Saturday, 8 June 2013

Shaklee National Conference 2012/2013


Assalamualaikum..

Yeah! Go For It..

Saya menulis hari ini dari Ballroom Sunway Resort Hotel & Spa. Menghadiri National Conference Shaklee. Ini adalah kali pertama saya.. Perasaan hati berdebar2. Macam kan naik pentas pulak hari ni.. =D

Seawal 8.30 pagi saya dah sampai sini.. Di hantar oleh Kak Ya (kak ipar saya).. Orang pun tak berapa ramai lagi.. Saya pun tak tahu nak tuju mana.. Menunggu mama 'Shaklee' saya sampai untuk ambil tiket.. Rupanya tiket boleh collect dari wakil Master Hadha..

Sepanjang dari sampai kemudian tercongok menunggu, banyak muka2 hebat yang saya nampak.. Cth Master Izzati, Master Lyna Noh, Master Zura, Master Hadha n lain2.. Real depan mata. Boleh bergambar. Boleh berpeluk cium.. Menyedut aura2 leader.. Sangat teruja. Mereka sangat simple. Pakaian mereka. Penampilan mereka. Sangat simple. Pada hal income stabil 5-6 angka..

Bila program start, rasa double teruja.. Dalam hati, x henti2 berdoa.. Saya mahu jadi leader yang hebat seperti mereka. Kawan2, doa kan saya juga ya..

Sesi naik pentas, mereka naik dengan suami. Dengan anak2. Saya teringat Nasyw dan Zahra yang saya tinggalkan di rumah dengan tok dan sepupu2 mereka.. Perasaan hati x dapat di gambarkan. Sebak.. Kejayaan yang boleh di rai bersama seisi rumah. InsyaAllah. Tahun depan saya akan naik sebagai star achiever. Bersama suami dan anak2 saya.. Doa kan saya ya kawan2..

Berjumpa dan berkenalan dengan orang2 baru, memberikan saya pandangan baru. Membuatkan saya lebih terbuka luas mata.. Alhamdulillah. Syukur ya Allah sbb mendapat kesempatan untuk menghadiri majlis ni.. Bersama orang2 hebat.. Menyedut aura2 hebat.

Jom kalian.. Semua orang boleh jadi jutawan. Antara mahu dan tidak je. Saya dah nampak jelas hala tuju saya. Jika anda mahu, saya boleh bimbing anda. Stabil dari 2-3-4-5-6 angka.. InsyaAllah.. PM saya di facebook Hanni Kamilla Hanafi atau whatsapp 013-5818283.

* gambar akan di upload kemudian. Keana saya update dari ipad.
Hanni

Friday, 7 June 2013

Jalan-jalan Midvalley

Assalamualaikum..

Dengan lafaz bismillah, saya bertolak ke KL jam 11.30 pagi. Lewat sebab setelkan urusan mengclear rumah. Kemas dulu apa yang patut supaya balik satgi x sakit jiwa tengok rumah berselerak. Lepas tu setelkan dulu order customer untuk di pos. Kemudian baru boleh nak bergerak pun..

Cuaca sangat panas. Mata saya pun rasa x boleh buka. Dari Tol Jawi tu sampai Bukit Merah pun melelong2 bawak kereta. Sangat lah ngantuk nya..

Benti sat.. Pekena Cinch Tea panas.. fuhh.. Lega sangat. Badan terus rasa fresh..

Memang terbaik!

Saya Sampai Bukit Damansara pukul 4.30 pm. Memang dari Bukit Merah tu non stop drive sampai KL. Memang terbaik lah Cinch Tea ni! Kekal focus.

Selalu saya pegi KL susah nak berjalan-jalan nih.. Sebab CM x rajin nak bawak gi jalan. Ni kebetulan pegi ni dia x boleh ikut, ape lagi.. Memang langkah panjang la ibu.. Malam tu pegi Midvalley. Hajat hati nak pegi Foot Reflexology By Blind Therapist, tapi x de slot kosong. Dia suruh booking dulu. Memang x kuasa la saya nak pegi balik..

So layan la Nasywa berjalan sana sini...













Bahagia tengok anak gembira.. =)
Hanni

Wednesday, 5 June 2013

Tips Ketika Hendak Bersalin

Assalamualaikum..



Ni saya nak share tips ketika bersalin.. Maklum lah ada ibu-ibu muda yang tak tahu cara macam mana nak bersalin.. Apa nak buat? Ada tips tak supaya boleh membantu serba sedikit memudahkan lagi proses bersalin anda..

  • Sebelum masuk ruang bersalin, minta maaf dulu dengan suami, mak, ayah dan mak, ayah mertua dulu. Penting tu. Restu mereka sangat penting. Minta mereka redha dan maaf kan segala salah salap kita juga minta mereka doakan agar semuanya selamat.

  • Kawal dan tenangkan minda. Set dan tetapkan fikiran kita untuk fikir yang baik-baik sahaja. Kosongkan fikiran, bayangkan berada di tempat yang aman, damai, nyaman, masukkan juga rasa bahagia. Cuba bayangkan anak yang bakal lahir itu comel dan bakal menjadi anak yang soleh, solehah. InsyaAllah, baying-bayangan ini akan membuatkan anda tenang dan lupa tentang kesakitan.

  • Kawal dan jaga pernafasan anda. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepas menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, tahan sedikit, kemudian lepas perlahan-lahan. Teknik ni anda boleh praktis bermula dari sebelum bersalin lagi.

  • Ketika meneran jangan mengeluarkan suara atau menjerit. Itu cara meneran yang salah. Cuba tahan suara dan teran.

  • Kalau tiada contraction, jangan meneran untuk mengelakkan kehabisan tenaga.
 
  • Sentiasa berzikir dan jangan putus-putus baca Doa Nabi Yunus.

Saya doakan anda baik-baik sahaja ketika proses kelahiran tersebut. Sesungguhnya proses kelahiran itu sangat manis. Dan selamat menerima orang baru.. =D

Hanni

Tuesday, 4 June 2013

Penjual & Pembeli yang zalim.

 
- Credit : FB Master Zura Betty -
Assalamualaikum..

Balik kerja tadi saya berkesempatan untuk tengok update newsfeed FB.. Terpandangkan status Master Zura Betty.. Yang membuatkan saya tersenyum..

Dulu saya adalah pembeli.. Sepeti kebanyakan kita.. Selalu jugak saya baca status2 yg seakan2 ini. Dulu memang buat tak tahu.

Tapi sejak diri sendiri terjun dalam dunia business secara kecil-kecilan ni saya dah faham kenapa kadang ada seller yang 'meroyan'.. Memang pembeli ada hak untuk survey harga. Saya x nafikan. Saya juga begitu, survey harga barang yang saya mahu beli. Kadang2 walaupun mahal tp seller tu bagus, saya x berkira sangat untuk bayar lebih.. Saya anggap itu rezeki dia..

Sebagai seller pun ada hak juga.. Saya bagi contoh business Shaklee. Sebab ini saja yang saya buat. Hehe..

Shaklee dah tetapkan harga ahli, dan harga jualan. Selagi anda tidak jual harga di bawah ahli, dan lebih dari harga jualan yang ditetapkan, should be no problem lah kan.. Tapi ada buyer yang suka dok survey harga (mungkin nak test luck kot2 seller ni bagi harga murah gila).. Si Seller ni pulak mungkin desperate memikirkan nak kejar sales sanggup 'pejam mata' bagi harga x masuk akal.. Ujung2 saya pun x paham apa yang seller tu dapat?

Ada seller pulak baik hati. Menggunakan 'win2 situation'. Aku bagi harga ahli kat ko, caj pos n ko bagi point kat aku.. Tapi buyer ni kijam sungguh.. Selagi boleh nak-nak jugak free postage. Free gift.. Seller ni serba-salah lagi.. Mungkin return customer kot kan.. Bagi jugak la.. 'Pejam mata' lagi... Eh, mana untung nya?

Jangan lah kejam sangat.. Orang2 berniaga ni bukan suka-suka berniaga x de hala tuju.. X kisah lah apa bentuk perniagaan yang dilakukan pun. Tapi ada tujuan. Mencari rezeki untuk keluarga. Meneruskan kelangsungan hidup. Dan sebagainya.. Tapi bile ade buyer menekan, dah jadi keterpaksaan pula seller ni menjual.. Perumpamaan nya seperti asal kan habis barang, jadi lah..

Haish.. jauh kan lah saya daripada menjadi penjual dan pembeli yang zalim..



Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 3 June 2013

Sarapan Berkhasiat Untuk Otak Cerdas dan Ligat

Assalamualaikum..

Saya nak share dengan kalian kebaikan bersarapan untuk anak-anak.. Sebagai seorang mak/bapak dah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun ramai yang mengabaikan kepentingan sarapan berkhasiat kerana dengan bersarapan akan menjadikan otak cergas dan ligat.

Menurut Pertubuhan Pemakanan Amerika, lebih daripada 40% kanak-kanak perempuan dan 32% kanak-kanak lelaki tidak bersarapan secara teratur pada waktu pagi. Kebanyakan ibubapa berasa pelik mengapa anak mereka sukar mengambil sarapan pagi sebaliknya mengambil makanan ringan menjelang tengahari. Puncanya adalah kerana kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi tidak mendapat nutrisi dan tenaga yang diperlukan tubuh untuk mereka menumpukan pembelajaran di sekolah.

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran Matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan.

Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?
  • Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan,
  • Menghilangkan symptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.
  • Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh guru dengan lebih tepat.
  • Meningkatkan pencapaian berfikir.
  • Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.
  • Membantu mereka untuk tidak 'berkhayal' semasa di dalam kelas.
  • Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah.

Bagaimana Meal Shakes membantu anda?



Dengan tabiat yang sering berkejaran dan tergopoh-gapah, kanak-kanak selalunya tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati hidangan mereka. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan yang bukan hanya segera tetapi juga berkhasiat untuk mereka seperti pilihan berkhasiat Meal Shakes Shaklee yang rendah lemak dan rendah glisemik. Rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Shake tersebut menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protin yang hebat. Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan-soya berperisa vanilla dicampur dengan susu yang berbuih. Cubalah rasai bancuhan Meal Shakes Shaklee di pagi hari yang dicampur bersama yogurt tanpa perisa ataupun susu rendah lemak beserta buah-buahan.


Untuk pertanyaan & pesanan :



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Emel : hanni.kamilla@yahoo.com
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini
Hanni

Sunday, 2 June 2013

INFO PRODUK : Meal Shakes?

Assalamualaikum..

Hari ni Mak Dara nak bebelkan pasal Meal Shakes yang kontroversi sangat tuh.. Apa tu Meal Shake? Ramai juga yang belum tahu apa tu Meal Shakes ni.. Sebab ramai yang tanya kat MD Meal Shakes tu apa? Meal Shakes ni ape kebaikannya? Sesuai unuk siapa? Dedak ayam ke? Oopppsss...

Apa itu Meal Shakes?


Meal Shakes - RM113.00 / RM121.20 (SS)

Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid aminoserta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shakes dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vageterian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes merupakan pilihan yang bijak.


Ihsan google.

Manfaat Utama

  • Nutrisi Lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.


  • Membekalkan Nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.


  • Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.


  • Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.


  • Mengembalikan Seri Wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi, dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.


  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.


  • Kelazatan Rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.


Rekomendasi

~ Campurkan 2 sudu besar Meal Shakes bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink (perut kosong) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran.

~ Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, ESP, atau apa-apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk mahupun panas.

** Harga bagi 1 canister adalah RM113.00 atau RM121.00 bagi Sabah /Sarawak.






Saturday, 1 June 2013

Adab Menantu Terhadap Mertua

Artikel ini di ambil dari satu blog.. Sebagai ingatan untuk saya dan anda.. Sebab saya rasa sangat menarik. Oh ya, ini bukan antara saya dengan mertua saya.. Alhamdulillah.. Mertua saya sangat baik..

Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita, secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua. Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri. Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka.

Hari ini, ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar di hormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.

Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka mesti menghormati ibu mertua di ikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu bapa dan juga mertua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan tanggungjawab dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.

Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab itu di abaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri di abaikan oleh si suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun, sama seprti  tanggungjawab anak yang sudah memeluk islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk islam.

Bagi sesetengah  pasangan, permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri. Meski pun  di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi. Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga, maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi, contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.

Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua? Apa yang perlu dilakukan trehadap mereka? Mesti ada pro dan kontranya.

Sebagai menantu perempuan kita kena beralah dan mendahulukan mertua. Dalam hirarki kehidupan seorang suami, seorang suami perlu mendahulukan ibu bapanya dari isteri. Suami yang baik akan bertanggungjawab terhadap ibu bapanya, ibu bapa mertua, dan keluarganya sendiri. Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk menjadi anak dan suami yang soleh.

Sekiranya ada apa-apa perbincangan dan permuafakatan perlu ada, agar tida hati yang akan terluka. Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami, mestilah kita mahu dia menjadi seorang hamba yang soleh. Dan untuk mencapai hasrat itu, suami itu perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibu bapanya.

Ada juga mertua yang cerewet dan selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak menantu bercerai-berai. Namun tidak dinafikan, kadang-kadang ianya bergantung kepada anak itu sendiri yangterlalu bergantung dengan ibu bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.

Persoalannya, bagaimanakah cara menangani masalah ini sehingga hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni?

Cara mewujudkan hubungan yang baik

Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi.Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:

Berdamai dengan diri sendiri:

- Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.

Oleh sebab itu, jka secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan: "change your thoughts and you will change your world". Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.

Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mertua seperti: mertua harus dijauhi dan tidak perlu mewujudkan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbagai-bagai prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pmikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung.

Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:

Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki budaya keluarga yang berbeza. Yang di maksudkan dengan budaya keluarga di sini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menyentuh hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga di mana segalanya ini tentu sekali akan membentuk karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.

Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin antara orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang. Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan, pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak, sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik, segala emosi negatif dari masa lalu akan terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya, baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.

Menyamakan pasangan dengan ibu atau bapa sendiri

Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibu dan bapanya. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar  kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.

Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita.

Menantu juga hendaklah menunjukkan sikap bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala  sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.

 * Penghargaan kita kepada menantu itu.

Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian, namun jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha ke arah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai. Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya, mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua, kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak, tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.

Selain itu, mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga. Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka. Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda. Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam, kita boleh menerima saranan mereka.

Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang ada. Dengan cara ini, secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu.

Mertua juga perlulah  mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa dan di sayangi oleh mertuanya.
Selalu mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.


Hanni