Monday, 15 December 2014

Apa itu ekzema dan bagaimana cara untuk mencegah dan merawatnya

Assalamualaikum..

Ramai juga yang tidak tahu ekzema tu apa. Ada orang biasa sebut alahan. MD pun ada ekzema juga.. alahan dengan sabun. Semua jenis sabun yang mempunyai bahan kimia yang banyak memang akan mengeringkan dan menyakitkan tangan MD.. Anak sulung MD pun ada juga ekzema sewaktu bayi, tapi Alhamdulillah setelah amalkan Shaklee, ekzema nya dah tak ada. Jom MD share apa itu ekzema atau alahan ni dan bagaimana cara untuk mencegah dan merawatnya dengan produk Shaklee.

Apa itu Ekzema?

Credit Google.
Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang di alami oleh semua peringkat umur. Terdapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal.




Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih. Kalau tersilap gaya, semakin teruk akibatnya.

4 Rawatan Ekzema (General)
  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.
Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.

6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk
  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.
Rawatan Ekzema : Dalaman dan Luaran Menggunakan Shaklee

Ekzema boleh dicegah daripada menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik yang menggunakan bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema. InsyaAllah, ianya dapat membantu mengurangkan ekzema yang teruk. Sebagai penghidap ekzema, jarang-jarang ianya dapat di hilangkan namun dapat mengurangkan sakit itu jika betul cara rawatannya.


Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP), GLA dan krim Herbal Blend

Kebaikan bagi merawat ekzema:

Omega Guard : Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang.

ESP : Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.

GLA : Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan eczema

Untuk luaran, krim Herbal Blend Shaklee boleh di gunakan untuk mengurangkan kerengsaan/kekeringan pada kulit. Ianya di buat daripada bahan-bahan semulajadi, tiada bahan kimia mahu pun sintetik. MD tidak mengesyorkan kalian menggunakan krim yang berasaskan steroid kerana ia kelihatan baik cepat tapi akan kembali dengan lebih teruk!

HERBAL BLEND : Untuk luaran, krim Herbal Blend Shaklee boleh di gunakan untuk mengurangkan kerengsaan/kekeringan pada kulit. Ianya di buat daripada bahan-bahan semulajadi, tiada bahan kimia mahu pun sintetik. MD tidak mengesyorkan kalian menggunakan krim yang berasaskan steroid kerana ia kelihatan baik cepat tapi akan kembali dengan lebih teruk!


Kredit info : sini.
MD

No comments:

Post a Comment