Thursday, 4 April 2013

Manfaat Utama GLA Complex

GLA Complex

Perbezaan Shaklee:

  •  Kebanyakkan GLA (gamma-linolic acid) di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO).
  • GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.
  • Setiap kapsul mengandunhi 300mg GLA yang mana ianya sumber terbaik Omega-6.
  • Ia di gabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

MANFAAT UTAMA:

  • Borage adalah herga kegemaran Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron- GLA membentuk prostaglaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus- pengambilan jangka masa panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi ton kepada uterus
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA membaiki masalah prostat lelaki dan kerap kencing.
  • Menentang kanser - GLA anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit- mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap.
  • Menghalang komplikasi diabetis - merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalan tambah berat badan
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Memperbaiki tekstur rambut
  • Hiperaktif dan autisma (ADD/ADHD) - dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.
 

PERANAN GLA COMPLEX KEPADA WANITA

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Mengecutkan cyst
 
Untuk Sebarang Pertanyaan & Pesanan :-

Hanni Kamilla Hanafi
♥ Shaklee Independent Distributor [894262]
♥ Contact No | whatsapp : 013-5818283
♥ Facebook : http://www.facebook.com/hanni.kamilla.hanafi
♥ Emel : hanni.kamilla@yahoo.com
Hanni

Wednesday, 3 April 2013

B-Complex Shaklee Yang Istimewa

Istimewanya B Complex Shaklee




Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. kesemua 8 vitamin ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.


Manfaat Utama


** menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
  
** melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
 
** membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang


 

** rambut berubat dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan kulit
 


** baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan faya pemerhatian / fokus


** mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dlm tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut

** meredakan senggugut - baik utk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

** mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah, nafas berbau

** detoksifikasi - meredakan alahan


B for Beauty - sbb itu ramai wanita gemarkannya.. (^____^)

** Credit Info : http://nursalwa.blogspot.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. * These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  
 


Untuk Sebarang Pertanyaan & Pesanan :-

Hanni Kamilla Hanafi
♥ Shaklee Independent Distributor [894262]
♥ Contact No | whatsapp : 013-5818283
♥ Facebook : http://www.facebook.com/hanni.kamilla.hanafi
♥ Emel : hanni.kamilla@yahoo.com
Hanni

Kebaikan Vitamin E


Ihsan Google.


1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

PM saya untuk pertanyaan lanjut...

Hanni Kamilla Hanafi
♥ Shaklee Independent Distributor [894262]
♥ Contact No | whatsapp : 013-5818283
♥ Facebook : http://www.facebook.com/hanni.kamilla.hanafi
♥ Emel : hanni.kamilla@yahoo.com


Hanni

Vitamin Ibu Hamil Agar Kekal Ceria dan Bertenaga

Assalamualaikum..

Mengandung adalah anugerah terindah yang Allah berikan kepada kita. Betul tak? Saat hamil tu, Allah.. hanya Dia yang tahu perasaan nya bila si kecil bergerak, tendangan kecilnya.. Bahagia sungguh. Kalau boleh, dari dalam perut lagi kita nak berikan yang terbaik untuk anak kita. Biar anak dapat sepenuh khasiat, membesar dengan sihat dan sempurna.

Kalau kita nak berikan yang terbaik, kita sendiri kena ambil yang terbaik. Sebab apa yang kita makan, khasiatnya akan pergi juga kepada anak. Jadi apa yang nak di ambil? MD syorkan agar ibu-ibu hamil mengamalkan suplemen Shaklee agar bukan sahaja bayi dalam kandungan mendapat nutrisi, tapi bu juga kekal ceria dan bertenaga.

So apa dalam Set ibu hamil ni? Meh kita tengok satu-satu..


CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

*****************************************

1) ESP –Energizing Soy Protein

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 


Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. 

Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. 

Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

 

2) Vita-Lea/Multivitamin

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. 


Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


3) Vitamin C Sustained Released


Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 


1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


4) B complex


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. 


Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


5) Ostematrix


Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..


Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


6) Omega Guard


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. 


Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan





Tuesday, 2 April 2013

INFO PRODUK : Basic H

Basic H



Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

  • Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan. Ianya dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah. Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah. Ia juga dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
  • Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  1. Dinding
  2. Permukaan dapur, jubin dan lantai
  3. Peralatan
  4. Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  5. Tingkap dan cermin
  6. Perkakas
  7. Benda-benda diperbuat daripada kayu
  8. Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)   

Perbezaan Shaklee

* Selamat
* Tidak bertoksik
* Tanpa gas beracun
* Tanpa bahan kimia berbahaya
* Tanpa bahan pewangi
* Lembut pada tangan
* pH seimbang
* Tanpa klorin
* Berkesan
* Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
* Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
* Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
* Mesra alam
* Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
* Biorosot
* Tanpa fosfat
* Bungkusan yang boleh kitar semula
* Tanpa bahan pewarna
* Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
 

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Untuk lantai, Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Retail Price : RM46.00

Berminat PM saya Hanni Kamilla Hanafi / 013-5818283



Hanni

Monday, 1 April 2013

Tingkatkan Sistem Imun Anda

Tinggalkan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.
Nutriferon

Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan.
Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.
Sumber

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?
NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan :
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Insan disebalik kajian selama 40 tahun, DR. YASUHIKO KOJIMA

*PROMOSI – Nutriferon Shaklee 30 sticks x 1.2g – [Promosi 1 April 2013 - 30 April 2013]

Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:
ID No : 894262

 Shaklee Independent Distributor No 894262
Fb: Hanni Kamilla Hanafi
Fanpage: https://www.facebook.com/My-Bestfriend-Shop
Email: hanni.kamilla@yahoo.com
No. Hp: 013-5818283
Kawasan COD: Kulim - Seberang Perai Selatan - Parit Buntar

Credit Info : http://www.celikvitamin.com
Hanni

Pencuri Motor!

Assalamualaikum..

Ini cerita malam tadi..

Hati saya x tau lah kenapa rasa x sedap start sampai rumah pukul 8 lebih tu.. Tapi hati dok menafikan. Berasa macam x syok je CM nak p ot malam tu.. Nak kata x yah pegi, satgi kang rasa mengada2 sangat kot.. Patu berasa cm nak suruh CM bawak masuk motor.. Tapi x terluah di mulut. CM lak turunkan kami kemudian terus pegi kerja.. Mungkin nak ligan masuk pukul 9..

Dalam pukul 11 lebih, saya x tidur lagi.. Tengah godek2 henpon.. Sambil2 mengulit kakak tidur..Adik dah lama lena.. Tiba-tiba... Terdengar macam bunyi mencurigakan.. Terus bangun, intai dari tingkap..

Nampak 2 orang laki, kurus kering, kulit gelap, sorang berbaju hijau muda, sorang berbaju biru.. Yang baju hijau sebelah dalam (dekat dengan tingkap) tengah dok godek dekat2 handle motor CM. Yang baju biru, dok usha line.. Anjing sebelah? Haram menyalak!!

Saya dah gigil2. Panik. Badan seram sejuk x tau nak buat apa.. Bangun terus berjalan nak tuju ke pintu dan spontan ketuk pintu dengan kuat. Saya dengar depa lari, saya intai ikut tingkap, laju je tuju jalan besar tinggalkan pintu pagar ternganga luas. Saya dengar kereta hon panjang..(kena langgar lagi bagus!) Badan saya menggigil2. Kaki rasa lembik, cepat2 cari tempat berpaut. X tau nak buat apa lepas tu. Blank.. Baru teringat nak call CM dalam kilang panggil dia balik rumah. itu pun boleh blank x ingat save no kilang dengan nama apa.. X ingat no IPD Kulim.. X ingat nak call kawan2 CM yang tinggal berdekatan utk mai mintak tolong.. X ingat pape langsung...

5 minit macam tu, bila hati dah tenang, saya beranikan diri bukak pintu. Kebetulan tuan rumah bujang sebelah datang. Saya tunggu hampir 5 minit sebelum berani kan diri keluar untuk tutup pagar sementara tuan rumah sebelah tu masih ada.. Mata meliar tengok kiri kanan. Saya x tau mana datangnya kekuatan nak keluar, tutup pagar, masuk balik dan tunggu CM balik depan pintu, sedangkan dalam hati tu takut yang amat sangat.. Kalau penyangak tu balik semula macam mana? Anak2 lagi.. Sungguh saya takut.

Kurang dari 10 minit CM balik. Saya x tau berapa laju dia bawak sebab cepat gila dah sampai rumah. Dia balik dan tengok keliling, relax bawak turun besi kunci stereng lock sebagai safety.. Wahh! Time tu rasa cam beraninya laki sapa ni? =p CM kemudian nya check la apa kerosakan kat motornya..

Baru tengah nak umpil mangga ni..

Starter ni dah jahanam d umpil.
Dalam pada tu CM membebel2 kat saya, lain kali jangan dok sergah. Jangan dok wat berani. Awak tu tinggal dengan anak2 je bertiga abang x dak, lenkali dok diam2 dalam umah, tangkap gambaq pencurik tu n bla bla bla.. Rasa cam nak nangis bila kena marah.. Tapi kemudian, luruh jugak air mata bila dia kata x risau motor hilang, jangan jadi pape kat anak2 dan isteri ja... Saat tu rasa cam bertuah nya saya bersuamikan dia.. Kah3.. poyo giler! Adik2, sila jangan contohi poyo kakak dara ya..

Alhamdulillah, saya dan anak2 selamat dan sejahtera.. Yang kakak pun mungkin dah lali jadi x terkesan dengan kekalutan saya.. Kalau x selalunya dia akan menangis bila saya kalut2 walaupun hanya ke dapur untuk tutup air je..

Moral dari kisah saya ni..
  • Penduduk Taman ni memang kena usulkan wat Rukun Tetangga lah. Bahaya sungguh! Mungkin rumah belah bawah x dak kemungkinan pencurik nak wat khianat gini sebab jiran rapat2.. Tapi deret rumah saya; semi-d, menghadap jalan besar dan terlindung oleh pokok2 tepi jalan, jiran kiri bina tembok besar China, jiran kanan lak budak pompuan bujang yang kompius kehidupannya, Maka sangat perlu RT nih..
  • Simpan no fon IPD or Balai Polis yang terdekat dengan rumah.
  • Simpan no2 penting yang senang dihubungi jika berlaku kecemasan. Time ni saya rasa penting nak simpan no fon kawan2 rapat suami saya.
  • Tangkap gambaq pencuri tersebut!

Saya difahamkan oleh suami saya, dia dah buat report polis. Dan polis janji nak mai umah untuk tangkap gambaq n tengok motor nya.. Tapi sehingga entry ini di tulis (5.30pm) usah kan polis, kereta peronda pon x de lalu.. Haish.... Positif.. Positif.. Orang ramai kot... Grrr...

Lepas dari kejadian malam tadi, saya terus cakap pada CM untuk cari rumah sewa lain. X pk nak duduk rumah sendiri lagi sebab jauh saya nak berulang ke tempat kerja. CM pun dah suruh saya apply surat tukar ke Kulim.. Dia pun kesian tengok saya berulang jauh sangat.. Hmm... Akan di usahakan... Harap kejadian ni x berlaku lagi.. Mula2 seluar jeans..ni motor lak... haih....

Hanni