Macam mana puasa kalian setakat 11 hari berpuasa ni..? Baik-baik belaka? Ada yang dah bertebuk ke puasanya? Hihi... Ibu menyusu dan mengandung yang bimbangkan kesihatan diri dan anak yang dikandungnya ada rukhsah tau. So jangan paksa diri pulak. Kang fengsan susah. Entry hari ni MD nak share tentang tips nak banyakkan susu di bulan puasa ni. MD cerita berdasarkan pengalaman anak-anak sebelum ni, Alhamdulillah dapat berpuasa penuh sepanjang menyusukan anak-anak..
Tak dinafikan memang ada customer MD yang PM or kawan-kawan FB yang MD ternampak statusnya naik di newsfeed, menyatakan susu kurang, susu sikit, susu drop dan sebagainya. Allah.. Sedih juga. Sebab MD memahami perasaan ibu-ibu yang bertekad nak menyusukan anak-anak tanpa bantuan formula milk atau susu tepung.
Menyusukan anak-anak dengan susu badan sepenuhnya ni memang menuntut pengorbanan yang tinggi. Selain tu, jangan semberono. Kena ada ilmu berkaitan penyusuan juga. Sebabnya nanti tidaklah salah teknik pulak nanti. Jom baca tips-tips yang MD nak kongsikan ni. Tips yang sama MD amalkan sepanjang menyusukan anak-anak samada bulan puasa atau bulan tak puasa.
1 - Berfikiran Positif
OK, ini sangat penting. Ibu mesti berfikiran positif. Tak boleh tidak. Kalian, tahu tak yang otak manusia ni sangat unik. Apa yang kita fikirkan, itu yang akan terjadi. Jadi, jangan bazirkan caj-caj positif dengan memikirkan yang negatif-negatif. Bahaya!
MD dulu akan sentiasa fikir, 'susu aku banyak. Cukup untuk anak aku!' Hari-hari cakap pada diri sendiri. Hari-hari fikir benda yang sama. Alhamdulillah, setiap kali sesi menuai, paling sikit dapat 10oz. Selalunya memang lebih.
2 - Jangan Risau Ibu!
Bila kita terlalu risau sangat susu tak cukup, EBM tak cukup, anak dahaga, lapaq, dan sebagainya, ia memang mempengaruhi jumlah susu yang mampu dikeluarkan. Sebab ianya berkait dengan emosi ibu. Bila emosi terganggu, memang penghasilan susu pun akan terganggu. Jadi, berhenti risau yang berlebihan! Enjoy moment mengepam susu untuk si manja kalian..
3 - Berikan Susu Secara Kerap.
Berikan susu badan secara kerap kepada si manja walaupun kalian tengah berpuasa. Sebab kalian kena faham konsep Demand vs Supply. Maknanya, lebih kerap permintaan terhadap susu ibu, lebih banyak signal yang otak akan terima untuk menghasilkan susu.
4 - Waktu Perahan Yang Konsisten
Sebaiknya, kalian kekalkan waktu memerah susu. Maksudnya kat sini, tetapkan kalau selalu selang 2 jam kalian perah, maka setiap 2 jam MESTI kena perah. MD selalunya amik 3 jam. Tapi konsisten. Setiap 3 jam mesti kena perah. Ingat, bila kita kerap kosongkan payudara, ia akan beri signal pada otak untuk hasilkan lebih. So, akan galakkan permintaan susu supaya sentiasa berterusan walaupun sehingga akhir Ramadhan.
Ibu kena kreatif untuk melakukan pelbagai kaedah penyusuan atau pengepaman susu. Ikut kesesuaian tubuh masing-masing sama. Buat jadual perahan yang betul. Kalau 3 jam, makna cukup time kena perah atau bagi susu secara direct pada anak.
5 - Dahulukan Anak
Katalah kalian tengah memerah susu. Tiba-tiba anak datang nak menyusu. Jangan tunggu sehingga habis perah baru bagi pada anak. Dahulukan anak. Biarkan dia menyusu sepuasnya. Setelah selesai, baru sambung kosongkan payudara. Sehingga tiada apa yang keluar tau!
6 - Kerap Menyusu Di Waktu Malam
Waktu malam adalah waktu hormon prolaktin kita paling tinggi. Bila susu MD agak merudum, MD akan gigih bangun malam setiap 2 jam untuk menyusukan anak atau untuk memerah susu. Time orang sedap tidur, MD tersengguk-sengguk la perah susu.. Tapi, untuk anak tu sanggup buat apa saja. Kalian try lah buat, bangun malam start dari pukul 12 tengah malam tu sampai 6 pagi nya, bangun dan perah susu atau susukan anak. Kalian akan nampak perbezaannya.
7 - Power Pumping
Ya, Power Pumping(PP) banyak membantu. Waktu terbaik nak lakukan PP ni adalah waktu malam. Antara 12-6 pagi. Buat selama sejam. MD ada kongsikan bagaimana cara buat PP tu di entry SINI. Jemput klik ya..
8 - Pemakanan Seimbang
Ibu-ibu, jangan malas bangun sahur. Selain dapat banyak pahala, ianya dapat menampung keperluan tubuh. Tubuh jadi tidaklah terlalu penat berbanding tidak bersahur. Bila bersahur, make sure makan nasi. Bukan Coco Krunch lak.. (MD le tu). Tapi sebenarnya benda ni ikut tubuh masing-masing. Bergantung kepada hormon setiap orang sama. Ada yang tak makan nasi pun susu kekal mencurah-curah. Ada yang makan setambun melimpah-limpah keluar pinggan, tapi susunya biasa-biasa je. Ibu-ibu kena try & error. Jangan sebab MD makan Coco Krunch je korang nak tiru pulak.. Kang tak meriah, marah MD lak. Haa.. Tak tau..
Cuma, nasihat MD, ambil makanan yang sihat dan seimbang. Bukan junk food. Contoh burger. No! No! No! Banyakkan minum air kosong sama supaya kualiti susu yang dikeluarkan pun lebih baik. MD cadangkan ambil bijiran dan sayur-sayuran hijau. Tapi, macam MD kata, ini bergantung kepada ibu. Air kosong kena lebih dari ibu yang tak menyusu. Minum air sebelum dan selepas menyusukan bayi. Ia dapat mengelakkan masalah kekurangan air. Time bulan puasa ni, minum air waktu malam tu lebih supaya dapat menggantikan kekurangan air waktu siangnya.
9 - Pengambilan Milk Booster atau Suplemen
Sebenarnya banyak jenis makanan penggalak susu. Contohnya kurma, longan, coklat, susu, soya, lobak putih dan sebagainya. Memang banyak. Boleh tengok SINI, ada MD tulis. Jadi, ibu-ibu boleh pilih ikut kesesuaian ibu ya. Sebab setiap ibu tak sama penerimaan badannya. Ada yang berhasil dan ada yang tak berhasil. So uolls try & error test satu-satu..
Macam MD, ambil Set Menyusu Shaklee. Pun ada MD blog kan sebelum ni kat SINI. Rasionalnya MD ambik set menyusu Shaklee ni sebab mudah. Bukan bermakna MD tak ambik real food milk booster. MD ambil juga. Bila makan nasi tu, ambil juga sayur-sayuran yang boleh banyakkan susu. MD ambil suplemen sebab menyedari hakikat, tubuh semakin meningkat tua. Banyak kelompongan-kelompongan nutrisi dalam tubuh MD. Mengandung, menyusu, pun anak-anak tu dah ambil khasiat dari tubuh MD. So MD perlu top up dengan suplemen (selain real food) untuk mengekalkan kecergasan tubuh. Tidak lah lesu je kan. Tubuh yang sihat membantu menjadikan ibu lebih cergas dan bertenaga serta dapat melancarkan penghasilan susu yang berkualiti.
Nasihat MD, teruskan memberi anak susu badan dan sentiasa berfikiran positif serta yakin susu dapat dikeluarkan seperti biasa.
Untuk pembelian Set Menyusu Shaklee seperti yang MD ambil, boleh klik di SINI. Setiap pembelian dari MD layak untuk menerima konsultasi percuma secara berterusan. Boleh hubungi MD dahulu sekiranya ada sebarang kemusykilan ya..
Puasa bukan satu halangan untuk menyusukan anak. Malah kalian kena berbangga dan kekal ceria meneruskan penyusuan susu ibu ini!
No comments:
Post a Comment