Lama MD tak menulis dalam blog. Banyak idea yang di tulis di dalam draft tapi mencari masa untuk edit satu-satu untuk di publish.. Kononnya busy sangat kekdah nya kan... hihi.. So rini rasa terpanggil nak share dengan kalian tips untuk kekal sihat sepanjang berpantang.. Maklum lah, MD sekarang menghampiri 31w dah.. Dah tak lama pejam celik dah nak bersalin. So banyak nak menyiapkan diri untuk melalui tempoh berpantang 44 hari tu..
Berpantang ni nampak je mudah tapi tidak lah mudah sangat sebenarnya. Banyak yang nak kena jaga. Sebab tu dinamakan berpantang kan.. hihi.. Kalau ikut pengalaman bersalin anak pertama dan kedua dulu, ada lah sikit yang MD boleh nak share kan dengan kalian. Terutamanya untuk new mommy kan.. sure lagi banyak yang nak tahu..
So ni ada sikit tips penting yang kalian kena titik beratkan.
Sumber gambar google |
1) Bertungku
Bertungku ni adalah amalan tradisional. Sangat penting bertungku ni sebab ia dapat memanaskan badan, buang angin, melancarkan peredaran darah, mengecutkan urat dalam badan yang kembang, membetulkan kedudukan rahim dan banyakkk lagi khasiat bertungku. Tak lengkap kalau berpantang tapi tak bertungku. Mama MD tidak begitu berpantang sangat, jadi masa bersalin Nasywa dan Zahra, makcik tukang urut tu yang tungkukan MD. 3 hari je. Lepas dah balik rumah mertua, baru sambung semula. Mak mertua rajin nak bakar batu tungku tu. Bertungku pun ada caranya, terutama tang perut tu. So mintak tukang urut tu ajar sekali cara bertungku tau. Tungku zaman sekarang pun dah moden. Dulu pakai batu sungai je, sekarang ada banyak pilihan nak tungku besi ke, tungku bantal elektrik tu ke, or tungku bunjut siap ada herba gitu dalamnya. Tapi kalau tanya MD, sangat best pakai batu sungai. Bergantung kepada keselesaan ibu.
Sumber gambar google |
Benda yang kedua penting adalah berurut. Kenapa kena urut? Sebab urut ni bertujuan untuk memulihkan kesegaran badan kita, melancarkan peredaran darah, membuang angin-angin dalam badan, membetulkan urat-urat yang berselerak merata-rata dalam badan, membetulkan rahim agar elok terletak, dan membantu juga mengeluarkan darah nifas atau darah kotor yang masih ada. Seeloknya lepas sehari dua bersalin dah boleh berurut dah. Tapi tengok kesesuaian orang jugak. Berurut ni kena cari tukang urut atau bidan yang dah biasa urut orang bersalin. Sebab kalau semberono urutnya, takut mudharat badan kita nanti. Kalau ikut pengalaman yang lepas, berurut part paling MD suka. Dan amalan berurut tu MD teruskan hingga sekarang. =)
sumber gambar google |
Dah lepas berurut, bertungku bagai tu elok lah mandi. Tapi ni bergantung pada tukang urut. Macam tukang urut MD dulu, dia suka suruh mandi dulu. Supaya bila urut tu, minyak urut leh meresap lama dalam badan. Kemudian dia akan bertungku pulak. Time nak mandi tu ada air rebusan akar kayu yang akan di gunakan, campur daun pandan, wallahhh.. wangi dan nyaman rasa. Setiap akar kayu dan daun-daun yang digunakan tu ada khasiat tersendiri. Sebab tu la lebih baik dari guna air paip biasa atau hot shower. Sangat berbeza. Masa mandi tu, elok lah berlulur sekali, buang daki-daki atau kulit mati. Supaya badan lebih segar. Sekarang ni ada jugak sabun yang macam lulur, x payah sental kuat-kuat bagai.. (kalau dasar pemalas macam MD ni, cari benda paling mudah je la..). Kalau ikut pengalaman dulu, sepanjang sebulan pertama tu, MD akan mandi air rebusan akar kayu. Tapi seeloknya sepanjang tempoh berpantang tu, kalian mandilah air akar kayu..
sumber gambar google |
OK, part ni memang tak ada kompromi. Suka ke tak, kalian kena jugak berbengkung. Berbengkung ni nak bagi elakkan angin sejuk masuk kat perut. Tak ada lah nanti perut buncit. Lagi pun nak bagi badan kembali ke bentuk asal. Berbengkung ni seeloknya dari bawah payudara hinggalah ke pinggul. Kalau rendah sangat (tak panjang) nanti menekan pulak rahim tu ke bawah.. Dah satu hal lak nanti kalian sakit peranakan rendah. Boleh letak herba/minyak berubat ke apa untuk mengecutkan rahim, mengempiskan perut, peha dan merampingkan pinggang. MD agak tak berapa suka bengkung jenis bertali-tali panjang bagai ni. Agak terkial-kial dan leceh nak pakai. So MD pakai korset. Banyak jual di pasaran. Memang badan rasa sedap. Pakai almost 24 jam sehari. Sebab tu badan cepat sangat balik ke bentuk asal.
5)Pemakaian Baju Tebal dan Stoking
Penting untuk pakai baju yang tebal namun selesa dan menyerap peluh. Sat lagi kalian fitams sebab kepanasan, jangan kata MD lak ajaq noh.. haha.. Bab pakaian ni, MD memang pakai t-shirt yang selesa. Yang menyerap peluh sebab MD bukan jenis tahan panas sangat. Tapi, stokin tu is a must. Kena pakai. Untuk elak angin sejuk masuk. Masa Nasywa dulu, agak degil. Rimas nak pakai stokin. Tapi jadi macam nak cramp sebab kaki terlampau sejuk walaupun dah selimut. So MD letak minyak panas dan pakai stokin tebal-tebal.
6) Pengambilan Jamu atau Supplemen Yang Sesuai
Part ni pun tak kurang juga pentingnya. Waktu mengandung dan bersalin, rahim kita dah mengembang, bila bersalin, banyak tenaga di gunakan untuk meneran, sewaktu pantang, nak menyusukan anak malam-malam, kurang tidur dan sebagainya.. Maka, pengambilan jamu atau suplemen yang bersesuaian adalah penting. Ia adalah untuk mengembalikan kesegaran tubuh, bagi cergas, bertenaga dan berseri-seri. Tak ada lah macam mak lampir je kan. Dah la badan bau jamu minyak urut bagai, muka pun tak berseri. Orang tengok pun tak selera. haha..
Kalau tanya pengalaman MD, dua kelahiran sebelum ni, cuba ambil jamu. Tapi sebab jamu ni panas, MD tak tahan. Jadi peening, migrain, rasa nak marah-marah. So selalunya tak habis lagi pantang, MD dah stop jamu. Tapi, MD tak kata jamu tak bagus sebab MD pun sebelum ni pengamal jamu. Tapi mungkin perubahan fisiologi tubuh selepas kelahiran, MD rasa tak serasi. Tapi kalau kalian nak cuba ambil jamu, no problem.
Lepas sebulan kelahiran Zahra, baru MD kenal set Berpantang Shaklee. Pening jugak mula-mula nak pilih set yang bersesuaian. Maklumlah, harga 1 set untuk orang biasa macam MD ni, rasa telan air liur juga kan. Tapi, dengan ketahanan produk antara 4-6 bulan, rasanya sangat berbaloi untuk beli. Apa kelebihannya Set Berpantang Shaklee ni kan?Antaranya...
- Boleh di amalkan sejurus selepas melahirkan.
- Selamat sekiranya anak kalian ada jaundis (kuning)
- Sesuai untuk ibu bersalin normal mahu pun secara pembedahan.
- Memberikan ibu tenaga dan kesegaran yang optimum selepas kelahiran yang memenatkan.
- Sesuai juga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya malah membekalkan juga khasiat pada bayi.
Jadi, kalau kalian tengah mencari set berpantang yang bagus dan menepati semua piawaian di atas, maka Set Berpantang Shaklee yang paling sesuai. Mahukan konsultasi samada Set Pantang Ringkas atau Set Pantang Optimum, boleh lah hubungi MD untuk sebarang pertanyaan atau klik di link yang diberikan untuk pesanan. Setiap pembelian dari MD akan menerima konsultasi secara PERCUMA dan cara-cara pengambilan vitamin yang betul.
No comments:
Post a Comment