Friday, 13 December 2013

Dinner JKMNPP 2013


Assalamualaikum..

Entry kali ni adalah berkisar tentang dinner JKMNPP yang berlangsung di Rainbow Paradise Hotel, Tanjung Bungah, Penang. Tema adalah Glamour & Glitter kate nya.. Surat kate pink biru..

So layan gambar je la ek..


Feeling retis..haha

Dengan Cik Dila

Baju dan selendang beli tengahari sebelum dinner.

Hehe..

Harus la kena tangkap muka sdr lebih..

Dengan Cik Dila lagi..

Hamper persembahan kedua terbaik!

Sebahagian Team PKMD SPS yang hadir dinner tu..









Tahun depan panjang umur kita jumpa lagi..
Hanni

Thursday, 12 December 2013

Cuti-cuti dengan Bonus Shaklee!!

Assalamualaikum..

Al-kisah nya, CM berkenan untuk mencemar duli membawa kami anak beranak pegi jalan-jalan.. Haha.. Sebenarnya, Jumaat lepas JKMNPP ada buat dinner di Rainbow Paradise Hotel, Penang.

Selama berminggu-minggu bersusah hati memikir macam mana lah puteri-puteri dua orang ni nanti, akhirnya Allah lorongkan jalan..

Plan awal nak letak diorang kat rumah Mak Caq. Tapi, bila beritahu air mukanya macam serba salah. Tapi dia tak cakap pulak tak boleh. Mungkin dia fikir MD pun tersepit, kesian kat MD la kot gamak nya..

Tup-tup tetiba petang khamis tu CM whatsapp bini yang cumil ni, suruh survey hotel dekat-dekat situ.. Kita tido hotel je lah.. Tak de lah jauh sangat MD nak pecut balik nanti.. Terus la cargas google sana sini hotel di Tanjung Bungah tu.. Call sana sini, akhirnya rezeki kami dan anak-anak.. Ada bilik yang kosong di kala hotel lain semua full..huhu... Harga memula tu macam telan air liur jugak.. RM250. Without bekpes ke lunch ke dinner ke.. Terasa macam mahal.. Tapi, tak pe lah, boleh bawak anak-anak mandi swimming pool, tengok laut... Diorang pun x pernah lagi kami bawak pegi jalan-jalan camtu..

Nak di jadikan cerita, tengah makan pagi pada pukul 11.30 di pantry office, sambil scroll whatsapp yang tak sempat di tengok dari pagi, terpandang pulak announcement, Bonus Shaklee dah masuk!! Alhamdulillah.. Lega banyak sangat rasa nya.. Terus bukak M2U. Allah... Rezeki di tengah bulan.

So petang Jumaat kami satu family terus la ke Copthorne Orchid Hotel, Penang. Sebelah je dengan Rainbow Paradise Hotel tempat nak dinner malam tu..




Siap check in, anak-anak terus meluru masuk dalam bilik. Kakak meloncat-loncat atas katil, adik terus tuju telefon..

So petang tu kami anak-beranak turun la ke swimming pool.. bagi rendam dua beradik tu.. sampai geletor badan pun x nak naik lagi..hihi...


Gambar adik x de sebab CM dah suruh angkat adik naik.. Dah geletor badan nya.. Risau demam pulak nanti..haha..

Esok nya, diorang sambung pulak berendam dalam bathtub dalam bilik sampai 2 jam.. Kasi can ayah tidur lama sikit, ibu pun berendam sama sampai 2 jam!! Ya Allah.. Seronok x tau nak habaq! Mungkin lepas ni boleh jadi aktiviti family kami setiap tahun kot.. Mode : Jakun..hahaha.. Sebelum ni anak kecik-kecik lagi. So kami rasa macam x berkeperluan kot nak bawak jalan-jalan.. x de duit sama.

So lepas check out, kami bawak anak-anak pegi Toy Museum yang macam femes sangat tu.. Cerita penuh di sini...

Hanni

Wednesday, 11 December 2013

Panduan Memilih Vitamin Yang Bagus

Assalamualaikum semua..


Biasa MD dapat soalan macam ni.. "Apa Vitamin yang harus saya ambil?" "Vitamin apa yang bagus?" "Macam mana nak pastikan vitamin tu bagus?" n etc etc etc... So ini adalah sebagai panduan untuk kalian memilih vitamin yang bersesuaian dan bagus untuk diri dan keluarga... Jom tengok..

**Info inin sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers**

PROTIN

Fungsi
  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim 
  • Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protin yang berkualiti.
  • Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. 
  • Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatan.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita tetapi banyak sumber protin biasa (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. 
  • Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang jangkitan.


Panduan memilih
  • Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  • Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
  • Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. 
  • Kadar effisiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
  • la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.


Multivitamin

Fungsi
  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
  • Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara

Panduan memilih
  • Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
  • Bekalan harian yang disyorkan harus mengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
  • Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
  • Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.


VITAMIN C

Fungsi
  • Meningkatkan respons imun.
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).

Panduan memilih
  • Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
  • la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
  • Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.


ALFALFA

Fungsi
  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Panduan memilih
  • Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
  • Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
  • Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai


VITAMIN E

Fungsi
  • Mungkin melengahkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi jangkitan dengan lebih effisien. 
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
  • Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.

Panduan memilih
  • Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
  • la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
  • Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.


B-Complex

Fungsi
  • Membantu memerangi kelesuan. 
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. 
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. 
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
  • Perlu bagi saraf sihat.
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
Panduan memilih
  • Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
  • Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
  • la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
  • Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut


LESITIN

Fungsi
  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak dari sel-sel.
  • Mengemulsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.

Panduan memilih
  • Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah dari kacang soya. Cari sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
  • Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.


Kalsium

Fungsi
  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. 
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. 
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.

Panduan memilih
  • Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
  • la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.


BESI

Fungsi
  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
  • la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.

Panduan Memilih
  • Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan.


ZINK

Fungsi
  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stress.

Panduan memilih
  • Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat. Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.


GENTIAN/ FIBER

Fungsi
  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia hiatus. 
  • Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan).
  • Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
  • Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari

Panduan memilih
  • Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. 
  • la harus tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. 
  • Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. 
  • Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.


JULAP / LAKSATIF HERBA

Fungsi
  • Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan.
  • Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.

Panduan memilih
  • Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.


EPA/OMEGA

Fungsi
  • Boleh menurunkan trigliserida.
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah.
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.

Panduan memilih
  • Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susu".
  • lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. 
  • Carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.


Ketahui Rahsia Menjana Pendapatan 5 angka dengan Shaklee:
Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini

Hanni

Thursday, 28 November 2013

Dinner @ Chef Det, Kulim

Assalamualaikum,

Semalam CM tiba-tiba mengidam ajak makan Western Food! Tanya MD lak, memang ok la kan.. Beresss.. Selalu makan kat kedai Siam dekat-dekat area rumah je.. Ni ajak makan Western, memang seperti mengantuk di sorongkan bantal lah..

So lepas Maghrib kami keluar. Ingatkan makan dekat dengan Tabung Haji Kulim tu.. Apa tah nama kedai tu.. Sekali tengok tak belok pun kot tu.. Dia terus ja.. Heran jugak. Tengok-tengok berenti dekat depan kedai Chef Det. Tak pernah lagi makan kat sini.. Nampak kedai macam best je..

Credit to Jalan Rebung
So ok la, Masuk kedai, belek-belek menu segala, MD decide order Grilled Chicken Chop dengan sos Cheezy apa tah. Tapi kata nya cheezy sos yang special sangat tu x ada. So tukar dengan Grilled Chicken Chop letak cheese, dan mushroom sos. Air pulak jus nenas gelas biasa. CM lak amik ape tah. Lamb kot.. Untuk budak-budak amik mushroom soup dengan french fries.

French Fries budak-budak ni sangat biasa.. Mc Donald punya sedap lagi kot. Mushroom soup pun macam hmm... Boleh laa..

Bila sampai hidangan kami, ibu dan ayah ni, rasa cam wow! Macam sedap jek..

Ibu punya.

Ayah punya

Air pulak sampai dalam mug besar! Rupa nya CM pegi tukar.. Kembong perut minum ayor aje..

Rasa pulak... Hmmm.. Mushroom sos dia masin. MD memang kuat masin tapi ni macam masin sangat lak.. Huhu.. Ayam nya ok jugak, boleh tahan. Yang CM punya sedap jugak.. Anak-anak makan habis semua.

Personally rasa macam idok le sedap giler2.. Setakat boleh la janji kenyang perut.. Next time kalau pegi mungkin order benda lain kot..

Apa pun, Alhamdulillah. Kenyang sangat malam tu sebab terlampau kenyang dan penuh air dalam perut.. Malam tu tak tau berapa kali bangun kencing. Sebelum tido tu memang siap-siap telan HerbLax. Kasi flush out esok nya.

Pagi ni rasa ringan sangat-sangat badan..

Oh ya, By the way.. MD x de la kata x sedap langsung. Berbanding dengan yang pernah makan kat tempat lain sebelum ni, Restoran Chef  Det ni ok lagi..

Kalau nak pegi, kedai dia dekat Kelang Lama, Kulim. Berhadapan dengan Bank Muamalat tu. Bank belah kanan, kedai tu belah kiri.. Selamat menjamu selera.



Hanni


Sunday, 24 November 2013

Energy Booster Mak Dara


Assalamualaikum readers yang tersayang..

Hari minggu yang damai.. Hari minggu ni memang rutin MD adalah menjadik bibik di rumah sendiri.. Dari ke depan sampai ke dapur, dari dalam bawak ke luar.. Tu belum termasuk jadi tukang kebun lagi.. Pendek kata memang serba boleh la MD ni kan.. Bila dah petang tu MD rasa cam dah letih je. Sedangkan banyak lagi kerja nak buat ni.. Harus lah mencari energy booster kan untuk kekal alert & bertenaga..

Apa dia energy booster MD? Haa.. meh nengok ni..



Cinch Tea Mix + madu + safron sikit.. Bancuh dengan air panas.. Hirup pelan-pelan... Peerrghhh.. Nikmat nya laaa..


Apa energy booster uolls? Meh la share.. =)

#i♥shaklee






Saturday, 23 November 2013

Vivix Punya Cerita..

Assalamualaikum uolls..

Salam hujung minggu.. Korang ke mana aje ujung-ujung minggu ni? Nak pulak cuti sekolah. Kompem tak lekat la dok rumah saje kan...

MD tak ke mana hujung-hujung minggu ni. Dok rumah je. Kemas la rumah yang di landa tsunami ni. Kalau orang mai sure tkejut gila. Hahaha... kisah apa. Hari kerja, lantak la nak tunggang terbalik pun. Tapi hari cuti, cuba sedaya upaya untuk memastikan rumah kemas tersusun elok.

Setel kemas-kemas rumah, packing pulak order kastemer.


Ni cerita hari Jumaat.. Order Vivix bertingkek-tingkek.. Alhamdulillah.. Dah makin ramai yang sedar kebaikan Vivix ni. Ramai juga yang ambil peluang nak membeli dengan harga yang murah..

So, kalau korang nak beli, jangan segan-segan contact MD ek.. SMS/Whatsapp 013-5818283..

Jaga diri.. Selamat berhujung minggu..
Hanni

Monday, 18 November 2013

Perut ku Sakit...


Assalamualaikum..

Kalian sihat? MD tak berapa sihat. Perut pedih.. Huhu..

Ceritanya, hari ahad tu ingat tak nak la makan malam.




Hanni