Tak boleh tidur pula malam ni. So decide nak mencatat sedikit momen-momen terakhir kami sekeluarga bersama papa. Tak pernah sedetik kami melupakan papa.
Sebenarnya pagi tadi baru balik semula ke Kulim. Beratnya rasa hati nak tinggalkan Mama dan rumah tempat Cik Anie membesar. Juga kenangan-kenangan bersama papa.
Cik Anie rasa ada blogkan pasal permulaan sakit papa dalam entry yang lepas-lepas. Esok bila dapat pc, Cik Anie letak link. Ingatkan Cik Anie ya.. Maklumlah, mak anak ramai ni selalu sangat lupa..
Cik Anie nak cerita masa papa pergi ke Medan, Indonesia. Papa dan Mama dah lama booking dengan agent untuk lawatan tu. Nak bawak cucu-cucu merasa naik kapal terbang, pergi luar negara. Masa dia booking tu, dia sihat lagi.
Tapi after banyak siri kimoterapi, dia sendiri pun jadi tak yakin yang dia boleh nak pergi atau pun tak. Sebab masa buat kimoterapi, keadaan patient memang sangat lemah. Nak bangun pun tak boleh. Dan kesan kimo tu jugak, nerve Papa jadi macam tak synchronize dengan pergerakan. Nak explain macam mana ya? Bayangkan begini.. Kita mahu berjalan, tapi kaki kita macam tak function. Dan kita pulak paksa diri kita nak melangkah ke depan sehingga kita tak balance dan jatuh. Macam tu la keadaan nya. Tapi tak selalu.
Walaupun macam tu, Papa still kuat semangat. Bila kami kata, bawak-bawak la berehat. Jangan dipaksa diri aktif sangat sana sini. Tapi di jawabnya, Tak Boleh! Dia kena aktif. Kalau tak dia rasa lagi sakit. Macam tunggu hukuman mati kata dia! Kami diam kan je lah.
Lepas tu Papa sepatutnya kena masuk wad untuk kimo ke 5 kalau tak salahnya. Tapi, doktor kata, 'pakcik balik lah. Kanser pakcik sangat agresif. Sepatutnya dah kimo, dah radioterapi, benda tu akan mengecut. Tapi tak. Kalau kita buat kimoterapi ni pun, bahayakan nyawa pakcik sebab pakcik pun dah tua..' Gitu lah lebih kurang ayat doktor pakar.
Dah jadi gitu, papa pun terus lah decide nak pegi Medan tu. Tarikhnya adalah pada hari raya haji kedua tahun ni.
Cik Anie tanya juga, betul ke ni nak pergi. Dia...? Ehh... Kena pergi! I have to enjoy myself. Kalau tak rugi duit i! 😄😄
Dekat sana, Mama kata, macam bukan orang sakit. Cargas ke sana sini ikut lawatan. Dia pun sangat happy. Cucu-cucu yang ngikut pun kemain lagi caring menjaga atoknya.
Tapi tu juga la tandanya dia nak pergi. Cik Anie dah terdetik dalam hati pasal tu, sebab pernah baca @ dengar orang kata, orang yang sakit, bila dekat dia nak pergi, selalunya dia akan sihat. Tapi tak de lah terluah di mulut. Sebab Cik Anie anggap, asalkan papa gembira, sihat, boleh buat apa yang dia suka, Alhamdulillah.
Bila papa balik dari Medan, dia happy sangat. Tapi Cik Anie tak sempat nak balik tengok dia masa tu. Tunda sampai minggu last bulan 9. Yang mana masa bulan 9 tu dia ada appointment kat HUKM.
Nak dijadikan cerita, sepatutnya appointment balik hari je. Tapi pagi masa nak ke Hospital tu, Papa jadi sawan. Early morning, di tengah KL nuu.. Jalan jam gila. Mujur Kakcik bawak Papa tu sama dengan Cho. Teruk sawan nya. Sampai muntah-muntah. And luckily, ada petrol station berdekatan. Bawak masuk toilet, papa sawan lagi dan terberak-berak dengan banyak.
Disebabkan itu, doktor terpaksa tahan dia sebab nak check. Adakah sawan tu sebab kanser atau sign of strok.
Result dapat, dan bukan sebab strok tapi ketumbuhan dah naik kepala. Sebab tu papa jadi sawan tu.
Cik Anie pun turun KL jugak masa tu. Ingat lagi, doktor HUKM positif sangat boleh buat kimoterapi lagi dengan ubat yang lain. Papa pun positif juga dengan harapan tu. Dia nak buat jugak kimo tu. Dia nak fight the cancer! Tapi selepas dapat full report apa yang Hospital Ipoh dah bagi, diorang pun akui yang tak boleh buat apa. Apa yang Hospital Ipoh bagi tu dah betul dan sepatutnya dah pun. Jadi, doktor sana kata bawak balik lah. Dia eatimate seminggu je masa yang papa ada.
Cik Anie ingat lagi, masa sebelum Cik Anie balik Ipoh, bila salam dengan dia, mintak maaf salah silap Cik Anie, suami dan anak-anak pada dia, dia pun menangis sama. Berpelukan kami dua beranak petang tu. Papa pesan suruh ambil souvenier yang dia simpan untuk Cik Anie, suami dan anak-anak kat Ipoh. Cik Anie cakap, 'tak pe la pa. Papa jangan pk yang tu. Nanti papa balik Ipoh, kita tengok sama-sama. Papa bagi sendiri kain Samarinda tu pada Mat ya?' Tapi dia kata, 'Tak Boleh! Kamu kena ambik bagi kat Mat. Ambik jugak purse bagi kat Mak! Tak sempat nak tunggu papa balik!' Dan kami menangis sama-sama.
Start dari hujung bulan 9 tu, Cik Anie setiap minggu balik Ipoh. Memang nampak, perubahan kesihatan papa.
Minggu pertama, dari yang Cik Anie balik last tengok dia masih lagi boleh berjalan dengan bertongkat, dia dah tak boleh untuk imbang badan nya. Masih lagi boleh berjalan tapi kita kena paut dia.. Bawak masuk toilet dan tunggu dekat toilet sampai dia habis mandi.
Minggu kedua, Cik Anie balik awal. Hari Rabu (12-10-16) dah ambik EL balik Ipoh. Sebenarnya dok berbelah bahagi nak balik ke atau tunggu sahaja hari Khamis lepas kerja. Tapi bila dapat whatsapp dari Salman kata balik lah, papa macam nazak, memang tak tunggu lama dah. Kebetulan pulak, hari tu papa ada appointment pertama dengan unit paliatif Hospital Ipoh. Sedang elok Cik Anie balik, kami anak-anak perempuan Papa bawak papa ke hospital. Masa ni papa memang totally dah duduk atas kerusi roda dah. Dah tak boleh berjalan. Dia tak larat dah. So masa tunggu nak jumpa doktor tu lah, papa jadi sawan lagi. First time Cik Anie tengok depan mata. Memang teruk. Mujur dekat hospital, cepat-cepat doktor bagi gas dan etc. Tapi bila papa sedar je, soalan pertama dia tanya mama mana. Kemudian dia ajak balik. Kami masa tu panik juga, kami ingatkan papa dah nak pergi. Tapi Allah bagi kami lebih masa untuk berbakti pada Papa. Lepas dah doktor bagi balik, sampai depan pagar rumah, masa nak tolak masuk ke dalam tu, papa jadi lagi sawan tapi mujur tak lama. Kami semua angkat papa letak atas pangkin, bagi morfin dan papa lena sangat.
Tapi 2-3 hari lepas dia ok sikit tu, dia dah susah nak bercakap. Dah tak berapa nak faham apa biji butirnya. Tapi Jumaat tu dia beritahu, dia nak jumpa semua. Anak menantu cucu. Jadi, kami usahakan untuk penuhi hajatnya. Yang mana kerja jauh, yang duduk asrama, semua kami panggil balik. Lepas Maghrib, semua berkumpul dekat dia, dia renung muka sorang-sorang. Kemudian dia mintak lepas ni hancurkan makanan dia, buat jadi bubur. Dia dah susah nak kunyah dan telan. Minggu ni dia dah mula cakap merapu. Ada orang datang la itu la ini la... Mungkin syaitan yang nak ganggu dia..
Bila Cik Anie nak balik Kulim, Cik Anie beritahu dia nak balik, cepat-cepat dia suruh angkat dia bangun. Dia nak ikut. Agaknya sebab dah lama dia tak datang rumah Cik Anie. Cik Anie bagitahu dia, 'nanti papa sihat, Anie bawak papa ke Kulim'. Dia diam.. Macam fikir. Tapi mama cepat-cepat suruh Cik Anie pergi.
Rupanya minggu dia panggil kami semua balik, itu lah last dia nak tengok muka kami. Itu lah last dia bercakap dengan kami. Sebab lepas tu dia tak lagi bukak mata. Tak ada lagi keluar suara nya. Kami rindu nak dengar papa bercerita, membebel dan etc.. Sunyi rasanya. Hanya gerakan kaki sahaja sign kalau dia menggelisah sakit..
Sampai lah minggu terakhir papa. Cik Anie dah pun cerita sebelum ni..
Segala kenangan bersama papa, kami simpan rapi.
Kami janji akan jaga Mama, mengasihi Mama sebagaimana Papa menjaga dan mengasihi Mama. Kami doa, moga syurga lah tempat Papa.
Al-fatihah untuk papa..
- Cik Anie -
No comments:
Post a Comment