Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts
Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Berhati-hati dengan 'Pembunuh Senyap'!

Assalamualaikum..

Semalam MD baca dalam surat khabar. Tentang pembunuh senyap dalam badan kita.. Apa dia pembunuh senyap ni? Ianya adalah kanser kolon dan / atau kanser rektum.

Statistik Kanser Malaysia (2007) menunjukkan bahawa satu dari setiap lapan orang rakyat Malaysia menghidap kanser kolon atau kanser rektum. Menjadikan ia sebagai kanser kedua paling lazim di Malaysia.

Kenapa ianya dikatakan 'pembunuh senyap'? Ini adalah kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah di peringkat terakhir. So penghidap kanser itu tidak pun menyedari bahawa dia menghidap kanser.

Ngerikan? Mau nya tak.. Dapat tau je ada kanser tu dah final stage. *Lap dahi*

Bagaimana Terjadi?


Ok, mari kita sama-sama memahamkan tentang perkara asas sistem penghadaman tubuh kita.



Perut dan usus kecil membentuk sebahagian daripada sistem penghadaman tubuh dan semua makanan yang kita makan tu akan diproses di situ.

Sebelum dibuang daripada tubuh, makanan akan melalui 'peringkat terakhir' sistem penghadaman. Yang terdiri daripada kolon dan rektum. Kolon, yang berbentuk seperti satu tiub dengan kepanjangan sekitar lima kaki, dirujuk sebagai usus besar. Fungsi dia adalah untuk mengekstrak cecair daripada bahan buangan, yang mana seterusnya akan membentuk najis.

Pada peringkat ini, najis ditolak perlahan-lahan ke dalam rektum (yang mempunyai kepanjangan 6 inci). Itu yang membuatkan kita berasa hendak buang air besar!

Simptom Kanser Kolon


Ada beberapa simptom yang mungkin menandakan kita ini mungkin berisiko menghidap kanser kolon.

  • Perubahan tabiat buang air besar
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Najis berbentuk lebih tirus dari biasa dan berkekalan selama beberapa hari
  • Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar
  • Pendarahan di rektum
  • Darah dalam najis
  • Kejang perut
  • Rasa letih dan lesu
  • Penurunan berat badan yang tidak disengajakan.

Jadi untuk menjaga usus kita ni, MD cadangkan supaya korang ambil HerbLax.



Kenapa herblax?


Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba termasuk daun senna yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus (macam julap tapi bukan julap).

Sangat di galakkan untuk ambil sebelum memulakan sebarang program pengambilan suplemen/makanan tambahan. Herblax membantu mengeluarkan toksin dan racun yang tersimpan dalam badan kita.



Kolon/usus kita ni hanya tahu MENYERAP sahaja. Dia tak tau mana satu nutrien, mana satu toxin, mana satu baik jahat. Banyak penyakit bermula dari usus/kolon perut. Jadi untuk mengelakkan usus kita daripada menyerap toksin, maka kita kena jaga kolon/usus kita bagi sihat.

Jika nak bantu pelawasan (atasi sembelit) ambil herblax sebelum tidur.

Jika nak 'BERSIHKAN' badan, ambil herblax selepas lunch/dinner .

Bila dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. So tak sia-sia lah kita makan suplemen kan..

Eh, HerbLax ni bukan semesti untuk orang gemuk yang nak berdiet je. ORANG KURUS pun kena ambil juga. Sebab ada ke orang yang tak ada usus, kan? Kena jaga usus tu baik-baik.

Sebotol cuma RM55.00 sahaja. Ada 120 biji dalam nya.

Nak dapatkan HerbLax, boleh whatsapp MD di talian 013-5818283.


Nota Kaki :- Untuk kesan lebih baik, amalkan bersama Alfalfa Complex
MD

Thursday, 19 February 2015

Cara Untuk Ibu Menyusu Diet Namun Tak Mengganggu Susu

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni ramai ibu yang menyusu PM saya di Facebook.. Bertanya macam mana cara untuk ibu menyusu diet, namun masih tidak mengganggu susu ibu.. 




Maklumlah, bila dah mengandung tu memang badan naik.. Nak-nak pulak time mengandung tu la selera bertambah-tambah. Dah serupa macam ikan buntal. MD lah tu, bukan orang lain.. Sebab tu MD x tangkap gambo masa mengandung. Sebab 'beso' beno.. Hahaha...

Ok, cara MD ialah dengan mengamalkan set Diet Shaklee. Shaklee ada menyediakan diet yang sihat untuk ibu yang menyusukan bayi tau. Tak perlu nak tahan atau skip makan lagi. Kalau x makan nanti mana nak hasilkan susu untuk anak pulak kan? Alhamdulillah, MD berjaya kekalkan berat badan MD seperti sebelum bersalin dulu. Malah lebih kurus dari selepas melahirkan anak kedua!

So apa yang mommies yang menyusukan anak ni perlukan untuk diet? Jom tengok...




Apa yang anda perlukan?


Basic course : Detox + Fat Emulsifier + Protein

Detox Product : Alfalfa/HerbLax
Fat Emulsifier/Pemecah Lemak : Lecithin /OmegaGuard
Protein : ESP


Kenapa perlu detox?


Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.
HerbLax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. Cara pemakanan perlu diubahsuai untuk BF mommy dalam 2 kali seminggu sahaja. Begitu juga bagi mereka yang jenis mudah lawas. Alfalfa sahaja pun sudah memadai.


Kenapa Lecithin/Omega perlukan Detox Product?


Lecithin/Omega fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan. Oleh itu, perlu ambil lecithin/omega dengan combination produk di atas.


Kepentingan Protein?


Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab tu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake, antara point yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet.

Untuk Ibu menyusu, disarankan pengambilan ESP ( Energizing Soy Protein) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.



Jadi, perlukah saya ambil kesemua produk?


TERBAIK adalah ambil semua walau bagaimanapun kami faham yang ada alami masalah bajet. Untuk mereka ini, boleh mulakan samada dengan Alfalfa+lecithin atau alfalfa+Omega dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah protein iaitu ESP.


Pilihan bijak di tangan anda! Pastikan juga anda tahu Tips diet yang paling mudah dan berkesan ya.. 





Jemput tonton video ini, rahsia akak ni tambat hati suami dia. Siapa kata surirumah kena jadi macam Hantu Kak Limah je kan?


Hubungi MD untuk sebarang pesanan dan pertanyaan ya..


MD

Wednesday, 11 December 2013

Panduan Memilih Vitamin Yang Bagus

Assalamualaikum semua..


Biasa MD dapat soalan macam ni.. "Apa Vitamin yang harus saya ambil?" "Vitamin apa yang bagus?" "Macam mana nak pastikan vitamin tu bagus?" n etc etc etc... So ini adalah sebagai panduan untuk kalian memilih vitamin yang bersesuaian dan bagus untuk diri dan keluarga... Jom tengok..

**Info inin sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers**

PROTIN

Fungsi
  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim 
  • Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protin yang berkualiti.
  • Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. 
  • Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatan.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita tetapi banyak sumber protin biasa (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. 
  • Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang jangkitan.


Panduan memilih
  • Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  • Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
  • Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. 
  • Kadar effisiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
  • la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.


Multivitamin

Fungsi
  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
  • Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara

Panduan memilih
  • Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
  • Bekalan harian yang disyorkan harus mengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
  • Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
  • Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.


VITAMIN C

Fungsi
  • Meningkatkan respons imun.
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).

Panduan memilih
  • Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
  • la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
  • Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.


ALFALFA

Fungsi
  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Panduan memilih
  • Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
  • Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
  • Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai


VITAMIN E

Fungsi
  • Mungkin melengahkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi jangkitan dengan lebih effisien. 
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
  • Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.

Panduan memilih
  • Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
  • la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
  • Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.


B-Complex

Fungsi
  • Membantu memerangi kelesuan. 
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. 
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. 
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
  • Perlu bagi saraf sihat.
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
Panduan memilih
  • Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
  • Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
  • la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
  • Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut


LESITIN

Fungsi
  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak dari sel-sel.
  • Mengemulsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.

Panduan memilih
  • Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah dari kacang soya. Cari sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
  • Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.


Kalsium

Fungsi
  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. 
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. 
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.

Panduan memilih
  • Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
  • la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.


BESI

Fungsi
  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
  • la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.

Panduan Memilih
  • Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan.


ZINK

Fungsi
  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stress.

Panduan memilih
  • Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat. Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.


GENTIAN/ FIBER

Fungsi
  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia hiatus. 
  • Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan).
  • Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
  • Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari

Panduan memilih
  • Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. 
  • la harus tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. 
  • Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. 
  • Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.


JULAP / LAKSATIF HERBA

Fungsi
  • Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan.
  • Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.

Panduan memilih
  • Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.


EPA/OMEGA

Fungsi
  • Boleh menurunkan trigliserida.
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah.
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.

Panduan memilih
  • Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susu".
  • lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. 
  • Carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.


Ketahui Rahsia Menjana Pendapatan 5 angka dengan Shaklee:
Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini

Hanni

Monday, 4 November 2013

SALE COMBO ESP!!

Assalamualaikum Semua..

Sempena Maal Hijrah ni, dan sempena pagi tadi MD wat ice blended ESP + orange Peel Fresh tabur Nata de Coco yang sangat lah sedap x hengat, MD nak buat SALE set-set COMBO ESP! Sila maafkan MD ye sebab tak ade gambo ice blended ESP tu.. Sedap sangat.. Dah habis baru teringat nak amik gambo. Apekah?

Kepada penggemar tegar (bukan penyanyi tegar), ini adalah masa yang sangat sesuai untuk grab peluang ni. MD bagi 10% diskaun ke atas mana-mana set yang berkenan di hati (sila refer gambar di bawah). Harga yang ditawarkan tidak termasuk kos pengeposan sebanyak RM10.00 bagi seluruh Semenanjung & RM20.00 bagi Sabah Sarawak.


Meh MD terperincikan lagi fungsi setiap satu nya..

1 - ESP + GLA Complex - Untuk kecantikan / menguatkan rahim / meningkatkan kesuburan / membantu untuk memudahkan kehamilan.

2 - ESP + Alfalfa Complex - Milk Booster / Menganjalkan Payudara / Bertindak seperti kacip fatimah

3 - ESP + Vitamin C + B-Complex + Vitamin E - Merawat kulit berparut atau berjerawat / Natural Beauty 

4 - ESP + Vitalea - Membekalkan Nutrisi asas / Memberikan tenaga yang berpanjangan / Untuk kesihatan Optimum / Menstabilkan HB ibu hamil.

5 - ESP + GLA Complex + Alfalfa Complex - Set Kesuburan

6 - ESP + Lecithin + HerbLax - Pengurusan Berat Badan / Membakar Lemak / Mendapatkan tubuh badan yang menawan.

7 - ESP + Vitamin C + Ostematrix - Untuk penghidap gastrik / Mengurangkan migrain / Membekalkan kalsium

8 - ESP + Zinc Complex + B-Complex + Vitamin C + Vitamin E - Mengurangkan keguguran rambut


NAMUN, jika set yang korang mahukan itu tidak terdapat seperti di atas, korang masih boleh MIX & MATCH dengan mana-mana suplemen yang korang suka selagi di dalam set itu mempunyai ESP!!

Dah pilih-pilih apa-apa yang berkenan tu sila la PM / SMS / Whatsapp MD ye.. Info seperti di bawah.

Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini
 
Hanni

Monday, 5 November 2012

Toksin.. Please Go Away..

Pernah tak kalian rasa sakit tapak kaki tetiba.. Tekan-tekan rasa sakit or rasa sakit cam mencucuk-cucuk.. Or rasa sengal-sengal badan.. Badan pun lenguh-lenguh & rasa malassss je...
 
Haa.. Ni nak kabo... Itu tandanya ada toksin dalam badan kita ni.. Memang toksin ni mudah nak masuk dalam badan kita.. Pemakanan kita pun macam mana kan.. Tak kata orang, saya la tu.. Hehehe... Kesan dari toksin banyak ni kan, badan pun jadi lenguh je.. x bermaya.. kencing x lawas.. buang air besar pun rasa x keluar habis... kepala pun pening.. dan macam-macam lagi kesan yang kita boleh dapat.


Saya pun rasa camtu jugaknya.. Nak2 saya ni bukan menjaga pemakanan sangat.. Banyak makan yang segera2 ni.. Mekdi ngan Piza tu mmg peberet la kan.. Air pulak kurang.. Memang fantastic la kan.. Hehehe...


Sekarang ni banyak dah jual produk untuk buang toksin.. contoh macam yang tampal kat kaki tu.. esok pagi bukak... MasyaAllah!! Busuk gila... Penah try dulu tapi sebab busuk, x mau pakai lagi dah.. hahaha.. pd hal sendiri punya toksin kan...


Selain tu kena la minum air dengan banyaaakkk... Bersenam..supaya peluh keluar.. buat refleksologi.. pembuangan toksin ni boleh melalui peluh, buang air kecil & besar.

Kalau nak yang senang sikit, boleh la amik suplemen yang boleh membuang toksin dalam badan kita ni.. Dalam produk Shaklee pun ada untuk detox.. Proses detox ni membantu dalam penyerapan vitamin atau mineral yang kita ambil dari pemakanan kita mcm sayur-sayuran & buah-buahan..atau pun suplemen kesihatan...hasilnya lebih tip top lah kan..


Saya suka nak suggest pada customer saya untuk cuba HERB-LAX daripada Shaklee. 





Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.



Satu lagi produk Shaklee untuk detox ialah ALFALFA COMPLEX..


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Kedua2 produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Kredit info di sini dan sini..


Harga kedua-dua produk ni pun x de lah mahal pun.. InsyaAllah mampu untuk dimiliki..

Saya juga selalu cadangkan set kurus & detox secara sihat kepada anda dari serendah RM 70 sahaja.

Jika berminat boleh hubungi saya di hanni.kamilla@gmail.com atau sms/whatsapp di 013-5818283.


Moh try test hari ini.. Kompem dapat rasa kesannya..
Hanni