Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. hari ni hari sukan tadika Menara Gading, tadika kakak Nasywa. Ibu pun sebenar nya last minute baru tahu ada sukan.
Minggu yang dapat tahu tu, sebelum nak cuti panjang nak ke KL dan balik Ipoh. After diskusi dengan incik ayah, maka incik ayah setuju nak ke sukan tadika dan bagi peluang pada Nasywa join aktiviti tadika..
So di sini lah kami hari ni melapangkn masa, di Padang Kompleks Penjara SPS, untuk support kakak Nasywa bersukan.. Ibu dan ayah adalah orang yang paling excited. Hihi.. anak sulung kan, pertama kali lak tu anak bersukan..
Game Nasywa ada 3. Yang pertama tu bom belon. Tapi awal-awal dah kalah sebab bom pecah.. haha.. Ayah yang pegi teman. So tak tahu siapa yang bagi pecah.. time ni Nasywa dah mula meragam sikit. Cuaca dah mula nak panas..
Masa tunggu game kedua, iaitu pakaian beragam kut, ibu tak duduk bawah khemah. Adik Akram dah mengamuk-ngamuk panas. Zahra pun dah boring.. So ibu naik duduk atas tempat berbumbung.. panggil apa ya? Lupa pulak nama nya apa.
Gambar atas tu Zahra yang tangkap.. tak sangka dalam dia duk main handphone ibu tangkap gambar sana sini, rupa nya ada jugak kenangan kakak tengah beratur nak masuk padang.. bila ibu zoom kan baru perasan. Budak perempuan yang jalan belakang sekali dalam gambar.. Jalan tunduk-tunduk muka stress.. haha..
Dari jauh ibu nampak bertolak-tolak ayah dengan anak.. haha.. Tapi memang sangat fun nampak Nasywa berlari terkedek-kedek bawak cekak nak hiaskan kawan. Hihi.. Rumah Merah, rumah Nasywa menang no 1 untuk game tu..
Tapi elok lepas game tu incik ayah whatsapp tanya nak balik ke tak sebab Nasywa dah meragam kepanasan.. minah tu memng menurun ibu.. Tak boleh panas sikit mula menggelisah..hihi
So ibu bagi tahu cikgu, dan kami pun gerak balik pukul 11.30 lebih. Singgah Jusco Alma. Hajat hati ibu nak belanja laksa seringgit dan ABC milo tabuq di Kg Sg Buaya.. Tapi incik ayah tak berapa selesa sebab lalat terlampau banyak di tempat kejadian..
Itu lah cerita hujung minggu kami.. Apa cerita hujung minggu kalian? Kongsikan ya di ruang komen..
No comments:
Post a Comment