Al-kisah nya, CM berkenan untuk mencemar duli membawa kami anak beranak pegi jalan-jalan.. Haha.. Sebenarnya, Jumaat lepas JKMNPP ada buat dinner di Rainbow Paradise Hotel, Penang.
Selama berminggu-minggu bersusah hati memikir macam mana lah puteri-puteri dua orang ni nanti, akhirnya Allah lorongkan jalan..
Plan awal nak letak diorang kat rumah Mak Caq. Tapi, bila beritahu air mukanya macam serba salah. Tapi dia tak cakap pulak tak boleh. Mungkin dia fikir MD pun tersepit, kesian kat MD la kot gamak nya..
Tup-tup tetiba petang khamis tu CM whatsapp bini yang cumil ni, suruh survey hotel dekat-dekat situ.. Kita tido hotel je lah.. Tak de lah jauh sangat MD nak pecut balik nanti.. Terus la cargas google sana sini hotel di Tanjung Bungah tu.. Call sana sini, akhirnya rezeki kami dan anak-anak.. Ada bilik yang kosong di kala hotel lain semua full..huhu... Harga memula tu macam telan air liur jugak.. RM250. Without bekpes ke lunch ke dinner ke.. Terasa macam mahal.. Tapi, tak pe lah, boleh bawak anak-anak mandi swimming pool, tengok laut... Diorang pun x pernah lagi kami bawak pegi jalan-jalan camtu..
Nak di jadikan cerita, tengah makan pagi pada pukul 11.30 di pantry office, sambil scroll whatsapp yang tak sempat di tengok dari pagi, terpandang pulak announcement, Bonus Shaklee dah masuk!! Alhamdulillah.. Lega banyak sangat rasa nya.. Terus bukak M2U. Allah... Rezeki di tengah bulan.
So petang Jumaat kami satu family terus la ke Copthorne Orchid Hotel, Penang. Sebelah je dengan Rainbow Paradise Hotel tempat nak dinner malam tu..
Siap check in, anak-anak terus meluru masuk dalam bilik. Kakak meloncat-loncat atas katil, adik terus tuju telefon..
So petang tu kami anak-beranak turun la ke swimming pool.. bagi rendam dua beradik tu.. sampai geletor badan pun x nak naik lagi..hihi...
Gambar adik x de sebab CM dah suruh angkat adik naik.. Dah geletor badan nya.. Risau demam pulak nanti..haha..
Esok nya, diorang sambung pulak berendam dalam bathtub dalam bilik sampai 2 jam.. Kasi can ayah tidur lama sikit, ibu pun berendam sama sampai 2 jam!! Ya Allah.. Seronok x tau nak habaq! Mungkin lepas ni boleh jadi aktiviti family kami setiap tahun kot.. Mode : Jakun..hahaha.. Sebelum ni anak kecik-kecik lagi. So kami rasa macam x berkeperluan kot nak bawak jalan-jalan.. x de duit sama.
So lepas check out, kami bawak anak-anak pegi Toy Museum yang macam femes sangat tu.. Cerita penuh di sini...
No comments:
Post a Comment