Saturday, 17 January 2015

Selamat Hari Lahir Alya Annasywa

Assalamualaikum..

Bersiaran di negeri kelahiran MD.. hihi.. Semalam usai kerja, bergegas pulang ke rumah bersiap untuk balik Ipoh. Lama sungguh tak balik sini sejak November 2014 yang lepas. Apa pun, entry kali ini bukan nak cerita pasal balik Ipoh tapi khas untuk anak dara sulung MD.. Alya Annasywa.

Hari ni.. 17 Januari 2015, Nasywa genap 4 tahun. Dari saat ibu melahirkan kamu pada 17 Januari 2011 yang lalu, kamu banyak ajar ibu dan ayah untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik.

Ibu tercari-cari entry cerita kelahiran kamu, tapi ibu tak jumpa. Ibu ingat ada mencatatkannya. Tapi mungkin missing masa proses upgrading blog ibu ni.

Perasaan ibu hari ni macam berbaur antara happy dan terharu.. Betapa cepat nya kamu membesar. Rasa macam kamu masih lagi our little girl. 



Saat kamu baru di lahirkan pada 17 Januari 2011 di Hospital Besar Ipoh.


Ayah punya kerja. Usia kamu baru beberapa hari..


Kamu berusia dua bulan. Semua geram dengan pipi labuh kamu.


Saat kamu belajar meniarap.


Bila tak duduk diam dalam car seat.


Nak berblogging dan berbisnes online macam ibu.


Bila tak sihat. Kesian sayang ibu.


Punggah beg di rumah Tok Teh Pah pada Hari raya 2012


Suka beno main dengan tudung saji ibu.


Bila dah boleh berjalan ligat. Di Cameron Highland - family day office ibu. 2012.


Bakal ustazah. Seronok boleh pakai tudung ibu.


Naik motor dengan ayah. Nampak muka excited. Tak yah nak excited sangat. Tunggu ayah beli motor EX5 baru boleh nak berjalan naik motor dengan ayah.


Jalan depan rumah lepas ibu balik kerja.


Buat projek dengan Angah. Jahanam foundation stick ibu baru beli.. Grrr...


Raya 2013 - Kg Sg Seputeh, Selama.


Dah pandai pilih kasut sendiri. Dah tak minat selipar pilihan ayah. Persediaan raya 2014.


12 Januari 2015. Kakak mula bersekolah di Tadika Menara Gading, Sg Bakap. Kesian kamu, terpaksa ikut ibu sejam tiap kali pergi dan balik sekolah. Sabar lah nak.. Doakan ibu dapat tukar daerah Kulim lepas ni. Belum rezeki ibu lagi.


Kacau kawan ibu buat kerja.

Alhamdulillah.. Anak ibu membesar dengan sihat, sedikit nakal, selalu buat darah ibu ayah naik dek kerana sel-sel otak berhubung sangat pantas, but still penyejuk hati kami. Selalu buat kami tersenyum bila lihat gelagat lucu kamu.

Ibu dan ayah doakan kamu membesar menjadi insan berguna. Yang akan mendoakan kami bila kami tiada nanti. Yang sentiasa menjadi tempat kami belajar menjadi ibu bapa yang terbaik buat kamu  dan adik-adik. Yang akan menjadi pelindung buat adik-adik. InsyaAllah, kamu akan menjadi Hafizah besar nanti.

Ibu dan ayah sayangkan kakak sepenuh hati kami. Selamat hari jadi yang ke 4 tahun sayang. Nanti malam kita makan kek ye..
MD

No comments:

Post a Comment