Sunday, 7 September 2014

Catatan 39w

Assalamualaikum..

Entry kali ini adalah sekadar catatan sebelum kelahiran adik baby.. Di usia kandungan mencecah 39w, rasa nak menulis sekadar sebagai ingatan di kemudian hari.. entry tiada bergambar.. sebab sekadar catatan sahaja..

Hari Jumaat (5 September 2014), ada appointment dengan doktor di KKIA Gunung Rapat. Sekadar rutin biasa jumpa doktor bagi kes transfer in. Hari tu rasa malas nak pegi tapi demi adik baby, pegi jugak lah.. pada doktor, di maklumkan rasa tak selesa yang teramat sangat dari belakang tulang punggung, bawak ke depan perut, celah kangkang terasa ngilu dan pelipat lutut rasa tegang.. Doktor kata normal. Tapi, beliau nasihatkan supaya ke hospital kalau dapati keadaan makin teruk..

sepanjang petang, sehingga maghrib, rasa macam contraction kuat terasa.. berbelah hati nak ke hospital ke tak nak. Tapi bertekad untuk pegi je dulu cek kan.. kalau belum masa, kita balik lah...

sampai sahaja di LR, di bahagian saringan, misi-misi tak ada yang bermuka manis. Malah tak pandang pun muka pesakit. Sekadar bertanya kenapa dan di suruh duduk dahulu, tunggu 2 jam sebab orang ramai.. alahai... letih sangat kut.. tak pe lah..

bila turn sudah sampai untuk cek CTG, berkali-kali mesin tu berbunyi.. panik lak rasa.. dah kenapa pulak..? Doktor tengok.. jantung baby laju sangat kata nya.. doktor tanya demam ke? MD jawab rasa nya tak. Dah baik kut. Cuma selsema, dan batuk kahak je. Doktor amik termometer untuk cek suhu.. dan maklumkan demam.. 37.9 suhu nya..

lepas CTG, kena review lak dengan 'boss' doktor pulak.. Doktor cek bukaan, masih belum lagi. Tapi dia buat keputusan tahan wad sebab nak monitor demam tu. Takut effect baby kata nya..

pagi sabtu, houseman (betul ke tah ejaan nya) round.. kata nya dah tak demam.. tapi sebab masih tak cukup 24 jam tempoh monitor, kena duduk lagi kat wad.. ahad kalau ok semua nya, baru boleh balik..

haish... 1 hari berlalu yang amat membosankan.. rindu pada kakak Nasywa dan Azzahra.. tak sabar nak tunggu ahad pulak. Nak balik....

Ahad 7-9-2014

seawal 5.30 pagi houseman round dgn doktor. Nampak je muka doktor tu terus teringat dia yang cek bukaan masa bersalin Zahra 2 tahun dulu. MD cakap nak balik je, tapi dia ajak beranak sebab dah bukak 5cm.. hihi..

dia cek gitu gini.. tanya apa report ujian darah? Report ujian air kencing? Report ujian kahak? Semua tak ada. Apa lagi berleter lah dia pot pet pot pet.. dah la simpan patient, ubat pun tak bagi.. test pun tak buat... n bla bla bla.... tapi syukur, dia benar kan balik dan datang if ada tanda bersalin.. alhamdulillah..

pukul 9 pagi ada houseman tanya nak MC tak? Tapi sebab tak memerlukan jadi MD jawab tak nak. Doktor kata boleh balik dah.. so MD call papa untuk ambil.. pukul 10 papa datang, kata nya report test urin tak siap lagi. Dari pukul 5.30 am, pukul 10 tak siap lagi? Adodoi... suruh tunggu lak.. ok, x pe. Tunggu sampai pukul 12.. pun tak siap lagi?! Wahhh.. memang bikin marah ni! Last-last bertekak (read : diplomasi) dengan doktor, dia bagi balik dengan syarat kalau result urin tak cantik, datang semula. So, ok lah kalau macam tu.. janji dapat balik.

sampai rumah, orang pertama yang sambut adalah Zahra.. terus tarik muka 14, ibu panggil nama dia, usap kepala, muka dia, tapi dia buat muka tegang merajuk.. hihi.. terus nak duduk atas riba, nak berdukung je.. maka sesi memujuk pulak..

kakak Nasywa nampak faham ibu pegi mana. Muka dia pun sedih bila nampak ibu. Tapi bila ibu dah peluk, dia ok dah. Kata nya ibu pegi hospital. Dokror nak cek perut. Perut ibu sakit.. hihi..

alhamdulillah.. happy to be home.. dengan anak-anak. Tak ada rasa stress tengok katil sebelah bersilih ganti orang nya, selamat dah masing-masing bersalin.. tak ada rasa stress dengar baby wad sebelah menangis nak susu.. terasa stress sebab dah rindu nak menyusukan adik baby.. bila di rumah, boleh la kita bertenang-tenang sikit sambil tunggu masa..

😊
MD

No comments:

Post a Comment