Monday, 30 September 2013

PROMOSI SEPTEMBER 2013



Untuk pertanyaan & pesanan :


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini

Hanni

Tuesday, 17 September 2013

Tips Banyakkan Susu Ibu Secara Semulajadi


Assalamualaikum..

Rasa nak share lak tips banyakkan susu ibu secara semulajadi. Susu ibu kurang or tak ada memang menjadi perkara yang amat lah di risaukan oleh ibu-ibu.. Target nak menyusukan anak sehingga 2 tahun, abih kalau dah kurang tu caner nak buat..? Ok, MD share sikit beberapa tips petua orang-orang tua dan pengalaman MD sendiri..




Bunga Melur dan Daun Pucuk Manis.
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling breast pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan breast sebelum menyusukan bayi.
*x pernah lagi cuba*





Kacang tanah.
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, B-Compleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid amino nya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacng tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
*Makan la kacang Ngan Yin tu sama x? Hihi*




Longan Kering.
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Dan minum airnya.
*Pernah buat. Sedap juga! Hasilnya pun boleh tahan*




Daun sirih.
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada breast. Lakukan setiap hari sehingga susu ibu menjadi banyak.
*x pernah cuba*





Halba dan Jintan Hitam.
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
*MD makan dalam bentuk kapsul yang dipanggil fenugreek. Susu memang banyak tapi x tahan badan jadi berbau*





Susu.
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3-4 hidangan sehari.
*Feberet MD susu ni..*





Lobak Putih.
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam.
*Makan tapi x ada beza apa*

Nasi Panas, halia muda dan air asam.
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
*Err.. Nasi panas, ikan bakar dengan air asam sedap lagi kut..*





Daun Betik Muda.
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
*Yang ni pun x pernah cuba. Sebab MD ni ada fobia sikit nak makan takut pahit*


Tapi yang paling syok dan senang, semudah ABC adalah Set Menyusu Shaklee.. Memang syok gila.




Kenapa MD kata syok? Sebab Set Menyusu ni sangat lengkap dengan Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Menjadikan tubuh badan kita cergas, bertenaga, kulit kita juga cantik. Malah kita juga boleh menurunkan berat badan dengan diet yang sihat. Kita juga dapat membekalkan vitamin untuk anak kita melalui susu Ibu..

Dalam satu set ni mengandungi :


  • Multivitamin
  • B-complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • kalsium
  • ESP 



Jika anda rasa entri ini bermanfaat, silakan klik butang Share supaya lebih ramai yang mendapat manfaat. Ketahui rahsia kurus dengan cepat selepas bersalin!





    Sunday, 15 September 2013

    Merasmikan meja kerja baruuuu...


    Assalamualaikum....

    Poyo je ek? Hahaha.. kisah apa? Saja syok nak update blog dari meja kerja baru.. sambil melayan kakak dara tengok youtube kat netbook kecik sebelah ni... Dua beranak merasmikan meja kerja baru.. Adik Dara lak layan iPad sambil makan roti..


    Syok gila rasa.. lagi syok sebab MD beli dengan duit bonus Shaklee.. Alhamdulillah.. Slowly nak SOHO MD.. nak letak vision board supaya impian MD jelas depan mata, dan nak letak cermin juga supaya boleh ber-RCA setiap hari sambil belek muke jelita hari2..

    Alhamdulillah.. satu kepuasan sebab guna duit sendiri.. Hasil titik peluh sendiri..

    Next target adalah :

    1 - Renovate rumah KTC.
    2 - Setel hutang2 kecik.
    3 - Set bilik tidur baru untuk rumah baru.. kalau CM tau harga kompem pengsan!

    So, kena work hard!

    Apa pulak target korang?
    Hanni

    Wednesday, 28 August 2013

    Yeay!

    Bismillah..

    Saja nak share dengan korang.. Pagi ni MD whatsapp dengan CM, boleh ke nak jadi WAHM kalau bonus Shaklee MD dah mencecah sekian2 & MD masih x dapat transfer Kulim... Syukur, jawapan CM sangat melehakan hati dan menaikkan semangat untuk bekerja keras dalam bisnes Shaklee..

    MD memang bercita2 nak jadi surirumah.. Nak duduk rumah dengan anak2, jaga anak2.. Tapi bukan duduk saja.. Duduk dan bekerja dari rumah.. Jana income dari rumah..

    Memang sayang nak berhenti..(Ececeh..macam kompem je dah ye nak benti..) Bukan senang nak dapat kerja gomen. Ada pencen. Senang itu. Mudah ini.. Tapi hati saya di rumah. Dengan suami. Dengan anak-anak. Tak syok bila ingat-ingat anak2 hanya ada berapa jam je dengan mak.. Selebihnya dengan pengasuh. Hmm...

    Lagi pun, MD berharap MD mempunyai masa yang flexible. Boleh ke mana2 bercuti or berjalan dengan keluarga. Tidak terikat nak kena mintak cuti. Tak serabut nak pk fail berlambak-lambak atas meja. Tak kecut perut ingat boss jegil bijik mata!..Hahaha.. Ampun ye boss!!

    Anyway, korang doakan MD ye.. Doa kan bisnes MD berjalan lancar. Doa kan impian MD menjadi realiti..

    Sayang u oll..

    Hanni

    Saturday, 17 August 2013

    Magic Aura Jutawan Utara


    Assalamualaikum..

    Lama MD x update blog kan? Agak sibuk lately ni.. Banyak beno keje nya.. Maka dengan itu, MD berazam akan update blog hari2. Hehehe.. Doa kan MD ye.. Kalau MD x update blog, sila marah MD ok?

    Alhamdulillah... Semalam MD berkesempatan hadir ke Magic Aura Jutawan Utara. Bertempat di Cinta Sayang Resort, Sg. Petani. Event start pukul 9.30 pagi. Tapi MD terlewat 10 min sebab tunggu CM balik keje dulu..

    Event ni dihadiri oleh barisan Masters dan Leaders yang hebat. Sharing dari Masters & Leaders memang berapi-api.. Kalau MD x terbako tu x tau la nak kata.. Memang buta hati sungguh.. Hahaha...

    MD syok nak join event2 anjuran group bisnes or even anjuran syarikat sendiri - Shaklee. Ada sape2 push ke? Jawapan nya x ada. Tak ada siapa pun yang paksa or bagi arahan. Tapi MD sendiri nak hadir ke event2 macam ni. Nak kenal dengan Jutawan Shaklee. Jutawan muslimah. Yang humble, berpakaian sopan dan simple namun punya aura yang hebat. Aset yang banyak.

    Picture taken from Herny Yusnizar

    Sebelum ni MD hanya jadi silent reader di group, di FB. Rasa macam cukup dah kot, tapi lama-lama MD rasa x puas hati.. Event besar yang pertama MD pegi adalah National Conference yang lalu. Sangat menyuntik semangat. Semangat untuk berjaya.. Semangat untuk naik pentas terima award.. Semangat utk jadi orang yang hebat.. Semangat untuk bantu keluarga dan macam2 semangat lagi..

    MD dah berada dalam group yang betul. Di naungi oleh PM Shareeza dalam group Jutawan. Dan di bawah susur galur nya ada 17 masters yang hebat.. Leaders lak tok sah cakap lah.. berderet2.. Hebat2 belaka..

    Ini susunan MD --> Chrysalis Nurul --> Master Hadhatina --> Master Lyna Noh --> PM Shareeza @ Cery..

    Memang sangat bertuah sebab ke semua upline2 MD x kedekut ilmu. Sangat gigih mengajar dan melayan anak cucu cicit ni berbisnes.. Ajar asas blogging.. ajar FB Ads.. Ajar amalan2 rohani dan sebagainya...

    So kalau korang nak join MD wat biz Shaklee, MD sangat alu2 kan. MD akan asuh dari korang baby, meniarap, merangkak, bangun bertatih kemudian berlari.. =)

    Nota kaki :- Nasywa duduk di pangkuan Master Laila.. =) Semoga anak ibu pun turut menjejak langkah Masters yang lain..
    Hanni

    Wednesday, 14 August 2013

    Hari Menuai!

    Bismillah...

    Alhamdulillah.. Hari ni hari menuai MD. Setelah sebulan berpenat lelah stress n etc, so tiba lah hari Shaklee bayar MD..

    Apa yang best sangat? Sangat best pasal Shaklee bayar elok-elok lepas kita berhari-raya.. Time-time orang dah ala-ala kering kontang ni, MD dapat rezeki.. =D

    Boleh la buat beli pampers, susu anak.. Buat tampung belanja hari-hari sementara nak tunggu gaji ujung bulan lak nanti.. Alhamdulillah..

    Syukur..

    Korang x nak ke macam MD? Meh PM/SMS/Whatsapp 013-5818283..

    MD ajar korang dari bonus korang 2 angka sampai la jadi berangka-angka...
    Hanni

    Saturday, 3 August 2013

    Hari hari hari raya..

    Assalamualaikum..

    Pagi Ahad yang damai..

    Anak-anak & CM masih lagi tidur.. So MD amik kesempatan sekejap untuk update blog, update secret group untuk business Shaklee, update untuk group whatsapp business Shaklee.. Kalau 2 hero kecik tu bangun nanti memang jangan harap la boleh nak buka laptop ni.. godek la henpon tu je..

    Lagi  beberapa hari je nak raya.. So far baju raya MD n anak2 Dara dah setel sebelum puasa lagi.. Tak kuasa nak last minit cari.. Wat kurus pahala puasa je nanti.. Mak2 n bapak2 kat luar sana yang suka shopping last minit ni memang tabik lah! Nak2 shopping lak bawak rakyat jelata, double tabik! Kalau MD memang surrender laa.. Tak sanggup oiii nak redah lautan manusia...

    Tapi dasar manusia kan.. Tamak.. Dok pk lagi tu masih x cukup baju mak ngan anak2.. baju bapak tu x kisah.. beli baju baru pun, CM saya tu tetap gak ulang pakai baju lama.. huh! Dia ni setia pada yang satu.. Bukan cam saya rambang mata, tamak haloba x cukup2..kah kah kah... Sebab tu la saya sayang CM saya ni ketat2 sebab bila soping dengan dia, rambang mata, tamak haloba tu terkawal dengan jawapan pendek tapi menusuk kalbu seperti - "Tak Boleh!" or "Tak Payah!" or sekadar dengan gelengan kepala dengan muka serius.. X berani nak merengek2 nak2 jugak beli.. Satgi kang sendiri yang sentap merajuk sorang2.. Hahaha.. Padan Muka..!

    Banyak ke kuih raya korang tahun ni? MD tahun ni x berasa nak buat kuih raya.. Beli aje lebih senang. Dasar pemalas memang macam tu! Tapi tahun ni x beli banyak. Beli sekadarnya sahaja. Cukup satu dua jenis je. Yang penting semua yang MD beli adalah berunsurkan coklat. MD memang hantu coklat sikit.. Kalau beli yang x peberet sangat tu contoh semperit ke, sape nak perabih kan pulak nanti? Kan dah membazir...

    Kulim ni dah mula terdengar2 bunyi mercun segala..tapi masih terkawal.. Balik kampung CM nanti, haaa... azab la ko nak tidur malam.. Dentam dentum macam kan nak berperang! Situ kampung.. Hujung kampung lak tu.. Mana ada polis nak meronda. Lagi pun sekampung main nya.. Dapat kat umah mak aku kat Ipoh nun, siap la sat lagi polis datang!

    Anyway, kita dah masuk fasa 10 hari terakhir ramadhan.. Dalam dok sibuk suka sangat nak beraya tu, jangan lupa lipat gandakan amalan kita.. Buru malam Lailatul Qadar. Semoga kita menjadi muslim/muslimah yang sejati..


    Hanni