Hari ni MD kena bertugas di KRT Taman Sembilang, Seberang Jaya. Haish.. apa yang rajin sangat orang cuti kita kerja ni? Hihi..
Biasa lah.. Parlimen Permatang Pauh nak mengundi. So tiap daerah kena turun padang lah bertugas bagi menjayakan program-program..
Program pukul 2 mula, tapi MD awal lagi dah tercongok di sini..
Program Jelajah Keluarga Bahagia tajuknya. YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun yang turun merasmikan. Beliau adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Antara agensi yang MD nampak terlibat sama adalah LPPKN dan ICU. Ye lah, dah Menteri KPWKM. Mungkin ada lagi agensi lain terlibat tapi MD tak perasan..
Kawan sekerja.. Berlakon ja dia ni.. keh3..
Oleh kerana awal sangat MD tiba tadi, sempat lah bersembang dengan seorang petugas LPPKN. Sekarang LPPKN ada bukak perkhidmatan 'MamaCare' tau. MD pun tak tahu sebenarnya. Setakat yang tahu, perkhidmatan yang ada macam perancangan keluarga, Mamogram, Kaunseling rumahtangga, Cafe @ teen, Smart Start, kursus latihan.. Tak tahu pulak ada perkhidmatan baru ni, 'MamaCare'.
Kakak yang MD sembang ni nama Juana (Kak Ana). Menurut Kak Ana, program MamaCare ni adalah merupakan satu Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga. Haa.. Skema gitu MD explain. Maksud mudah nya, penjagaan selepas berpantang laa..
Wanita kan tiang rumahtangga. Jadi bila bersalin dan berpantang ni kena lah jaga elok-elok. Urut, bertungku dan sebagainya. Supaya ibu-ibu jadi segar, bertenaga. Tak ada lah macam pompuan meroyan je.. Nak-nak lagi mak banyak anak macam MD ni.. hihi..
Kak Ana tu pun tegur MD nampak lesu, ada eyebag bawah mata. huk3.. Memang agak lesu pun, tak cukup tidur, family datang dari Ipoh, anak meragam malam sebab kepanasan, gas aircond habis dan etc etc.. Ostematrix pun lupa ambil malam tu sebab lupa terlampau banyak benda fikir dalam kepala.
Kalau korang nak tahu, MamaCare ni bukan sahaja menjaga ibu-ibu dalam pantang, tapi turut juga melatih wanita-wanita seperti warga emas dan ibu tunggal daripada golongan berpendapatan rendah yang mempunyai minat yang tinggi untuk menjana pendapatan keluarga melalui perkhidmatan MamaCare ni. Kalau ada bakat mahupun minat dan kemahiran mengurut urutan tradisional, boleh lah cuba memohon mengikuti program ni.
Program ni ada yuran pendaftaran tak? Ok, untuk pengetahuan semua, untuk wanita yang layak, yuran pendaftaran adalah percuma. Tapi, kalau anda tidak berkelayakan, makna nya bukan warga emas, bukan ibu tunggal, bukan wanita dalam golongan berpendapatan rendah, tapi korang sangat berminat, maka yuran adalah ditanggung sendiri oleh peserta.
Bagi peserta yang telah berjaya mengikuti modul lengkap program mereka layak untuk menerima Sijil Amalan Profesional Urutan Melayu yang diiktiraf oleh Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA)
Program MamaCare ini akan dilaksanakan di seluruh negeri bermula tahun 2014.Untuk maklumat lebih lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi LPPKN Negeri atau Ibu Pejabat, Bahagian Perancangan Korporat LPPKN di talian 03-26937555 samb. 2008/2002.
Personally, MD sangat syorkan korang ikuti program ni sebab banyak kelebihan yang akan dapat. MD pun teringin jugak nak ikuti kursus ni satu hari nanti. Cuma sekarang ni, banyak sangat kekangan masa yang tidak mengizinkan, so hold dulu..
Sebelum MD undur diri, MD nak share video klip ni. Cara macam mana nak jadi orang yang berbakat.
No comments:
Post a Comment