Tuesday, 21 April 2015

Tayar Kereta Pecah Kome Weh!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. thumma Alhamdulillah.. Allah sayang kan kami sekeluarga. Allahuakbar..!! Tak tergambar rasa hati ni malam tadi bila kereta langgar pembahagi jalan dan berpusing 360°.

Kami semalam sampai ke KL dalam pukul satu pagi macam tu. Masa CM keluar tol Jalan Duta, MD tersedar. Dan kemudian terlena balik.. Tapi macam tidur-tidur ayam.. Telinga ni masih dapat menangkap mak bercakap dengan CM.

Kemudian MD macam tersedar. Bukak mata, tengok CM tengah masuk ke susur nak ke Bukit Damansara. Tiba-tiba terasa kereta macam tak bergerak ke depan tapi macam ke kanan nak tuju ke pembahagi jalan!

MD cepat-cepat tegur CM, kot la dia ngantuk ke kan. Tapi tak. Dia pun tak boleh kawal stereng kereta. Macam membuang ke kanan. Tiba-tiba langgar pembahagi dan kereta berpusing 360°! Berlaku dengan sangat pantas!

Allah! Memang pegang erat Akram dalam pelukan dan Azzahra yang tidur di riba MD. Nasywa pulak lena di belakang dengan mak. Alhamdulillah, tak ada kereta waktu tu. Dah pukul 1 lebih time tu.

CM berhenti tepi, turun tengok kereta. Bumper depan sikit je calar bergaris bawah tu je. Teruk lagi kesan hentam anjing yang nak bunuh diri setahun yang lalu..hihi.. Tapi tayar memang pecah! Tayar baru tukar sebulan kot..


Rasa menggigil. Dari jauh, hujung selekoh tu nampak satu anak muda berlari-lari ke arah kami. Muda lagi. Bawak walkie talkie pulak. MD dah pelik. Mai mana pulak mamat ni. Tiba-tiba ada..

Mamat tu tak tau la bercakap apa dengan CM di luar. Dengar CM call anak buah nya panggil datang. MD ni berani kan diri keluar kereta tengok tayar. Lutut ni berasa macam jelly. Lembik je rasa. Gigil nak berjalan. Buat-buat gagah je pusing tengok kereta.

CM decide nak tukar tayar spare. Mamat ni pun agak nya kesian kut kan tengok kami dengan family dan anak kecik, dia pun tolong la CM tukar kan tayar...

Bila dah sudah tengok dia pegi gitu je. CM pun agak nya terlupa nak bagi dia duit upah gamak nya. Terima kasih buat anak muda tu. Nak tangkap gambar dia tapi malu pulak.. hihi.. MD harap anak muda tu memang jujur orang nya.. Moga Allah membalas jasa nya. Anak buah CM kami suruh dia tunggu di rumah je. Mujur lah rumah dah tak jauh. Kami teruskan perjalanan, bawak lebih perlahan.

Rupanya Kak Ya (kakak CM) beritahu situ memang selalu eksiden. Orang tabur paku la minyak la batu kerikil la.. Nak cari duit dengan cara kotor macam tu.. Allah. Seriau dengar nya. Harap-harap tayar kami yang pecah tu bukan di sebabkan oleh kerja anak muda tersebut.

Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada kami. Allah masih lindungi kami..

Pagi ni CM pi beli tayar baru. Kata nya memang kesan paku. Tak pe lah.. Redha dengan apa yang dah jadi. Ada mesej yang Allah nak beri. Muhasabah diri semula..

Satu pengajaran pada kami, JANGAN BAWAK LAJU! Berhati-hati semasa memandu tu. Kita tak boleh jangka benda yang tiba-tiba jadi macam ni. So just imagine kalau kita bawak laju apa jadi pada kita agak-agaknya kan?!

Yang paling penting, SPARE DUIT UNTUK EMERGENCY begini. Alhamdulillah ada duit bonus Shaklee tengah bulan hari tu. Kalau tak menggagau jugak kot nak tunggu gaji 23hb.. ehhh.. sehari dua lagi punnnn, haa.. mau tau la kan.. Bukan paras idung dah tapi dah nak mati lemas kot kan.. haha..

Nak buat bisnes Shaklee? Whatsapp MD di 013-5818283. MD akan guide..

Till then, take care tau uolls.. bawak kereta jangan laju-laju. Ingat orang tersayang..


MD

No comments:

Post a Comment