Tuesday, 12 November 2013

TIPS ATASI SEMBELIT



Kalau dah kena sembelit ni memang la sangat hazab.. Nak-nak sampai berdarah-darah tu memang la sangat tension.. Lagi-lagi kalau ibu dalam pantang kan.. Adoii.. ngeri weh nak ingat time pantang dulu.. So, MD nak share la Tips nak atasi sembelit ni.. semoga bermanfaat semua..

1 - Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2L sehari. Minum apabila berasa dahaga. Perhatikan juga warna air kencing. Jika berwarna kuning pekat, maka banyakkan minum air.

2 - Bersenam secara kerap kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisme. Apabila ianya meningkat, proses peristalsis berlaku lalu memudahkan anda buang air besar.

3 - Makan lebih serat seperti bijirin, roti gandum penuh dan lain-lain.

4 - Ambil sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

5 - Elakkan makan pedas dan makanan segera kerana ia akan menjadikan najis menjadi keras

Hanni

No comments:

Post a Comment