Thursday, 24 April 2014

Kursus NLP ~ Day 2

Bismillah..

 Kelmarin dah cerita pasal NLP day 1. Input yang di terima tu memang terasa tepu.. Banyak sungguh. So ni kita sambung kursus NLP day 2 pulak.

Untuk hari kedua, banyak mendengar. MD duduk agak ke belakang sikit. Sebab Puan Dyna nak every session tu tukar tempat duduk. Tempat duduk untuk sesi pertama agak ke belakang dan terlindung dengan kepala-kepala orang depan. Jadi bila nak salin nota or nak snap gambo tu macam blur2 je nak cari sudut yang clear. Maklum le row ketiga ke keempat kot. Awak tu bukan lah tinggi beno kan..




Gambar atas ni masa sesi kedua. MD pilih row kedua kiri hujung sekali. Dari angle yang berbeza. Persepsi yang berbeza. Bagus juga. Sebab bila duduk depan kena fokus lebih. Takut nanti kena soal. Nak main handphone pun takut-takut.. hihi.. 


Teman di kala mengantuk.. Alhamdulillah.. segar bugar terus mata!


Peserta yang hadir berkursus.


MD nampak pendek pulak.. sebab teknik fotografi gamaknya..

Alhamdulillah.. banyak yang dipelajari dalam kursus NLP ni. Memang sangat menarik. Rasa dua hari tu tak cukup lah. Terlampau banyak sangat ilmu yang sangat berguna untuk dimanfaatkan.. InsyaAllah ada masa nanti boleh lah pegi lagi...


Hanni


Tuesday, 22 April 2014

Kursus NLP ~ Day 1


Bismillah..



Hari ni MD menghadiri Kursus Neuro-Linguistic Programming atau bahasa singkatnya adalah NLP. Asalnya tujuan datang kursus ni adalah sebab menggantikan orang lain dan tujuan utama laginya adalah untuk mencukupkan 7 hari kursus dalam setahun sebelum due bulan 9 ni (ok, pecah rahsia)..

Mula-mula memang blur. Apa dia NLP ni? Serius tak tau. Tengok lak senarai nama peserta.... alalala... Pegawai je semua.. So mangkit pagi ni agak macam tak berapa nak semangat nak pegi. Tapi pasal tak de sehari pon lagi kursus, gagah kan diri juga bersiap.

Sila abaikan beg oren itu.

Penceramah adalah Puan Dyna Ahmad dari Inspin, Kedah. Orangnya sangat sederhana. Tidak bersiap beria-ria. Air muka nya bersih. Penampilan, pakaian juga sederhana. Butang jubah yg missing, tapi yang buat rasa kagum, beliau yakin dengan diri. Kalau MD, pk puluh kali jugak la kot nak pakai.. Tudung senget benget pon dah bleh wat spoil mood 1 hari.. Tak mau jumpa orang langsung kalau boleh..haha.. MD memang agak low self esteem.. Oh ya, sebelum pape, MD adalah seorang yang suka memerhati. Belajar sesuatu dari orang lain.. (ok, tipu sikit je. sebenarnya duduk depan sekali!!)



Ok, back to topic. NLP ni secara ringkas ikut pemahaman MD yang pertama adalah, bagaimana cara kita nak influence orang lain. Terus teringat - macam syok juga di apply dalam bisnes Shaklee. Haha.. Shaklee dah sebati beb.. Siang malam angau pk pasal Shaklee.

Tapi makin lama makin rasa persepsi pemahaman MD pasal NLP ni berubah. Makna nya bukan semata kita nak influence orang tapi lebih kepada untuk diri sendiri sebelum kita apply kan teknik-teknik yang di ajar tu kepada orang lain. Menurut Puan Dyna, apa yang kita faham tentang NLP adalah betul. Tak ada yang tak betul - selagi ada kena mengena lah. Terus terasa macam ada kaitan, sebenar nya NLP ni benda yang kita buat hari-hari tapi kita tak sedar. Contohnya, MD amik tentang anak-anak. Nasywa orangnya adalah sangat berdikari dan dia kelihatan seperti keras hati. Seperti tiada perasaan. Pendekatan MD pada dia adalah berbeza sama sekali dengan Zahra yang lembut, manja dan suka memerap. Malah boleh di apply dalam hubungan suami isteri juga. Ala-ala ilmu pengasih gitu. Cume tak guna jampi serapah la. Just ayat-ayat dan sedikit body language..

Dulu, masa di UIA, belajar juga sikit-sikit pasal asas Psikologi. Verbal la.. Non-Verbal la.. tah pape lagi tah tak ingat. Bila masuk JKM, sekali lagi kami di ajar tentang body language, eye contact, verbal non-verbal segala tok nek ni.. Sebab, nak bagi kami yang new intake ni belajar cara berhadapan dengan klien jabatan. Maklum lah kan yang mai ke pejabat kebajikan mahu pun yang masuk ke institusi kebajikan adalah MANUSIA. Bukan robot. Manusia tu pulak pelbagai. Unik. Macam-macam. Yang betul susah. Yang pura-pura susah. Yang kekurangan kasih sayang. Yang dah terlebih-lebih kasih sayang hingga di ketepikan.. Macam-macam ada. Jadi sebagai social worker, kami di ajar untuk macam mana nak handle watak-watak sebegini. Macam mana nak tangani masalah-masalah yang di hadapi dan sebagainya. Cuma nya, dalam kursus ni kami di ajar untuk meluaskan lagi pandangan dan pemahaman. Macam dari bahasa mata - kalau bercakap asik2 pandang atas kiri makna apa? Pandang bawah ke kanan makna apa? Best tau.. sangat teruja.



Menurut Puan Dyna, NLP adalah kaedah terbaru yang US gunakan untuk menghasilkan sharp shooter depa dalam waktu yang singkat. Sebelum ni depa amik masa 6 bulan. Tapi la ni 1 bulan dah boleh hasilkan 1 team sharp shooter. Wow! Hebat kan?! Lepas ni nak berkongsi ilmu ini kepada anak cucu bisnes MD. Supaya masing-masing boleh jadi sharp shooter jugak. Tembak-tembak terus mengena sasaran! Fuhh.. terer...terer..
Banyak lagi nak di ceritakan. Ada point-point yang missing. Tapi fail kursus dalam kereta, lupa nak bawak turun dan CM guna kereta. InsyaAllah akan di kemaskini lagi.

Tak sabar tunggu esok pulak. Macam tak best je kursus yang hebat macam ni depa wat dua hari.. harus request lebih lagi!

Hanni

Tuesday, 4 February 2014

Kebaikan dan keistimewaan mengunakan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ni rasa syok pulak nak share tentang kebaikan dan keistimewaan menggunakan Vitamin C Shaklee nih. MD memang sangat suka dengan Vitamin C nih. Sehari tak ambil, rasa pelik pulak!



So, jom tengok.. Apa ke gamaknya kebaikan nya?!

1  - Time Released. Ia nya secara semulajadi tanpa bahan pengawet. So sangat sesuai untuk orang yang ada gastrik.

2  - Bioflavanoid. Bioflavanoid dalam vitamin C membantu Vitamin C jadi lagi aktif. Kalau Vitamin E kena ada selenium, Vitamin C pulak memerlukan Bioflavanoid. Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh di dapati dari buah-buahan asli. Jadi, tak ade dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.

3  - Antibodi. Kalau demam atau selsema, korang dah tak perlu makan ubat doktor. Just patahkan 2 biji Vitamin C dan telan. InsyaAllah, esok dah OK!

4  - Sustained Release. Maksudnya, Vitamin C tu akan dilepaskan secara berperingkat. Vitamin C Shaklee ni 500mg, so setiap 1 jam, 100mg Vitamin C akan dilepaskan untuk kegunaan badan. Pelepasan dalam masa 5 jam tp maintain Vitamin C dalam darah for 12 jam. Walaupun ia larut air tp bukan masuk terus keluar, dia akan bekerja dulu dengan sel badan sebelum dia keluar. Satu fakta tentang vitamin C ialah badan kita tak boleh simpan vitamin C tapi ia digunapakai dulu sebelum di buang, in this case bersamaan kita makan oren selama 5 jam, tapi bukan masa tu je kita ada bekalan vitamin C sebab dia keluar perlahan-lahan

5  - Pernah tak terfikir, kenapa Shaklee cipta Time Release? Sebab, Vitamin C dapat diserap dengan baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos, semakin kurang Vitamin C yang dapat di serap.


Hebat kan?

Untuk PERTANYAANPESANAN & PENJIMATAN BERGANDA :








Hanni Kamilla Hanafi

♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283


♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop / Suplemen Mak Dara.com sila klik LIKE utk info terkini
Hanni

Friday, 31 January 2014

PROMOSI JANUARI 2014


Nak Beli 1?

RM43.00 (S) / RM78 (L)



Nak Beli 6?

PERCUMA 1 botol ALFALFA (S) / (L)

PERCUMA Kos Pengeposan

~ Layak menerima BONUS pada 15 Februari 2014!



Hebat kan?

Untuk PERTANYAANPESANAN & PENJIMATAN BERGANDA :








Hanni Kamilla Hanafi

♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283


♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini


Hanni

Sunday, 19 January 2014

Zinc Complex merawat jerawat?

Assalamualaikum

Bismillah.. Ini adalah entry pertama untuk blog Biz Shaklee Mak Dara.. Bersemangat rasa nak update hari-hari untuk pembaca yang tersayang.. Ecewah....

Hari tu, ada saudara MD tanya.. Kenapa dia makan Vitamin E, kulit dia jadi naik jerawat? Sedangkan kalau sepatutnya Vitamin E tu kan untuk mencantikkan kulit.. So after buat sikit homework, MD dapat jawapan..

IF kulit berminyak, vit E tak sesuai.. Sebab boleh menyebabkan kulit jadi lebih berminyak. Bila berminyak, acne senang nak tumbuh dan cepat merebak.. Sebab tu jerawat lambat nak sembuh. Untuk kulit berminyak, zinc is better. Zinc boleh rawat masalah jerawat.

TAPI, JANGAN SALAH FAHAM TAU. Bukannya vitamin E ni tak elok. Vitamin E punya kelebihannya yang tersendiri dalam merawat masalah kulit. Untuk hilangkan parut, Vitamin E memang superb. Ditambah dengan sifat anti-oksidannya. Untuk mereka yang punya masalah kulit kering, vitamin E boleh membantu untuk melembapkan kulit.

Eh, sebenarnya bukan nak cerita tentang Vitamin E.. MD nak cerita tentang zinc complex.

Benarkah zinc complex dapat merawat masalah jerawat? MD jarang-jarang naik jerawat. Kadang-kala sekali-sekala je mai gatai dia naik.. Tapi, MD perasan, jerawat tak singgah lama.. Paling lama pun 4-5 hari. Selalu nya 1-2 hari dah setel x tinggal kesan.. MD memang amalkan pemakanan zinc. Sehari cuma amik 1-2 tablet zinc ikut keperluan. Alhamdulillah..





Ini lah rupa Zink yang MD dok telan hari-hari. Mula-mula amalkan sebab untuk rambut gugur.. Tapi bonus pulak dapat kulit yang cantik!! Tak besar pun.. Kecik lagi dari duit 5 sen..


Zinc Complex Shaklee adalah dalam bentuk Zinc Gluconate tau. Ada kajian menunjukkan pengambilan 30mg Zinc (Zinc Gluconate atau Zinc Sulfat) dapat merawat jerawat.

(1 tablet zinc complex Shaklee adalah bersamaan 15mg; sebab tu ada kalanya saya ambil 2 tablet sebelum makan --> ni depends pada individu ya..)

Bagaimana pula zinc complex membantu merawat masalah jerawat?

1) Zinc mengawal penghasilan minyak pada kulit

2) Zinc bersifat anti-inflamasi (mempunyai ciri-ciri anti-radang) --> Membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat jerawat

3) Zinc boost immune system --> Membantu tubuh melawan bakteria yang menyebabkan jerawat (Propionibacterium acnes)

4) Zinc is an important co-factor in helping the body to process vitamin A and E; yang mana kedua-duanya juga turut membantu tubuh melawan jerawat

Zinc - Vitamin A - Vitamin E --> Gabungan ketiga-tiga vitamin dan mineral ini membantu tubuh mengawal hormon. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit

5) Zinc juga membantu dalam pertumbuhan tisu supaya kulit sentiasa segar

6) Zinc terlibat dalam sistesis protein dan pembentukan kolagen dalam badan --> Kedua2nya penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan mengawal pengeluaran minyak secara normal






Tuesday, 7 January 2014

Macam Mana Nak Potty Train Anak?

Assalamualaikum...



Pembaca yang budian, sudi lah kiranya berkongsi tips & trick untuk potty train anak..

MD stress yang amat ni.. Hajat hati nak potty train Nasywa. Dah 3 tahun dah pun dia. Tak kan nak pakai pampers lagi kan..

Dah banyak kali berpakat dengan Mak Caq depa ni.. Tapi Nasywa ni tak makan saman. Sampaikan Mak Caq nya surrender nak toilet train budak Nasywa ni.

Hari ni kata Mak Caq nya kencing & berak merata rumah.. Tak larat nak basuh la...

Adoii.... Ada tips x? Share la...
Hanni