Tuesday, 15 November 2016

Ehh.. Dah Buat FreshPicks Pulak Ke?

Assalamualaikum..

Korang buat apa tu? Petang-petang ni, kalau dapat pekena goreng pisang dengan teh o panas ni syok jugak kan.. Hihi.. Lapar pulak Cik Anie tetiba..

Yang mana friend di FB Cik Anie, mesti tahu, yang Cik Anie baru-baru ini telah pun dengan rasminya menjadi agent FreshPicks ni..

Maka ramai lah kawan-kawan yang whatsapp tanya.. Tak buat Emas dah ke? Shaklee?

Relax kawan-kawan. Cik Anie buat apa yang Cik Anie suka. Cik Anie suka consume Shaklee. Bila makan Shaklee, memang Cik Anie nampak effect pada diri Cik Anie. So Cik Anie kongsi dengan uols kelebihan amalkan Shaklee.

Kemudian Cik Anie memang Gold Lover. Bukan banyak duit pun tapi gila emas. Suka tengok emas. So kita share jugak dengan uols supaya sama-sama boleh gila emas. Cuci mata pun dah buat bahagia.. ye dok? Hanya Gold Lover sahaja yang faham.. 😁

So apa sangkut tetiba jadi agent FreshPicks ni?

Macam mana boleh terjebak?

Hihi.. Meh nak cerita..

Sebenarnya Cik Anie dah lama intai FreshPicks ni. Dok berasa nak beli tapi pasti ada je halangan. Halangan macam tak sempat nak jumpa agent FreshPicks tu.. Pastu pulak was-was jugak. Takut tak serasi kulit. Maklum lah.. Cik Anie jenis kulit terlampau sensitif. Jadi takut tak berbaloi dengan duit yang dilaburkan. 

So nak jadi cerita ada kawan pejabat yang beli. Wahh! Depan mata boleh belek-belek, cium bau, test rasa.. Terus rasa nak beli! Tu baru cium bau dan test rasa! Haa.. Penangan dia...

So set pertama yang Cik Anie beli adalah Set Primo Exclusive ni..


Harga macam dalam gambar.. RM139. Dapat exactly macam dalam gambar..

1 - Sabun Milxo
2 - Rose Water Face Mist 
3 - Face Serum
4 - Arganne Face Oil Complex
5 - DD Cream
6 - Face Scrub

Free Gift 👉🏽 Cosmetic Pouch tu.

Masa dapat tu, tak bukak plastik lagi dah bau wangi sangat. Best nya. Excited gila!

Malam terus pakai. Cuci muka di rumah still guna Shaklee Nutriwhite. Sudah cuci, guna face mist, ya ampunnnn.. Wangi bau bunga ros baq hanggg! Bau kegemaran Cik Anie tu.. Kemudian tepek Face Serum.. Tepek lak Arganne Oil.. 

Tang Arganne Oil tu Cik Anie nak cerita sikit kat korang. Cik Anie kulit kombinasi. T-Zone memang akan berminyak-minyak. Bila pakai moisturizer kat muka, lama sikit, muka mula la berminyak. Bukan takat T-Zone lagi dah. Tapi bila pakai Arganne Oil, muka rasa lembab je. Lembut dan tak terasa berminyak-minyak. 

DD Cream dia pulakk.. bekas kecik je. Cik Anie pun mula-mula macam musykil 🤔 Besar ni je? Tapi rupa nya tepek dot dot dot sikit ja kat dahi, pipi, dagu dan hidung. Coverage nya menyeluruh! Kawan Cik Anie pun mengakui yang bila pakai DD Cream tu memang rasa ringan sangat. Tak berminyak dan tak melekit. Dan tak melekat tudung.

Lepas tu Cik Anie ada add on dengan Irresistable Lip Treatment.


Warna Cherry Red. Bau dia, masyaAllah. Rasa nak kunyah-kunyah je. Wangi sangat. Bila pakai tu rasa macam pakai lip balm. Nama pun Lip Treatment, mesti lah rawat bibir.. warna dia walaupun nama Cherry Red, tapi bila dekat bibir, nampak soft lah. Kalau korang expect jadi macam warna Lipstick Marilyn Monroe, agak tak sesuai jugak la.. 

Korang..
Apa yang istimewa dengan produk ni adalah, ianya memang sangat natural. Tak ada bahan kimia. Freshly Homemade. Di buat bila ada permintaan sahaja. 

So untuk manusia yang kulit sensitif macam Cik Anie ni, memang seronok lah sebab mostly semua orang tahu. Nak invest untuk produk komersial yang natural, sangat mahal. Tak mampu nak maintain setiap bulan.

Jadi bila dah jumpa produk yang eksklusif, natural, homemade TAPI murah, tak ke satu kelegaan dan keseronokan? 

Sebab tu Cik Anie decide nak jadi agent FreshPicks. Supaya Cik Anie boleh kongsi dengan korang semua kebaikan yang Cik Anie rasai bersama FreshPicks.

Korang kena tahu, Cik Anie bukan jenis yang aci redah je jual semua benda asalkan duit masuk. Tak. Memang bukan Cik Anie. Cik Anie hanya jual benda yang bagus, berkualiti dan selamat sahaja. Yang penting Cik Anie sendiri guna. Jadi bila kita sendiri guna, kita pun confident nak cerita pada orang apa kebaikan yang kita rasa.. kann?!

So korang.. Kalau nak cari produk FreshPicks, boleh cari Cik Anie ya. Cik Anie boleh COD sekitar daerah Kulim. Luar dari itu, Cik Anie gunakan khidmat poslaju.

So, jangan intai lama-lama tau.. Meh grab 1 set. Korang gitau je nak cari apa. Cik Anie akan consult korang ya..

Till then, jangan nakal-nakal.. 😘




Sunday, 13 November 2016

Catatan Hari-hari Terakhir Papa Bahagian 2

Asslamualaikum..

Tak boleh tidur pula malam ni. So decide nak mencatat sedikit momen-momen terakhir kami sekeluarga bersama papa. Tak pernah sedetik kami melupakan papa. 

Sebenarnya pagi tadi baru balik semula ke Kulim. Beratnya rasa hati nak tinggalkan Mama dan rumah tempat Cik Anie membesar. Juga kenangan-kenangan bersama papa.

Cik Anie rasa ada blogkan pasal permulaan sakit papa dalam entry yang lepas-lepas. Esok bila dapat pc, Cik Anie letak link. Ingatkan Cik Anie ya.. Maklumlah, mak anak ramai ni selalu sangat lupa..

Cik Anie nak cerita masa papa pergi ke Medan, Indonesia. Papa dan Mama dah lama booking dengan agent untuk lawatan tu. Nak bawak cucu-cucu merasa naik kapal terbang, pergi luar negara. Masa dia booking tu, dia sihat lagi.

Tapi after banyak siri kimoterapi, dia sendiri pun jadi tak yakin yang dia boleh nak pergi atau pun tak. Sebab masa buat kimoterapi, keadaan patient memang sangat lemah. Nak bangun pun tak boleh. Dan kesan kimo tu jugak, nerve Papa jadi macam tak synchronize dengan pergerakan. Nak explain macam mana ya? Bayangkan begini.. Kita mahu berjalan, tapi kaki kita macam tak function. Dan kita pulak paksa diri kita nak melangkah ke depan sehingga kita tak balance dan jatuh. Macam tu la keadaan nya. Tapi tak selalu. 

Walaupun macam tu, Papa still kuat semangat. Bila kami kata, bawak-bawak la berehat. Jangan dipaksa diri aktif sangat sana sini. Tapi di jawabnya, Tak Boleh! Dia kena aktif. Kalau tak dia rasa lagi sakit. Macam tunggu hukuman mati kata dia! Kami diam kan je lah. 

Lepas tu Papa sepatutnya kena masuk wad untuk kimo ke 5 kalau tak salahnya. Tapi, doktor kata, 'pakcik balik lah. Kanser pakcik sangat agresif. Sepatutnya dah kimo, dah radioterapi, benda tu akan mengecut. Tapi tak. Kalau kita buat kimoterapi ni pun, bahayakan nyawa pakcik sebab pakcik pun dah tua..' Gitu lah lebih kurang ayat doktor pakar.

Dah jadi gitu, papa pun terus lah decide nak pegi Medan tu. Tarikhnya adalah pada hari raya haji kedua tahun ni.

Cik Anie tanya juga, betul ke ni nak pergi. Dia...? Ehh... Kena pergi! I have to enjoy myself. Kalau tak rugi duit i! 😄😄




Dekat sana, Mama kata, macam bukan orang sakit. Cargas ke sana sini ikut lawatan. Dia pun sangat happy. Cucu-cucu yang ngikut pun kemain lagi caring menjaga atoknya.

Tapi tu juga la tandanya dia nak pergi. Cik Anie dah terdetik dalam hati pasal tu, sebab pernah baca @ dengar orang kata, orang yang sakit, bila dekat dia nak pergi, selalunya dia akan sihat. Tapi tak de lah terluah di mulut. Sebab Cik Anie anggap, asalkan papa gembira, sihat, boleh buat apa yang dia suka, Alhamdulillah.

Bila papa balik dari Medan, dia happy sangat. Tapi Cik Anie tak sempat nak balik tengok dia masa tu. Tunda sampai minggu last bulan 9. Yang mana masa bulan 9 tu dia ada appointment kat HUKM.

Nak dijadikan cerita, sepatutnya appointment balik hari je. Tapi pagi masa nak ke Hospital tu, Papa jadi sawan. Early morning, di tengah KL nuu.. Jalan jam gila. Mujur Kakcik bawak Papa tu sama dengan Cho. Teruk sawan nya. Sampai muntah-muntah. And luckily, ada petrol station berdekatan. Bawak masuk toilet, papa sawan lagi dan terberak-berak dengan banyak.

Disebabkan itu, doktor terpaksa tahan dia sebab nak check. Adakah sawan tu sebab kanser atau sign of strok. 


Result dapat, dan bukan sebab strok tapi ketumbuhan dah naik kepala. Sebab tu papa jadi sawan tu.

Cik Anie pun turun KL jugak masa tu. Ingat lagi, doktor HUKM positif sangat boleh buat kimoterapi lagi dengan ubat yang lain. Papa pun positif juga dengan harapan tu. Dia nak buat jugak kimo tu. Dia nak fight the cancer! Tapi selepas dapat full report apa yang Hospital Ipoh dah bagi, diorang pun akui yang tak boleh buat apa. Apa yang Hospital Ipoh bagi tu dah betul dan sepatutnya dah pun. Jadi, doktor sana kata bawak balik lah. Dia eatimate seminggu je masa yang papa ada.

Cik Anie ingat lagi, masa sebelum Cik Anie balik Ipoh, bila salam dengan dia, mintak maaf salah silap Cik Anie, suami dan anak-anak pada dia, dia pun menangis sama. Berpelukan kami dua beranak petang tu. Papa pesan suruh ambil souvenier yang dia simpan untuk Cik Anie, suami dan anak-anak kat Ipoh. Cik Anie cakap, 'tak pe la pa. Papa jangan pk yang tu. Nanti papa balik Ipoh, kita tengok sama-sama. Papa bagi sendiri kain Samarinda tu pada Mat ya?' Tapi dia kata, 'Tak Boleh! Kamu kena ambik bagi kat Mat. Ambik jugak purse bagi kat Mak! Tak sempat nak tunggu papa balik!' Dan kami menangis sama-sama.

Start dari hujung bulan 9 tu, Cik Anie setiap minggu balik Ipoh. Memang nampak, perubahan kesihatan papa. 

Minggu pertama, dari yang Cik Anie balik last tengok dia masih lagi boleh berjalan dengan bertongkat, dia dah tak boleh untuk imbang badan nya. Masih lagi boleh berjalan tapi kita kena paut dia.. Bawak masuk toilet dan tunggu dekat toilet sampai dia habis mandi.

Minggu kedua, Cik Anie balik awal. Hari Rabu (12-10-16) dah ambik EL balik Ipoh. Sebenarnya dok berbelah bahagi nak balik ke atau tunggu sahaja hari Khamis lepas kerja. Tapi bila dapat whatsapp dari Salman kata balik lah, papa macam nazak, memang tak tunggu lama dah. Kebetulan pulak, hari tu papa ada appointment pertama dengan unit paliatif Hospital Ipoh. Sedang elok Cik Anie balik, kami anak-anak perempuan Papa bawak papa ke hospital. Masa ni papa memang totally dah duduk atas kerusi roda dah. Dah tak boleh berjalan. Dia tak larat dah. So masa tunggu nak jumpa doktor tu lah, papa jadi sawan lagi. First time Cik Anie tengok depan mata. Memang teruk. Mujur dekat hospital, cepat-cepat doktor bagi gas dan etc. Tapi bila papa sedar je, soalan pertama dia tanya mama mana. Kemudian dia ajak balik. Kami masa tu panik juga, kami ingatkan papa dah nak pergi. Tapi Allah bagi kami lebih masa untuk berbakti pada Papa. Lepas dah doktor bagi balik, sampai depan pagar rumah, masa nak tolak masuk ke dalam tu, papa jadi lagi sawan tapi mujur tak lama. Kami semua angkat papa letak atas pangkin, bagi morfin dan papa lena sangat.


Tapi 2-3 hari lepas dia ok sikit tu, dia dah susah nak bercakap. Dah tak berapa nak faham apa biji butirnya. Tapi Jumaat tu dia beritahu, dia nak jumpa semua. Anak menantu cucu. Jadi, kami usahakan untuk penuhi hajatnya. Yang mana kerja jauh, yang duduk asrama, semua kami panggil balik. Lepas Maghrib, semua berkumpul dekat dia, dia renung muka sorang-sorang. Kemudian dia mintak lepas ni hancurkan makanan dia, buat jadi bubur. Dia dah susah nak kunyah dan telan. Minggu ni dia dah mula cakap merapu. Ada orang datang la itu la ini la... Mungkin syaitan yang nak ganggu dia.. 

Bila Cik Anie nak balik Kulim, Cik Anie beritahu dia nak balik, cepat-cepat dia suruh angkat dia bangun. Dia nak ikut. Agaknya sebab dah lama dia tak datang rumah Cik Anie. Cik Anie bagitahu dia, 'nanti papa sihat, Anie bawak papa ke Kulim'. Dia diam.. Macam fikir. Tapi mama cepat-cepat suruh Cik Anie pergi.

Rupanya minggu dia panggil kami semua balik, itu lah last dia nak tengok muka kami. Itu lah last dia bercakap dengan kami. Sebab lepas tu dia tak lagi bukak mata. Tak ada lagi keluar suara nya. Kami rindu nak dengar papa bercerita, membebel dan etc.. Sunyi rasanya. Hanya gerakan kaki sahaja sign kalau dia menggelisah sakit..

Sampai lah minggu terakhir papa. Cik Anie dah pun cerita sebelum ni..

Segala kenangan bersama papa, kami simpan rapi.

Kami janji akan jaga Mama, mengasihi Mama sebagaimana Papa menjaga dan mengasihi Mama. Kami doa, moga syurga lah tempat Papa. 

Al-fatihah untuk papa..

- Cik Anie - 

Friday, 28 October 2016

Catatan Hari-hari Terakhir Papa

Assalamualaikum..


Erm.. dah 3 minggu papa tak ada. Rindu nya. T.T


Cik Anie balik Ipoh minggu ni. Minggu lepas tak dapat balik sebab terpaksa kena kerja. Tu pun dalam hati tak terbendung rindu rasa nya. Ermm.. Tak tahu nak gambar kan macam mana.



Papa adalah lelaki yang sangat baik. 

Sangat caring.

Sangat pentingkan anak-anak. Dan mama terutamanya.

Segala keperluan kami, dia dulukan.

Bila kami buat kesilapan, dalam berleter, tetap juga dia bantu dalam bermacam cara.

Dia tak pernah bezakan anak, menantu, cucu.. malah anak murid, anak angkat semua di layan sama rata.


Beberapa bulan lepas, semasa dalam fasa awal nak didik hati untuk redha, soalan yang sering dalam kepala Cik Anie.. 'Aku dah nak kehilangan bapak ke? Apa rasa hidup aku tanpa dia? Kuat ke aku?'


Tapi bila dah di didik hati ni, tambah pula papa pergi hari baik, sakaratulmaut dia pun tenang, urusan semua sangat smooth.. Allahu Akbar! Apa lah yang kami mahu lagi? Itu pun kami sudah sangat syukur..


Dari mana Cik Anie nak mula? Tetiba intro dah duduk tengah cerita.. hihi.. *Cerita ini adalah catatan untuk Cik Anie kenang dan ingat sampai bila-bila*


Minggu yang papa meninggal tu, hari Khamis (20/10/2016), lepas je kerja terus Cik Anie bawak laju-laju balik Ipoh. Hati tu rasa macam... entah la. Tapi nak cepat sampai je rasa nya. 



Sampai Ipoh, sedang elok time nak mandi papa. Masa tu papa duduk atas kerusi malas tu. Papa masa tu dah 3 hari, tak buka mata, tak buka mulut. Tak bercakap, apa pun tak. Masa di bukakan pampers, tengok ada najis. Hitam. Tapi Cik Anie tak tahu itu tanda nya. Bila nak di bersihkan punggung, kena cempung sikit peha nak angkat, tengok keluar lagi najis. Time tu menyeringai muka papa tahan sakit. Mata pun dah sampai terbukak! Sedih sangat.


Oh ya, badan papa sangat panas. Macam demam. Especially dekat tempat ketumbuhan tu. Menurut Miss Wong, itu sebab ketumbuhan tu yang panas. Macam bisul la. Kan panas sekeliling nya.. Tak tahu nak tanya macam mana keadaan papa sebab dah tak bercakap kan..


Malam tu Cik Anie ingat nak teman papa tido. Tapi nak kena tidur kan dulu anak-anak dara dan teruna ni. So Cik Anie pesan pada mama, bagi Cik Anie tidur depa dulu. Nanti Cik Anie ganti mama. Tapi tengah malam terjaga tengok mama tidur atas kerusi malas tu tepi papa, sambil pegang tangan papa. Sebak Cik Anie tengok nya. Nak di kejut mama pun rasa tak sampai hati. Memang malam tu byk kali terjaga untuk tengok mama dan nafas papa.


Sampai lah Subuh. Mama kata nak naik sembahyang. So Cik Anie duduk tepi katil papa. Nampak lena sangat tidur nya. Tenang sangat.


Pukul 7 lebih macam tu Abang Azmel dan Kak Wati sampai untuk bantu mandi papa. Abang kata, tak payah mandi lah pagi ni. Kita tukar pampers dan lap-lap badan papa. Ye lah, nak di angkat-angkat dari katil ke kerusi malas, mandikan, lepas tu angkat semula ke katil, sakit dia. Kesian juga. Bila di salin pampers, ada najis sikit. So macam semalam, angkat kaki nya sikit untuk di cuci punggung nya dari najis. Tapi muka papa dah tak ada reaksi sakit. Cik Anie masih tak perasan tanda kedua tu..


Selesai bersih punggung, Cik Anie lap badan dari kepala sampai kaki, buat dengan Kak Wati. Bila tiba tang kaki, nampak kaki makin jatuh. Tapi, Cik Anie masih lagi tak perasan tanda ketiga tu. Cik Anie ingatkan memang begitu.. T.T



Bila dah di pakaikan baju, mama cuba nak bagi makan susu protein untuk papa lapik perut. Jangan kosong. Tapi banyak yang keluar meleleh tepi dari masuk mulut dan telan. Cik Anie kata, mungkin papa tak larat sangat. Bagi papa tidur dulu lah. Tapi mama cuba juga nak bagi. Sampai lah nampak macam papa dah tak telan dah susu tu.. Baru lah stop dan letak tepi. Tengok papa lena sangat masa tu. Nak di beri ubat pun nampak tersangat lena. So Cik Anie fikir tunggu dulu.


Cik Anie lepas tu naik atas, kemas almari papa. Kemas barang dia, dokumen dia dan sebagainya. Buat seorang. Tu jumpa macam-macam khazanah. Rupanya papa simpan semua pasal kami. Gambar, dokumen, even jam pertama Cik Anie beli masa form 5 dulu dengan duit belanja yang di kumpul-kumpul, pun dia simpan. Cik Anie ingat kan dah hilang kena buang ke apa sebab dah rosak. Rupa nya papa simpan. Papa simpan sijil berhenti sekolah Cho (kakak sulung)! Korang bayangkan.. sentimental value agak nya, dia sayang nak buang.. dan Cik Anie rasa banyak turun pada Cik Anie.. hihi.. sayangkan nak buang. Banyak kenangan.


Pukul 11 macam tu mama naik tolong kemas sama.. Ingat lagi, bila jumpa sesuatu, kami ketawa sama-sama sebab lucu bila ingatkan papa boleh simpan semua tu..


11.30 macam tu kak Wati naik beritahu nak ambil anak-anak balik sekolah. Papa baru lepas bagi dua jenis ubat. Semua sekali 3 jenis. Kak Wati ada beritahu, papa nafas bunyi. Jadi mama pun turun untuk tunggu papa pulak. Cik Anie pun masa tu tengok jam dah nak dekat pukul 12, rasa macam nak rehat dulu lah. Lenguh pinggang semua.. 


Time nak turun tu la Balkis (anak Kak Cik) berlari naik, cakap opah panggil. Cik Anie pun turun-turun je tengok papa nafas macam berkahak kat tekak tu. Cik Anie dok fikir, papa tak telan ubat ke? Dalam keadaan kalut, Cik Anie whatsapp dalam family group, macam mana nak buat, rakam video nafas papa dan sebagainya. Kak Cik pun dah on the way balik, dah call Miss Wong tu suruh datang tengok. Dah call ambulance untuk ambik papa bawak hospital. Hati Cik Anie dah terdetik masa tu, gaya macam papa nak pergi dah ni. Sebab teringat arwah ayah mertua meninggal dulu begitu.



Sementara nak tunggu Miss Wong tu datang, dia bagitau, suruh mengiringkan papa. Itu akan membantu papa bernafas. Jadi kami 3 beranak ni sama-sama mengiringkan papa dan letak bantal belakang badan papa. Alhamdulillah.. bunyi kahak dah tak ada. Nampak nafas papa pun macam stabil. Kak Wati pun dah kalut nak ambil Yasin baca tepi papa. Cik Anie pulak, macam lost sekejap. Tangan pegang Yasin, tapi mata dok tengok dada dan mulut papa. Dari nampak tenang tu, tapi kenapa macam panjang-panjang pulak papa lepas nafas dia.. Rasa pelik. Cik Anie pun cakap pada mama dan Kak Wati, kenapa papa nafas macam pelik. Baru lah terperasan kuku tangan papa dah biru. Baru teringat nak selak kaki tengok, dah biru.. Ketumbuhan kat leher tu, urat darah sampai timbul, warna hitam.. Sakitnya sakaratulmaut tu.. T.T


Masa tu kami dan anak-anak buah dah mula menangis. Mama sempat bisik kat telinga papa. Mama usap muka papa dengan air. Nampak 3 kali, papa tarik nafas, papa lepas panjanggggg sangat. Dan kali ketiga, saat nyawa keluar dari badan, terdengar seperti keluhan. Seperti melepaskan beban kelegaan. Muka papa tenang. Waktu tu 12.40 tengahari. Tenang sangat. Family dah di maklumkan, supaya balik. Kalau boleh nak segerakan kebumi. Tak mahu seksa jenazah.


Jemaah surau, kawan-kawan papa tanya nak mandi di rumah atau surau. Mama mintak di surau. Sebab papa berjemaah di situ. Jadi lepas Asar, jenazah di bawa ke surau Mujahidin Pekan Razaki. 


Atas permintaan kami, mereka bagi kami anak, menantu dan cucu mandikan papa buat kali terakhir dengan bimbingan seorang pakcik (kawan papa juga).. Bila tengok jam, masa tu pukul 6.. Memang selalu pun waktu itu kami mandikan dia. Khidmat kami yang terakhir pada papa.. T.T muka papa sangat tenang. Seperti sedang tidur yang lena. Senyum.


Pakcik tu kata, dah ramai jenazah dia mandikan. Tapi ni kali pertama berebut dan ramai yang nak mandikan jenazah.. Selesai mandi dan kafan, jenazah di angkat masuk surau. Di beri peluang pada anak menantu cucu untuk cium dahi nya.. Lepas tu kami sembahyangkan jenazah.. 


Jenazah nak di kebumi lepas Maghrib. Jadi sementara tunggu Maghrib, kami baca Yasin dulu. Bila Maghrib je, MasyaAllah, ramai sangat yang datang. Lepas Maghrib, lagi sekali sembahyang jenazah. Dan terus di bawa ke tanah kubur Kampung Melayu.




Masa di kubur, time nak masuk kan jenazah ke liang lahad, kata Salman, masuk-masuk je terus elok mengiring. Macam papa tau-tau je.. Mudah sangat urusan nya. Bila nak di kambus tanah tu, semua nya mudah. Cuaca pun elok. 


Alhamdulillah. Syukur. Lega dah lepas tanggung sakit kanser tu. Papa pergi hari Jumaat, hari yang baik. Bulan Muharam pulak tu. Urusan papa sangat mudah. Mungkin bahagian papa, sebab masa hayatnya, papa mudahkan orang lain.


Mama? Mama ok. Tabah sangat. Cuma mama tak boleh mengajar tuisyen waktu malam dah sebab terbayang papa tengah mengajar di bahagian tepi rumah.. Kami anak-anak menantu dan cucu pun rindu sangat pada papa. Balik Ipoh, Cik Anie round satu rumah. Sampai bilik papa mama, duduk dulu renung keliling bilik. Rindu nya.. Terasa papa masih ada dengan kami..


Rehat lah pa. Kami semua sayang papa. Rindu sangat-sangat. Moga Allah ampun kan dosa-dosa papa. Dan tempatkan papa di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh..


We will always love u. And miss u.



Cik Anie..



Monday, 17 October 2016

Bukan Senang Menjaga Orang Sakit

Assalamualaikum..

Lama Cik Anie tak menulis di blog kesayangan. Terlampau banyak perkara yang jadi sampai kan Cik Anie rasa kelelahan nak bercerita pada umum..



Baru-baru ni Cik Anie balik Ipoh. Ambil cuti emergency sebab kesihatan papa dah semakin merosot.. Mana yang belum tahu, papa Cik Anie adalah pesakit kanser Limfoma. 

Apa yang Cik Anie nak cerita adalah.... apabila di beri kesempatan untuk menjaga papa selama beberapa hari, memang sangat menginsafkan Cik Anie. Menjaga orang sakit ni, bukan semudah yang kita sangka..

Papa sekarang dah tak boleh bangun dah. Segalanya memerlukan bantuan orang untuk di uruskan makan minum pakainya. Most of the time dia hanya terbaring di atas katil. 

Sebelum ni kami hanya alas dengan lapik getah bawah badannya, kalau-kalau pampers bocor dan sebagainya.. Tapi Nurse dari Palliative Care Society Perak datang melawat di rumah. Beliau syorkan tilam angin, untuk elakkan jadi bed sore. Kata beliau, boleh sewa dari PCS Perak dengan kadar caj yang berpatutan.. Cik Anie pun baru tahu rupanya ada.. Selama ni klien datang tanya, Cik Anie pun tak tahu nak jawab. Tempat lain maybe boleh check tengok kat mana PCS yang terdekat. Boleh tanya juga di Unit Paliatif Hospital. 

Ok, balik cerita tilam angin tadi. Tilam tu memang specially design agaknya untuk buat patient mudah berpusing kiri/kanan. Tapiiii, bising. Hahaha.. papa ni dok la sebut banyak kali nak balik rumah, nak balik rumah.. Walaupun kami bagitau yang dia memang dah duduk dekat rumah.. Tapi bila dah banyak kali cakap nak balik rumah, dan jawapan kami tetap sama, last-last dia pun marah. Katanya, kenapa dok atas tilam ni lagi! Aduhaii.. Susah pulak nak explain macam mana pada dia..

Bila bab nak angkat papa, duduk kan, dirikan dia untuk duduk atas kerusi roda, mandikan dia.. Ambilkan air sembahyang, tunggu sebelah hingga selesai solat.. Allahu Akbar! 

Mula-mula sakit habis pinggang. Kat tempat czer tu ada juga rasa merengat.. Rasa macam peranakan semua nak luruh! Tatkala mandikan dia, insaf sangat. Masa kita kecik dulu, dia lah jaga kita. Mandikan kita. Jaga kita bila sakit pening demam. Bila dah besar panjang, putus cinta dengan ex boyfriend pun papa juga lah yang susah-payah cari air kolah 7 masjid. Pada hal anak dia yang ngek pale lutut nak jugak dengan hamba Allah tu pasal dia chinese look. Ceh sungguh alasan nya! Sekarang dah berumah tangga pun, dia juga yang bersusah payah fikir keperluan anak-anak menantu..

Tapi bila dia sakit, kita baru urus dia 3-4 hari, kita dah mengeluh sakit pinggang sakit kepala bagai.. Allah.. Bila Cik Anie renung wajah tua tu, terus hilang segala keluhan. Renung pulak wajah anak-anak, terus sayu rasa hati.. Aku tua esok, aku nak anak aku mengeluh juga bila menjaga aku? 

Papa pun agaknya lenguh kot asyik terbaringgg je. Dia biasanya aktif. Cergas ke sana sini. Boleh naik basikal ke surau sebelum kesihatan makin merosot ni.. Tiba-tiba bila tak boleh buat apa, emosinya terganggu lah. Bila di minta itu ini, yang mana kita tak boleh nak buat atas faktor keselamatan diri dia, di marah nya kita.. Tapi faham lah sebab dia sakit. Kalau kita sakit pun, kita buat perkara sama. Kat sini kena banyak sabar. Layan cerita dia, walaupun banyak butir cakap yang dah tak berapa boleh nak faham.. Asyik ulang tanya perkara sama. 

Minggu lepas, dia masih boleh mengunyah. Masa Cik Anie balik tu, dah x boleh dah kunyah. Kena bagi bubur yang di kisar. Hari ni mama cakap Nurse suruh bg makan guna syringe dah. Ketumbuhan tu besar dengan sangat cepat.. Dia nak pakai gigi palsu pun jenuh. Sakit katanya. Maybe dah tolak gusi kot kan.. Bila kami kata tak payah pakai lah, dia marah. Dia kata nanti kamu tua, kamu tau la! Mujur bila mama cakap tu dia mau cabut gigi nya tu.. 

Cik Anie insaf sangat.. T.T 

Masa ini sahaja yang kita ada. Waktu yang sedikit ini sahaja kita dapat berbakti pada dia sepenuh hati. Manfaatkan waktu tu sepenuhnya. Moga apabila anak-anak kita tengok layanan baik kita pada atok opahnya, mereka juga akan berbuat yang sama pada kita kelak.

Mohon doakan yang terbaik untuk papa. Moga Allah mudah kan urusannya.. Cik Anie akan cuba update pasal papa. Sekurangnya, ada juga kenangan catatan tentang papa.. =)

Tuesday, 16 August 2016

5 Sebab Kenapa Soya Ini Mesti Menjadi Pilihan Anda


Assalamualaikum..

Cakk.. Hihi.. Hari ni Cik Anie share anak dara sorang ni bergambar dengan Soya kegemaran Cik Anie. Simboliknya adalah, ibu ingat ni ibu sorang punya?! Haa gitu kekdah nya..



Anak-anak Cik Anie kalau dengar ibunya shake botol air isi ESP ni, meluru la ke dapur. Beratur depan Cik Anie. Lepas diorang, diorang, lepas diorang pun diorang gak. Masuk mulut ibu 2-3 teguk je. Sabar je lah..

Apa yang buat kan Cik Anie suka sangat dengan ESP ni? Bukan takat Cik Anie. Dengan anak-anak pun suka. Memang killer produk sungguh ESP ni. 

Haa.. Ni sebab dia..

1 - Kacang Soya yang digunakan oleh Shaklee tidak di ubah secara genetik. Pemprosesan nya pun menggunakan suhu yang rendah bagi menjamin kualiti nya.

2 - Setiap tin ESP seberat 850g telah dihasilkan daripada 30kg kacang soya! So bayangkan. Memang padat halus dan mampu membuatkan korang kenyang lama. Sekaligus boleh la diet. Tapi kalau korang bangsa mengunyah tak henti macam Cik Anie ni, korang jangan tanya kenapa tak kurus-kurus.. kah3..

3 - Rendah Indeks Glisemik. Makna nya sangat sesuai untuk semua orang even terhadap pesakit kencing manis.

4 - Soya tu adalah protein. Protein pula adalah asas dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam tubuh kita. Kalau kita kekurangan protein, sistem imun tubuh pun akan jadi lemah nak lawan penyakit. Otot kita pun jadi menggelebeh. Rambut cepat beruban. Parut susah nak hilang, pertumbuhan terbantut, penghadaman pun bermasalah.
5 - Protein ni meransang pembentukan semula kulit dan otot, mencegah daripada berkedut, anti-penuaan, cepat sembuhkan luka dan mengurangkan kesan parut. No wonder Cik Anie maintain je cantik kan? Kih kih kih.. Jangan Marahh haa... Tapi serius cakap, parut stretch mark memang tak ada. Parut czer je dok ada lagi.. Pelan-pelan la kan yang tu..

Haa.. Nampak tak sekarang? Kenapa ESP ni penting dan mesti korang ambil. Dan wajib pilih ESP keluaran Shaklee. 

Cik Anie pilih yang natural. Yang murah dan berbaloi membeli. Yang nampak kesan sampingan nya. Yang ada barisan saintis yang ready untuk kaji dan bantu jika ada terdapat kesan sampingan apabila kita makan produk tersebut.

Dan jangan lupa. Pilih Cik Anie juga sebagai agen Shaklee korang.. 

Till then, korang jangan nakal-nakal.. Take care ya..

Monday, 15 August 2016

Demi Kerana Cinta, Cucuk Epidural Sanggup Ku Tempuh Jua

Assalamualaikum..

Cik Anie sambil-sambil tidur kan anak-anak, scroll FB. Like sana, comment sini.. Sampai lah gambar ni lalu di newsfeed. Memang mengimbau nostalgia sungguh.


First time ambil epidural masa bersalin Nasywa. Kenapa ambil? Entah lah. Beranak sulung kan, tak reti apa..

Time tu Cik Anie tengah menahan contraction. Sakit nak mati rasa. Pesan kat misi 2-3x panggilkan Cik Mat masuk. Tengah menunggu tu tiba-tiba datang seorang misi cina, Cik Anie fikir mungkin salah seorang misi yang akan bantu masa bersalin nanti..

Dia belek-belek buku pink Cik Anie. Tiba-tiba tanya, 'You tak mau cucuk tahan sakit ke? Ni you ambil ini flyers baca'.. So Cik Anie ambil. Tapi tak baca. Tak boleh nak baca. Nak fahamkan sebaris ayat pun tal boleh. Sebab sakit sangat. Rasa nak ramas-ramas kertas tu baling kat muka dia tau.. Haha.. Orang dok sakit nak beranak dia suruh baca pulak. 

Sebab kan tak puas hati bila Cik Anie endah tak endah, dia ambil kertas tu, kata nya 'tak pe, mari saya baca untuk you'.. OMG! Bala sungguh rasa.. Haha.. Dia punya 'berleter' tu, aduhai.. Cik Anie tak tahan dan rasa terganggu, dan nak dia pergi cepat, maka Cik Anie rela kan ja. Tak boleh nak fikir rasional.

Pakar bius suruh peluk bantal, peluk. Dia suruh bongkok sikit badan, bongkok. Dia suruh peluk bantal kuat-kuat, maka peluk lah kuat-kuat. Sakit juga nak cucuk tu. Tapi lepas tu best lah.. Boleh tidur sekejap sebelum tiba-tiba rasa macam nak berak. Rupa nya dah time nak teran anak.

Kesan? Sama je macam orang yang pernah ambil epidural yang lain. Sakit pinggang. Baring lama sakit. Duduk lama sakit. Serba tak kena. Suffer jugak lah dari lepas bersalin tu sampai ke bersalin si Zahra. Masa mengandung Zahra, azab betul rasa. Masa tu memang tak ambil apa-apa selain dari apa yang KK bagi. Tu pun culas sungguh makan.

Tapi lepas bersalin Zahra, start kenal Shaklee. Ambil set 3M tu.

Tapi masa makan awal-awal tu Cik Anie sebenar nya masih tak perasan yang segala rasa sakit selepas epidural tu macam dah jarang kena. Macam dah hilang je.

Kemudian mengandungkan Akram. Kadang-kadang datang angin malas nak makan suplemen, Cik Anie biar je seminggu dua.. Haha.. Salahkan hormon mengandung tau.. Tapi time tak makan tu mengeluh selalu pada Cik Mat yang letih, sakit pinggang. Dah nama pun jual suplemen, bila jadi gitu, Cik Anie start konsisten makan Ostematrix. Sebab tak nak 'tarik mengkarung' sama. 

Alhamdulillah, memang sampai bersalin, Cik Anie tak kena kaki cramp, kalau letih pun, malam nya tidur lena sangat, esok pagi bangun, fresh gila. Tak ada letih lesu. Tiap pagi, memang 'melabur' dengan jaya nya. Weh, jangan main-main sembelit masa mengandung. Rasa macam nak terberanak time nak membuang tu! Seksa!

Bersalin Akram, lagi sekali kena epidural sebab emergency czer. Tapi dah ada pengalaman, kali ni redha lah walaupun gelabah nak kena lapah perut.. Huhu..

Penangan anak jantan, menyusu kuat! Sampai jadi pelik, tak kenyang-kenyang ke budak ni? Haha.. Tengok menyusu sampai jeluak. Pastu menangis melalak satu taman dengar. Cik Anie sampai naik stress ape la budak ni nak. Angin pasang ke? Kembung ke? Bila sua kan cik B, diam sekejap lepas tu melalak. 

Rupa nya marah sebab dia cuma nak gonggong puting tapi susu pulak keluar. Adoii, macam-macam hal. Dah Cik Anie kena perah susu dulu bagi kosong B, lepas tu layan dia mengempeng sampai lena. Korang bayangkan, kalau Cik Anie tak makan Ostematrix, mengempeng lama macam tu, memang sakit sangat-sangat pinggang kesan epidural tu. Serius tak tipu sebab dah rasa masa time Nasywa Zahra dulu. 

Eh.. Panjang pulak cerita Cik Anie. Tapi seronok rasa nak share pengalaman Cik Anie dengan epidural ni.. And how i selesai kan masalah tu.

Cik Anie memang sangat syorkan kawan-kawan yang tengah suffer kesan epidural tu, supaya try makan Ostematrix ni. Sebab Cik Anie memang melalui, dan sangat memahami..

Bila tubuh kita ni bagi signal (sakit) jangan abaikan. Cari jalan penyelesaian pada signal tu. Jangan di biarkan, takut nanti melarat-larat. 

Esok Cik Anie cerita kenapa penting sangat kalsium pada ibu mengandung dan menyusukan. Memang pada Cik Anie WAJIB makan. 

Take care korang. 

Wednesday, 10 August 2016

Kisah Cinta Cik Anie

Assalamualaikum..

First of all, korang tolong doakan kawan baik Cik Anie, nama dia Cik Dila, yang sekarang tengah dalam perjuangan nak melahirkan anak kat Hospital Melaka. Adoi, Cik Anie pulak yang nebes lebih macam nak beranak.. haha..

Tengok tajuk macam suspen je ek. Cik Anie ni nak cerita pasal kisah cinta dengan Cik Mat ke? Haha.. Nehi nehi. Kisah cinta dengan Cik Mat tu bio lah jadi kenangan manis kami berdua je.. Semua benda pun nak share, macam tak ada privasi lak kan..

Cik Anie sebenarnya nak cerita pasal kisah cinta Cik Anie dengan Shaklee. Actually, dah selalu sangat Cik Anie cerita. Tapi ye lah, benda yang kita suka, memang kita akan keep repeating cerita tu kan. Sebab kenangan tu sangat manis. Jadi Cik Anie nak cerita gak selalu.

Cik Anie kenal Shaklee dah lama. Memang ada family member yang makan Shaklee. Tapi tak ambil kisah pun. Tapi start 2011, baru lepas beranak Nasywa, Cik Anie sangat obses dengan penyusuan susu ibu. Segala macam gajet penyusuan, sampai ke milk booster semua Cik Anie beli nak try. Time tu aktif dalam group Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM). Masa tu la kenal si Nurul ni (upline Cik Anie). Kenal gitu-gitu je pun. Beli dari dia trial pack sebulan, nak bagi kan habis tu alahai.. lambat sungguh rasa. Time tu tak jadi ahli lagi.. Bila dia PM tanya feedback, Cik Anie mengelat macam-macam.. Hahaha.

Apa yang buatkan Cik Anie tak jatuh cinta lagi masa tu adalah sebab, Cik Anie fokus nak bagi susu banyak. Sedangkan production susu Cik Anie tak ada masalah pun. Cik Anie terlupa nak pandang side effect lain yang Cik Anie dapat.

Sampai lah bersalin Zahra. Masa tu mula terasa letih. Lesu. Time dalam pantang rasa stress. Mane tak nya, Nasywa masa tu tengah lasak. Cik Mat bukan tak bantu tapi perfectionist (konon nya) macam Cik Anie ni, tak boleh nak tengok kalau tak kena dekat mata. So Cik Ani contact balik Nurul ni. Cik Anie kata, saya tak nak yang nak bagi susu banyak. Saya nak yang bagi energy je. Tak nak letih lesu.

Kisah Cinta Cik Anie


So Nurul pun suggest itu ini pada Cik Anie. Maka set pertama yang Cik Anie beli adalah Set 3M tu. Cik Anie ada tulis tentang set tu di sini. Dan add on Vitamin E masa tu. Biasa lah kan, nak cantik jugakkk.. Hahaha..

Tengok-tengok lepas try, ehh.. Betul lah. Dah tak ada dah sakit badan. Tak ada letih lesu. Tak ada rasa stress.. Macam magic pulak. Susu badan pun masa tu nampak lebih pekat, dan Zahra bila tertidur lepas menyusu tu lama. Puas kenyang kot agaknya kan.

Dari situ, Cik Anie mula promote pada kawan-kawan suruh try gak. Knowing me, Cik Anie memang suka promote kalau benda yang best-best ni. Tak kira yang Cik Anie jual ke tak ke,. Tapi tak berani sangat nak promote pada family. Entah la pasal apa. Cerita jugak sikit-sikit tapi jarang nak lebih-lebih. Malu kot.. Haha..

Family Cik Anie yang dah Cik Anie Shakleekan, kakak yang sulung, memang boleh kata semua produk Shaklee dia guna. Lepas tu kakak No. 3. Dia ambil Mealshakes sebab nak gemuk =D. Patu dah nampak berisi, dia ambil pulak Collagen Powder Shaklee.. Lepas tu adik Cik Anie, Ambil herbalblend untuk anaknya yang ekzema dan Ayah.. =) Oh ya, ayah Cik Anie still ambil Vivix sebagai ikhtiar rawatan kanser nya. Korang doakan semoga Papa cepat sembuh tau..

Tu lah, kadang-kadang benda yang kita tak suka tu mungkin bermanfaat pada kita, begitu juga dengan benda yang kita suka, belum tentu lagi baik untuk kita. Daripada asalnya Cik Anie menyampah asik-asik Shaklee je kan, sekarang pagi petang malam Cik Anie bercakap pasal Shaklee pulak.
MD