Assalamualaikum kalian..
Hari Isnin yang indah.. Lebih indah sebab MD cuti..haha.. Bukan selalu MD dapat bercuti panjang.. Start dari 25 Disember sehingga 1 Januari nanti.. Tapi walau pun cuti, memang super bz kat rumah.
So entry kali ni MD nak cerita pasal family gathering kami di Salak Denai, Yan, Kedah. Kejadian berlaku pada 28-29hb baru-baru ni..
Sebenar nya dah lama tahu pasal tempat ni. Tahu pun dari kawan opis yang bercuti di situ dengan family nya hujung tahun lepas. Tapi punya la susah nak booking. MD mintak nak booking time cuti sekolah. Tapi semua tarikh masa cuti sekolah dah fully booked. Yang available cume hujung tahun sahaja.. So tak pe lah.. Time booking adalah Januari, masa dapat Power Up Cash as Supervisor dalam Shaklee.. =)
Apa yang menarik nya tentang Salak Denai ni adalah dia ada private swimming pool untuk setiap chalet nya. Kecuali dorm lah. Dorm x de swimming pool. So, diorang ada 5 chalet dan 2 dorm. 3 chalet besar dan 2 chalet yang kecil.
Chalet yang besar adalah
Chalet Siti Khadijah,
Chalet Siti Aisyah,
Chalet Siti Safiyyah. Harga untuk 1/2 hari adalah RM200. Manakala 1 hari adalah RM300. Ada 2 bilik tidur. Chalet kecil pulak adalah
Chalet Siti Aminah,
Chalet Siti Fatimah. Cuma ada 1 bilik sahaja. Untuk 1/2 hari RM60, dan 1 hari adalah RM90. Untuk dorm pulak, ada 2,
Dorm Hassan dan Hussain. Bagi Dorm Hassan, ada 4 katil Queen. Sewa 1/2 or 1 hari penuh tetap RM80. Dorm Hussein pulak 2 katil single dan 2 katil Queen. Sewa 1/2 hari or 1 hari penuh adalah RM60.. Dorm ni macam tambahan la.. Kut-kut family ramai sangat sampai x muat bilik nak tido.. x kan nak tido tepi kolam pulak. Esok pagi satgi terapung-apung lak dia dalam kolam.. =D So kitorang amik Chalet Safiyyah dan Dorm Hassan je asal nya tapi sebab rakyat jelata Cikgu Hanafi & Cikgu Zaliha ni ramai, patu semua masih renek-renek bergayut dengan mak ayah lagi, so tambah lagi satu Dorm Hussein. Nasib baik kosong..
Time check in ada 2 lah.. Untuk 1/2 hari (11am-6pm) or (7pm-10am). Untuk yang satu hari satu malam pulak, (11am-10am) or (7pm-6pm).. So korang boleh decide lah nak check in - check out pukul berapa yang korang rasa selesa..
So Family MD, Atok & Opah, Mak Su & Pak Su serta Mak Lang berkonvoi dari Kulim. Family Mak Long & Pak Long, Pak Andak & Mak Andak dari Alor Setar, Pak Ngah & Mak Ngah dari Ipoh. Meeting point adalah di Salak Denai. Naik hiway, turun tol Gurun, pusing-pusing sana sini sesat bagai, akhirnya jumpa. Sebenarnya kalau ikut map yang kat bawah ni, senang je. Tapi sebab pakai GPS jugak, maka berlaku kekeliruan yang disebabkan oleh nya..!
Ala.. kalau rasa-rasa cofuse lagi. ikut je papan tanda ke kawasan peranginan Batu Hampar or Titi Hayun.. Dekat-dekat dah kawasan nya..
MD rasa Salak Denai patut tambah lagi papan tanda untuk memudahkan orang ramai mencari nya..
|
Credit : perjalananutaraselatan.blogspot.com |
Di satu simpang kecik, akan nampak signboard ni.. Masuk la lorong kecik tu, maka sampai lah tempat yang di tuju..Dari luar nampak macam... hmmm... agak buruk. Tapi, tunggu dulu... Meh layan gambar-gambar dulu..
|
Pak Ngah tengah buat inspection kat Dorm Hasan. |
|
Pegi Chalet Safiyyah pulak.. |
|
Jenguk-jenguk kut pintu dulu.. |
|
Terus nampak meja mar-mar ni... |
| | | | |
Ada 2 bilik ekon.. Sangat besar dan selesa. |
|
|
|
|
|
Pak Su dok tengok bilik.. |
|
Extra tilam, bantal dan selimut yang di berikan. |
|
Pusing Tengok kolam pulak. |
Hah.. Amik kau.. Air jernih fresh di pam dari sungai. Tak de klorin bagai. Budak2 tengok je terus dan2 nak terjun kolam ni..
Ni antara peralatan yang disediakan. Tapi start dari 1 Januari 2014, tuan chalet x sediakan dah kemudahan ni.. So bawak sendiri dari rumah ek..
Ada tandas extra ngan shower kat luar bilik.. So total 2 bilik air attach dengan bilik, 1 tandas ngan 1 shower kat luar..
|
3 beranak.. =) |
|
Anak teruna takut ayor. |
|
makan2 time. |
|
CM jadi babysitter. MD sibuk dalam ayor. |
|
Yang ni lagi x leh menahan. Celup b*nt*t je dalam air..?! |
|
Round kedua Nasywa mandi. |
|
Ni Pak Ngah, belakang tu Mak Ngah yang comel. Chef untuk BBQ. |
|
Chef Mak Ngah! TQ for BBQ yang mabeles! |
|
Ni 2 orang budak ni port dia kat gigi air n atas ni.. baju pun x basah. Main tipu. |
|
Bersuka-ria. |
|
Mak-mak yang ni jadi tukang makan, jaga baby dan tukang bersih..hehehe.. |
Dari pagi sampai, ada 4 sesi mandi manda.. Pagi tu sampai tengahari, petang, malam dan pagi sok sebelum balik. Air memang sejuk giler baq ang! Opah pun nak try mandi.. naik gelongsor tu, masuk dalam air rendam sekali terus naik! Atok pulak sempat 2x selam terus naik.. Tak tahan sejukkk!! CM mula2 jual mahal x nak masuk air, lepas BBQ malam tu, dia pun terjun la jugak sebab panas ngadap api, sekali x sampai seminit dah naik!! hahaha..
Yang x reti naik adalah budak2.. Semua pakat rendam dalam air x keluar2.. Kulit jenis apa x tau depa ni! Termasuk la Nasywa!! Satu badan ketaq (Nasywa cakap ketaq!) pun x reti-reti nak naik.. Risau jugak demam ke selsema lama sangat dalam air. Tapi, bawak siap2 Omega, Vitamin C dan Nutriferon sebagai perisai.. Alhamdulillah.. Diorang sihat..
Alhamdulillah! Percutian singkat family tahun ni berjaya! Anak2 having fun. Mak Pak anak pun gumbira.. Tahun depan plan ke tempat lain pulak..
Kalau rasa nak pergi, MD memang sangat galakkan! Memang super duper best!!
Contact HIDAYAH - 0125376151. SMS je lah sebab kalau call jarang berangkat.. Busy kot.. Tapi SMS tu sure reply punya.