Sunday, 3 May 2015

5 Keistimewaan Daftar Keahlian Shaklee Dengan MD

Assalamualaikum..

Apa habaqqq pembaca blog MD semua..? Sihat kaa? MD pagi ni feeling awesome gitu.. Haha.. Harus la kan. Cuti kut hari ni sempena PRK Permatang Pauh.

Whatsapp MD tak henti-henti berbunyi.. Maklum lah, start 1 Mei, company lancarkan pelbagai offer yang sangat best untuk di berikan kepada korang.

Antara yang paling HOT, dah tentu lah daftar ahli Shaklee dan dapat VitaLea secara FREE!


Free je tau.. Sangat berbaloi. Boleh baca mengenai Vita-Lea ni di sini.

Ok.. Apa la kelebihan jadi ahli shaklee ni yang budak-budak SID ni kempenkan sangat ni? Haa.. ni MD nak stori-mori kan dengan korang.

Kata orang putih, "If you never try you'll never know".. Amboii.. MD cakap omputih lak ye.. hihi.. Hakikatnya macam ni, kita tak akan tahu atau jatuh cinta terhadap sesuatu jika kita tak pernah cuba untuk ambil peluang mengenali sesuatu tersebut. Ala.. Macam kita dan pasangan la. Kalau si dia tak mengorat, dan kita pun tak buka peluang pada diri sendiri dan diri dia juga, maka tak jadi lah suami isteri.. ye dok? Tak kenal maka tak cinta kata nya.



So apa keistimewaan daftar keahlian Shaklee dengan MD? Dalam banyak-banyak SID, apa yang buatkan korang MESTI daftar ahli di bawah MD?

Antara manfaat utama menjadi ahli shaklee ni ialah :

PERTAMA, Korang dapat membeli pada harga ahli iaitu 12% - 20% kurang dari harga jualan bagi bukan ahli. Korang sudah jimat banyak di situ tau. Keuntungan adalah 100% milik korang sahaja.

KEDUA, Kata la korang rasa nak membeli produk Shaklee. Tapi tak nak menyusah kan MD lah konon nya.. (Tak susah kan pun tau), korang boleh beli sendiri secara online di www.shaklee2u.com.my. Korang klik-klik saja, pilih apa barang yang mahu, isikan maklumat penghantaran, isikan maklumat bayaran, DONE!!

Dalam masa 7 hari bekerja, barang korang dah sampai depan rumah. Tapi CityLink atau GDex dah semakin bagus. Kadang-kadang esok dah sampai. Ada kes, petang tu dah terjengul depan pintu rumah. Korang juga akan di hantar sms update consignment note barang anda. So, anda boleh track sendiri kat online.

Oh ya, pembayaran boleh menggunakan debit atau kredit kad.

KETIGA, Jika pembelian korang melebihi syarat minima yang ditetapkan syarikat, anda akan menerima bonus dalam bentuk cash $$$, terus masuk dalam bank account anda. Best tak best tak? Lebih banyak korang berkongsi, lebih banyak juga cash yang bakal masuk ke dalam akaun tau.



KEEMPAT, Sekiranya korang rasa nak menjana pendapatan sampingan dengan Shaklee, MD sendiri akan melatih korang, bagaimana untuk memulakan business Shaklee ni. MD akan guide korang sehingga korang sudah stabil dan boleh bergerak sendiri seperti anak-anak business yang lain.. Malah, upline-upline yang lain juga tidak lokek untuk berkongsi tips-tips rahsia yang boleh di aplikasikan dalam business Shaklee.

Semuanya dilakukan secara online. Tanpa mengganggu masa korang. Tapi, MD turut membuat kelas offline bagi yang berkelapangan.

Cuba tengok gambar di atas tu. Tu adalah jumlah pendapatan tahunan seorang distributor Shaklee mengikut ranking masing-masing. Banyakkan? Bayangkan korang dapat jana RM500 sebulan pun dah bagus sangat tau. Dah lepas pampers dan susu anak.

Namun, jika korang tidak mahu, tiada paksaan. Korang akan di update tentang promo terkini dan sebagainya.

KELIMA, Korang dapat berkongsi item promo dengan ahli-ahli group yang lain. Lebih JIMAT!

Semua ini hanyalah bermodalkan RM80.00 (termasuk kos pos) sahaja atau korang boleh juga jadi ahli shaklee secara percuma dengan syarat-syarat tertentu. Once dah sign up jadi ahli di bawah susur galur MD, korang dah layak dapat semua manfaat di atas atau manfaat-manfaat lain yang pihak Shaklee tawarkan...

So cepat-cepat whatsapp MD --> 013-5818283 .. Bagi korang yang tinggal sekitar daerah Kulim, daerah Seberang Perai Selatan dan juga Parit Buntar, Perak, boleh lah set date dengan MD untuk mengetahui lebih lanjut tentang business Shaklee. MD akan guide sehingga berjaya!

See you at the top!!
MD

Saturday, 2 May 2015

DiaryMD : MamaCare @ LPPKN

Assalamualaikum...

Hari ni MD kena bertugas di KRT Taman Sembilang, Seberang Jaya. Haish.. apa yang rajin sangat orang cuti kita kerja ni? Hihi..

Biasa lah.. Parlimen Permatang Pauh nak mengundi. So tiap daerah kena turun padang lah bertugas bagi menjayakan program-program..

Program pukul 2 mula, tapi MD awal lagi dah tercongok di sini..


Program Jelajah Keluarga Bahagia tajuknya. YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun yang turun merasmikan. Beliau adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Antara agensi yang MD nampak terlibat sama adalah LPPKN dan ICU. Ye lah, dah Menteri KPWKM. Mungkin ada lagi agensi lain terlibat tapi MD tak perasan..



Kawan sekerja.. Berlakon ja dia ni.. keh3..

Oleh kerana awal sangat MD tiba tadi, sempat lah bersembang dengan seorang petugas LPPKN. Sekarang LPPKN ada bukak perkhidmatan 'MamaCare' tau. MD pun tak tahu sebenarnya. Setakat yang tahu, perkhidmatan yang ada macam perancangan keluarga, Mamogram, Kaunseling rumahtangga, Cafe @ teen, Smart Start,  kursus latihan.. Tak tahu pulak ada perkhidmatan baru ni, 'MamaCare'.

Kakak yang MD sembang ni nama Juana (Kak Ana). Menurut Kak Ana, program MamaCare ni adalah merupakan satu Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga. Haa.. Skema gitu MD explain. Maksud mudah nya, penjagaan selepas berpantang laa..

Wanita kan tiang rumahtangga. Jadi bila bersalin dan berpantang ni kena lah jaga elok-elok. Urut, bertungku dan sebagainya. Supaya ibu-ibu jadi segar, bertenaga. Tak ada lah macam pompuan meroyan je.. Nak-nak lagi mak banyak anak macam MD ni.. hihi..

Kak Ana tu pun tegur MD nampak lesu, ada eyebag bawah mata. huk3.. Memang agak lesu pun, tak cukup tidur, family datang dari Ipoh, anak meragam malam sebab kepanasan, gas aircond habis dan etc etc.. Ostematrix pun lupa ambil malam tu sebab lupa terlampau banyak benda fikir dalam kepala.

Kalau korang nak tahu, MamaCare ni bukan sahaja menjaga ibu-ibu dalam pantang, tapi turut juga melatih wanita-wanita seperti warga emas dan ibu tunggal daripada golongan berpendapatan rendah yang mempunyai minat yang tinggi untuk menjana pendapatan keluarga melalui perkhidmatan MamaCare ni. Kalau ada bakat mahupun minat dan kemahiran mengurut urutan tradisional, boleh lah cuba memohon mengikuti program ni.

Program ni ada yuran pendaftaran tak? Ok, untuk pengetahuan semua, untuk wanita yang layak, yuran pendaftaran adalah percuma. Tapi, kalau anda tidak berkelayakan, makna nya bukan warga emas, bukan ibu tunggal, bukan wanita dalam golongan berpendapatan rendah, tapi korang sangat berminat, maka yuran adalah ditanggung sendiri oleh peserta.

Bagi peserta yang telah berjaya mengikuti modul lengkap program mereka layak untuk menerima Sijil Amalan Profesional Urutan Melayu yang diiktiraf oleh Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA)

Program MamaCare ini akan dilaksanakan di seluruh negeri bermula tahun 2014.Untuk maklumat lebih lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi LPPKN Negeri atau Ibu Pejabat, Bahagian Perancangan Korporat LPPKN di talian 03-26937555 samb. 2008/2002.

Personally, MD sangat syorkan korang ikuti program ni sebab banyak kelebihan yang akan dapat. MD pun teringin jugak nak ikuti kursus ni satu hari nanti. Cuma sekarang ni, banyak sangat kekangan masa yang tidak mengizinkan, so hold dulu..

Sebelum MD undur diri, MD nak share video klip ni. Cara macam mana nak jadi orang yang berbakat.

MD

Friday, 1 May 2015

InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?

Assalamualaikum..

MD baru perasan, sejak Phytocol-ST ni di lancarkan pada Jun 2014 yang lepas, MD tak pernah lagi tulis tentang info produk ni. Bila belek-belek blog kesayangan ni, baru lah perasaan.. Ish.. ish.. ish...

Tak apa lah, better late dari tak payah langsung kan..? Hihi.. MD akan cuba tulis dalam bahasa yang mudah di fahami dan tak buatkan korang nguap-nguap nak memahamkan.. Biasa lah, MD pun macam tu. Kalau serius sangat cakap tentang fakta ni, start la tak boleh nak fokus.. haha..


InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?

MD perkenalkan PHYTOCOL-ST ni pada korang. Macam ni lah rupa produknya..

Phytocol-ST dilancarkan khusus untuk membantu orang-orang yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi. Ia berfungsi untuk melawan kolestrol jahat dalam badan kita. Tapi, bagaimana dia berfungsi..?

Haa.. Kena teruskan bacaan sampai habis..

Phytocol-ST ini adalah makanan tambahan yang berasakan sterols dan stenol. Dan ia adalah bertujuan bagi mengurangkan kolesterol jahat dalam badan secara semulajadi. Tidak menggunakan sebarang bahan kimia.


Apa pulak Phytosterol, Sterols dan Stenoils ni?


Phytosterol ni adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam plant cell membranes. Ia menyerupai kolesterol dalam badan manusia. 

Dan apabila kolesterol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan kita. 

InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?


Plant sterols dan stenols ni akan menghalang kolesterol jahat (LDL kolesterol) dan akan merendahkan kolesterol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang mana ianya boleh menyumbatkan salur darah.

Lihat gambar di atas, bagaimana Phytosterol ni bertindak.

Most experts say yes. "Eating sterol and stanol-containing foods is an easy way to lower your LDL cholesterol, which helps reduce the risk of heart disease," says Ruth Frechman, RD, a spokeswoman for the American Dietetic Association (ADA).
 The Food and Drug Administration (FDA) has even approved a health claim on phytosterols, which states:“Foods containing at least 0.65 gram per serving of vegetable oil plant sterol esters, eaten twice a day with meals for a daily total intake of at least 1.3 grams, as part of a diet low in saturated fat and cholesterol, may reduce the risk of heart disease.” 

Saya Dah Kurus, Tak Kan Ada Kolesterol Juga?


Aipp.. Orang kurus pun, kalau makan tak jaga, malas nak bersenam pulak tu, suplemen tak nak amik, agak-agak kolesterol tu boleh hilang sendiri ke?

InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?

Malaysia ni kaya makanan yang sedap-sedap. Orang Malaysia pun suka makan. Betul kan? Sebab tu Malaysia adalah antara negara obesiti tinggi..

Tengok dari corak pemakanan rakyat Malaysia ni, memang WAJIB dah kena makan Phytocol-ST ni. Sebab sehari punya makan pun dah melebihi suggestion pengambilan kolesterol yang di cadangkan. Pulak tu jenis malas bersenam macam MD ni, keje makan tidur, makan tidur je kan..


InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?


Jadi untuk mengurangkan koleterol jahat tu, pengambilan phytosterol dalam pemakan sangat disarankan. 

Kalau tak nak makan Phytocol-ST? Bolehhh.. No problem.. Plant sterol and stenoil ada dalam makanan seharian kita.. Tapi, larat ke nak makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato SETIAP HARI. Jenuh weh! Telan Phytocol-ST je senang!

InfoProduk : Apa itu Phytocol-ST?


Sebab itu lah PHYTOCOL-ST ni diperlukan oleh sesiapa yang mengalami masalah kolesterol. Orang yang sihat pun boleh makan jugak untuk prevent masalah kolesterol dari terjadi  di masa hadapan. 

FAQ tentang Phytocol-ST


Ni antara soalan-soalan yang selalu MD terima mengenai Phytocol-ST ni.

  • BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MENGAMBILNYA ?

Untuk hasil yang terbaik 2 tablets sehari 30 minit sebelum/selepas makan

  • BOLEHKAH D IAMBIL BERSAMA OMEGA PADA MASA YANG SAMA ?

Ya. Tiada sebab tidak boleh diambil bersama. Untuk kesan terbaik boleh ambil dengan Coq-helath Plus

  • ADAKAH PRODUK INI ESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI PARAS KOLESTEROL YANG TINGI SAHAJA ?

Ianya dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian ia disarankan kepada sesiapa saje yang ingin menjaga kesihatan mereka.

  • ADAKAH PHYTOCOL-ST SHAKLEE BEBAS GLUTEN ?

Ya, bebas gluten


Jadi, PILIHAN DI TANGAN ANDA. Untuk biarkan saja atau nak cegah sebelum parah.

Harga nya RM208.00 dan mempunyai 120 biji tablet.

Untuk penjimatan antara 15% - 20%, boleh lah menjadi ahli Shaklee dengan yuran RM69 sepanjang hidup dan nikmati keistimewaan yang Shaklee sediakan..

Hubungi MD ya.. whatsapp 013.581.82.83..
MD

Pengumuman Penting Sepanjang Bulan Mei 2015

Assalamualaikum...

Bangun pagi ni, MD dah dikejutkan dengan hebahan di dalam whatsapp group-group Shaklee mengenai promosi Mei 2015. Juga terdapat banyakkkk insentif dan keistimewaan yang Shaklee nak beri pada setiap ahli nya samada yang sudah lama atau pun yang masih baru.

So MD buat quick announcement ya untuk bulan Mei punya promosi.. Maklum lah hari cuti-cuti ni bukan boleh hadap lappy lama-lama. Tambah pulak ayah budak-budak ni kerja, macam tarzan ibu jadinya.. huk huk huk....


Pengumuman 1


Bagi bulan Mei, promosinya adalah :-

Minyak Ikan terbaik di dunia!

Beli 6 FREE 1
Beli 2 @ 5% OFF

Harga sebotol ialah RM144.00

Harga offer ... (sila whatsapp MD)

Phytocol-ST. 
Untuk fight kolestrol dari bermaharajalela dalam badan!

Beli 6 PERCUMA 1

Harga sebotol ialah RM208.00

Harga offer ialah ....... (sila whatsapp MD)


Vita-Lea For Chilren

Hat ni sangat sesuai untuk anak kome. Dari dok ngunyah gula-gula yang rosakkan gigi, lebih baik kunyah multivitamin ni. Ada la jugak khasiat diorang dapat.

Serius, budak-budak sangat suka! Beli seketul tak cukup. Kena beli 3, dapat FREE 1 botol lagi.

Harga sebotol adalah RM117.00

Harga kebabom best ? Sila whatsapp MD lah.


Pengumuman 2


Agak-agak korang la kan, kalau orang nak kasi korang Vita-Lea (multivitamin untuk dewasa) yang berharga RM88.75 secara PERCUMA, korang nak tak?

Haa.. gile tak nak kan? Benda FREE nak kasik ni..

Eh.. MD betul-betul ni. Bukan cobaan tau!

Shaklee sangat bermurah hati nak kasik FREE sebab celebrating 100 years Vita-Lea Anniversary. Dah 100 tahun ok. Masih lagi bertahan teguh. Multivitamin pertama di dunia.


MD is jelous ok. MD join Shaklee tu tak dapat pun FREE GIFT gini.. Nak pulak syarat Shaklee bagi adalah jadi AHLI SHAKLEE (RM69.00) dengan sebarang pembelian seminima RM27.00 pun dah layak dah dapat.

Meh MD buat kira-kira sikit.

Jadi ahli RM69.00.
Beli Herbal Blend Multi Purpose Cream harga RM29.15.
Pos RM10.
Total RM108.15
FREE VitaLea bernilai RM88.75  

Tapi kalau tak free tu korang kena bayar total RM196.90! Untung ke tak? Dah la ada 120 biji. Tahan 4 bulan lak tu..

Pengumuman 3



Collagen Powder dan Nutriferon dah kembali ye uolls.. Sila lah grab segera.. 

Nak cantik ambik Collagen Powder. Raya dah tak lama. Confirm nak gebu gebas kan..? Harga RM315.00. Ada 15 sachet dalam tu.

Kalau nak 'first aid' terbaik, Nutriferon adalah benda yang mesti kena ada di rumah.. Harga sekotak RM192. Ada 30 sachet.


Adududu.. memang rugi kalau tak grab..

Nak grab dari sape semua ni?! Ish..ish..ish... MD lah opkos...

Whatsapp MD tau.. 013-5818283

MD

Thursday, 30 April 2015

DiaryMD : Rutin Biasa Setiap Hujung Bulan

Assalamualaikum..

Hujung-hujung bulan, MD memang agak sibuk. Rasa nya semua maklum, hujung bulan adalah closing Shaklee. Jadi sewaktu hujung bulan, anda akan berpeluang untuk tengok warga-warga Shaklee Distributor semua macam ala-ala kucing hilang anak..hihi..

Hari ni, pagi-pagi MD dah ke Shaklee Penang untuk uruskan pembelian barang. Lepas tu, balik ke Jawi singgah Skynet untuk pos barang-barang yang di order. Harap-harap hari Sabtu nanti ada yang dah receive barang-barang tu..

Tapi, antara benda yang MD beli untuk keluarga adalah 2 item ni. Refer picture bawah.




Tu pun sebenarnya tak teringat. Tapi bila duduk di kaunter untuk submit order, baru teringat nak beli OmegaGuard dengan Chewable Vita-C ni..

Sejak peristiwa anak-anak dara kenduri kan sebotol Fish Oil terbaik di Selama hari tu, MD terus jadi macam fobia nak beli dah. Bukan apa, geram gila. Pantang jumpa, memang selamat langsai depa buat kenduri! 

Tapi, tiap kali sebelum tidur, MD akan makan tablet kalsium dan Vitamin E, mesti ada si budak Zahra menempek tepi hulur tangan nak jugak. Bila ibu bagi tau ini ubat ibu, dia akan tanya, untuk angah ade tak? 

So, ibu pun tertewas.. Beli jugak lah Minyak Ikan ni. Tapi nak kena sorok tempat tinggi supaya pisang tak berbuah 8 kali! Haha..

Bagus tau Omega ni, sebab nya ...

Yang pertama, MD boleh berdiet. Omega membantu membakar lemak-lemak. CM dah tegur, nampak berisi sikit.. MD pun dah naik risau. Risau laa... Nak naik sekejap je. Nak turunnnn, makan tahun weh kalau tak kena cara dan tak berdisiplin diri..

Yang kedua, mencerdaskan minda anak-anak. Fish Oil mengandungi omega yang sangat penting untuk perkembangan otak anak-anak.

Yang ketiganya, boost immune system. Sekarang ni musim hujan sat, panas sat, so anak beranak memang meleleh ayaq idung selsema. Tidoq malam pun macam ikan tak cukup oksigen.. hup hap hup hap mulut menganga-nganga carik oksigen.. haha

Yang keempat, omega ni bersifat anti-keradangan.. Kalau agak-agak lutut tu bengkak sebab gout, or macam MD ni, seluruh kawasan dahi, pipi dan mata terasa sakit apabila di tekan, maka MD ambil 2 biji Omega, pagi esok Alhamdulillah sakit berkurangan. Silap-silap dah lega terus..

Haa... gittew ceritanya..

Long story cut short, kesimpulan nya MD baru jumpa nasik pada pukul 2.30 petang! Alas perut dengan roti je sepanjang pagi..

Esok cuti hari pekerja. Ada yang kena kerja ke? Kalau cuti tu, selamat bercuti lah MD ucapkan. Kalau kerja, no problem.. Boleh claim double triple kut.. hihi.. Apa pun, take care..



Wednesday, 29 April 2015

7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

Assalamualaikum..

Impian MD adalah hendak berhenti makan gaji dan bekerja dari rumah.


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


Hm.. MD rasa, bukan MD seorang, boleh kata semua ibu-ibu berkerjaya impikan begitu. Seperti satu kepuasan dapat bekerja di rumah sambil membesarkan anak-anak di depan mata sendiri.. Betul tak?


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


MD sering rasa tekanan bila pagi-pagi kadangkala lambat masuk pejabat, atau ada yang perli berniaga di pejabat, politik pejabat, kerja luar yang memenatkan, anak sakit tapi ibu susah nak cuti atau ambil mc, esok anak sekolah nak di atur macam mana, siapa nak hantar, siapa nak ambil, nak transit mana, duit upah mengasuh lagi dan segala macam masalah. *Tarik nafas panjanggg, hembusssss...* Penat sangat rasa. Tu tak dikira lagi, seharian di pejabat, balik rumah tak sempat nak letak beg kemas barang, si kecik nomey dah jerit-jerit mintak 'candu' dia..

MD yakin, korang yang bercita-cita nak bekerja di rumah pun, mesti ada sebab musabab tersendiri untuk membuat keputusan tersebut. Betul tak? Tak de nya saja-saja nak berhenti kerja tak bersebab.

Tapi sebelum nak berhenti kerja tu, adakah korang dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhenti? Sudah buat perancangan jangka pendek dan panjang?

Haa... Meh tengok dulu tips dan persediaan yang MD dah listkan yang korang WAJIB kena ambil kira..

1. Langsaikan Hutang!


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

Tanya lah mana-mana ibu bekerjaya, halangan utama untuk berhenti kerja adalah HUTANG! Betul kan?


  • Senaraikan hutang.

Jadi, perkara ni memang sangat utama.. Listkan hutang-hutang yang anda ada. Dari sebesar-besar beban hutang seperti contoh rumah, kereta, pinjaman peribadi, PTPTipu, kad kredit, Courts Mammoth, Aeon Credit, ah long (ada ke?jangan buat pasai oii) sehingga ke sekecik-kecik hutang seperti hutang buku 555 di kedai runcit Siva.. haha..

Bila dah listkan, susun ikut priority mana yang nak di selesaikan dahulu. So, buat pulak perancangan. Peruntukkan sejumlah wang dari duit gaji atau business sampingan korang setiap bulan untuk membayar hutang. Makna kata, bayar double lah tiap bulan. Kalau selalu korang bayar RM100, doublekan jadi RM200 atau lebih. Lebih cepat hutang-hutang anda habis, lebih kurang anda kena menyapu rambut-rambut yang bertabur berguguran.. kih kih kih..

Tapi, bila dah habis tu, jangan la pulak gi gatai tangan buat pulak lagi hutang. Sebat tangan tu nanti.. haipp!!

  • Rendahkan komitmen kewangan.

Macam MD, memang dah listkan siap-siap. So planning nya, by the time nak hantar surat berhenti kerja tu, MD hanya tinggal 1-2 sahaja hutang contoh nya rumah ke kereta ke..

Supaya tiap bulan, MD tak de pening kepala nak bayar hutang ribu-riban. Buat business, hanya sebahagian kecil sahaja untuk bayar hutang. Selebihnya MD masih boleh buat saving kecemasan dan masa depan dan pusing balik modal business.

2. Sediakan Payung Sebelum Hujan.


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

Haa.. gittew..

Korang... ni MD nak bagi nasihat. Dan juga pendapat. 

Kalau nak berhenti kerja, jangan terus berhenti membuta tuli. Jangan ikut hati. sediakan payung sebelum hujan. Cari back up plan kewangan korang awal-awal.

Di zaman yang serba mencabar dan berduit ni, kalau bergantung pada seorang sahaja, tak mencukupi. Bantu suami untuk bantu diri sendiri. 

MD bagi contoh diri sendiri, MD sangat pulun buat business Shaklee ni. Kuatkan base, luaskan jaringan network dan sebagainya. Supaya bila berhenti esok, MD masih boleh menikmati gaji seperti sebelum berhenti. Sangat bahaya kalau dah hujan baru terhegeh-hegeh nak cari payung. Sebab kemungkinan besar anda akan lost.

Nasihat ini juga applicable bukan sahaja pada yang nak berhenti kerja, tapi juga kepada yang memang tak berniat nak berhenti kerja dan surirumah juga khas nya.

Kita tak tahu perancangan Allah. Mungkin sekarang, pasangan kita masih menjadi milik kita. Akan datang, kita tak tahu. Mungkin pasangan kita sakit (yang tak lagi boleh bekerja), atau si dia diintai orang lain, atau juga si dia di jemput oleh Nya. Ini adalah pemerhatian MD sepanjang bekerja dengan JKM. Kesian. Bantuan kerajaan tak banyak mana, tapi tanggungan nya banyak.. Macam mana? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Sekarang ni ada macam-macam business yang boleh dilakukan. Start now. Jangan tungu-tunggu. Kalau nak tahu cara berniaga dengan modal ciput, boleh whatsapp MD. Tapi pengerasnya tinggi.. Haha.. Pengerasnya adalah hati yang kental dan usaha tanpa jemu untuk berjaya! Haa... Jika anda ada ciri-ciri berikut, maka anda adalah Ramli yang kami cariiii... (ok, tak kelakar)

3. Buat Simpanan


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


Korang kena start buat saving sekarang. Saving kecemasan. Jumlahnya adalah setahun pendapatan korang. Lebih banyak lebih bagus.

Lagi bagus kalau korang ada insurans. Bukan kata hospital kerajaan tak bagus. Bagus jugak. Tiga-tiga anak MD lahir di hospital kerajaan. Layanan 5 bintang MD terima. Terkurang sikit-sikit tu biasa. Mereka bukan robot. Alangkan mesin pun boleh jam, apa lagi manusia.. ye dokk?

Tapi, penyakit sekarang ni pelik-pelik. Dengan pencemaran, pemakanan tak seimbang, gaya hidup tak sihat dan segala macam tok nek, tau-tau penyakit yang dapat semua dasyat-dasyat. Yang kos rawatan tinggi. Kalau ada insurans tu, boleh la insurans cover. Boleh selesa sikit duduk di hospital swasta ada aircond tak bersesak-sesak satu wad.

Lagi fantastic dan masanya juga sangat sesuai berhenti kerja adalah apabila pendapatan business anda sudah melebihi gaji bulanan yang diterima. Dan juga STABIL. Kalau masih ada naik dan turun, itu belum stabil.. 

4. Rancang Perjalanan Business


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji

  • Back up plan
Kena sentiasa ada back up plan. 

Kalau ikutkan pengalaman setahun jagung MD ni, business ni ada seninya. Bukan boleh main hentam semberono, pasang stall susun barang atas meja pasang speaker, laung kuat-kuat --> Shaklee.. shaklee.. shaklee.. GLA buy 6 Free 1. Mai.. mai.. mai.. Harga terlajak murah.....

Pelbagaikan teknik jualan. Bukak booth. Buat perniagaan atas talian (online). Buat FB, FB page, blog, ig, dan segala macam bentuk promosi. Plan A tak menjadik, ada plan B. Jangan tunggu tak jadik baru nak hegeh-hegeh rangka plan B. Lambat cik kak oii...

  • Bina rangkaian/network
Luaskan jaringan atau network anda. Kenapa kena ada network? Abis kalau tak ada network, siapa nak beli dari korang? Ye dok? 

Sebab tu network tu penting. Macam mana nak luaskan network? Haa.. yang tu kena jadi anak business MD. Semua tips-tips RAHSIA akan MD kongsikan di group RAHSIA. Malah, upline-upline di atas MD iaitu Mama Chrysalis Nurul (Butterfly) --> Master Hadhatina (Your Supermom) --> Master Lyna Noh (iReach) --> Master Cery (Jutawan) adalah sangat TIDAK LOKEK untuk membantu anda, memberikan tips dan menyebarkan aura-aura dan caj positif. Kalau aura tu tak sampai pada korang, kena audit semula diri tu..

5. Tanya Diri Sendiri.


7 Persediaan Yang Perlu Diambil Kira Untuk Berhenti Makan Gaji


Tanya kepada diri anda sendiri. Tapi, kalau rasa tanya tanya diri sendiri tu tak cukup meyakinkan, tanya orang lain jugak samada anda mempunyai tokoh sebagai seorang pemilik perniagaan atau pun tak. 

Kena tahu, Anda sudah berhenti kerja. Tiada lagi pendapatan. Bila anda memilih untuk bekerja sendiri dari rumah, anda harus lah menetapkan matlamat, disiplin diri, keyakinan yang tinggi untuk menghadapi sebarang bentuk risiko tertentu, sanggup untuk ‘memasarkan’ diri dan perniagaan anda, dan etc etc etc.. Ini adalah ciri penting seorang usahawan.

Dalam masa yang sama juga, kaut peluang untuk menghadiri seminar perniagaan dari mentor-mentor macam Irfan Khairi ke, Puan Ainon Ahmad ke.. Or rasa tak cukup motivasi diri, pegi seminar Dr Azizan Osman. Ini adalah sangat penting. Dan sebagai manusia biasa yang selalu terlalai dan tersasar, motivasi dan ilmu-ilmu begini WAJIB di recharge selalu. Supaya harapan anda nak jadi Jutawan Muslim itu tidak lah tinggal harapan. Kata orang putih, hot-hot chicken shit. hihi..

6. Dapatkan Restu Keluarga




Ini memang sangat penting. Bincang dengan pasangan dan keluarga berkenaan dengan impak berhenti kerja dan bekerja sendiri (memulakan perniagaan). Sebabnya, korang bukan hidup sorang-sorang. Masih ada pasangan dan keluarga. Ada suami/isteri yang hendak dibantu/atau di sara. Ada anak-anak. Ada mak ayah yang hendak di hulurkan duit setiap bulan.

So dapatkan restu dan sokongan dari mereka. Kalau boleh suami isteri bersama-sama bergandingan bahu, hasilnya adalah lebih manis. 

Korang akan sentiasa memerlukan apa sahaja jenis sokongan yang ada sehingga perniagaan yang korang jalankan dapat berdiri sendiri dengan stabil.

Suami-suami sado, kalau isteri nak buat business tu, jangan lah tunjuk langsi sangat. Isteri ngadap handphone tu bukan sebab ada skandal pulak. Tapi diorang tengah cari duit. Diorang tu nak tolong korang jugak.. Boleh lepas pampers susu anak pun dah lega kan? Betul tak? Susu pampers pun mahal oii.. 

Jangan lupa, mintak pasangan dan mak ayah (termasuk mak ayah mertua) untuk sokong, dan DOA kan kejayaan korang.

7. Manfaatkan Insentif Syarikat


Tips yang ini MD tengok di www.ehomemakers.net. Ni benda baru juga pada MD sebab MD tak tahu. Macam MD, pekerja sektor kerajaan. Kena tahu mengenai prosedur untuk berhenti kerja. Dan apa insentif yang kerajaan beri kan. 

Tapi kalau bekerja swasta, ada setengah syarikat ada syarat-syarat tertentu sebelum berhenti. Entah lah. MD kurang pasti tentang ni.. Ni MD ambil dari artikel tersebut. 

Jika terdapat pelan kebajikan syarikat, kaji samada nilainya akan bertambah dan samada anda mungkin akan menerima imbuhan darinya dan bilakah waktunya.

Jadualkan rutin pemeriksaan fizikal, pergigian atau mata yang lazimnya ditanggung oleh insuran kesihatan syarikat tempat anda bekerja. Tentukan jumlah kos pemeriksaan kesihatan tersebut sekiranya anda perlu membayarnya sendiri.

Kemaskini rekod rujukan anda. Sekiranya majikan anda pernah memuji anda kerana telah melakukan kerja-kerja pejabat dengan baik, tanyakan kepadanya samada beliau boleh meletakkannya dalam bentuk tulisan supaya anda boleh meletakkannya didalam fail anda (jika ingin bekerja semula di masa akan datang).

Hadirilah mana-mana kursus, sesi latihan dan sebagainya lagi yang dibayar oleh majikan anda yang mana boleh digunakan didalam perniagaan anda dimasa hadapan.


Haa.. tu dia 7 tips yang MD rasa sangat penting dan sangat membantu korang untuk berhenti kerja. MD dah mula. Dah letak target. Tulis dalam diary besar-besar. Hari-hari bukak untuk ingatkan diri, kenapa MD KENA BUAT BUSINESS SUNGGUH-SUNGGUH!

Jangan lupa, doa pada Allah setiap waktu supaya Allah mudah kan urusan korang untuk berhenti kerja. InsyaAllah, niat yang baik tu Allah akan mudahkan..

............................................

NotaKaki : Tercari-cari business apa yang mahu di buat untuk menampung kehidupan? Hubungi MD sekarang.. Whatsapp 013-5818283..


MD

Tuesday, 28 April 2015

Gentle Action Makeup Remover Sudah Kembali!

Assalamualaikum...

MD lupa nak maklum pada uolls.. Gentle Makeup Remover sudah ada dalam pasaran!



Ramai yang bertanya pada MD. Makeup Remover ni ada stok ke tak? Kebetulan masa uolls tanya, memang tak ada stok.

MD pun tak aware sebenarnya sebab yang dok pakai tu lama nya tak habis-habis. Hihi.. tapi bila.orang tanya, check di website Shaklee, baru tahu tak ada stok.

Tapi sekarang korang jangan risau.. dah ada semula. So boleh dapatkan kembali dengan perasaan yang gembira! Hihi..

Apa yang best sangat?

♡ Menjadikan kulit korang licin, lembut dan berseri-seri.

♡ Salah satu bahan yang di gynakan adalah tunas Pokok Bic yang mana dapat menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan!

♡ Juga mempunyai Aloe vera yang dapat menyegarkan dan menegangkan kulit.

♡ Kulit terbukti lebih lembut, tidak berminyak dan lebih berseri-seri glowing!


Lepas tu kalau di combo kan dengan Gentle Deep Foaming Cleanser nya tu, fuhh.. Meletop beb!

Harga sangat berbaloi dengan kuantiti. Satu tiub ada 150ml. Boleh tahan antara 6-8 bulan. Lama tu.. Sangat berbaloi ok!

Memang pilihan no 1 MD. Terbukti selamat, berkesan dan semulajadi.

Kalau korang berada sekitar Kulim, atau Daerah Seberang Perai Selatan, atau Parit Buntar, boleh lah dapat kan Makeup Remover ni secara COD. Tapi yang duduk serata Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura tu jangan risau, MD boleh pos menggunakan Poslaju, atau Gdex atau Citylink.

Boleh SMS atau Whatsapp atau Telegram MD di talian 013-5818283.

MD nak pi cuci muka dengan Makeup Remover ni lepas tu guna Deep Foaming Cleanser.

Lepas tu telan Ostematrix dan Vitamin E.

Good night all. Jangan lupa baca doa tidur tau.

Daa...