Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts

Tuesday, 9 February 2016

Jangan Buat Pandai Kalau Korang Ada Kulit Sensitif!

AAssalamualaikum..

Lama MD tak bersiaran.. Idea tu banyak sebenarnya.. Tapi, biasa lah, mak anak tiga.. Baru tulis dua perenggan, dah ada pulak yang bergaduh.. Lari terus idea ni ha.. Ehh.. Salah kan anak pulak ye.. =D

Neway, MD nak kongsi satu cerita kisah benar yang jadi pada MD.. Boleh jadi iktibar pada orang lain sama..

Januari hari tu, MD balik ke Ipoh. MD pun sebenarnya tak ingat cuti ape tah yang sambung berderet tu.. Thaipusam kot ek.. Wutever la.. Ahad 24-Januari-2016 tu balik semula ke Kulim.. 

Sumber Google.

Selaku mak anak ramai ni, biasa lah kena kuis dengan kaki dulu kalau nak jalan dalam rumah ni.. Mainan bersepah-sepah.. Macam mana la ibu tak jadi singa selalu.. Berbuih-buih mulut macam kena sawan tu dok kerah depa kemas lepas main. Sambil berleter sambil terbongkok-bongkok kutip mainan depa ni..

Tiba-tiba tengah dok berdiri-bongkok-berdiri-bongkok, terasa macam urat beralih ke camne tah kat belakang pinggang ni.. Aduiii, dia punya rasa tu macam direnjat dengan letrik baq ang! Sakitnya.. Tak boleh nak bongkok, tak boleh nak buat apa pun. Even nak duduk pun terasa macam nak putus pinggang ni haa... Nak baring pun sakit, nak kalih badan kiri kanak pun macam nak nangis weh! Sakitnya!

So esok, pi jugak kerja macam biasa tapi ambil half day. Whatsapp adik yang selalu mai mengurut di rumah tu, seen but no reply.. Hmm... Terasa agak nak marah juga, dah berapa kali dah begitu. Ok, yang tu cerita lain. So, MD pun tanya la kat group Taska budak-budak ni.. Diorang bagi 2 no. Satu tu makcik cleaner JPJ. Satu lagi tu dok setaman jugak, KTC3. Tapi sebab makcik cleaner ni yang respon dulu, so MD pun booking appoinment dengan dia suruh datang petang tu jugak.

So bila makcik ni sampai, dia tanya kenapa. MD pun cerita serba sedikit kronologi kejadian. Makcik tu relax je cakap, "Peranakan hang rendah ni". "Ya ek? Tapi saya tak rasa sakit perut pun." haha.. dasar suka melawan.. Dah sakit pun, nak lagi menjawab orang tua bercakap.. =.='

Makcik tu relax je urut start kaki dulu tapi memang best oii.. Memang lega dia urut. Sedap. Serius tak tipu. Rasa lega sangat lepas tu. Memang betul di sebabkan peranakan rendah.. Makcik tu urut 1 badan. Memang lena la tido malam tu..

Eh.. MD nak cerita apa ni?

Sumber google. Tak gamak nak tunjuk kesengsaraan MD tu.. Huhu..


Sengsaranya start esok pagi. Start rasa gatal-gatal alergik naik dari kaki, ke peha.. berbijik-bijik rasa nya. MD tak syak apa-apa mulanya. Mungkin kot ada la tu miang mai tah dari mana-mana tu.. Tapi, mai petang dah naik kat badan.. Malam pulak dah start naik kat muka. Dah bengkak-bengkik sana sini. Telinga dah macam telinga gajah!

OMG!

Dah kenapa pulak kan? Lepas tu mula teori macam-macam. Cadar la. Karpet la. Apa la.. Sampai la MD sebut pada CM yang benda ni jadi lepas mengurut tu.. Apa lagi, CM bagi la ceramah pendek tapi menusuk kalbu... Huk huk huk..

Memang sangat menjadi pengajaran pada MD. Tak tersangka akan alergik pada ramuan akar-akar kayu dalam minyak urut tu.. Sebab selama ni MD mengurut ok je. Tak pernah pulak jadi macam ni..

Ni dah dekat sebulan gamaknya. Masih lagi ada saki baki gatal-gatal tu.. Yang paling teruk adalah muka. Nampak macam normal je, tapi bila mai dekat tengok, nampak kulit kering, bengkak, pedih.. Sampai nak bukak mata pun jadi pedih. Macam kulit terik. Sakit sangat. Menyesal tak terkira dah MD ni..

Makan ubat gatal sudah, cucuk pun sudah. Tapi tak lega. Sekarang dok control dengan suplemen je. Ambil double dos semuanya - OmegaGuard, Garlic Complex, Alfalfa, Vitamin C dan Vivix. Semua ni sangat bagus untuk legakan alergi. Macam MD, tak boleh ambil ubat anti-histamin yang doktor kasi. Sebab MD masih menyusukan Akram. Susu jadi drop. So tak berani ambil selalu. Oh ya, Malam buat masker vitamin E. Nampak dah getting better. Cuma bahagian muka yang masih ambil masa untuk pulih. Untuk badan pulak MD sapu HerbalBlend je..

So korang... Kalau korang pun jenis kulit yang sangat sensitif macam MD, jangan la memandai-mandai nak yakin sangat yang korang tu kebal. Tahu?

MD tak salah kan makcik tu pun.. Tu semua jadi sebab kulit MD ni yang sensitif. Korang jangan pulak pegi kecam makcik tu. Makcik tu urut serius sedap. Kalau rasa risau jenis kulit sensitif macam MD ni, boleh mintak dia guna minyak korang sendiri. MD pun akan datang boleh la nak mintak dia datang urut lagi. tapi beringat dah la guna minyak sendiri je.

Bye..

Wednesday, 21 May 2014

Garlic Complex ~ Si Bawang Putih

Bismillah..

Entry ni lama duduk dalam draft sebab tak berkesempatan nak continue update.. Busy beno la kunun kekdahnya...

Semalam MD sempat berbual dengan mak saudara CM yang kami panggil Mak Yah. Dia call malam sebelumnya tapi malam tu tidur awal.. So esoknya MD return call.. Apa yg menarik MD nak share dengan korang adalah kisah dia dengan Shaklee ~ jatuh cinta dengan Garlic Complex, si Bawang Putih ni..

image google


Kisah nya bermula macam ni.. Mak Yah call tu nak tanya harga Vivix. Sebab kata nya nak try Vivix la pulak lepas ni. Orang tua kan, jemu kot kena telan banyak-banyak.. So dah sembang-sembang pasal Vivix ni, tetiba Mak Yah kata...

MY - Mak Yah dah lama amik Shaklee. Memang dah tau Shaklee ni memang sangat bagus. Berkesan pulak tu.. Bayangkan.. Lama ke tak lama Mak Yah amik, dari abang(anak sulung nya) umur 9 tahun sampai la sekarang umur dia 48 tahun, Mak Yah still amik lagi!

MD - Ha.. Lame nya!


MY - Mmg dah lama. Produk pertama Mak Yah amik adalah Garlic tu. Masa tu Mak Yah ada Gastrik teruk sangat. Jadi Mak Yah amik Garlic.. Alhamdulillah Gastrik Mak Yah dah lega sekarang ni.


Ni kali ke berapa tah Mak Yah memang puji Garlic ni.. Bagus sangat kata nya.. MD pun start preggy ni dah amalkan Garlic.. Untuk antibodi sendiri.. Maklum lah, bila ngandung ni macam-macam kan.. Keputihan la.. Alahan seperti gatal-gatal badan la..  Alhamdulillah...

Meh nak cerita sikit pasal Garlic Complex.

image google


image google

Apa Beza Garlic Shaklee dengan yang lain?

Garlic Shaklee di perbuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan di tanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.

ianya dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang di jual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary & Spearmint). Ianya juga mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar!

Sebotol ada 60 biji. Harganya RM47.50 sahaja.

MD