Monday, 15 December 2014

Malu dengan kulit muka berjerawat sehingga hilang keyakinan diri

Assalamualaikum..

Hai korang.. Ni entry kedua untuk hari ni.. Maklum lah, kalau bab nak cantik ni MD memang excited terlebih sikit.. Hihi.. So nak share dengan korang pulak rasa excited MD untuk bantu korang atasi rasa malu dengan kulit muka berjerawat sehingga membuatkan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.. Korang pun lepas ni tak perlu lagi untuk pakai make up tebal semata-mata untuk menutup 'kehodohan' itu.

Ramai yang maklum, bulan ni memang Shaklee bagi sale KEBABOM punya 3 promo serentak sampai kan semua jadi tak tentu arah nak beli yang mana. Sebab semua nya bagi hasil SUPERB! MD share kan kebaikan VITAMIN E + VITAMIN C + COLLAGEN POWDER ni dalam membuatkan kulit korang menjadi licin, gebu dan cerah berseri. Tak payah berhabis duit pegi cucuk botox ke ape.. cucuk? auchh!!

Vitamin E dan Ekstrak Biji Anggur






  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi 
  • Kebaikan kesihatan grape seed extract
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan


Vitamin C





  • Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit..Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yangmenghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk. 
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormon antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. 1 tablet SR Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg.


Collagen Powder





  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen yang sangat hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen
  • Ia adalah kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 
  • Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 
  • Ia terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal) 
  • Mampu mengurangkan garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata serta kesan bengkak bawah mata, 
  • Menyihatkan gusi
  • Menyuburkan dan menguatkan rambut dan mengatasi masalah rambut kering, dan bercabang di hujungnya. 
  • Membantu mengatasi masalah liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering 
  • Menganjalkan kulit dan melembabkannya. 
  • Menganjalkan dan menegangkan payudara serta punggung.



                          Maka, MD happy nak share kan video ni dengan korang.. Testimoni bercakap pulak..



                          Teruja kan? So apa lagi, cepat-cepat hubungi MD untuk mendapatkan Set Kecantikan korang sekarang!
                          MD

                          COD AREA PARIT BUNTAR, JAWI, BUKIT TAMBUN, SIMPANG AMPAT, NIBONG TEBAL, BANDAR BHARU (OFFICE HOUR), DAN KULIM.PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN POS LAJU, CITYLINK DAN G-DEX.

                          Apa itu ekzema dan bagaimana cara untuk mencegah dan merawatnya

                          Assalamualaikum..

                          Ramai juga yang tidak tahu ekzema tu apa. Ada orang biasa sebut alahan. MD pun ada ekzema juga.. alahan dengan sabun. Semua jenis sabun yang mempunyai bahan kimia yang banyak memang akan mengeringkan dan menyakitkan tangan MD.. Anak sulung MD pun ada juga ekzema sewaktu bayi, tapi Alhamdulillah setelah amalkan Shaklee, ekzema nya dah tak ada. Jom MD share apa itu ekzema atau alahan ni dan bagaimana cara untuk mencegah dan merawatnya dengan produk Shaklee.

                          Apa itu Ekzema?

                          Credit Google.
                          Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang di alami oleh semua peringkat umur. Terdapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal.




                          Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih. Kalau tersilap gaya, semakin teruk akibatnya.

                          4 Rawatan Ekzema (General)
                          • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
                          • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
                          • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
                          • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.
                          Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.

                          6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk
                          • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
                          • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
                          • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
                          • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
                          • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
                          • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
                          • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.
                          Rawatan Ekzema : Dalaman dan Luaran Menggunakan Shaklee

                          Ekzema boleh dicegah daripada menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik yang menggunakan bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema. InsyaAllah, ianya dapat membantu mengurangkan ekzema yang teruk. Sebagai penghidap ekzema, jarang-jarang ianya dapat di hilangkan namun dapat mengurangkan sakit itu jika betul cara rawatannya.


                          Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP), GLA dan krim Herbal Blend

                          Kebaikan bagi merawat ekzema:

                          Omega Guard : Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang.

                          ESP : Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.

                          GLA : Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan eczema

                          Untuk luaran, krim Herbal Blend Shaklee boleh di gunakan untuk mengurangkan kerengsaan/kekeringan pada kulit. Ianya di buat daripada bahan-bahan semulajadi, tiada bahan kimia mahu pun sintetik. MD tidak mengesyorkan kalian menggunakan krim yang berasaskan steroid kerana ia kelihatan baik cepat tapi akan kembali dengan lebih teruk!

                          HERBAL BLEND : Untuk luaran, krim Herbal Blend Shaklee boleh di gunakan untuk mengurangkan kerengsaan/kekeringan pada kulit. Ianya di buat daripada bahan-bahan semulajadi, tiada bahan kimia mahu pun sintetik. MD tidak mengesyorkan kalian menggunakan krim yang berasaskan steroid kerana ia kelihatan baik cepat tapi akan kembali dengan lebih teruk!


                          Kredit info : sini.
                          MD

                          Nak tahu cara menurunkan berat badan dengan cepat selepas bersalin sehingga membuatkan suami puji tak henti?

                          Assalamualaikum..

                          Whatsapp group MD semalam hebat bercerita tentang diet.. Kebanyakan dalam tu adalah ibu-ibu yang sedang berusaha menurukan berat badan selepas melahirkan anak.. Termasuk la MD ni. Memang lazim orang perempuan ni lepas bersalin, bentuk badan berubah, berat pun naik, so memang kena usaha kuat untuk kembalikan ke berat badan asal.. kang tak pasal-pasal dapat surat macam MAH pulak kan.. haha

                          So MD nak share dengan kalian, tips macam mana nak turunkan berat badan lepas bersalin.. Yang tengah ngandung tu elok beno la baca sama..




                          1. Jangan makan merapu sewaktu mengandung!

                          Haha.. susah tak agak-agak? Sebab bila kita ngandung, memang mulut tu rasa nak menggonyeh je keje nya kan.. Tapi, hati-hati. Kekalkan makan makanan yang berkhasiat supaya % bodyfat tak naik mendadak.

                          Macam MD, kadang-kadang datang gian nak kunyah tu, beli jugak kuaci paket besar. Kunyah la kau macam hamster.. Tapi tak selalu. 

                          Banyakkan makan buah, minum air, biskut kering or apa-apa yang berkhasiat.. Ingat, apa kita makan, baby dapat sama. So elakkan junk food. Kalau kita jaga pemakanan, lemak pun tak de la bersukaria membiak dalam badan.

                          2. Bersenam

                          Jangan ingat bila mengandung tak boleh bersenam tau.. Boleh. Tapi jangan la pulak berzumba. Memang la tak boleh. Satgi tergeliat tergolek dah jadi mudarat pulak. 

                          Bersenam dari awal, tengah, akhir dan selepas bersalin. Setiap fasa tu ada cara senaman yang bersesuaian untuk keadaan kita.. 

                          3. Kekal Aktif dan Positif

                          Biasa lah, bila mengandung ni hormon memang ke laut.. ye dak? Tak de pasal pun boleh jadi pasal. Sangat sensitif dan mudah stress walaupun atas perkara kecik. Tapi jangan di biarkan menguasai diri. kita control emosi kita.

                          Belajar untuk sentiasa berfikiran positif. Rasa hormon tak berapa stabil, tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Ianya membantu pengaliran darah dalam badan dan otak. So badan akan lebih relax.

                          Jangan biasakan duduk terperap lama-lama. Sebab ianya akan menarik caj-caj negatif pada kalian. Kekal aktif bergerak dan bersosial dengan keluarga dan kawan-kawan. Kalau ada hobi yang boleh di buat di waktu terluang, boleh buat supaya kita kekal relax dan happy.

                          4. Rehat Mencukupi

                          Pastikan waktu rehat kalian cukup. Paling kurang 8 jam sehari. Sebab bila kurang rehat, kalian akan cenderung untuk lebih tidur, lebih makan, lebih stress, dan semua nya pun lebih.

                          So, make sure tidur cukup. 

                          5. Jaga Pemakanan

                          Waktu berpantang, jaga pemakanan. Jangan belasah makan tak ingat-ingat. Sebab dalam waktu berpantang, kalian banyak berehat, kurang beraktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. So kalian cenderung untuk menternak lemak di waktu ini.

                          Makan makanan berkhasiat dan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Jangan tak makan pulak. Karang mana pulak susu tak ada nak bagi kat si comel tu..Banyak kan minum air masak. Boleh buat senaman ringan yang bersesuaian dengan orang pantang.

                          Kalian boleh juga ambil jamu atau suplemen untuk membantu tubuh kalian kembali segar bertenaga dan menurunkan berat badan. Macam MD, memang ambil Set Bersalin Shaklee. Badan cepat sihat, luka cepat sembuh, kembali bertenaga dan berseri dengan cepat. Susu badan pun meriah. Berat pun turun dengan banyak.



                          Ingat, jangan malas untuk bersenam dan menjaga makan. Itu keyword Diet yang paling berkesan. Suplemen cuma membantu anda sahaja, selebihnya anda kena usaha juga. 






                          Sebelum undur diri, MD belanja satu video.. kakak ni emo kata nya.. Pasal apa? Kena tengok sampai habis..
                          MD

                          Tuesday, 9 December 2014

                          Kursus Buat Nasi Arab

                          Assalamualaikum..

                          Ni cerita semalam.. Asalnya sebab tak cukup kursus lagi sehari. Biasa la gomen kan kena cukup kursus 7 hari. So adjust mintak kursus sehari je lagi dalam Pulau Pinang ni. Tengok-tengok unit latihan bagi kursus memasak Nasi Arab! Amboii.. mentang2 la MD tak reti masak..isk..

                          Actually program ni adalah program unit CSO (community service order) dengan kerjasama Kolej Komuniti Kepala Batas. Ada 2 program kursus pendek dia buat.. Automotif dan Masakan. MD pilih masakan walau pun tak berapa rajin nak masak..

                          Layan gambar sekitar program..














                          Nak resepi? Boleh.. Nanti MD share.. 

                          MD

                          Thursday, 4 December 2014

                          Medela Freestyle Mencari Tuan Baru

                          Assalamualaikum..

                          Ewah.. sejak berfreestyle ni kemain lagi MD.. Sikit-sikit freestyle aje yang dia cerita.. haha.. Nak buat macam mana, dah jatuh cinta.. Ni MD nak membantu cik Medela Freestyle ni mencari tuan baru dia..


                          Harganya RM1090.00 termasuk pos.

                          Ini sedikit info tentang Cik Medela ni..

                          ~ Owner asal beli basic set sahaja dulu. Yang lain-lain dia beli asing.
                          ~ Motor guna 4 bulan sahaja.
                          ~ Calma teat NEW
                          ~ Botol-botol susu NEW
                          ~ Freebies NEW
                          ~ FS connection kit NEW
                          ~ Corong NEW

                          Ada yang sudi ambil dia? Bagitahu MD ya..
                          Hanni

                          Tuesday, 2 December 2014

                          Nak Cantik Berseri Ala-ala MD?

                          Assalamualaikum..

                          Hai uols.. MD nak buat entry baru ala-ala Wordless Wednesday versi sukahati MD! =D Kita nak share testimoni macam mana nak cantik berseri ala-ala MD.. Kah3.. Tak boleh blah tajuk ko MD oii..


                          5 hari je ceritanya...

                          Hilang kesan terkena minyak panas.... Cepat kan?? Sebelah pipi dot dot parut hitam..Hanya dengan 2 vitamin Cantik ini... Vita C & Vita E.

                          Telan 2 biji Vita c, 1 biji Vita e dan sebiji lg Vita e kita sapu kat parut.. Nampak x kesan.. Kering, tidak berair... Sekarang tinggal sedikit kesan puteh saje... Dah hampir setahun saya amalkan 2 vitamin Cantik ini... Jerawat pun cepat kecut dan tidak tinggalkan parut...

                          ~Bae~


                          Alhamdulillah ..hari ni berpeluang nak share pasal vitamin c dan vitamin e Shaklee...
                          Masa mula2 dila amik shaklee end of 2012 langsung x rasa apa2 kesan pun..Adat lah pompuan ni nak cantik cepat sangat kan..
                          Then,bila dah lepas beberapa bulan ramai yang mula tegur ....Muka dan lain sangat,kesan parut dan makin pudar,tona kulit pun dah makin sekata..
                          Masa tu memang syok x habis dah ....x percaya pun ada bila kwn2 tegur.Tapi yang pastinya Dila memang x menyesal langsung amik vitamin c dengan vitamin e Shaklee ni...
                          Dah la 100% semulajadi...Kesan pun diluar jangkaan....
                          La ni memang kena pastikan vitamin cantik tu sentiasa ada kat rumah....Kalau takde...errmmm x lengkap hidup ni...

                          ~Dila~

                          Akak makan Vit C + ESP + Collagen Powder Shaklee

                          ~Puan Naz~

                          Haa.. Syok kan..? Nampak tak diorang cantik macam MD? Sebab apa? Sebab diorang pun amik apa yang MD amik.. Terutamanya Vitamin C dan Vitamin E. Hihi..

                          Bulan ni harga Vitamin C dan Vitamin E ada sikit murah lah.. 
                               * Harga biasa Vitamin C SR - RM92.50
                                  ** Harga bulan ni --> RMxx.xx with postage

                              * Harga biasa Vitamin E Complex - RM149.00
                                  ** Harga bulan ni --> RMxxx.xx with postage

                          Teruja nak cantik macam MD dan diorang ni? Boleh lah dapatkan Set Kecantikan Kulit dari MD. Atau boleh ORDER SECARA ONLINE DI SINI ya..



                          COD AREA PARIT BUNTAR, JAWI, BUKIT TAMBUN, SIMPANG AMPAT, NIBONG TEBAL, BANDAR BHARU (OFFICE HOUR), DAN KULIM.PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN POS LAJU, CITYLINK DAN G-DEX.



                          Monday, 1 December 2014

                          Hari Pertama Bekerja Setelah Bercuti 3 Bulan

                          Assalamualaikum..

                          Skema gitu tajuk entry hari ni.. ngahaha.. saja la nak cerita kat hgpa semua.. Hari ni hari pertama bekerja setelah 3 bulan MD cuti bersalin. Hari pertama meninggalkan anak-anak setelah 3 bulan bergomoi bersama..

                          Malam tadi tak boleh tidur.. Hati tak keruan. Apatah lagi siangnya baru berjumpa dengan bakal pengasuh baru anak2. Muda lagi orangnya. Dari pandangan pertama, MD rasa dia boleh jaga anak2 MD dengan baik. Tapi biasa lah hati ibu kan, sedih nak berpisah pun sama, libang libu lah jadi nya. Hampir pukul 3 pagi baru terlena peluk Aus Akram.

                          Pagi ni bangun bersiap, kejut anak2 kemain awal. Ye la.. nak tempuh perjalanan jauh, hampir sejam lebih kurang, rasa kesian tapi terpaksa.

                          MD tidak lah begitu rushing, sebab memang berniat nak masuk lewat sikit, nak briefing pengasuh baru tu tentang pengurusan susu Ibu, dan keperluan anak2. Mula2 nampak OK. Nasywa masuk rumah terus tanya mana abang yang dia jumpa semalam (anak menakan pengasuh tu). Kebetulan abang x ada, tapi ada kakak (anak menakan pengasuh jugak) yg lebih kurang sebaya dia. So dah mula nampak boleh berkawan. Kakak tu ajak tengok tv sama2.. Hati MD dah rasa lega sikit. Aus Akram tu no problem. Ok je dengan siapa pun setakat sekarang ni. Cuma risau dengan Zahra. Mood dia belum ok lagi baru bangun tidur. Dok menempek kat ibu.

                          Bila dipujuk2, dia mula menangis. Nasywa tengok Zahra nangis, dia pun mula nangis sama.. Aduhai.. pujuk2 juga, pengasuh dan kakak ipar nya suruh pegi, tinggal kan saja. Nanti diam lah tu diorang kata nya.. Dalam tak keruan hati, rasa nak dukung semua masuk kereta balik rumah semula x nak pegi kerja.. Tapi tinggalkan jugak la.. Buat keras sedangkan dalam hati ni dah banjir gamak nya.

                          Sampai pejabat, tengah morning prayer. Taklimat sikit dari bos dan pegawai2, so agenda hari ini adalah 5S. Nak masuk bertanding untuk 5S kata nya.. sedang elok lah. MD punya meja tu dah tak tau rupa apa dah. Dah x leh nak beza mana fail tutup, mana fail baru, mana fail problem.. isk3.. tu cara cuti 3 bulan. Kalau sambung cuti menyusu setahun dua ke, harus x nampak rupa dah meja MD tu..

                          Mata dok kerling jam.. bila le nak pukul 5.30 ni.. janji nak amik awal sikit tapi dengan opis tengah berhabuk, bau thinner apa bagai, x jadi lah.. whatsapp pengasuh pun dia kata budak2 baik2 je main, tengok tv, makan, tido nya.. Alhamdulillah.

                          Tepat 5.30, keluar opis amik budak2, masing2 tidur lena.. hujan sama kot.. so far nampak ok. Nasywa sambung tidur dalam kereta. Zahra teman ibu bawak kereta..

                          Hm... bila pulak nak dapat rezeki pindah pejabat Kulim pulak. Kesian anak2 kena tempuh perjalanan jauh..

                          Oh ya.. lupa lak nak cerita.. ada orang sms MD pagi tadi.. kata nya suka baca blog MD. Hihi.. terima kasih la dear, ada jugak orang sudi baca MD merepek dalam ni.. tak de la MD rasa syok sendiri. Baru berjinak-jinak nak jadi blogger tegar.. tapi asik ke laut je azam nak update blog hari2.. apekah?! 😅😅

                          Sebelum MD tidur, nak belanja gambar selfie sekeping.

                          MD lately ni berkenan nk pakai shawl.. Beli instant Shawl dari Marina Muhammad. Best sebab sarung je, adjust sikit dah siap. Yang penting labuh. So poyo2 la selfie pepagi hari dekat balkoni.. tak semenggah sungguh tempat.. haha..

                          ok lah, jangan mimpi ngeri pulak tengok pic selfie MD. Hehe..

                          Hanni