Hari ni merupakan ulangtahun perkahwinan saya dan CM. Kami bertunang pada 04.07.09 dan bernikah pd 01.01.10..
Alhamdulillah.. Dah menjangkau 3 tahun usia perkahwinan kami. Saya sangat bahagia. Di kurniakan suami sebaik CM. Bukan lah tiada keburukan namun kebaikannya mengatasi segalanya.
Tipu juga lah kalau saya katakan hanya yang manis sahaja kami lalui sepanjang tempoh 3 tahun ni kan.. Setiap rumahtangga ada pahitnya. Berkahwin memang nampak mudah tapi nak kekalkan kerukunan tu sangat mencabar. Ada masa merajuk.. Ada masa menangis.. Ada masa masam muka.. Ada masa datang meroyan tahape2 tah.. Ada masa mengada2.. Ada masa bergelak ketawa.. Ada masa berkecil hati.. TAPI, kami saling melengkapi..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Dia imam saya.. Dia yang menemani saya waktu saya bersedih hati dan berduka lara.. Dia yang bersama saya di masa susah senang kami.. Dia yang setia menunggu saat kelahiran kedua2 anak kami (buat masa ni).. Dia yang memberikan sepenuh kepercayaannya kepada saya.. Dia lah segala-galanya bagi saya..Idola anak2 saya..
Terima kasih Allah atas kurniaanMu ini.. Semoga hubungan ini diberkati dan berkekalan hingga ke Jannah....
P/s : 2013 ni berlima pulok ke..? Hihi...
No comments:
Post a Comment