Tuesday, 31 December 2013

Nak merawat alergi hidung dengan Shaklee

Assalamualaikum..

Ok, hari ni nak cerita pasal macam mana nak merawat alergi hidung dengan Shaklee. Tak perlu lagi makan ubat yang berunsur drug bagai..


Rasanya alergi hidung ni ramai antara kita yang menderita mengidapnya kan? Kata lain bagi alergi hidung adalah resdung. Atau sinus. Atau juga Rhinitis. Seksa bila nak makan seafood, alah kepada habuk dan sebagainya.. Dan percaya atau tak, ramai jugak antara kita yang buat mudah saja.. Ambil ringan dan tak peduli nak mengubatinya.. Tahukah anda, alergi hidung atau resdung, atau Rhinitis ni adalah radang pada selaput mukosa rongga hidung! Macam mana ianya terjadi? Ianya terjadi apabila penghidap alergi menghirup udara yang mengandungi alergen (pencetus alergi). Atau dalam kes lain, makan benda yang mencetus alergi. Contohnya seafood.



Apa Punca Alergi Hidung?


Ianya berpunca dari kuman hama dan ia dikaitkan dengan gejala bersin! Kalau kita biarkan, kuman hama ini akan membiakkan telurnya ke dalam tubuh! Menakutkan, bukan? Oleh itu, sila elakkan daripada menghidu atau memakan benda-benda yang mencetus alergi ni. Haiwan berbulu macam kucing juga kena dielakkan sebab ianya adalah penyumbang terbesar kuman hama ni. Memang comel, tapi kalau korang ni penghidap alergi, sila jangan cari penyakit..




Antara punca lain ialah :-
  • Faktor genetik - jika kedua ibubapa atau salah seorang dari mereka mempunyai masalah alergi hidung, kita juga berkemungkinan besar turut dijangkiti.
  • Masalah penyakit alergi lain seperti alergi kulit (ekzema) dan alergi makanan.
  • Debunga dari tumbuh-tumbuhan.
  • Debu kayu/habuk.
  • bahan kimia dan getah lateks.
  • Bau-bauan seperti minyak wangi, pencuci.


Apa tanda Alergi Hidung?

  • Hidung berair dan tersumbat
  • Mata gatal dan berair
  • Gatal di sekitar hidung, telinga atau tekak.
  • Kerap bersin melebihi 3x
  • Lingkaran hitam bawah mata. 


Bagaimana Nak Merawat Alergi Hidung Dengan Shaklee?

Alergi hidung adalah di antara penyakit yang sukar dirawat. Kebanyakkan penghidap terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang masa bagi melegakan gejala ini. Walaubagaimana pun, kita perlu pastikan ubat-ubatan yang diambil terutamanya kepada kanak-kanak tidak mendatangkan kesan sampingan samada jangkamasa pendek atau panjang.

Selain itu pengambilan suplement dapat membantu menguatkan sistem imunisasi anda.. Shaklee sememangnya terbaik dan semulajadi.. InsyaAllah tidak meninggalkan kesan buruk dalam jangka masa panjang atau pendek.. MD pun ambil juga set untuk Resdung, Ekzema ni.. Alhamdulillah. Dah boleh makan seafood. Dah boleh kemas rumah dengan senang hati. Kalau tak dok bersin-bersin, gatal hidung je..

So ni antara yang boleh di ambil..

Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sekular.
Nutriferon - Mempertingkatkan sistem imun
Vita-C 500mg - Meminimakan kesan histamine (bahan keradangan dihasilkan oleh sel sebagai respon kepada debunga atau allergen)
Garlic - Antibiotic semulajadi
Caratomax - Mempertingkatkan fungsi imun
Zinc complex - Mempertingkatkan fungsi imun
Vita-E Complex - Mempertingkatkan fungsi imun
ESP Soy Protein - Meningkatkan tenaga
Alfalfa Complex - Detoksifikasi (detoxification), anti-keradangan


Nampak banyak tapi korang jangan risau.. MD pun tak gamak nak suruh korang ambil semua.. Boleh baca pengalaman bagaimana MD tangani masalah resdung/sinus yang MD alami

Lebih baik kita cari solusi kepada masalah tersebut daripada kita biarkan sehingga keadaan menjadi bertambah buruk dan semakin sukar untuk dipulihkan.. 

Jaga diri ya..
MD

No comments:

Post a Comment