Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

Nak merawat alergi hidung dengan Shaklee

Assalamualaikum..

Ok, hari ni nak cerita pasal macam mana nak merawat alergi hidung dengan Shaklee. Tak perlu lagi makan ubat yang berunsur drug bagai..


Rasanya alergi hidung ni ramai antara kita yang menderita mengidapnya kan? Kata lain bagi alergi hidung adalah resdung. Atau sinus. Atau juga Rhinitis. Seksa bila nak makan seafood, alah kepada habuk dan sebagainya.. Dan percaya atau tak, ramai jugak antara kita yang buat mudah saja.. Ambil ringan dan tak peduli nak mengubatinya.. Tahukah anda, alergi hidung atau resdung, atau Rhinitis ni adalah radang pada selaput mukosa rongga hidung! Macam mana ianya terjadi? Ianya terjadi apabila penghidap alergi menghirup udara yang mengandungi alergen (pencetus alergi). Atau dalam kes lain, makan benda yang mencetus alergi. Contohnya seafood.



Apa Punca Alergi Hidung?


Ianya berpunca dari kuman hama dan ia dikaitkan dengan gejala bersin! Kalau kita biarkan, kuman hama ini akan membiakkan telurnya ke dalam tubuh! Menakutkan, bukan? Oleh itu, sila elakkan daripada menghidu atau memakan benda-benda yang mencetus alergi ni. Haiwan berbulu macam kucing juga kena dielakkan sebab ianya adalah penyumbang terbesar kuman hama ni. Memang comel, tapi kalau korang ni penghidap alergi, sila jangan cari penyakit..




Antara punca lain ialah :-
  • Faktor genetik - jika kedua ibubapa atau salah seorang dari mereka mempunyai masalah alergi hidung, kita juga berkemungkinan besar turut dijangkiti.
  • Masalah penyakit alergi lain seperti alergi kulit (ekzema) dan alergi makanan.
  • Debunga dari tumbuh-tumbuhan.
  • Debu kayu/habuk.
  • bahan kimia dan getah lateks.
  • Bau-bauan seperti minyak wangi, pencuci.


Apa tanda Alergi Hidung?

  • Hidung berair dan tersumbat
  • Mata gatal dan berair
  • Gatal di sekitar hidung, telinga atau tekak.
  • Kerap bersin melebihi 3x
  • Lingkaran hitam bawah mata. 


Bagaimana Nak Merawat Alergi Hidung Dengan Shaklee?

Alergi hidung adalah di antara penyakit yang sukar dirawat. Kebanyakkan penghidap terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang masa bagi melegakan gejala ini. Walaubagaimana pun, kita perlu pastikan ubat-ubatan yang diambil terutamanya kepada kanak-kanak tidak mendatangkan kesan sampingan samada jangkamasa pendek atau panjang.

Selain itu pengambilan suplement dapat membantu menguatkan sistem imunisasi anda.. Shaklee sememangnya terbaik dan semulajadi.. InsyaAllah tidak meninggalkan kesan buruk dalam jangka masa panjang atau pendek.. MD pun ambil juga set untuk Resdung, Ekzema ni.. Alhamdulillah. Dah boleh makan seafood. Dah boleh kemas rumah dengan senang hati. Kalau tak dok bersin-bersin, gatal hidung je..

So ni antara yang boleh di ambil..

Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sekular.
Nutriferon - Mempertingkatkan sistem imun
Vita-C 500mg - Meminimakan kesan histamine (bahan keradangan dihasilkan oleh sel sebagai respon kepada debunga atau allergen)
Garlic - Antibiotic semulajadi
Caratomax - Mempertingkatkan fungsi imun
Zinc complex - Mempertingkatkan fungsi imun
Vita-E Complex - Mempertingkatkan fungsi imun
ESP Soy Protein - Meningkatkan tenaga
Alfalfa Complex - Detoksifikasi (detoxification), anti-keradangan


Nampak banyak tapi korang jangan risau.. MD pun tak gamak nak suruh korang ambil semua.. Boleh baca pengalaman bagaimana MD tangani masalah resdung/sinus yang MD alami

Lebih baik kita cari solusi kepada masalah tersebut daripada kita biarkan sehingga keadaan menjadi bertambah buruk dan semakin sukar untuk dipulihkan.. 

Jaga diri ya..
MD

Tuesday, 30 April 2013

Promosi April 2013


Dapatkan Dari Saya :-

894262
 Shaklee Independent Distributor No 894262
Fb: Hanni Kamilla Hanafi
Fanpage: https://www.facebook.com/My-Bestfriend-Shop
Email: hanni.kamilla@yahoo.com
No. Hp: 013-5818283
Kawasan COD: Kulim - Seberang Perai Selatan - Parit Buntar
Hanni

Monday, 1 April 2013

Tingkatkan Sistem Imun Anda

Tinggalkan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.
Nutriferon

Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan.
Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.
Sumber

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?
NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan :
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Insan disebalik kajian selama 40 tahun, DR. YASUHIKO KOJIMA

*PROMOSI – Nutriferon Shaklee 30 sticks x 1.2g – [Promosi 1 April 2013 - 30 April 2013]

Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:
ID No : 894262

 Shaklee Independent Distributor No 894262
Fb: Hanni Kamilla Hanafi
Fanpage: https://www.facebook.com/My-Bestfriend-Shop
Email: hanni.kamilla@yahoo.com
No. Hp: 013-5818283
Kawasan COD: Kulim - Seberang Perai Selatan - Parit Buntar

Credit Info : http://www.celikvitamin.com
Hanni

Sunday, 2 December 2012

Musibah

Kisah seram sejuk saya bermula hari Jumaat lepas.. Hahaha.. Macam cerita hantu pulak ek..

Pagi tu saya agak kekalutan sikit sebab menghantar mak ke Stesen Bas Kulim.. Mak nak balik ke Selama dengan Sufea.. Oleh kerana CM keja, kereta kami pulak ada satu je, so mak cakap nak ikut saya keluar pagi tu.. Eh, macam belit2 pulak ayat aku nih... aahh..abaikan..

So nak jadi cerita, oleh kerana x dan nak perah susu pagi tu, so saya perah agak lewat, dalam pukul 8 gitu, itu pun dalam kereta. Nasib baik Cik Dila jadi driver boleh juge la saya bertenang memerah susu.. Dah la tangan saya sakit gara2 terlampau banyak main sabun, lutut kanan lak sakit.. X tau la melasak teruk sangat kut saya ni.. Nak sujud pun rasa macam azab sungguh...

Sampai ofis lewat, depa wat makan nasik lemak pulak.. Makan dulu.. Perasaan saya time tu sangat x selesa. Haish.. Lepas makan, saya perah susu lagi..tapi masih sakit.. T.T

Tengahari lunch time tu saya ke Shaklee Seberang Jaya untuk membeli order customer kesayangan saya. Masa tu dah mula rasa seram sejuk. Badan terasa macam di tumbuk2 orang, kepala mula pening, mata terasa nak tersembul bila tunduk. Sangat x selesa..

Bila balik semula ke opis, makin melarat2 rasa sakit.. jenuh saya pk ada salah makan apa rini. terasa sakit sungguh.. Melepek tido dalam bilik server je la yang mampu saya buat. Rasa x sabar sungguh nak balik rumah. Petang tu bila sampai umah, bentang toto depan tv, amik selimut, bancuh susu kakak, bukak Disney Junior, berbungkus la saya dalam selimut dengan Zahra. Alhamdulillah Nasywa x kacau adik, sampai lah CM balik kerja koi 8 lebih tengok saya mcm nak mati dah kot dia ajak pi klinik tp sebab terlampau x larat sangat saya x nak.. nak makan ape pun dah x lalu. Cuma telan Nutriferon dengan Vitamin C Shaklee sahaja.

Kemudian terlena sehingga pukul 3.30pagi saya terjaga dengan kepala terasa sakit sangat.. Alhamdulillah badan dah x panas. Lutut pun dah less sakit. Saya bangun lap badan pulak dengan Basic H kemudian sambung tido.

Hari Sabtu masih lagi sakit tapi dah banyak dah kurangnya..Saya amik lagi Nutriferon dan Vitamin C.

Hari ni, Alhamdulillah dah semakin baik. Dah boleh bangun buat kerja rumah, basuh baju, ampai, lipat, cuci dapoq, buang sampah dan sebagainya.. Alhamdulillah..

Kali ni saya tak lagi amik ubat klinik mahu pon panadol. Saya cuma mahukan yang natural sahaja. Tak ada bahan kimia. Alhamdulillah....

Kesimpulannya, bila breast tu dah penuh, jangan la dok tunggu2 nak perah. boleh demam la dibuatnya...

Hanni