Thursday, 22 May 2014

Pengedar Sah Shaklee Keratong, Pahang

Assalamualaikum..

Bagi kalian yang tinggal di daerah sekitar Felda Keratong, Bandar Tun Razak, Muadzam Shah dan Skudai, Johor boleh lah mendapatkan produk Shaklee anda daripada wakil Pengedar Sah Shaklee Di bawah jaringan My Diamond iaitu Puan Siti Nur Rohazrien.




Beliau sangat arif dengan Set Resdung, Set Anak Pintar, Set Diet, Set Mengandung dan Berpantang serta Set Kecantikan.

Beliau boleh di hubungi melalui FB, SMS / weechat 019-7568607 untuk penerangan percuma.
MD

Wednesday, 21 May 2014

Garlic Complex ~ Si Bawang Putih

Bismillah..

Entry ni lama duduk dalam draft sebab tak berkesempatan nak continue update.. Busy beno la kunun kekdahnya...

Semalam MD sempat berbual dengan mak saudara CM yang kami panggil Mak Yah. Dia call malam sebelumnya tapi malam tu tidur awal.. So esoknya MD return call.. Apa yg menarik MD nak share dengan korang adalah kisah dia dengan Shaklee ~ jatuh cinta dengan Garlic Complex, si Bawang Putih ni..

image google


Kisah nya bermula macam ni.. Mak Yah call tu nak tanya harga Vivix. Sebab kata nya nak try Vivix la pulak lepas ni. Orang tua kan, jemu kot kena telan banyak-banyak.. So dah sembang-sembang pasal Vivix ni, tetiba Mak Yah kata...

MY - Mak Yah dah lama amik Shaklee. Memang dah tau Shaklee ni memang sangat bagus. Berkesan pulak tu.. Bayangkan.. Lama ke tak lama Mak Yah amik, dari abang(anak sulung nya) umur 9 tahun sampai la sekarang umur dia 48 tahun, Mak Yah still amik lagi!

MD - Ha.. Lame nya!


MY - Mmg dah lama. Produk pertama Mak Yah amik adalah Garlic tu. Masa tu Mak Yah ada Gastrik teruk sangat. Jadi Mak Yah amik Garlic.. Alhamdulillah Gastrik Mak Yah dah lega sekarang ni.


Ni kali ke berapa tah Mak Yah memang puji Garlic ni.. Bagus sangat kata nya.. MD pun start preggy ni dah amalkan Garlic.. Untuk antibodi sendiri.. Maklum lah, bila ngandung ni macam-macam kan.. Keputihan la.. Alahan seperti gatal-gatal badan la..  Alhamdulillah...

Meh nak cerita sikit pasal Garlic Complex.

image google


image google

Apa Beza Garlic Shaklee dengan yang lain?

Garlic Shaklee di perbuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan di tanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.

ianya dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang di jual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary & Spearmint). Ianya juga mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar!

Sebotol ada 60 biji. Harganya RM47.50 sahaja.

MD

Nasywa dah besar ~

Assalamualaikum..

Saja nak coretkan dalam ni.. kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan anak-anak. So entry ni khas untuk Nasywa. Yang mana ibu rasa Nasywa bukan lagi anak kecil ibu. Nasywa dah besar..

Nasywa
Gelagat anak dara sulung ni bila suruh posing.. =.='

Kisah nya, pagi semalam Nasywa mengigau.. Teresak-esak dalam tidur. Mula-mula hinggut-hinggut badan je.. Patu makin lama tah apa la mimpi ngeri dia gamak nya, melalak-lalak punya kuat! Maka ibu pun, tepuk-tepuk dia kejut tak jalan, ibu amik air sapu muka dia.. Nampak dia terkejut terjaga terus peluk. Nasywa melalak mengigau dalam tidur adalah perkara biasa.. Dia memang akan mengigau melalak-lalak kalau dia terlampau suka sangat..

So pagi tu lepas bersiap-siap nak pegi kerja, ibu dengan penuh kasih-sayang (cewah!) ajak depa p umah Mak Caq sementara ibu bekerja.. Nasywa nampak diam je tak banyak cakap macam selalu..

Bila sampai depan rumah Mak Caq, dia mula buat drama ayaq mata tak nak turun dari kereta. Pujuk elok-elok x jalan. Maka ibu dukung sambil dia meronta-ronta melalak, letak dalam umah Mak Caq dia, cepat-cepat keluar tutup pintu mangga kan! Ibu pun x de babai ke ai lep u ke flying kiss ke.. x dek. Terus masuk keta & jalan. Setaman boleh dengar dia melalak!!

Hati ibu memang rasa sangat x best. Teringat-ingat anak dara sorang tu.. Tapi nak call kang takut anak ok, ibu lak yang over.. haha..

So bila time balik keje, ibu sampai depan umah Mak Caq, hanya adik sambut ibu dengan excited depan pintu. Kakak menyorok belakang kerusi. Bangun hanya apabila ibu panggil ajak balik. Berjalan pun longlai je. Terus peluk ibu depan pintu.. Muka monyok je. Masuk kereta pun terus nak dok atas riba.. dengan stereng lagi, perut ibu lagi, dia lagi.. Gila sempit okeh! Lepas pujuk-pujuk baru dia nak ubah duduk seat sebelah..

Sampai rumah pun nak baring sebelah ibu.. Macam rindu beno je.. Hati ibu sangat tersentuh..

Haish.. bila la nak boleh jadi WAHM ni...

Hanni

Tuesday, 20 May 2014

Pengedar Sah Shaklee Kulim

Assalamualaikum..

Bagi kalian yang tinggal di daerah Kulim khusus nya, boleh lah mendapatkan produk Shaklee anda daripada wakil Pengedar Sah Shaklee Di bawah jaringan My Diamond iaitu Puan Norraishah Harun.



Sila lawati blog beliau di http://noraishahharun.blogspot.com/ atau di FB beliau di SINI. 

MD

Thursday, 24 April 2014

Kursus NLP ~ Day 2

Bismillah..

 Kelmarin dah cerita pasal NLP day 1. Input yang di terima tu memang terasa tepu.. Banyak sungguh. So ni kita sambung kursus NLP day 2 pulak.

Untuk hari kedua, banyak mendengar. MD duduk agak ke belakang sikit. Sebab Puan Dyna nak every session tu tukar tempat duduk. Tempat duduk untuk sesi pertama agak ke belakang dan terlindung dengan kepala-kepala orang depan. Jadi bila nak salin nota or nak snap gambo tu macam blur2 je nak cari sudut yang clear. Maklum le row ketiga ke keempat kot. Awak tu bukan lah tinggi beno kan..




Gambar atas ni masa sesi kedua. MD pilih row kedua kiri hujung sekali. Dari angle yang berbeza. Persepsi yang berbeza. Bagus juga. Sebab bila duduk depan kena fokus lebih. Takut nanti kena soal. Nak main handphone pun takut-takut.. hihi.. 


Teman di kala mengantuk.. Alhamdulillah.. segar bugar terus mata!


Peserta yang hadir berkursus.


MD nampak pendek pulak.. sebab teknik fotografi gamaknya..

Alhamdulillah.. banyak yang dipelajari dalam kursus NLP ni. Memang sangat menarik. Rasa dua hari tu tak cukup lah. Terlampau banyak sangat ilmu yang sangat berguna untuk dimanfaatkan.. InsyaAllah ada masa nanti boleh lah pegi lagi...


Hanni


Tuesday, 22 April 2014

Kursus NLP ~ Day 1


Bismillah..



Hari ni MD menghadiri Kursus Neuro-Linguistic Programming atau bahasa singkatnya adalah NLP. Asalnya tujuan datang kursus ni adalah sebab menggantikan orang lain dan tujuan utama laginya adalah untuk mencukupkan 7 hari kursus dalam setahun sebelum due bulan 9 ni (ok, pecah rahsia)..

Mula-mula memang blur. Apa dia NLP ni? Serius tak tau. Tengok lak senarai nama peserta.... alalala... Pegawai je semua.. So mangkit pagi ni agak macam tak berapa nak semangat nak pegi. Tapi pasal tak de sehari pon lagi kursus, gagah kan diri juga bersiap.

Sila abaikan beg oren itu.

Penceramah adalah Puan Dyna Ahmad dari Inspin, Kedah. Orangnya sangat sederhana. Tidak bersiap beria-ria. Air muka nya bersih. Penampilan, pakaian juga sederhana. Butang jubah yg missing, tapi yang buat rasa kagum, beliau yakin dengan diri. Kalau MD, pk puluh kali jugak la kot nak pakai.. Tudung senget benget pon dah bleh wat spoil mood 1 hari.. Tak mau jumpa orang langsung kalau boleh..haha.. MD memang agak low self esteem.. Oh ya, sebelum pape, MD adalah seorang yang suka memerhati. Belajar sesuatu dari orang lain.. (ok, tipu sikit je. sebenarnya duduk depan sekali!!)



Ok, back to topic. NLP ni secara ringkas ikut pemahaman MD yang pertama adalah, bagaimana cara kita nak influence orang lain. Terus teringat - macam syok juga di apply dalam bisnes Shaklee. Haha.. Shaklee dah sebati beb.. Siang malam angau pk pasal Shaklee.

Tapi makin lama makin rasa persepsi pemahaman MD pasal NLP ni berubah. Makna nya bukan semata kita nak influence orang tapi lebih kepada untuk diri sendiri sebelum kita apply kan teknik-teknik yang di ajar tu kepada orang lain. Menurut Puan Dyna, apa yang kita faham tentang NLP adalah betul. Tak ada yang tak betul - selagi ada kena mengena lah. Terus terasa macam ada kaitan, sebenar nya NLP ni benda yang kita buat hari-hari tapi kita tak sedar. Contohnya, MD amik tentang anak-anak. Nasywa orangnya adalah sangat berdikari dan dia kelihatan seperti keras hati. Seperti tiada perasaan. Pendekatan MD pada dia adalah berbeza sama sekali dengan Zahra yang lembut, manja dan suka memerap. Malah boleh di apply dalam hubungan suami isteri juga. Ala-ala ilmu pengasih gitu. Cume tak guna jampi serapah la. Just ayat-ayat dan sedikit body language..

Dulu, masa di UIA, belajar juga sikit-sikit pasal asas Psikologi. Verbal la.. Non-Verbal la.. tah pape lagi tah tak ingat. Bila masuk JKM, sekali lagi kami di ajar tentang body language, eye contact, verbal non-verbal segala tok nek ni.. Sebab, nak bagi kami yang new intake ni belajar cara berhadapan dengan klien jabatan. Maklum lah kan yang mai ke pejabat kebajikan mahu pun yang masuk ke institusi kebajikan adalah MANUSIA. Bukan robot. Manusia tu pulak pelbagai. Unik. Macam-macam. Yang betul susah. Yang pura-pura susah. Yang kekurangan kasih sayang. Yang dah terlebih-lebih kasih sayang hingga di ketepikan.. Macam-macam ada. Jadi sebagai social worker, kami di ajar untuk macam mana nak handle watak-watak sebegini. Macam mana nak tangani masalah-masalah yang di hadapi dan sebagainya. Cuma nya, dalam kursus ni kami di ajar untuk meluaskan lagi pandangan dan pemahaman. Macam dari bahasa mata - kalau bercakap asik2 pandang atas kiri makna apa? Pandang bawah ke kanan makna apa? Best tau.. sangat teruja.



Menurut Puan Dyna, NLP adalah kaedah terbaru yang US gunakan untuk menghasilkan sharp shooter depa dalam waktu yang singkat. Sebelum ni depa amik masa 6 bulan. Tapi la ni 1 bulan dah boleh hasilkan 1 team sharp shooter. Wow! Hebat kan?! Lepas ni nak berkongsi ilmu ini kepada anak cucu bisnes MD. Supaya masing-masing boleh jadi sharp shooter jugak. Tembak-tembak terus mengena sasaran! Fuhh.. terer...terer..
Banyak lagi nak di ceritakan. Ada point-point yang missing. Tapi fail kursus dalam kereta, lupa nak bawak turun dan CM guna kereta. InsyaAllah akan di kemaskini lagi.

Tak sabar tunggu esok pulak. Macam tak best je kursus yang hebat macam ni depa wat dua hari.. harus request lebih lagi!

Hanni