Thursday, 5 February 2015

Perubatan Alternatif Homeopathy - HOMEONE HEALTHCARE CENTER

Assalamualaikum..

Semalam MD ambil cuti.. Dah lama CM ber'zikir' di telinga MD ajak pegi ke Sitiawan untuk jumpa doktor Homeopathy.. Bagus kata nya doktor ni.. MD ni sebab tak tahu apa ke keperluan nya yang nak ke sana tu, di tambah dengan kekangan masa, wat 'nohen' je la orang Perak kata..

Tapi, setelah beberapa kali dia sebut, kali ni dia ajak sungguh-sungguh.. Suruh ambil cuti bagai. Maka nya, semalam MD pun bercuti la..

Awal pagi kami dah kejut semua anak-anak mandi bersiap.. 8.00 pagi semua dah naik kereta.. Keluar dekat Tol Changkat Jering terus ikut jalan lama menuju ke manjung.

MD tidak lah sight seeing pun.. Sibuk megholoh.. haha.. Sian CM ku bawak kereta sorang-sorang.. Tau-tau celik mata dah pun sampai simpang empat nak ke ipoh, lumut, manjung semua tu.. Baru lah segar bijik mata tengok keliling..

Berpandukan direction yang diberikan oleh kawan kerja CM yang biasa ke situ, kami berhasil jumpa tempat yang di tuju.. Tempat rawatan nya adalah di Kampung Sitiawan. Nampak pintu gerbang kampung tu, masuk, patu ada kiri dan kanan.. Ambil kanan. Terus sikit, akan nampak tokong Cina di sebelah kanan. Tempat rawatan adalah di sebelah Tokong Cina tu. Bangunan warna hijau. Terlupa nak tangkap gambo signboard luar nya..

Masa kami sampai jam menunjukkan pukul 10 lebih. Ada lebih kurang 3 orang sebelum kami.

Pertama kali datang, boleh la ke kaunter pendaftaran. Kerani akan beri satu buku putih untuk seisi keluarga.. Tiada bayaran pendaftaran.




Setelah menunggu lebih kurang 30 minit lebih sikit, akhirnya tiba turn kami. Kami 6 beranak (termasuk ibu mertua) masuk ke bilik doktor. Doktor pun tanya sesi soal jawab dengan CM. Ujung-ujung dia kena ceramah dengan doktor balik. Sebab adalah rahsia. Kena tanya dia sendiri kalau nak tahu.. Kui3..




Dah alang mai dari jauh, MD pun buat-buat lah tanya masalah alergi sabun MD ni.. Masalah anak-anak yang batuk selsema tak baik-baik dekat sebulan dah kot.. Pada hal dah tau dah sebab apa yang tak baik-baik tu.. Mak pun ambil kesempatan tanya dia punya masalah saraf tangan nya tu..

Menurut doktor, awal-awal ni kena detox vaksin dan ubat-ubatan yang mempunyai side effect buruk untuk jangka panjang. Si Akram pun dia suruh detox sama vaksin BCG, cucuk sebulan dan dua bulan yang dah di ambil. Untuk 2 minggu ni doktor tak bagi makan suplemen lagi sebab nak bagi detox dulu kata nya..

Lebih kurang sejam, sesi kami tamat.. Baru lah MD teringat nak ambil gambar sikit nak letak dalam entry ni.. haha.. memang tak ada ciri blogger tegar langsung!

Kat situ ada jugak Dressing Room dan Fisioterapi Room.. Refer gambar bawah. Bilik Fisioterapi tu yang bawah nya. Besar juga. Tapi tak masuk la jenguk. Kang ape hal lak orang kata..




Overall, bayaran MD rasa still ok la.. 6 beranak punya ubat dia bagi caj yang dikenakan adalah RM160.00. MD dan mertua 2 botol sorang. Akram dan CM sebotol sorang, Angah dan Kakak kongsi sebotol.




Pagi ni MD google lah tengok tempat ni.. Rupanya ada juga yang pegi ke doktor ni untuk buat Fisioterapi anak-anak yang kurang upaya. Yang eksiden ke apa ke, pun pegi ke dia jugak..

Dengar ceritanya, yang jauh-jauh pun datang kat dia jugak. Must be bagus lah kot kan.. Treatment selalunya awal pagi.. Sebab awal pagi otot-otot kita kan masih lembut.. so tak sakit la kalau nak buat Fisioterapi ke apa pun..

So kalau ada reader yang nak mencari perubatan alternatif, mungkin boleh cuba pegi tempat doktor ni... Tapi kalau nak cari Suplemen Shaklee, boleh cari MD ya.. ihiks..

Ni alamat dia.. Oh ya, kalau nak datang tu sila calkl dulu untuk appointment. Sebab yang datang tu ramai.. Kang kalau main terjah je, tengok ramai, balik gitu je tak de hasil..

HOMEONE HEALTHCARE CENTER (HOMEOPATHY AND PHYSIOTHERAPY)
DR. WAN ZAINAL ABIDIN BIN WAN MUDA,
NO.87, LOT 2105, KG SITIAWAN,
32000 SITIAWAN,
PERAK.

HP: 019-4274332, 019-4713545, 019-3674120

EMAIL : dr.wanzainalabidin@yahoo.com

*By appointment

MD

No comments:

Post a Comment