Saturday, 4 June 2016

Update Terkini

Assalamualaikum..

Pagi ni mood bekerja agak ke laut sikit. Di pejabat pun ramai yang bercuti. Sunyi je pejabat. Sunyi-sunyi ni teringat pulak kat blog yang dah bersawang-sawang nih.. Last update adalah 21 Mac 2016. Dah kenape kamu tak update blog Cik Anie...?

Eh.. By the way, rasa macam nak tukar nama panggilan. Tak mahu dah Mak Dara. Agak tak adil je pada anak teruna. Hahaha.. So, korang pun kena panggil Cik Anie yaa..

Update terkini Cik Anie dan anak-anak..



1 - Kakak Nasywa dah mula boleh mengeja perkataan mudah. Terima kasih pada cikgu di Tadika Al-Raihah yang banyak mengajar. Cik Anie secara jujurnya di rumah tak de pun suruh diorang belajar sangat. Biar kan aje diorang ni nak bermain. Tapi kalau berkecah rumah teruk sangat, Cik Anie acah-acah jugak marah suruh ambil buku.

Kakak dah nampak bertanggungjawab. Boleh dah di suruh tolong lipat baju sendiri atau adik-adik. Tapi kalau panggil masuk dapur tolong buang kepala ikan bilis, lajuuu je lari ke depan. Kalau basuh pinggan, dia mahu lah. Pasal nak main sabun kan.. hihi..

Mulut pun boleh tahan suka menjawab. Menurun sape tak tahu lah. Hahaha..

2 - Kak Ngah Zahra pulak, si manja ibu. Suka menangis. Ringan tulang nak tolong. Menyepah pun kuat. Tapi kalau ajak tolong di dapur, memang dia suka. Tak tahu lagi apa yang dia boleh di sekolah. Sebab kadang bila tanya belajar apa di sekolah, dia meliuk lentuk sengih-sengih je nak jawab..


Orang nya manis. Mudah di atur. Kawan menyepah si kakak. Ibu dah selalu nampak macam naga jadian je..

3 - Akram. Dah nak masuk dua tahun bulan 9 ni. Cakap tak lancar lagi. Setakat 'bu' - ibu, 'nyaw' - miaw, 'ti' - roti, 'sang' - pisang, 'na ai' - nak air. Yang lain tak paham lagi bijik butir apa dia cakap. Tapi dah boleh paham orang cakap.


Manja sangat-sangat. Habit dia adalah pegang tangan ibu. Lebih tepat lagi gelintil cincin ibu. Nak tidur kena tangan ibu. Duduk dalam kereta nak pegang tangan ibu. Nak turun naik tangga mesti pegang tangan, kalau tak mengamuk macam kena pukul berguling-guling.. Bubuh buai, mata pejam, bila slow-slow tarik tangan, eh.. jaga pulak dah budak ni.. Sambunggg buai lagi sejam.. huhu.. Nak makan sendiri.


Bab tantrum pun boleh tahan. Kalau angin dia tak ok, buat la macam mana pun tak jalan. Melalak-lalak. Nasib baik la ayah kamu tak perangai macam ni. Kalau tak, mati la ibuuu...

4 - Cik Anie. Dah nak hampir setahun kerja di PKMD Kulim. Kerja seronok. Bos pun seronok. Gila ko nak cakap tak seronok, kena pancung satgi! Kawan-kawan kerja pun seronok. Bebanan kerja memang extra banyak berbanding semasa di SPS dulu. Tapi Cik Anie enjoy sebab kurang masa nak pk masalah dunia..haha.



Cik Anie still lagi berniaga Emas. Still lagi berniaga Shaklee. So kalau nak beli emas atau produk Shaklee boleh roger Cik Anie ye..

Emm.. Ape lagi update ye?

Esok dah start puasa. Alhamdulillah Cik Mat cuti hari ni. Eh, tahun lepas-lepas rasa macam cuti jugak awal puasa.. Pagi esok nak masak apa agak nya ya untuk sahur..

Hmm..


Anyway, selamat berpuasa semua.. Sambut Ramadhan dengan hati yang bersih. Maafkan salah orang pada kita, dan mintak maaf salah kita pada orang.

MD

Monday, 21 March 2016

Senang Rupanya Buat Roti!

 Assalamualaikum..

Sebenarnya ini event lama. MD hutang dari bulan Januari dulu lagi. Peram dalam draft.. Muehehe.. Sementelah petang ni ada free sikit, MD nak publish pasal kelas meroti yang MD joint ritu. Rupanya senang je buat roti ni..

Cikgu yang ajar tu senior masa MD di Ta'ayah dulu. Kakak sebelah bilik dulu. Haha.. Dia pun mujur sangat ingat MD sebab anak teacher kat sekolah.. Hahaha.. Biasa lah.. Orang low profile memang tak siapa kenal.. Kahh!!

Ok, balik cerita asal.. Sebenarnya MD ni memang suka makan roti. Memang tak jemu kalau hari-hari makan roti je. Lagi-lagi kalau yang lembut gebu-gebas macam gardenia tu.. Tapi hat tu plain.. Ni kalau macam Roti Sosej ke, Beehive ke, sedap gila kan.. Tapi harganya ya Ampunn! Beli 3 ketul dah habis RM10!

So berkebetulan balik Ipoh, mama pulak memang dah booking kelas buat roti dengan Kak Raja ni. So pegi je lah kan dah ada orang payung! Hihi.. MD, Kak Cik dan Zureen (anak buah).


Tengok gambar ni.. Nampak tak tekun dengar cikgu ajar steps buat roti. Yang ujung sekali sebelah MD tu anak buah.


Yang pakai baju putih sebelah cikgu tu Kak Cik. Khusyuk masing-masing dengar.


Lagi gambar cikgu tengah ajar. Hihi.. Anak murid durhaka, selamba je duduk. Kira dia punya lenguh kaki je ek.. Hahaha...








Ni ha MD jamu mata korang dengan roti yang kitorang buat. Jangan pandang pada rupa. Newbie la katakan. Kalau tetiba cantik kemain, kalah cikgu roti.. By the way, ni gambar sebelum masak. Gambar yang dah masak, lupa lak tangkap sebab lapor weih.. Memang ngap terus! Lembuttt sangat rotinya even dah bape jam di bawak balik. 2 yang bawah ni je sempat MD tangkap gambarnya..



Korang nak tau tak.. Selama ni MD membayangkan cara lama untuk buat roti. Ye lah, nak kena uli, nak kena tumbuk-tumbuk bagi keluo angin la apa bagai. Tu tak masuk lagi nak kena putar dengan tangan (kes tak ada mixer heavy duty). Tambah lagi, macam MD ni tak ada oven. Dok tenang oven lama dah, tapi dok fikir panjang nak beli ke tak kan.. 

Tup-tup pegi kelas Kak Raja ni, dia tunjuk buat roti dengan gajet dia.. Waaaa.. Lagi la melopong mulut. Canggih betoi. Memang sesuai dengan orang yang tak berapa rajin nak nguli manual ni kan.. Terus berkobar-kobar la MD nak meroti.. Sebab senang sangat!

* gambar google *

* gambar google *

Haa.. ni lah dia bendalah yang dia guna. Breadmaker Noxxa nama nya. Memang best weh. Memang multi function sangat. Korang nak nguli doh boleh, nak bakor sekut ke kek ke roti ke memang boleh belaka.

MD copy sikit info dari web Amway (yes, ia brand di bawah Amway).

Fungsi Mesin Roti:
  • Pilihan fungsi dulang roti, doh atau mengadun.
  • 12 Program (8 menu roti/1 kek/2 doh/1 mengadun).
  • Penentu masa tunda (13 jam).

Fungsi Oven Elektrik & Pembakar Roti:
  • Menu bakar, panggang, gril.
  • Seting suhu: 40 - 260°C.
  • Memanaskan dahulu sebelum membakar, bakar/panggang, gril, nyahfros, sentiasa panas, membakar 2 - 4 keping dengan pilihan warna kerak.

Mesin roti650W
Oven elektrik1500W
Motor penguli100W
Kapasiti oven17.6L
Kapasiti buku roti2.0lbs
Bentuk buku rotiMendatar
Dimensi19""(L) x 10.7""(W)x 11.5""(H)
Berat24lbs


Memang sangat multi function. Sangat best. MD dok berangan-rangan nak ada satu benda ni. Boleh la buat roti untuk bebudak ni. Tak payah beli lagi. Kan jimat..

By the way, MD ada juga jual ni. Kalau mahu, boleh direct hantar whatsapp ke no +6013-5818283 tau.. Atau pon e-mail ke hanni.kamilla@yahoo.com. Harga retail adalah RM1100.00 sahaja. 


** Kalau MD bukak kutu Breadmaker ni ada yang mahu tak? Boleh kita berjemaah beli bersama. Tapi MD tak mahu ramai-ramai sangat.. Tak larat nak tunggu lambat sangat habis.. Huhu.. Whatsapp MD ya kalau mahu.


MD

Tuesday, 9 February 2016

Jangan Buat Pandai Kalau Korang Ada Kulit Sensitif!

AAssalamualaikum..

Lama MD tak bersiaran.. Idea tu banyak sebenarnya.. Tapi, biasa lah, mak anak tiga.. Baru tulis dua perenggan, dah ada pulak yang bergaduh.. Lari terus idea ni ha.. Ehh.. Salah kan anak pulak ye.. =D

Neway, MD nak kongsi satu cerita kisah benar yang jadi pada MD.. Boleh jadi iktibar pada orang lain sama..

Januari hari tu, MD balik ke Ipoh. MD pun sebenarnya tak ingat cuti ape tah yang sambung berderet tu.. Thaipusam kot ek.. Wutever la.. Ahad 24-Januari-2016 tu balik semula ke Kulim.. 

Sumber Google.

Selaku mak anak ramai ni, biasa lah kena kuis dengan kaki dulu kalau nak jalan dalam rumah ni.. Mainan bersepah-sepah.. Macam mana la ibu tak jadi singa selalu.. Berbuih-buih mulut macam kena sawan tu dok kerah depa kemas lepas main. Sambil berleter sambil terbongkok-bongkok kutip mainan depa ni..

Tiba-tiba tengah dok berdiri-bongkok-berdiri-bongkok, terasa macam urat beralih ke camne tah kat belakang pinggang ni.. Aduiii, dia punya rasa tu macam direnjat dengan letrik baq ang! Sakitnya.. Tak boleh nak bongkok, tak boleh nak buat apa pun. Even nak duduk pun terasa macam nak putus pinggang ni haa... Nak baring pun sakit, nak kalih badan kiri kanak pun macam nak nangis weh! Sakitnya!

So esok, pi jugak kerja macam biasa tapi ambil half day. Whatsapp adik yang selalu mai mengurut di rumah tu, seen but no reply.. Hmm... Terasa agak nak marah juga, dah berapa kali dah begitu. Ok, yang tu cerita lain. So, MD pun tanya la kat group Taska budak-budak ni.. Diorang bagi 2 no. Satu tu makcik cleaner JPJ. Satu lagi tu dok setaman jugak, KTC3. Tapi sebab makcik cleaner ni yang respon dulu, so MD pun booking appoinment dengan dia suruh datang petang tu jugak.

So bila makcik ni sampai, dia tanya kenapa. MD pun cerita serba sedikit kronologi kejadian. Makcik tu relax je cakap, "Peranakan hang rendah ni". "Ya ek? Tapi saya tak rasa sakit perut pun." haha.. dasar suka melawan.. Dah sakit pun, nak lagi menjawab orang tua bercakap.. =.='

Makcik tu relax je urut start kaki dulu tapi memang best oii.. Memang lega dia urut. Sedap. Serius tak tipu. Rasa lega sangat lepas tu. Memang betul di sebabkan peranakan rendah.. Makcik tu urut 1 badan. Memang lena la tido malam tu..

Eh.. MD nak cerita apa ni?

Sumber google. Tak gamak nak tunjuk kesengsaraan MD tu.. Huhu..


Sengsaranya start esok pagi. Start rasa gatal-gatal alergik naik dari kaki, ke peha.. berbijik-bijik rasa nya. MD tak syak apa-apa mulanya. Mungkin kot ada la tu miang mai tah dari mana-mana tu.. Tapi, mai petang dah naik kat badan.. Malam pulak dah start naik kat muka. Dah bengkak-bengkik sana sini. Telinga dah macam telinga gajah!

OMG!

Dah kenapa pulak kan? Lepas tu mula teori macam-macam. Cadar la. Karpet la. Apa la.. Sampai la MD sebut pada CM yang benda ni jadi lepas mengurut tu.. Apa lagi, CM bagi la ceramah pendek tapi menusuk kalbu... Huk huk huk..

Memang sangat menjadi pengajaran pada MD. Tak tersangka akan alergik pada ramuan akar-akar kayu dalam minyak urut tu.. Sebab selama ni MD mengurut ok je. Tak pernah pulak jadi macam ni..

Ni dah dekat sebulan gamaknya. Masih lagi ada saki baki gatal-gatal tu.. Yang paling teruk adalah muka. Nampak macam normal je, tapi bila mai dekat tengok, nampak kulit kering, bengkak, pedih.. Sampai nak bukak mata pun jadi pedih. Macam kulit terik. Sakit sangat. Menyesal tak terkira dah MD ni..

Makan ubat gatal sudah, cucuk pun sudah. Tapi tak lega. Sekarang dok control dengan suplemen je. Ambil double dos semuanya - OmegaGuard, Garlic Complex, Alfalfa, Vitamin C dan Vivix. Semua ni sangat bagus untuk legakan alergi. Macam MD, tak boleh ambil ubat anti-histamin yang doktor kasi. Sebab MD masih menyusukan Akram. Susu jadi drop. So tak berani ambil selalu. Oh ya, Malam buat masker vitamin E. Nampak dah getting better. Cuma bahagian muka yang masih ambil masa untuk pulih. Untuk badan pulak MD sapu HerbalBlend je..

So korang... Kalau korang pun jenis kulit yang sangat sensitif macam MD, jangan la memandai-mandai nak yakin sangat yang korang tu kebal. Tahu?

MD tak salah kan makcik tu pun.. Tu semua jadi sebab kulit MD ni yang sensitif. Korang jangan pulak pegi kecam makcik tu. Makcik tu urut serius sedap. Kalau rasa risau jenis kulit sensitif macam MD ni, boleh mintak dia guna minyak korang sendiri. MD pun akan datang boleh la nak mintak dia datang urut lagi. tapi beringat dah la guna minyak sendiri je.

Bye..

Sunday, 24 January 2016

Cara Keluarkan Habuk Dalam Mata

Assalamualaikum..

Macam mana cuti panjang korang? Ke mana korang berjalan? MD idok la ke mana pun.. Balik Ipoh aje.. Eh.. Dan2 dia tukor cakap Perak pulak ye.. Hihi.. Anyway, MD nak share dengan korang, macam mana cara nak keluarkan habuk dalam mata.


Ekceli, benda ni jadi pada MD sendiri.. Selalunya kalau habuk atau bulu mata masuk ke dalam mata pun, duduknya di kelopak bawah. So boleh keluarkan dengan mudah sebab nampak. Tapi macam mana kalau duduknya di kelopak atas?

Uiii.. seksa weh nak ngeluorkannya. Jenuh gonyoh mata sampai merah-merah pedih pulak tu. Tapi, make sure korang jangan buat macam tu ye sebabnya agak berbahaya. Kalau dok gonyoh tu kuat sangat, habuk tersagat (macam bunyi sagat kelapa lak..haha) di iris ke, boleh luka tau.. Haa.. Peringatan untuk diri sendiri yang sokmo terlupa.

So nak buat macam mana?

Haa.. Sini MD share beberapa tips yang MD buat.. Korang try la, mana tahu berkesan kat korang jugak.

1 - Bukak youtube cari lagu/cerita pendek yang sedih. Menangis teresak-esak. Hahaha.. Macam mana la MD boleh terfikir idea ni. Mengarut sungguh. Habuk tak keluo pun, tapi mata jadi kering lepas tu..

2 - Duduk menghadap cermin dan cahaya dan bukak mata luas. cuba kelebet tengok kat mane ke menempelnya habuk tu. Kalau nampak, boleh ambil tisu basah dan oleskan keluar perlahan-lahan. Kalau tak nampak? Go to the next step pulak ye..

3 - Suruh orang hembus kuat dalam mata.. Tapi MD tak buat hat ni.. Haha.. itu lebih mengerikan apabila memikirkan bersembur pulak air liur orang dalam mata aku.. kah kah kah...

4 - Guna eyemo. Titik dalam mata dan cuba kedip-kedip kan mata.

5 - Yang lebih senang, ambil besen isi air, patu rendam mata dalam tu dan cuba kedip-kedip (buka tutup mata) banyak kali. So far yang ni paling berkesan! Tiba-tiba rasa syok kat mata tak ada dah gangguan apa-apa..

Kata lah tak berkesan juga... Nak buat macam mana lagi ni?

6 - Jangan fikir lama-lama. Pegi jumpa doktor. Bio doktor pulak keluo kan habuk tu.. Korang jangan pandai-pandai. Kang tercedera mata korang, menyesal tak sudah nanti. Bijik mata tu bukan ada jual kat Jusco ke Giant ke Mydin ke..

Ok? Harap bermanfaat lah pada korang ye tips tu.. Kalau korang ada tips lain yang boleh di gunakan, boleh la share sama =)

Untuk mata yang lebih cerah dan sihat serta penglihatan lebih tajam, korang boleh lah cuba Caratomax keluaran Shaklee.



Caratomax ni sangat kaya dengan antioksidan dan sangat bagus, bukan sahaja untuk mata kita tapi untuk keseluruhan tubuh kita.

Cuba tengok 2 testimoni di bawah, Shaklee Effect selepas pengambilan Caratomax untuk kesihatan mata.. Alhamdulillah dan semakin terang penglihatannya.




Mata kita ada 2 ni je. Jaga lah baik-baik. Sebab tak ada gantinya mata kita ni. Tak ada di jual di mana-mana tau.. Jangan tunggu lama-lama untuk dapatkan Caratomax anda. Whatsapp MD di talian 013-5818283.
MD


Monday, 11 January 2016

Maaf, Puan Tidak Mungkin Boleh Mengandung Lagi!

Assalamualaikum..

Pagi ni MD nak kongsikan kegembiraan seorang sahabat yang berusaha untuk mengandung, namun harapannya hancur berkecai apabila doktor pakar mengatakan, "Maaf, Puan tidak mungkin boleh mengandung lagi!"

Kenapa tidak boleh? Teruskan pembacaan sehingga habis ya sebab MD nak kongsikan berita gembira selepas itu.



Kisahnya, sahabat MD ni sedang merancang untuk mengandung lagi. Kebetulan anak sulung dia sama baya dengan anak sulung MD. 5 tahun dah pun. Tapi, MD ni pulak sat-sat ngandung je kerjanya. Kami berkongsi kegembiraan bersama bila tiap kali MD mengandung. Hujung ayat, mesti dia kata, 'Aku ni bila pulak nak mengandung lagi..'..

Boleh kata setiap bulan dia mengharapkan tak datang bulan. Mengharapkan akan mengandung. Tapi hampa..

Bukan dia tak ada usaha untuk jumpa doktor. Tapi jawapan doktor pakar, sperma suami tak boleh hidup sebab kesan nikotin. Oh ya, suaminya seorang perokok. MD pun gigil oii membayangkan yang suami MD pun seorang perokok jugak. Macam tak logik je kan kata doktor tu sebab MD ni pulak berderet-deret anaknya. Tapi, kesan merokok tu tak semuanya sama. Mungkin pada suami MD lain pulak kesannya kan..

MD turut sama rasa kesedihan tu.. Menempuhi tempoh-tempoh kehamilan dan bersalin tu memang kadangkala buat rasa serik nak mengandung lagi. Tapi, kehadiran anak tu adalah pengubat segalanya..

Sampai lah bulan Oktober lalu, masa promosi clearence stok Vitamin E, dia whatsapp MD.


MD quote dari web Info Sihat :
* Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
* Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
* Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
* Kualiti sperma anda akan terganggu.
* Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Kawan MD pun masa tu berkira-kira nak beli atau tak Vitamin E tu sebab kewangan tidak begitu mengizinkan. Tapi dia korbankan jugak untuk beli Vitamin E tu sebab murah kan banding harga biasa. Tambahan dia ahli Shaklee, lagi lah murah harganya.




18 Disember 2015 dia whatsapp MD. Khabarkan berita gembira. Dia sendiri pun tak percaya yang dia mengandung. 

Ke klinik untuk ambil ubat saja sebab batuk dah lama. Tapi, doktor suruh buat urine test pulak. Tengok-tengok naik palang merah 2. Confirm mengandung!!

Hahh.. Syukur pada Allah.. Asbab makan vitamin Shaklee, dengan izin Allah juga, dari tak ada harapan untuk mengandung lagi, sekarang tengah mabuk teruk alahan.. *tears* MD pulak yang lebih menangisnya. hehe.. 

Sedikit info MD nak kongsikan pada semua..

Manfaat Vitamin E untuk kesuburan lelaki dan wanita

Vitamin E biasanya disyorkan untuk lelaki bagi membantu masalah yang melibatkan kesuburan. Kebanyakan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Jadi, dengan mengamalkan Vitamin E, lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka. 
  • Meningkatkan kualiti dan pergerakan sperma. Apabila sperma bergerak lebih bebas dan mudah serta kualiti tinggi, menjadikannya lebih mudah bagi seorang wanita untuk hamil.


  • Mengurangkan kecacatan dalam sperma, yang mana sekaligus mengurangkan risiko kecacatan kelahiran atau keguguran. Lelaki yang mengambil supplemen Vitamin E untuk walaupun hanya untuk beberapa bulan boleh melihat peningkatan sehingga sebanyak 10% dalam masalah kesuburan mereka.

  • Vitamin E juga boleh meningkatkan mukus serviks di kalangan wanita, yang penting untuk membantu sperma untuk terus hidup selama beberapa hari pada satu masa. Dengan kata lain, jika seorang wanita itu mengalami kekeringan vagina, anda sangat di sarankan untuk mengambil vitamin E kerana ia menstabilkan hormon seks/kewanitaan anda. Terutamanya jika anda adalah ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.

  • Bukan setakat sperma sahaja, vitamin E juga membantu untuk mencegah kecacatan telur dan meningkatkan kesihatan telur secara keseluruhan di kalangan wanita. Sekaligus juga mengurangkan peluang kecacatan kelahiran dan keguguran. Beberapa kajian juga telah dilakukan, mendapati bahawa Vitamin E juga boleh memanjangkan fasa kitaran kesuburan wanita.


  • Vitamin E meningkatkan kesuburan sebanyak 20-30%.


Jadi, kalau korang sedang planning untuk mendapatkan baby, MD sangat syorkan supaya kalian suami dan isteri mengamalkan Vitamin E (kedua-dua suami isteri), Zinc Complex (untuk suami) dan GLA Complex (untuk isteri). Ini adalah supaya kalian sama-sama bekerjasama untuk menghasilkan sperma dan telur yang berkualiti dan berkuantiti. 

Kalau berminat untuk dapatkan Set Kesuburan ini, boleh lah hubungi MD terus di talian 013-5818283. Call boleh, SMS boleh, whatsapp pun boleh. =) MD boleh COD sekitar Kulim, Bukit Mertajam dan juga Ipoh.


MD

Tuesday, 5 January 2016

Permulaan Cerita 2016

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? MD harap semua pun sihat Alhamdulillah.. MD doa kan semua diberikan Allah kesihatan yang baik, dan rezeki yang melimpah-ruah..

Orang lain update blog hari-hari.. MD update blog celam-celum.. Huhu.. Sejak-sejak pindah tempat kerja dekat Kulim ni, kerja memang extra banyak. Letih, tapi tak sempat nak rasa bosan sebab kerja banyak.

Di Jawi dulu, kerja banyak juga tapi masih lagi ada masa untuk relax, masak kat pantry, tidur dalam bilik server.. hahah.. Mengkantoi kan diri sendiri.. Hat tak elok tu MD je la. Orang lain semua bagus belaka rajin bekerja.. hihi..

Sempena tahun baru ni, dan berkebetulan balik Ipoh, MD pergi lag ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk daftar perniagaan online ni.

Berniaga lama dah. Tapi baru nak terhegeh-hegeh daftar. Terima kasih kepada semua pelanggan baru dan lama MD sebab percaya pada penjual yang tidak berdaftar dulu ni.. Haha..

Pemilihan nama syarikat

Huhu.. MD mula nya nak letak nama Mak Dara.com Enterprise. Tapi, tuan besar a.k.a CM tak mahu nama MD lagi dah. Getik beno gamaknya dia si bini ngaku mak dara.. Kahhhh... So, pilihan kedua nak letak nama Hanni Hanafi Enterprise. Atuk Hanafi cadangkan letak nama Annasywa Enterprise. Sempena nama anak sulung MD.

MD pun masa atuk Hanafi cadangkan tu, MD spontan kata, nanti cemburu pulak adik-adiknya. CM pun kata begitu. Malam sebelum ke SSM tu MD dah bulat tekad nak letak nama Hanni Hanafi Enterprise. Tapi pagi hari kejadian semasa di kaunter, spontan saja mulut ni sebut Annasywa Enterprise.

Mengambil nama Annasywa.. Maksudnya juga kegembiraan yang amat sangat, maka perniagaan ini MD namakan Annasywa Enterprise. Semoga perniagaan MD ni akan lebih berkembang maju..


Apa yang MD jual?

Hmm.. Bagi yang belum tahu, MD menjual suplemen semulajadi terbaik untuk kesihatan iaitu Shaklee. Shaklee bukan semata-mata hanya vitamin sahaja tapi ada juga produk penjagaan rumah, penjagaan rambut, dan penjagaan muka.. Jemput like page FB Suplemen Mak Dara.com untuk update-update terkini.

Selain tu, MD juga adalah penjual dan pencinta emas tegarrr! Haha.. Sangat suka emas sehingga ambil keputusan untuk berniaga emas. MD ada jual syiling emas, suku dinar, gold bar, dan barangan kemas 916 untuk semua pencinta emas dan penyimpan emas. Tak rugi okay simpan emas ni. Tu lah aset yang boleh mencair bila-bila keadaan terdesak nak guna duit tu. Untuk info-info serta promosi terkini emas, boleh la ke page FB Emas 916 Murah tau.

Apa lagi nak update ye? Azam tahun baru? MD rasa azam 2015 pun belum tercapai.. Haha.. Cuba MD ada beberapa target yang MD mahu capai untuk tahun 2016.

  • MD nak ada simpanan emas sekurang-kurangnya 50g. Macam mustahil je tapi, insyaAllah. Semoga Allah mudah kan..


  • MD nak start saving RM.. Huhu.. MD ni agak boros juga sebenar nya. Pantang ke kedai. Orang yang ajak ke kedai tak membeli, tapi MD pulak yang lebih-lebih sat lagi beli nya..


  • MD nak turun kan kilogram yang diternak dengan jayanya ni. Makan kuat.. Jarum penimbang tu idok pulak turun nya..


3 saja cukup lah.. Yang lain tu, MD cuma mahukan kehidupan yang lebih stabil, tenang dan bahagia dengan suami dan anak-anak.

Cukup dulu lah kot untuk hari ni. 

Esok pulak kita sambung cerita. 

Semua benda nak cerita hari ni, macam kan ada je orang rajin sangat nak baca apa yang MD bebel.. kan?

Bye..

Tuesday, 8 December 2015

Jangan ADD Bos Anda Di FB!

Assalamualaikum..



Haha.. Tajuk memang sengaja sangat kan mintak boss sound kan? Hahaha.. Meh ni MD nak habaq pasai pa jangan add bos di FB.

Pagi ni MD sibuk seperti biasa. hehe.. Kot boss MD baca entry ni, nak habaq la MD busy.. Kah kah kah.. Poyo sangat.

Adalah dokumen yang perlu MD betulkan dan bos minta MD minitkan di kertas minit. 15 minit MD menungkan nak mencari ayat yang sesuai untuk tulis di atas kertas minit tersebut. Mahu tulis ringkas sahaja tapi padat isi nya.

Usai menulis, baca balik, agak-agak puas hati MD pun menonong hantar semula pada bos.

~~~~~~

MD : Bos, ni dokumen tadi saya dah minit. Tapi, saya tak tau betoi ke dak ayat nya.. Cube bos tengok.

Bos : Apa hang ni! Nak tulis ni pun tak tau. Yang hang dok tulis kat pesbuk MD.. MD tu reti pulak! (Baca dengan nada yang tinggi tapi mesra) 

MD : ......... (Deng!!)

~~~~~

Oh Em Gee sangat la bos ni.. Hahaha.. Tergelak-gelak MD sorang-sorang bila teringat..

MD rasa macam nak unfriend bos sekarang jugak tapi kang nampak sangat la kan.. kui kui kui..

Actually, MD tak kisah mahu add bos atau pun tidak di FB mahu pun media social yang lain. MD tak ada apa yang mahu di sembunyikan. Selagi mana MD jaga nama baik sendiri, keluarga dan kerja, should be no problem. Gitu kekdah nya kan..

Hm.. Lepas ni nampak nya MD kena tulis yang sopan-sopan la lepas ni.. hahaha...
MD