Sunday, 27 January 2013

Makanan Untuk Otak



1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.

2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.



Hanni

Friday, 25 January 2013

InfoProduk : Vita-Lea Iron Formula


Assalamualaikum..
Multivitamin pertama pada 1915



Vita-Lea adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dulu ianya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan kepada sebutan "vita-min".. Haa..nama vitamin yang dok ada la ni asalnya dari Shaklee... 



Seiring dengan peningkatan teknologi, dari bentuk cecair (90 tahun dulu) kepada bentuk tablet sekarang yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.


Ini lah rupa nya..


Fakta Nutrisi

Tablet Vita-Lea ni disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai " Explo-tab". Jadi ianya merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di duni terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.




Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea dipilih oleh Center for science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Manfaat Utama :-

  • Penambahan tenaga segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral enting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  •  Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, erta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

 Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu :

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.

•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.

•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh

•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Vita-Lea juga mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.


Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.


Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang meyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.


Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut...kerana :-


* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

Oleh itu, tidak rugi untuk memiliki produk utama SHAKLEE ini.....


Retail price adalah RM94.08 dan mempunyai 120 biji tablet dalam setiap botol. Untuk penjimatan berganda, boleh la call / sms / whatsapp saya 013-5818283.





Sunday, 20 January 2013

Vivix Shaklee Yang Awesome!

Hari ni saya nak share tentang satu lagi produk Shaklee yang hebat.. iaitu VIVIX.. sangat best!



Kandungan VIVIX

Vivix satu2ny produk yg shaklee keluarkan berbentuk cecair. Rasanya mmg sedap dn perlu d simpan dalam suhu yg sejuk.Cara makan pula 1 sudu sekali.Apa yg ada di dalam vivix?


Mukjizat Al Quran ttg buah anggur

 'Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)


Mengandungi 4 tumbuhan semulajadi

1. Anggur Muscadine

 Satu2nya anggur yg mempunyai lebih satu kromosom yg  menafaat utk kesihatan..Ia mempunyai cici2 menghentikan kimia penyebab kanser,anti virus dn anti bakteria.
Anggur muscadine dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. . Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

  

2. Elderberry atau Sambucus Nigra

Elderberry juga dikenal sebagai Sambucus Nigra. Buahnya bulat kecil berwarna ungu gelap bergerombol seperti anggur. Buah ini banyak tumbuh di Eropa, Amerika Utara, Asia, dan Inggris. Elderberry merupakan jamu popular dan telah lama digunakan dalam pengobatan tradisional.


Jus Elderberry telah terbukti sangat efektif dalam pengobatan dan penyembuhan flu dan juga digunakan untuk mengobati penderita flu selama epidemi di Panama pada tahun 1995.
  • Kandungan vitamin C yang tinggi membuat jus elderberry sangat bermanfaat dalam pengobatan penyakit yang disebabkan karena infeksi virus dan bakteri.
  • Manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah kemampuannya untuk mencegah dan mengobati kancer, fakta dikaitkan dengan antioksidan yang dikandungnya.
  • Jus Elderberry meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta sangat membantu dalam mengobati penyakit AIDS dan kancer.
  • Jus Elderberry dikenal untuk menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kolesterol jahat. Hal ini dapat sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung.
  • Efek berbahaya dari pencemaran, stres, dan makan yang tidak sehat dapat dicegah dan dikurangi dengan mengambil jus elderberry setiap hari.
  • Jus elderberry mencegahan dan mebantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas
  •  Juga dapat meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal,
3. Purpple Carot


- Ia adalah sumber terbaik vitamin A dn mengandungi phytokimial termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yg mustajab. Anthocyanins adalah btanggungjawab pd warna merah menyala, biru dan ungu pd buah dn sayur.
- Asid klorogenik adalah antioksidan paling byk dlm semua karot dan ia bertanggungjawab mengurang diabetes. 
- Kebelakangan ini kajian menunjukkan anthocyanins, bertindak
sebagai anti radang,anti mikrobial dn anti carcinogen.Ia mengurangkan risiko penyakit jantung.



4.Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum  (knotweed jepun) adalah tumbuhan perenial yg besar berasal dari asia, yg juga byk ditemui d amerika utara dan eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol

Polygonum Cuspidatum banyak menafaat kesihatan dan dgunakan utk merumuskan supplemen anti penuaan. Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan megurangkan berat badan



Bagaimana Vivix bertindak?


(1) Ia memperbaiki sel
(2) Ia mempertahankan sel
(3) Ia beri tenaga kepada sel
(4) Ia meningkatkan prestasi sel


Bagi yg berpenyakit mungkin berlaku tindakbalas negatif utk sementara waktu. Ia umpama rumah anda mungkin berabuk sedikit sebelum ia menjadi bersih. Bersabar dan tabah utk kesihatan yg unggul. --- Dr Shaklee . 

Testimonial

Lutut sy kembali pulih dn bertenaga kembali. Semua ini tanpa pembedahan lumbasan MRI telah mengesahkan tulang rawan sy retak di kedua2 lutut. Hanya selepas seminggu mengambil VIVIX sy tidak perlu tongkat dn lutu bertambah baik.--- Ruthie Hasselblad

Penyakit parkinson- penyakit saraf yg mengalami kerosakan secara progresif dgn tiada harapan utk sembuh. Chuck 78 thn  yg telah mengambil vivix selama 2 bulan sihat dn ceria. Ini di akui org sekelilingnya.-Paula Pursley.

- Makcik kalsom yg mengidap kencing manis yg kronik yg menyebabkan kaki kanannya harus di potong baik selepas mengambil Vivix selepas 2 minggu. - seremban


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini mahu pon membeli nya untuk kegunaan sendiri atau dihadiahkan kepada yang tersayang, boleh lah hubungi saya di talian 013-5818283 / e-mel hanni.kamilla@yahoo.com.
MD

Saturday, 19 January 2013

Set Menyusu 3M





Alhamdulillah sekarang ramai yang dah sedar tentang kepentingan supplemen, bukan untuk menjadikan susu yang sikit tiba-tiba menjadi banyak, tapi untuk faedah bersama anak dan ibu.

Bagi ibu yang menyusukan, kenapa supplemen begitu penting? Ibu yang menyusu mempunyai tugas berat, malah mungkin melebihi tugas ibu hamil yang dibekalkan macam2 supplement bagi mengelakkan komplikasi semasa mengandung dan melahirkan. Ibu yang menyusukan sudah tidak mendapat ‘privilege’ seperti ibu hamil yang diberi ‘excuse’ dari kerja-kerja berat dan sebagainya. Ibu menyusukan perlu kembali kepada kehidupan biasa, dan bertambah-tambah lagi kerjanya kerana terpaksa mengepam susu (terutama ibu bekerja). Ada yang hanya tidur selama 2-3 jam saja sehari semalam untuk memenuhi misi penyusuan ini.

Supplemen bukan bahan ajaib. Ia sepatutnya menjadi penyokong kepada tubuh badan kita dalam mendapatkan nutrien perlu yang mungkin:
  • kita tak perolehi dari pemakanan harian
  • musnah dalam proses pembuatan makanan
  • tidak dapat diserap oleh tubuh
  • dimusnahkan oleh bahan-bahan asing contohnya pencemaran
Suka atau tidak, hakikatnya kita makan untuk rasa kenyang, bukan untuk sihat. Walaupun makanan diambil mengikut piramid makanan, namun ada banyak faktor yang menghilangkan kualiti makanan yang kita ambil, terutama makanan yang dibeli. Salah satu sebab yang jelas ialah, kita tak tahu bila makanan tersebut dimasak, terutama nasi campur.
Jadi, untuk ‘cover’ semua itu, dipermudahkan dalam bentuk supplemen.

Shaklee mempunyai rangkaian produk khas untuk ibu menyusu kekal cergas, sihat, bertenaga sepanjang hari, membantu mencukupkan keperluan nutrisi juga membantu penghasilan susu yang lebih baik. Saya sendiri mengambil set penyusuan Shaklee sejak bersalin sehingga sekarang  ;) Set nie 3M yang paling best utk sy yg terdiri drpada


  1. sangat2 dicadangkan untuk ibu2 yang mengalami kemeruduman susu/ susu sedikit.
  2. ibu2 yang mula menyimpan stok ebm
  3. sesuai untuk ibu2 yang ingin relaktasi
Menyusukan anak tidak susah dan tidak semudah yang disangka. perjalanan penyusuan yang panjang ini menuntut ibu2 untuk bekerja keras untuk pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi dari pemakanan yang sihat. namun berapa ramai ibu ibu yang betul2 menjaga pemakanan yang berkhasiat? ingat! apa yang ibu makan adalah apa yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu.. pada saya supplement sangat2 membantu agar ibu ibu mendapat khasiat harian yang mencukupi dan tumbesaran anak yang baik dah sihat. 

Pilihan ditangan anda untuk beri yang terbaik untuk anak2 anda.. anda yang mencorakkan masa depan mereka. 

'jika seorang wanita menyusui anaknya sehingga 2 tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya' 


Credit info : http://lelilovekecantikan.blogspot.com
Hanni

Thursday, 17 January 2013

Nasywa Sudah 2 Tahun!

Hari ni genap umur anak sulung saya - Nasywa 2 tahun... Sungguh, saya rasa kan seperti baru semalam saya melahirkan dia.. Moment melahirkan dia sangat indah untuk dikenang.. 17/1/11 jam 6.14pm @ Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.. Disaksikan oleh CM. CM menangis bila anak sulungnya keluar... Nak pulak tengok depan mata.. Hihi..

Fresh from oven.

Dia lah pengarang jantung saya selepas ayah dan adiknya. Dia lah yang menceriakan suasana dengan gelak tawanya. Membesarkannya sangat mudah. She is a happy baby. Sungguh aku bersyukur, dalam pada saya masih menyesuaikan diri dengan life baru, dia memberikan 'kerjasama' yang tiada tolok bandingnya.. Menjadikan kerja saya mudah.. Dia jarang menangis.. Dia mudah mesra dengan orang.. Dia juga jarang sakit..

Pada umur 10 bulan, dia mendapat khabar bakal menerima adik.. Sepanjang tempoh 9 bulan itu, dia berkelakuan sangat baik.. Dia belajar berdikari dengan cepat.. 

Hari ni, genap 2 tahun, dia lah kawan saya.. Bergaduh bersama.. Menangis bersama.. Bila saya nangis, dia lah yang menyapu air mata sambil cakap "sian ibu"...hahaha..

Kakak, jadi anak yang solehah, yang dengar cakap ibu ayah, yang bijak... Doa ibu & ayah sentiasa mengiringi hidup kakak..

Bam bam

Baru belajar meniarap..

  
Harijadi pertamanya.. 17 Januari 2011

Hari kenduri Mak Da sebelah Uncle Jani..

Manja ibu

Anak ayah


tak sempat nak tunggu sampai rumah =.='

Pantang tengok camera..

Langkah pertamanya..




Always happy..

Dia memang istimewa di mata saya dengan cara nya sendiri...

Selamat Hari Jadi Kakak.. Ibu ngan Ayah sayang kakak sangat..

Hanni

Tuesday, 15 January 2013

Kalsium & Kepentingannya

Pernahkah kita sedar bahawa tulang kita ni sebenarnya adalah hidup!! Seperti sel-sel atau tisu-tisu lain dalam badan kita, tulang juga perlu diberi makan. Pertumbuhan tulang secara sempurna adalah sangat penting kerana ia menjadikan diri  kita lebih kuat. Tulang yang sihat juga dapat menyokong badan kita supaya dapat melakukan aktivti yang kita mahukan.


Rangka manusia

Makanan untuk tulang
Tulang merupakan struktur terpenting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Tulang kita sebenarnya adalah keras dan tumpat kerana dipenuhi dengan mineral seperti kalsium dan fosforus. Untuk memastikan tulang kita sentiasa tumpat, kita perlu membekalkannya dengan kalsium. Selain dari kalsium, kita juga perlu kepada vitamin D iaitu vitamin yang membina tulang dan membantu kecekapannya menyerap kalsium. Kalsium boleh didapati daripada susu, keju, makanan bijirin, ikan bilis, kacang soya sayuran dan vitamin D daripada sinaran matahari.


Kekurangan kalsium
Kekurangan kalsium yang ketara boleh menyebabkan kita mengalami gejala tulang mudah patah dan kesakitan teruk ketika lanjut usia. Penyakit ini dinamakan osteoporosis. Penyakit ini sangat menakutkan kerana tulang-tulang kita akan tiba-tiba patah tanpa sebab atau jika terjatuh sedikit. 
Sebanyak 2000 mg kalsium diperlukan untuk memenuhi keperluan harian  badan kita dan untuk memastikan tulang kita sentiasa kuat dan sihat.  Namun begitu, pengambilan kalsium semata-mata tidak mencukupi untuk diserap secara optimum ke dalam badan. Ini kerana ia memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan ke dalam badan dengan kadar yang lebih baik.


Mengapa Ostematrix Shaklee Sungguh Istimewa
* Formulasi untuk produk kalsium Shaklee dinamakan Ostematrix. Istimewanya produk ini kerana ia didatangkan lengkap bersama Vitamin D, Zinc, Copper, Manganese, Boron. Mineral-mineral ini membantu untuk penyerapan yang maksimum ke dalam badan. 
* Selain itu, jenis calsium yang digunakan untuk formulasi Ostematrix adalah munggunakan calsium carbonate, calsium citrate dan calsium citrate malate. Semua jenis calsium ini mudah dihadam dan diserap ke dalam badan.
* Formulasi ini juga adalah untuk memastikan matriks tulang kita lebih kuat dan sihat.
* Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
* Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 



kepentingan kalsium


Harga Pasaran: RM 61 
120 biji 


Jom dapatkan sekarang !!

* Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. *

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hanni.kamilla@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 013-5818283. Dengan pembelian dari saya, anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA dari saya.

Credit info :- http://sihathijau247.blogspot.com & http://www.shaklee.com.my
Hanni

Friday, 11 January 2013

Mimpi ular bisa

Entry kali ni tidak berbentuk ilmiah.. Mau pon bebelan ibu anak 2.. Hanya sekadar mimpi...

Semalam sy mimpi.. Saya dalam satu kereta nak menuju ke rumah.. Di satu simpang saya nampak ada ular hitam yang besar tgh melintas jalan,oleh sebab x sempat break, kereta tu menggelek ular tu.. Sampai aje di rumah, kami duduk2 di ruang tamu berbual, suddenly ular yang sama masuk ikut pintu depan. Saya terperanjat, ular tu menuju ke kerusi yang saya duduk dan angkat kepala nya.. Masa dia angkat kepala tu lah saya sedar, tu ular bisa.. Saya pula dek kerana terperanjat, hampir nak bangun tp x jadi sbb tengok tu ular bisa...

So ular tu melintas celah kaki saya dan terus ke dapur dan keluar ikut pintu dapur.. Saya lak pastu terus terjaga dalam keadaan berpeluh2..tgk suami,anak2 tengah nyenyak tido.. Rasa mcm keadaan tu betoi2 jadi.. Dah kebetulan masuk waktu subuh, saya pun bangun mandi, solat & siap nak ke tempat keje..

Tetibe kat tempat keje, ada lak org tengok umah saya.. Kata nya umah saya ada lembaga penjaga! Ok, bulu roma mak dah meremang gila.. Apa ni? Jangan takut kan saya boleh x? Ini kalau saya cerita dengan mama saya ni kompem ceramah 7 hari 7 malam.. =D pecaya sangat benda karut marut tahyul nih..

Tapi, ada org kata tafsiran mimpi tu kadang2 betul juga.. Saya pun gugel la jugak makna mimpi saya.. X de pon yang tafsirkan yang best2.. Semua nya tafsir kan sihir la saka la pe la... Adoii...



Tuesday, 8 January 2013

Sakit Sendi

Disebabkan bulan Januari ni bulan promo AJHT, so saya dengan berbesar hati (cewah!) nak share tentang sakit sendi.. Moga mendapat manfaat bersama..

SAKIT SENDI JEJAS KUALITI HIDUP




LAZIMNYA penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang ini adalah:-

- Osteoarthritis (OA)
- Artritis
- Osteoporosis.

Osteoarthritis ada kaitan dengan radang, artritis haus dan lusuh.
Osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang.

Begitupun, artritis dan osteoporosis lebih kerap didengari dan kesedaran mengenainya juga lebih tinggi berbanding osteoarthritis.

Secara umumnya osteoarthritis berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi, bengkak dan kecacatan.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologist, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Amir Azlan Zain, osteoarthritis adalah penyakit yang melibatkan kualiti hidup seseorang.
Ini kerana apabila seseorang itu disahkan menghidap osteoarthritis, mereka mungkin akan mengalami masalah seperti tidak boleh berjalan, bengkak di bahagian lutut, tidak boleh membengkokkan kaki serta mengalami kesakitan yang berlarutan.

Tambah Dr. Amir, osteoarthritis yang lazimnya akan menyerang pada bahagian lutut juga boleh merebak ke bahagian-bahagian lain seperti bahu, jari tangan, jari kaki serta pinggang.
Katanya lagi, sehingga kini masih belum ada rawatan yang betul-betul dapat menyembuhkan osteoarthritis.
 
BAGAIMANA TERJADINYA SAKIT SENDI?
 
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN SAKIT SENDI

Walaupun penyakit ini tidak boleh diubati, tetapi kesakitan dapat dikurangkan dengan pelbagai cara seperti

-senaman
- fisioterapi
- pengambilan ubat tahan sakit
- suplemen seperti glukosamina.
- Penjagaan pemakanan dan berat badan


Melakukan senaman secara berterusan yang bertujuan menguatkan otot-otot di sekitar sendi yang terlibat. Pada masa yang sama senaman yang dilakukan ini juga dapat menolong melonggarkan sendi-sendi yang kaku akibat osteoarthritis.

Penjagaan pemakanan juga penting. Ini kerana osteoarthritis ada kaitan dengan obesiti dan pengurangan berat badan dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penyakit tersebut.
Secara tidak langsung, ia dapat melambatkan proses kemerosotan sendi akibat daripada impak berat badan yang berlebihan.

Sekiranya keadaan menjadi lebih teruk di mana kualiti hidup terjejas teruk, pembedahan adalah perlu untuk meningkatkan kembali kualiti hidup pesakit.
Bagaimanapun katanya, pembedahan adalah pilihan terakhir dan ia bergantung kepada keperluan individu dan tahap penyakit osteoarthritis yang dihidapi.  "Lazimnya pembedahan ini dilakukan di mana sendi-sendi yang rosak ditukar dengan sendi-sendi tiruan," katanya.

Untuk itu, orang ramai disarankan agar mengubah gaya hidup mereka seperti mengurangkan berat badan, amalkan gaya pemakanan yang sihat serta bersenam kerana ia dapat menolong menangani gejala-gejala osteoarthritis.

Credit Info : http://metrobestmom.blogspot.com
Hanni

Monday, 7 January 2013

INFO PRODUK : Advanced Joint Health Tablet

Assalamualaikum..

Poster Promosi Januari 2013

Ape dia AJHT ni?

AJHT dirumus khas secara saintifik dan terbukti secara klinikal dapat membantu dalam:
- menggalakkan mobiliti
- Meningkatkan fleksibiliti
- Menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang


Kandungan Utama adalah:

1) Ekstrak Boswellia - menyokong kesihatan fungsi sendi dengan mengurangkan chemical menyerang cartilage, yang memyebabkan ketidakselesaan sendi

2) Ekstrak Jagung -  membekalkan Glucosomine, sejenis amino yang membantu pembentukan cartilage dan cecair pada sendi. 

3) Vitamin C - membantu dalam sintesis pembentukan kolagen

4) Zink, Kuprum dan Mangganes - Mineral yang diperlukan untuk pembinaan tisu penghubung


KENAPA SHAKLEE JOINT HEALTH TABLET INI BERBEZA?

Sentiasa selamat:

  • 100% berasaskan sayur sayuran
  • Tidak mempunyai perasa tiruan, pemanis atau pengawetan.
  • Bebas gluten

Sentiasa berkesan:

  • Tiada KONDROITIN bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik
  • Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi menyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi bahan semulajadi lain daripada resin Boswellia yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.

Sentiasa mesra alam:

  • Botol yang dikitar semulajadi
  • Pembungkusan yang bebas bisfenol-A (BPA)

Apa kata cuba Joint Health Tablet hari ini. Hadiahkan pada yang tersayang:)


Credit info : http://health-wellness-nature.blogspot.com & http://metrobestmom.blogspot.com


# NOTA:-

Kesan penggunaannya boleh dilihat seawal 5 hari (based on Shaklee Clinical Research)!! Ianya juga bagus diambil bersama OSTEMATRIX. =)


Retail Price adalah RM124.00.. Dalamnya ada 60 biji. Nak tahu harga promosi? Meh PM saya..

Hanni

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Tarikh 01.01.2013 dtg lagi..menandakan bertambah setahun lagi umur Mak Dara.dah masuk angka 30 tahun.. umur bukan la rahsia... dan bertambah setahun lagi usia perkahwinan Mak Dara.. =) 2010 berdua. 2011 bertiga. 2012 berempat. 2013...??? Haha..

Banyak azam dan impian dah dilakarkan utk tahun baru ni. Tapi yg paling utama, saya nak cabar diri utk naik rank dlm bisnes Shaklee. Saya nak suburkan ladang epal saya! .target 2014 nak jadi JUTAWAN MUSLIMAH dgn income 6 angka! Sama seperti idola saya... Kalau org boleh buat saya pon boleh jgk kan??? Kalu ikutkan orang lain lg byk kesusahan dan kesulitan nak realisasikan tp derang boleh buat. So x de alasan utk saya ok!

Penghujung tahun 2012 agak sedih sbb apa yg di target utk Disember x tercapai..lebih kurang seminggu down..jadi start tahun ni saya nak didik hati supaya cekal.. cekal menepis perkara negatif yang datang.. cekal kan hati supaya positif selalu..

Saya dah terlalu lama duduk dlm zon selesa..so saya nak cabar diri utk lebihhhhh lagi! Tahun baru ni adalah tahun mencabar diri. Saya nak sifarkan diri dan keluarga sy dari hutang. Saya nak anak2 saya senang. X mau esok bila anak nak belajar saya x mampu nak sedia kan.. saya agak sensitif bab anak dan keluarga.. mereka segalanya buat saya..

Tinggal semua yang pahit tahun 2012.. saya mahu yang manis manissssss je tahun 2013....


Published with Blogger-droid v2.0.9

01.01.10 - 01.01.13




Hari ni merupakan ulangtahun perkahwinan saya dan CM. Kami bertunang pada 04.07.09 dan bernikah pd 01.01.10..

Alhamdulillah.. Dah menjangkau 3 tahun usia perkahwinan kami. Saya sangat bahagia. Di kurniakan suami sebaik CM. Bukan lah tiada keburukan namun kebaikannya mengatasi segalanya.

Tipu juga lah kalau saya katakan hanya yang manis sahaja kami lalui sepanjang tempoh 3 tahun ni kan.. Setiap rumahtangga ada pahitnya. Berkahwin memang nampak mudah tapi nak kekalkan kerukunan tu sangat mencabar. Ada masa merajuk.. Ada masa menangis.. Ada masa masam muka.. Ada masa datang meroyan tahape2 tah.. Ada masa mengada2.. Ada masa bergelak ketawa.. Ada masa berkecil hati.. TAPI, kami saling melengkapi..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Dia imam saya.. Dia yang menemani saya waktu saya bersedih hati dan berduka lara.. Dia yang bersama saya di masa susah senang kami.. Dia yang setia menunggu saat kelahiran kedua2 anak kami (buat masa ni).. Dia yang memberikan sepenuh kepercayaannya kepada saya.. Dia lah segala-galanya bagi saya..Idola anak2 saya..

Terima kasih Allah atas kurniaanMu ini.. Semoga hubungan ini diberkati dan berkekalan hingga ke Jannah....

P/s : 2013 ni berlima pulok ke..? Hihi...

Hanni