Selalu orang cakap, bila anak dah start menyembur air liur maka rambut ibu akan mula gugur teruk. Dulu MD percaya jugak lah. Masa tu tak tahu lagi fakta kesihatan ni kan.. Lama jugak lah mencari solusi pada masalah keguguran rambut tu. Orang kata ginseng, beli la tonik ginseng bagai. Tapi, keputusan nya gitu gak la rambut gugur.
Tapi lama kelamaan MD baru sedar, sebenarnya keguguran rambut ni berpunca dari banyak sebab. Dan obviously BUKAN disebabkan oleh anak menyembur! Haha.. Betul bendul jugak MD ni boleh percaya mitos orang tua-tua..
So apa punca nya keguguran rambut ni? Masalah rambut bukan sekadar dialami oleh orang yang tua, tetapi juga turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita berstatus ibu.
Bagi wanita lepas bersalin masalah keguguran rambut kerap dialami. Berikut adalah punca keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:
Perubahan hormon
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.
Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.
Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak. Apabila rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang. Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.
Tekanan
Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membuatkan masa ibu agak terbatas untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.
Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Dalam tempoh setahun, sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness). Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.
Berusia dan memiliki ramai anak
Semakin ibu berusia maka terjadi pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis. Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.
Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan oleh masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.
Pola pemakanan tidak sihat
Kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin akan mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil. Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.
Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki. Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam. Sangat menakutkan ok!!
Berbanding lelaki, jika mereka mengalami masalah rambut dan tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun, keadaan rambut mereka masih tetap sama.
Tetapi wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup. Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.
Faktor usia
Penyelesaian
Sebab itu, ibu-ibu selepas bersalin disarankan untuk mengambil suplemen sepanjang tempoh berpantang dan menyusukan. Ini adalah kerana nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya. Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.
[Baca : Rahsia MD berpantang dengan cergas di sini]
Jadi, jangan risau. Jika anda masih belum mendapatkan rawatan, MD ada solusi untuk menyelesaikan masalah keguguran rambut daripada menjadi semakin teruk. Sudah tentu lah dengan produk Shaklee. MD sudah cuba dan ianya sangat berkesan. Keguguran rambut menjadi berkurangan berbanding sebelumnya. Anak-anak rambut baru juga semakin galak tumbuh.
Ini adalah ilustrasi untuk Set Penjagaan Rambut Gugur. Ianya lengkap untuk penjagaan dalaman dan luaran.
Untuk mendapatkan Set Rawatan Rambut Gugur ni, boleh whatsapp MD ya di talian 013.581.82.83. MD boleh COD di kawasan Kulim, Seberang Perai Selatan dan Parit Buntar, insyaAllah.
Segala yang terbaik untuk pelanggan kesayangan MD =)
Promo OmegaGuard bakal tamat tak berapa hari lagi.. Dapatkan OmegaGuard anda hari ini.
No comments:
Post a Comment