Monday, 25 May 2015

Tips Nak Hilangkan Mata Panda Para Wanita Malaysia!

Assalamualaikum..

Eye bag atau Panda eye atau mata lebam atau apa sahaja yang sewaktu dengan nya, adalah masalah yang sangat merunsingkan kita, khusus nya orang perempuan lah kan. Cuba check mata masing-masing sekarang.. Ada tak gelung hitam atau macam kulit gelebeh bawah mata? Kalau ada, korang kena baca tips nak hilangkan panda eye yang MD nak kongsikan ni.



MD pun ada juga masalah ni. Lagi-lagi bila kurang tidur, atau terlampau letih.. Hihi.. MD suka nak kaitkan entry MD dengan kehidupan harian. Tak kisah lah ibu surirumah atau pun ibu berkerjaya, punya anak-anak yang berderet ramai, sang suami lagi.. Aduhh.. memang agak memenatkan. Memang tidur pun jadi tak cukup secara automatik.




Eh.. Ada ke yang buat tak kisah ek kalau ada kantung mata ni? Redha je ek tengok bawah mata hitam, mata pun nampak lesu.. Haha.. MD tak boleh bayangkan. Kalau anda adalah seekor PANDA, maka anda memang sangat COMEL. Tak de dakwa dakwi lagi dah. Tapi, anda adalah seorang manusia, jadi kena atasi masalah ni..

OK, jom kita tengok petua dan tips untuk hilangkan panda eye ni..


1. Tidur yang mencukupi dan berkualiti.

Cuba untuk pastikan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. MD memang amalkan pukul 9-10 malam mesti tidur. Kalau lewat, mesti jadi lesu, jadi weng-weng kepala.. huk huk huk...

Kalau rasa ada insomnia, whatsapp MD. MD nak suggest 'ubat tidur semulajadi' kat korang.. Hihi.. Alhamdulillah, tidur agak lewat pun namun bangun masih lagi kekal rasa fresh dan energetic.. Haa.. gitu kite promo.. kih kih kih..


2. Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Kemudian, sapukan ke bahagian bawah mata. Lakukan dua kali sehari.

Boleh buat setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.


3. Uncang teh yang telah digunakan tu, jangan dibuang terus, sebaliknya simpan dalam ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Kemudian, letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit.

Lakukan sebelum dan selepas tidur.


4. Sekali-sekala, bila korang beli kentang tu, ambil lah sebiji, kupas kulitnya. Cuci bersih-bersih dan potongkan nipis-nipis. Then tempek atas mata. Ala-ala uncang teh juga.. Biarkan selama 20 minit.

Lakukan sebelum dan selepas tidur.


5. Ada juga tips yang MD dapat adalah dengan menyapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur. Tapi, MD tak pernah cuba lagi. Boleh lah try lepas ni.


6. Pecahkan sebiji telur, ambil kuning telur. Kemudian letakkan sidikit madu dan perahan lemon. Bancuh kan. Tak yah la bancuh style nak buat kuih pulakkan.. Hihi.. Agak-agak sebati tu, korang sapukan la adunan tu sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata.

Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.


7. Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih.

Amalkan selalu sebelum tidur.


8. Boleh juga gunakan masker timun. Basuh bersih timun tu, potong nipis-nipis. Lepas tu letakkan atas mata korang. Biarkan selama 15 minit sudah. Confirm fresh mata.

Tapi, kalau buat dengan timun cina tak jadi la tau.. haha.. Timun cina dan cucumber adalah benda yang berbeza.


9. Tips ni adalah paling legend dan MD sendiri amalkan. MD hanya amalkan mengambil suplemen yang bersesuaian iaitu B-Complex, Vitamin C, ESP dan Vitamin E. Oh ya, Ostematrix tu jangan di lupakan sebab Ostematrix membantu badan anda rest dan mendapat tidur yang berkualiti.




Kenapa MD just ambil vitamin sahaja? Haa.. MD nak korang tahu, yang kesan hitam di bawah mata menunjukkan badan kita ni kekurangan Vitamin K.  Tubuh kita memerlukan Vitamin A, C, dan K.. Sebab ianya membantu untuk menterbalikkan kesan hitam bawah mata.

B-Complex pula membantu mengurangkan pengekalan air dalam tubuh. Menurut Lisa Drayer (di dalam The Beauty Diet: Looking Great Has Never Been So Delicious) pengekalan air sering menyebabkan mata menjadi bengkak, yang menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata. Vitamin B yang berbeza bekerja bersama-sama, jadi anda perlu memastikan bahawa anda mengambil kelapan-lapan jenis Vitamin B.

Vitamin E juga membantu tubuh untuk menggunakan Vitamin K dengan lebih baik.

Nampak macam banyak? Jangan risau.. Whatsapp MD. Kita boleh adjust yang mana yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan korang semua.. =D

Whatsapp MD 013-5818283. MD boleh COD di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan juga Kulim, Kedah.

MD

No comments:

Post a Comment