Showing posts with label ProSante. Show all posts
Showing posts with label ProSante. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

Punca Keguguran Rambut Selepas Bersalin

Assalamualaikum..

Selalu orang cakap, bila anak dah start menyembur air liur maka rambut ibu akan mula gugur teruk. Dulu MD percaya jugak lah. Masa tu tak tahu lagi fakta kesihatan ni kan.. Lama jugak lah mencari solusi pada masalah keguguran rambut tu. Orang kata ginseng, beli la tonik ginseng bagai. Tapi, keputusan nya gitu gak la rambut gugur.



Tapi lama kelamaan MD baru sedar, sebenarnya keguguran rambut ni berpunca dari banyak sebab. Dan obviously BUKAN disebabkan oleh anak menyembur! Haha.. Betul bendul jugak MD ni boleh percaya mitos orang tua-tua..

So apa punca nya keguguran rambut ni? Masalah rambut bukan sekadar dialami oleh orang yang tua, tetapi juga turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita berstatus ibu.

Bagi wanita lepas bersalin masalah keguguran rambut kerap dialami. Berikut adalah punca keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:

Perubahan hormon





Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.

Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.

Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Apabila rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

Tekanan




Selepas bersalin, wanita menjadi sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.

Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membuatkan masa ibu agak terbatas untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Dalam tempoh setahun, sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.


Berusia dan memiliki ramai anak




Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah akan menjadi semakin teruk apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai dan tidak mempunyai masa untuk menjaga kebersihan rambut mereka menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Semakin ibu berusia maka terjadi pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.

Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan oleh masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.


Pola pemakanan tidak sihat




Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.

Kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin akan mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.

Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam. Sangat menakutkan ok!!

Berbanding lelaki, jika mereka mengalami masalah rambut dan tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun, keadaan rambut mereka masih tetap sama.

Tetapi wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup.  Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.


Faktor  usia


Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.  Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.


Penyelesaian


Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi.  Hal ini kerana, organ-organ di dalam badan juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia manusia.

Sebab itu, ibu-ibu selepas bersalin disarankan untuk mengambil suplemen sepanjang tempoh berpantang dan menyusukan. Ini adalah kerana nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya.  Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.

[Baca : Rahsia MD berpantang dengan cergas di sini]

Jadi, jangan risau. Jika anda masih belum mendapatkan rawatan, MD ada solusi untuk menyelesaikan masalah keguguran rambut daripada menjadi semakin teruk. Sudah tentu lah dengan produk Shaklee. MD sudah cuba dan ianya sangat berkesan. Keguguran rambut menjadi berkurangan berbanding sebelumnya. Anak-anak rambut baru juga semakin galak tumbuh.



Ini adalah ilustrasi untuk Set Penjagaan Rambut Gugur. Ianya lengkap untuk penjagaan dalaman dan luaran.

Untuk mendapatkan Set Rawatan Rambut Gugur ni, boleh whatsapp MD ya di talian 013.581.82.83. MD boleh COD di kawasan Kulim, Seberang Perai Selatan dan Parit Buntar, insyaAllah.

Segala yang terbaik untuk pelanggan kesayangan MD =)



Promo OmegaGuard bakal tamat tak berapa hari lagi.. Dapatkan OmegaGuard anda hari ini.


MD

Wednesday, 7 November 2012

Penyelesaian kepada keguguran rambut selepas bersalin

Assalamualaikum..

Sebagai ibu yang baru lepas bersalin, bila baby mula menyembur-nyembur air liur, mula lah gugur rambut ibu.. Hihi.. Jangan salah kan baby pulak.. Tu sebenarnya hormon kita tau ibu-ibu.. Ni saya nak cerita pasal penyelesaian kepada rambut gugur selepas bersalin ni.. Sbb saya mengalami benda yang sama.. uhuhu....


Bg orang2 yang baru lepas bersalin cam saya ni, keguguran rambut yang sangat teruk memang sangat tension... tak larat nak sapu umah laa... Sapu kot ni, toleh tengok ada lagi yang baru gugur..atas katil la, toilet la.. Merata2 rambut saya je sampai CM bising..hehehe...

Ada mitos kata keguguran rambut bermula bila anak tu 'menyembur'. Tapi x tau la kan apa lak hubung kait nya rambut gugur dengan anak menyembur air liur.. Cume berkebetulan memang sekarang ni Zahra dok main nyembur air liur..

Ada orang yang rambut panjang terus potong pendek sbb tension tengok rambut bersepah gugur kan.. Macam saya ni sayang gila nak potong pendek..bukan senang nak tunggu panjang kan..

Time Nasywa dulu, ape je orang suggest semua saya try.. Tapi belum try Shaklee lagi time tu.. Tonik ginseng la pe la..bau busuk gila.. Dah la mahal lak tu.. tapi hasil camtu gaknya....

Ok, ni ada fakta tentang keguguran rambut yang saya amik di sini..Jom tengok ape kata dia..

1. Selepas bersalin, kehilangan banyak hormon ekstrogen mengakibatkan ibu-ibu keguguran rambut sehingga purata 500 helai rambut setiap hari berbanding keadaan normal 100 helai setiap hari!!!

2 Namun ibu-ibu jangan panik kerana keguguran rambut yang banyak ini adalah normal!!

3. Keguguran luar biasa ini disebabkan folikel rambut memasuki fasa rehat selepas bersalin.

Cara penyelesaian kepada masalah ni pulak...

1) PENTING: Ibu-ibu perlu mengambil makanan bekhasiat yang kaya dengan protein dan zat besi. Namun bagi ibu-ibu yang masih berpantang atau alergik dengan makanan seperti telur, ikan dan makanan lain jalan penyelesaiannya terbaik tentulah mengambil  vitamin. Jangan lupa vitamin pelengkap dan terbaik tentulah daripada Shaklee.

2) Jangan warnakan rambut atau melakukan aktiviti melurus, mengerinting sepanjang tempoh selepas bersalin dan tunggulah rambut kembali  normal ok!

3) Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

4) Pilih sikat yang lembut dan sesuai dengan struktur rambut anda.


Macam saya, saya pilih utk amalkan pengambilan suplemen ini..


1) Energizing Soy Protein (ESP)
2) Zinc

3) Vita-Lea (Multivitamin)

 4) ProSante (Revitalizing Shampoo)

So far, Alhamdulillah.. rambut yang gugur tu masih ada..tapi berkurangan sikit dari sebelumnya.. Kalau tak tu..... Stress mak..!!

 
Bagi yang berminat dan mahu tahu lebih lanjut tentang produk2 Shaklee yang super best ni, boleh lah menghubungi saya.. Add FB Hanni Kamilla Hanafi / Call or SMS or Whatsapp 013-5818283  / E-mail hanni.kamilla@yahoo.com . Saya berbesar hati sekiranya dapat membantu menyelesaikan masalah kalian..