Wednesday, 13 November 2013

Masalah ibu bapa cepat marah anak-anak

Assalamualaikum..

Readers yang disayangi.. MD ada terbaca mengenai satu artikel di FB tadi yang mana MD rasa sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama sebagai panduan buat kita semua yang bergelar ibu bapa atau bakal bergelar ibu bapa.. Ye la, kadang-kadang MD pun alami jugak perkara yang sama.. Cepat nak marah anak-anak dara 2 orang tu.. Serabut tension tengok rumah bersepah-sepah..



Perkongsian ini adalah dari Puan Sharifah Shuwaidah - Ibu Bapa Cemerlang.

Katanya : .......

Puan, senang saja, saya pun mengalami perkara yang sama. Ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara-cara mendidik amak serta pergi ke bengkel kursus, Alhamdulillah..
1 - Baju kotor rumah bersepah - puan biarkan aje sampai anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam muka. Cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik Subhanallah, Ya Rabb, aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yang cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak-anak puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.
2 -  Panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak, peluk, berkata dengan perkataan lembut sangat-sangat dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yang kita nak anak kita buat.
 3 - Puan sungguh lucky tidak bekeja dapat mendidik anak ke jalan Allah SWT. Cuba puan lebihkan anak-anak masa anak-anak tengah main, join anak-anak dan bergurau. InsyaAllah bila anak-anak melihat ibunya pun bermain, puan tengoklah anak-anak akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak-anak ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama anak-anak. Mereka akan lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata. Last sekali, sekiranya puan betul-betul tak dapat control, puan lihatlah anak-anak seperti esok kita dah tak jumpa anak-anak kita lagi. Maaf, ingat, anak-anak bukan hak kita. Anak-anak adalah amanah Allah SWT. Jangan sekali-kali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.
4 - Setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup ke ubun-ubun anak-anak kita dan gosokkan ke seluruh badannya, kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya. Cakaplah apa yang puan impikan pada anak-anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak-anak. Subhanallah! Doa dan bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul-betul dapat merubahkan anak-anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
Sekarang cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak. Automatik dengan segera berubah mood. Anak itu memang fitrahnya bila kita pukul atau marah-marah, tak jadi apa sebab otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita.

MasyaAllah.. Betapa lah tak sabarnya kita sebagai dewasa dalam mendidik anak-anak.. So mulai dari hari ni, jom lah kita sama-sama amalkan.. MD doakan semoga kita berjaya mendidik anak-anak kita dengan kasih sayang serta didikan agama.


Hanni



No comments:

Post a Comment