Saturday, 3 August 2013

Hari hari hari raya..

Assalamualaikum..

Pagi Ahad yang damai..

Anak-anak & CM masih lagi tidur.. So MD amik kesempatan sekejap untuk update blog, update secret group untuk business Shaklee, update untuk group whatsapp business Shaklee.. Kalau 2 hero kecik tu bangun nanti memang jangan harap la boleh nak buka laptop ni.. godek la henpon tu je..

Lagi  beberapa hari je nak raya.. So far baju raya MD n anak2 Dara dah setel sebelum puasa lagi.. Tak kuasa nak last minit cari.. Wat kurus pahala puasa je nanti.. Mak2 n bapak2 kat luar sana yang suka shopping last minit ni memang tabik lah! Nak2 shopping lak bawak rakyat jelata, double tabik! Kalau MD memang surrender laa.. Tak sanggup oiii nak redah lautan manusia...

Tapi dasar manusia kan.. Tamak.. Dok pk lagi tu masih x cukup baju mak ngan anak2.. baju bapak tu x kisah.. beli baju baru pun, CM saya tu tetap gak ulang pakai baju lama.. huh! Dia ni setia pada yang satu.. Bukan cam saya rambang mata, tamak haloba x cukup2..kah kah kah... Sebab tu la saya sayang CM saya ni ketat2 sebab bila soping dengan dia, rambang mata, tamak haloba tu terkawal dengan jawapan pendek tapi menusuk kalbu seperti - "Tak Boleh!" or "Tak Payah!" or sekadar dengan gelengan kepala dengan muka serius.. X berani nak merengek2 nak2 jugak beli.. Satgi kang sendiri yang sentap merajuk sorang2.. Hahaha.. Padan Muka..!

Banyak ke kuih raya korang tahun ni? MD tahun ni x berasa nak buat kuih raya.. Beli aje lebih senang. Dasar pemalas memang macam tu! Tapi tahun ni x beli banyak. Beli sekadarnya sahaja. Cukup satu dua jenis je. Yang penting semua yang MD beli adalah berunsurkan coklat. MD memang hantu coklat sikit.. Kalau beli yang x peberet sangat tu contoh semperit ke, sape nak perabih kan pulak nanti? Kan dah membazir...

Kulim ni dah mula terdengar2 bunyi mercun segala..tapi masih terkawal.. Balik kampung CM nanti, haaa... azab la ko nak tidur malam.. Dentam dentum macam kan nak berperang! Situ kampung.. Hujung kampung lak tu.. Mana ada polis nak meronda. Lagi pun sekampung main nya.. Dapat kat umah mak aku kat Ipoh nun, siap la sat lagi polis datang!

Anyway, kita dah masuk fasa 10 hari terakhir ramadhan.. Dalam dok sibuk suka sangat nak beraya tu, jangan lupa lipat gandakan amalan kita.. Buru malam Lailatul Qadar. Semoga kita menjadi muslim/muslimah yang sejati..


Hanni

No comments:

Post a Comment