Monday, 15 December 2014

Nak tahu cara menurunkan berat badan dengan cepat selepas bersalin sehingga membuatkan suami puji tak henti?

Assalamualaikum..

Whatsapp group MD semalam hebat bercerita tentang diet.. Kebanyakan dalam tu adalah ibu-ibu yang sedang berusaha menurukan berat badan selepas melahirkan anak.. Termasuk la MD ni. Memang lazim orang perempuan ni lepas bersalin, bentuk badan berubah, berat pun naik, so memang kena usaha kuat untuk kembalikan ke berat badan asal.. kang tak pasal-pasal dapat surat macam MAH pulak kan.. haha

So MD nak share dengan kalian, tips macam mana nak turunkan berat badan lepas bersalin.. Yang tengah ngandung tu elok beno la baca sama..




1. Jangan makan merapu sewaktu mengandung!

Haha.. susah tak agak-agak? Sebab bila kita ngandung, memang mulut tu rasa nak menggonyeh je keje nya kan.. Tapi, hati-hati. Kekalkan makan makanan yang berkhasiat supaya % bodyfat tak naik mendadak.

Macam MD, kadang-kadang datang gian nak kunyah tu, beli jugak kuaci paket besar. Kunyah la kau macam hamster.. Tapi tak selalu. 

Banyakkan makan buah, minum air, biskut kering or apa-apa yang berkhasiat.. Ingat, apa kita makan, baby dapat sama. So elakkan junk food. Kalau kita jaga pemakanan, lemak pun tak de la bersukaria membiak dalam badan.

2. Bersenam

Jangan ingat bila mengandung tak boleh bersenam tau.. Boleh. Tapi jangan la pulak berzumba. Memang la tak boleh. Satgi tergeliat tergolek dah jadi mudarat pulak. 

Bersenam dari awal, tengah, akhir dan selepas bersalin. Setiap fasa tu ada cara senaman yang bersesuaian untuk keadaan kita.. 

3. Kekal Aktif dan Positif

Biasa lah, bila mengandung ni hormon memang ke laut.. ye dak? Tak de pasal pun boleh jadi pasal. Sangat sensitif dan mudah stress walaupun atas perkara kecik. Tapi jangan di biarkan menguasai diri. kita control emosi kita.

Belajar untuk sentiasa berfikiran positif. Rasa hormon tak berapa stabil, tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Ianya membantu pengaliran darah dalam badan dan otak. So badan akan lebih relax.

Jangan biasakan duduk terperap lama-lama. Sebab ianya akan menarik caj-caj negatif pada kalian. Kekal aktif bergerak dan bersosial dengan keluarga dan kawan-kawan. Kalau ada hobi yang boleh di buat di waktu terluang, boleh buat supaya kita kekal relax dan happy.

4. Rehat Mencukupi

Pastikan waktu rehat kalian cukup. Paling kurang 8 jam sehari. Sebab bila kurang rehat, kalian akan cenderung untuk lebih tidur, lebih makan, lebih stress, dan semua nya pun lebih.

So, make sure tidur cukup. 

5. Jaga Pemakanan

Waktu berpantang, jaga pemakanan. Jangan belasah makan tak ingat-ingat. Sebab dalam waktu berpantang, kalian banyak berehat, kurang beraktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. So kalian cenderung untuk menternak lemak di waktu ini.

Makan makanan berkhasiat dan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Jangan tak makan pulak. Karang mana pulak susu tak ada nak bagi kat si comel tu..Banyak kan minum air masak. Boleh buat senaman ringan yang bersesuaian dengan orang pantang.

Kalian boleh juga ambil jamu atau suplemen untuk membantu tubuh kalian kembali segar bertenaga dan menurunkan berat badan. Macam MD, memang ambil Set Bersalin Shaklee. Badan cepat sihat, luka cepat sembuh, kembali bertenaga dan berseri dengan cepat. Susu badan pun meriah. Berat pun turun dengan banyak.



Ingat, jangan malas untuk bersenam dan menjaga makan. Itu keyword Diet yang paling berkesan. Suplemen cuma membantu anda sahaja, selebihnya anda kena usaha juga. 






Sebelum undur diri, MD belanja satu video.. kakak ni emo kata nya.. Pasal apa? Kena tengok sampai habis..
MD

No comments:

Post a Comment