sangat friendly. Jemput masuk. Tengok-tengok dalam Taska. Nak jadi cerita Akram yak-yak lak di Taska. Mak Mertua kata, orang cakap tu tandanya budak rasi dengan tempat tu.. hihi.. tak tahu la.
So panjang cerita di pendek kan, dah masuk bulan ke5 hantar diorang. Nasywa pun bila cuti sekolah, hantar situ jugak. Anak-anak seronok. Awal-awal je diorang demam, selsema, batuk. Ambil masa nak rasi kut kan. Tapi, masuk bulan ke3 nampak masing-masing dah semakin baik. Semakin happy.
Apa yang MD sangat suka dengan Taska ni adalah...
1 - Berdaftar dengan JKM
Masa tengah survey taska dulu, memang ini perkara yang ditanya dahulu. Ada tak kelulusan JKM? Kalau tak de, makna cari lagi.
Kenapa penting sangat Taska yang berdaftar ni? Sebabnya, jika berlaku apa-apa (nauzubillah) pihak JKM akan turut sama membantu. Maknanya, jika atas kecuaian pihak Taska, kita boleh ambil tindakan. Tapi, bayangkan kalau tak ada kelulusan? Nak ambil tindakan macam mana?
Lagi pun, Taska yang berdaftar ni, pengusaha dan staff sudah di latih dan di hantar berkursus. Maksudnya ada asas bagaimana cara nak handle anak-anak kecil. Macam mana nak uruskan EBM.. Macam mana itu.. Macam mana ini.. Dan diorang ni ikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JKM. Bukan boleh suka-suka cinai je tau..
2 - Keselamatan
Alhamdulillah, Taska ni tahap keselamatan anak-anak sangat di titik beratkan. Masa lawatan mula-mula dulu, taska ni memang kosong je. Sebab kalau dah banyak perabot, paham saja lah.. Tara anak kita yang dua tiga ketul tu pun jenuh nak kepung supaya tak buat pelik-pelik yang bahayakan diri, ini kan pulak kalau dah ramai ni.. lagi la kena jaga.
3 - Kebersihan
Part ni, mak mertua MD yang perhati. MD ni, walaupun kerja dengan JKM, pi lawatan ke rumah orang tu teliti sangat tengok sana sini, tapi bila kena kat diri sendiri, nak hantar anak sendiri, jadi tak teringat pulak nak tengok.
Tapi mak tengok sampai ke dapur. Mak kata bersih. Tak ada la pinggan berlambak dalam sinki tak basuh-basuh.. Bilik air pun bersih. Lantai pun tak ada la berasa melekit ke berminyak ke..
Alhamdulillah memuaskan hati.
4 - Pengasuh Yang Penyayang
Yang ni setelah MD hantar, dalam sebulan gitu, tengok Zahra dan Akram serasi dengan pengasuh nya. Nasywa tu tak payah kira sebab dia memang mesra alam sangat dengan semua orang. Haha.. Mulut banyak menurun sapa tak tau!
Especially Zahra lah. MD paling bimbang dia.. Sebab dia ni manja ibu. Manja sangat-sangat. Akram tu, insyaAllah boleh adapt dengan situasi sebab dia kecik lagi. Tapi Zahra ni beso dah.. Bukan nak dengan orang sangat. Tapi bila lama-lama nampak dia pun dah manja dengan cikgunya tu, rasa lega dah sangat..
5 - Owner Yang Sangat Baik
Bab ni MD sangat puji Kak Ayu ni. Sangat baik dan fleksibel. Malah mudah di bawa berbincang.
Alhamdulillah.. Takut juga kalau tak serasi or garang sangat ke kan, jenuh juga nak cari keserasian.
Dia pun majikan yang baik. Bukan setakat anak-anak dia jaga tapi, pekerja dia pun dia jaga. Syok-syok je dia bawak pekerja dia pi shopping la pi berjalan la..
6 - Banyak Aktiviti
Kak Ayu dan cikgu-cikgunya rajin bawak budak-budak ni buat aktiviti..
Macam hari tu pegi Balai Bomba KTC, pegi pasar pagi, aktiviti mewarna, tampal cantum la apa la.. Korang tengok sendiri gambar yang MD ambil dari FB Taska Al-Raihah ni..
Ni kalau kat rumah, MD dah amukan kot gamaknya.. Hahaha.. Tak larat nak ngemas weh.. Tapi mujur ayahnya tak cakap banyak tengok rumah sepah..
Dekat padang depan taska..
Anak dara ni memang suka merajuk. Cepat nau sentap hatinya kalau ditegur..
Pegi ke Balai Bomba
Ni Kak Ayu.. Bawak depa ni pegi pasar pagi
Bawak pegi beli buah..
Haa.. Best kan.. Kita tengok pun teruja.
So mommy and daddy yang tengah survey Taska tu, mungkin boleh consider Taska Al-Raihah dalam list korang. Taska ni terletak di Taman Kulim Utama, Kulim. Or korang boleh call / PM Fb Taska Al-Raihah ni.
MD doakan Kak Ayu dan Taska Al-Raihah terus maju. Terima kasih sebab menjaga anak-anak MD dengan baik.
No comments:
Post a Comment