Monday, 1 December 2014

Hari Pertama Bekerja Setelah Bercuti 3 Bulan

Assalamualaikum..

Skema gitu tajuk entry hari ni.. ngahaha.. saja la nak cerita kat hgpa semua.. Hari ni hari pertama bekerja setelah 3 bulan MD cuti bersalin. Hari pertama meninggalkan anak-anak setelah 3 bulan bergomoi bersama..

Malam tadi tak boleh tidur.. Hati tak keruan. Apatah lagi siangnya baru berjumpa dengan bakal pengasuh baru anak2. Muda lagi orangnya. Dari pandangan pertama, MD rasa dia boleh jaga anak2 MD dengan baik. Tapi biasa lah hati ibu kan, sedih nak berpisah pun sama, libang libu lah jadi nya. Hampir pukul 3 pagi baru terlena peluk Aus Akram.

Pagi ni bangun bersiap, kejut anak2 kemain awal. Ye la.. nak tempuh perjalanan jauh, hampir sejam lebih kurang, rasa kesian tapi terpaksa.

MD tidak lah begitu rushing, sebab memang berniat nak masuk lewat sikit, nak briefing pengasuh baru tu tentang pengurusan susu Ibu, dan keperluan anak2. Mula2 nampak OK. Nasywa masuk rumah terus tanya mana abang yang dia jumpa semalam (anak menakan pengasuh tu). Kebetulan abang x ada, tapi ada kakak (anak menakan pengasuh jugak) yg lebih kurang sebaya dia. So dah mula nampak boleh berkawan. Kakak tu ajak tengok tv sama2.. Hati MD dah rasa lega sikit. Aus Akram tu no problem. Ok je dengan siapa pun setakat sekarang ni. Cuma risau dengan Zahra. Mood dia belum ok lagi baru bangun tidur. Dok menempek kat ibu.

Bila dipujuk2, dia mula menangis. Nasywa tengok Zahra nangis, dia pun mula nangis sama.. Aduhai.. pujuk2 juga, pengasuh dan kakak ipar nya suruh pegi, tinggal kan saja. Nanti diam lah tu diorang kata nya.. Dalam tak keruan hati, rasa nak dukung semua masuk kereta balik rumah semula x nak pegi kerja.. Tapi tinggalkan jugak la.. Buat keras sedangkan dalam hati ni dah banjir gamak nya.

Sampai pejabat, tengah morning prayer. Taklimat sikit dari bos dan pegawai2, so agenda hari ini adalah 5S. Nak masuk bertanding untuk 5S kata nya.. sedang elok lah. MD punya meja tu dah tak tau rupa apa dah. Dah x leh nak beza mana fail tutup, mana fail baru, mana fail problem.. isk3.. tu cara cuti 3 bulan. Kalau sambung cuti menyusu setahun dua ke, harus x nampak rupa dah meja MD tu..

Mata dok kerling jam.. bila le nak pukul 5.30 ni.. janji nak amik awal sikit tapi dengan opis tengah berhabuk, bau thinner apa bagai, x jadi lah.. whatsapp pengasuh pun dia kata budak2 baik2 je main, tengok tv, makan, tido nya.. Alhamdulillah.

Tepat 5.30, keluar opis amik budak2, masing2 tidur lena.. hujan sama kot.. so far nampak ok. Nasywa sambung tidur dalam kereta. Zahra teman ibu bawak kereta..

Hm... bila pulak nak dapat rezeki pindah pejabat Kulim pulak. Kesian anak2 kena tempuh perjalanan jauh..

Oh ya.. lupa lak nak cerita.. ada orang sms MD pagi tadi.. kata nya suka baca blog MD. Hihi.. terima kasih la dear, ada jugak orang sudi baca MD merepek dalam ni.. tak de la MD rasa syok sendiri. Baru berjinak-jinak nak jadi blogger tegar.. tapi asik ke laut je azam nak update blog hari2.. apekah?! 😅😅

Sebelum MD tidur, nak belanja gambar selfie sekeping.

MD lately ni berkenan nk pakai shawl.. Beli instant Shawl dari Marina Muhammad. Best sebab sarung je, adjust sikit dah siap. Yang penting labuh. So poyo2 la selfie pepagi hari dekat balkoni.. tak semenggah sungguh tempat.. haha..

ok lah, jangan mimpi ngeri pulak tengok pic selfie MD. Hehe..

Hanni

No comments:

Post a Comment