Disebabkan bulan Januari ni bulan promo AJHT, so saya dengan berbesar hati (cewah!) nak share tentang sakit sendi.. Moga mendapat manfaat bersama..
LAZIMNYA penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang ini adalah:-
- Osteoarthritis (OA)
- Artritis
- Osteoporosis.
Osteoarthritis ada kaitan dengan radang, artritis haus dan lusuh.
Osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang.
Begitupun, artritis dan osteoporosis lebih kerap didengari dan kesedaran mengenainya juga lebih tinggi berbanding osteoarthritis.
Secara umumnya osteoarthritis berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi, bengkak dan kecacatan.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologist, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Amir Azlan Zain, osteoarthritis adalah penyakit yang melibatkan kualiti hidup seseorang.
Ini kerana apabila seseorang itu disahkan menghidap osteoarthritis, mereka mungkin akan mengalami masalah seperti tidak boleh berjalan, bengkak di bahagian lutut, tidak boleh membengkokkan kaki serta mengalami kesakitan yang berlarutan.
Tambah Dr. Amir, osteoarthritis yang lazimnya akan menyerang pada bahagian lutut juga boleh merebak ke bahagian-bahagian lain seperti bahu, jari tangan, jari kaki serta pinggang.
Katanya lagi, sehingga kini masih belum ada rawatan yang betul-betul dapat menyembuhkan osteoarthritis.
BAGAIMANA TERJADINYA SAKIT SENDI?
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN SAKIT SENDI
Walaupun penyakit ini tidak boleh diubati, tetapi kesakitan dapat dikurangkan dengan pelbagai cara seperti
-senaman
- fisioterapi
- pengambilan ubat tahan sakit
- suplemen seperti glukosamina.
- Penjagaan pemakanan dan berat badan
Melakukan senaman secara berterusan yang bertujuan menguatkan otot-otot di sekitar sendi yang terlibat. Pada masa yang sama senaman yang dilakukan ini juga dapat menolong melonggarkan sendi-sendi yang kaku akibat osteoarthritis.
Penjagaan pemakanan juga penting. Ini kerana osteoarthritis ada kaitan dengan obesiti dan pengurangan berat badan dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penyakit tersebut.
Secara tidak langsung, ia dapat melambatkan proses kemerosotan sendi akibat daripada impak berat badan yang berlebihan.
Sekiranya keadaan menjadi lebih teruk di mana kualiti hidup terjejas teruk, pembedahan adalah perlu untuk meningkatkan kembali kualiti hidup pesakit.
Bagaimanapun katanya, pembedahan adalah pilihan terakhir dan ia bergantung kepada keperluan individu dan tahap penyakit osteoarthritis yang dihidapi. "Lazimnya pembedahan ini dilakukan di mana sendi-sendi yang rosak ditukar dengan sendi-sendi tiruan," katanya.
Untuk itu, orang ramai disarankan agar mengubah gaya hidup mereka seperti mengurangkan berat badan, amalkan gaya pemakanan yang sihat serta bersenam kerana ia dapat menolong menangani gejala-gejala osteoarthritis.

Credit Info : http://metrobestmom.blogspot.com
No comments:
Post a Comment