Semalam CM tiba-tiba mengidam ajak makan Western Food! Tanya MD lak, memang ok la kan.. Beresss.. Selalu makan kat kedai Siam dekat-dekat area rumah je.. Ni ajak makan Western, memang seperti mengantuk di sorongkan bantal lah..
So lepas Maghrib kami keluar. Ingatkan makan dekat dengan Tabung Haji Kulim tu.. Apa tah nama kedai tu.. Sekali tengok tak belok pun kot tu.. Dia terus ja.. Heran jugak. Tengok-tengok berenti dekat depan kedai Chef Det. Tak pernah lagi makan kat sini.. Nampak kedai macam best je..
Credit to Jalan Rebung |
French Fries budak-budak ni sangat biasa.. Mc Donald punya sedap lagi kot. Mushroom soup pun macam hmm... Boleh laa..
Bila sampai hidangan kami, ibu dan ayah ni, rasa cam wow! Macam sedap jek..
Ibu punya. |
Ayah punya |
Air pulak sampai dalam mug besar! Rupa nya CM pegi tukar.. Kembong perut minum ayor aje..
Rasa pulak... Hmmm.. Mushroom sos dia masin. MD memang kuat masin tapi ni macam masin sangat lak.. Huhu.. Ayam nya ok jugak, boleh tahan. Yang CM punya sedap jugak.. Anak-anak makan habis semua.
Personally rasa macam idok le sedap giler2.. Setakat boleh la janji kenyang perut.. Next time kalau pegi mungkin order benda lain kot..
Apa pun, Alhamdulillah. Kenyang sangat malam tu sebab terlampau kenyang dan penuh air dalam perut.. Malam tu tak tau berapa kali bangun kencing. Sebelum tido tu memang siap-siap telan HerbLax. Kasi flush out esok nya.
Pagi ni rasa ringan sangat-sangat badan..
Oh ya, By the way.. MD x de la kata x sedap langsung. Berbanding dengan yang pernah makan kat tempat lain sebelum ni, Restoran Chef Det ni ok lagi..
Kalau nak pegi, kedai dia dekat Kelang Lama, Kulim. Berhadapan dengan Bank Muamalat tu. Bank belah kanan, kedai tu belah kiri.. Selamat menjamu selera.