Wednesday, 20 March 2013

Talasemia & Vitamin Yg Sesuai.

Assalamualaikum..






Beberapa hari ni saya kerap dengar mengenai penyakit Talasemia.. Baik klien yang datang mintak bantuan mahu pun customer yang bertanya tentang vitamin yang sesuai.. So saya mengambil sedikit masa untuk google sedikit. Sebagai reference saya di masa akan datang. Eh, Talasemia ni di katakan penyakit kronik juga..

Ihsan Google
 





Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.


Mereka yang mengidap Talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.


Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:


  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Tanda dan gejala penyakit Talasemia


  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia


  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Vitamin Yang Sesuai

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia. Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex. Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. Ostematrix (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga. Selain dari ini, Energizing Soy Protein juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.


Hanni

Tuesday, 12 March 2013

Review Premium Beautiful dan Elken DX



Assalamualaikum..

Ececeh.. Tajuk kemain lagi ye.. Saja la nak wat entry ni.. Mane la tahu kut ada yang planning nak beli korset yang mahal harga ribu riban ni kan... So boleh la dapat gambaran yang jelas...

Saya mula memakai korset adalah selepas beranak anak yang sulung.. Sebab nya saya malas nak pakai korset kain yang kena ikat berjela2.. Nak pi kencing pun jenuh.. X sampai sekerat hari longgaq habih serupa x yah pakai.. Time tu x kenal lagi dengan jenama lain.. Yang saya tahu hanya Premium Beautiful je..


Ini rupa nya.. Ihsan pakcik gugel..

Perasaan pakai nya memang sangat best... Berat turun banyak. Malah saya boleh balik ke berat asal dengan sangat cepat. Memang konsisten pakai setiap hari sehingga lah saya mengandung yang no dua. PB ni bila pakai memang rasa 'kejab' badan. Membalut dengan kemas. Part yang x bape nak best adalah nak bukak girdle nya tersangat lah seksa.. Kalu tetiba time tu nak memerut, wah! boleh mendatangkan kemarahan sungguh.. Jenuh nak tarik turun n tarik naik balik.. Tersangat lah sendat girdle nya.. Fuhhh... Part kedua x best adalah bra nya panjang.. Jadi kena duduk tegak2 sebab bila duduk malas melepek aje, akan berasa x selesa di rusuk.. Macam menekan gitu.. Orang lain pakai x tau la.. Saya pakai berasa gitu la..

Saya 'gantung' PB 9 bulan sebab mengandung no 2.. Alhamdulillah, saya bersalin 2 minggu sebelum raya.. Jadi harus kah raya2 duduk dendiam di rumah sedangkan orang pegi berjalan merata2? Sudah tentu lah tidak kan.. Saya pulak jenis kaki berjalan.. PB sangat membantu saya recover dengan cepat. Hari raya tu dah boleh menziarah sedara mara dah.. Memang rasa sedap sungguh la badan.. Saya ekceli x berapa nak sure tentang fungsi infra-red bagai tu.. Tapi, memang memula pakai balik PB kepala saya pening.. Bila basuh pun air nya hitam.. Toksik ke ape pon x pasti.. Tapi lagi.. oleh kerana susah sangat nak pakai n buka long girdle nya, so saya selalu skip pakai girdle. Bila hanya pakai bra dan waist nipper nya sahaja, saya rasa sakit kat bawah perut.. Macam tekan peranakan gitu.. Berjalan pun tertunduk2 tekan perut.. Bila bukak baru kurang sakit.. So saya jadi malas nak pakai..

Kemudian saya berkenalan dengan Elken DX Elysyle..Heh.. Dah biasa pakai korset, bila lama sangat x pakai memang rasa x syok badan.. Haa.. Rupa nya gini...



Ramai yang cakap korset Elken best.. Saya pulak memang nya suka pakai korset.. Nak jaga badan.. Supaya CM sayang selalu.. cewah!! So saya beli lak DX ni.. Harga memang super mahal lagi dari PB. Memang cm berpinar2 juga la mata tu kan.. Tapi dek kerana nak jaga badan, saya beli. Mampos kalu laki aku tau harga dia.. Memang saya makan suplemen.. Itu dalaman saya.. Luaran nya saya jaga dengan pakai korset..

Ok, perasaan nya..? Sangat best. Malah lagi best. Sebab girdle nya sangat lah senang nak bukak.. So nak ke toilet tu macam bukan masalah besar le.. Material nya pun berbeza. Bila duduk pon boleh nak duduk melepek macam orang malas. X rasa macam menekan di rusuk je.. X ke syok tu..? DX saya x tau pulak kut ade infra-red ke ape.. Tapi x de la bila basuh tu keluar hitam ke ape.. So sekarang badan memang kembali kemas.. Melangkah dengan konfiden.. Muka dah jelita makan Shaklee Collagen Powder.. Hahaha... *muntah*

Bukan bermakna saya kondem PB saya puji DX.. Dua2 pun bagus sebenarnya. Tapi kalu tanya pendapat saya, DX syok lagi lah bila pakai tu.. PB tu kalu buat girdle nya senang regang, ok kut.. Sebab mostly yang saya tanya, ramai yang nyampah dengan girdle PB.. Ketat sangat. Susah nak bukak.. So sekarang saya campur2 jugak pakai. Sebab sayang je beli sampai 2K lebih tapi dok dalam lemari je kan..

Kepada anda, jangan rasa sayang nak beli korset mahal. Sebab kualiti nya sangat berbeza dengan yang murah. Kedua, kita jaga badan, untuk diri kita.. Sama juga macam makan suplemen.. Jangan sayang nak keluar duit nak beli suplemen. Yang sihat, yang cantik tu kita. Bukan suami kita. Bukan orang lain. Bila kita sihat, kita cantik, level confident tu tinggi. So kita lebih yakin. Suami tumpang hepi.. Tapi, yang dah kawen tu, jangan pulak beli korset patu sengaja pakai baju ketat2 nak tunjuk kat orang.. Berdosa tu.. Surirumah pun x salah kalau nak pakai. Jaga badan untuk suami. Biar suami pandang kita cantik sentiasa.. Ni kalu dah rupa macam Hantu Kak Limah, sendiri mau ingat ler kan.....

Salam sayang....
Hanni

Sunday, 10 March 2013

Happy Birthday Abang!

Assalamualaikum..

Pagi Ahad yang indah..

Hari ni birthday CM saya..



Selamat hari jadi saya ucapkan buat cinta hati saya.. Dah 30 tahun dah umur abang ye.. Uban pun dah ada atas kepala..

Dia lelaki yang unik. Disebalik kekurangannya (bukan semua orang sempurna), dia seorang yang penyayang. Sangat bertanggungjawab. Dalam tempoh 3 tahun (berumahtangga) dia setia di sisi saya. Setia menemani saya. Setia mendengar keluhan hati saya walaupun kadang tak paham ujung pangkal apa yang di repek kan bininya ni..

Dia seorang yang senyap. Cakapnya tak banyak.. Saya yang cakap banyak dekat rumah.. Dia suka tengok cerita2 macam Maharaja Lawak dan sewaktu dengannya yang mana saya rasa cm x paham kenapa dia boleh gelak dengan joke yang x lawak pun.. Romantik pun tidak.. Jalan pun x de pegang2 tangan, kadang2 jauh dia tinggalkan saya.. X ada masalah pun pada saya sebab kaki dia panjang, langkah saya pulak pendek2 malah terkedek2 suka nak menikmati pemandangan kiri kanan sambil menyinggah merata2 dan kemudian membeli benda2 yang x perlu..hahaha.. kami memang sangat kontra..

Tapi ketidaksamaan perangai itu lah yang mengeratkan kami.. Moga Allah kurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah untuk abang..boleh juga sayang dapat tempiasnya..

Ingat nak pegi jalan, tapi CM baru lepas kerja malam.. Balik kerja dia terus tidur. Bangun untuk sembahyang sahaja.. Nasywa nyanyi2 Hepi Besday Ayah pun dia x sedar.. So lepas maghrib baru saya ajak makan Domino's kat Giant Kulim.. Sampai sana boleh CM kata makan Nasi Kandar Hussein aje lah! Haiyoo... Tapi dah besday boy request cenggitu, i follow je lah..

Tak ada sambutan tiup lilin bagai.. Itu semua POYO!! Hahaha.. X de lah.. Lain orang lain pendekatannya.. CM ni orang nya simple dan serius.. X perlu nak celebrate bagai.. X payah nak hadiah2 pape.. Ingat saja sudah cukup.. Syok kan jadi bini dia? Bini dia punya la kompius nak bagi hadiah apa.. Tapi dia rilek kata x mau.. X mau sudah..

Hihi.. pape pun I Leb U Foreber lah abang.. Hepi besday dari sayang dan anak2..
Hanni

Thursday, 7 March 2013

Cara Cepat Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu.

Assalamualaikum..

Dua, tiga hari ni web SPBK x boleh buka.. Sistem upgrade baru.. Jadi belum betul2 boleh berfungsi seperti sedia kala.. Maaf kan saya ye klien2 semua.. Bukan salah saya... Alasan..

So hari ni saya berjalan-jalan ke blog orang..dan saya jumpa satu entry yang sangat menarik hati untuk saya share di sini..Sebagai panduan, untuk saya dan untuk anda2 semua.. Maklum lah, kita ibu2 (mahu pon bapak2) memang mahukan yang terbaik untuk anak2.. Sekarang dah ramai yang sedar kebaikan susu ibu.. So semua memang nak bagi anak susu ibu, supaya anak mendapat khasiat yang terbaik, yang tiada tolok bandingnya...

Pengambilan vitamin hakikatnya membantu badan si ibu sustained, kekal bertenaga, ceria dan cergas sepanjang masa. Ini kerana si ibu itu ibarat sebuah pokok. Pokok yang sihat dan subur mampu menghasilkan buah yang lebat dan daun yang rimbun.

 Berikut adalah 3 cara yang ibu2 boleh cuba sebagai usaha untuk meningkatkan penghasilan susu..
  1.  Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten
  2. Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.
    Satu lagi, pastikan Breast sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.
    Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?
    Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.
  3. Minum banyak air
  4. Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.
    Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
    Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.
    Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.
    pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.
  5. Doa
  6. Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.
    Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
    Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Al-Mu’min:60)
    Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Walau bagaimanapun, ada satu lagi cara untuk meningkatkan penghasilan susuibu dan ianya sangat membantu bagi ibu2 yang melalui masalah kemerunduman susu pada saat ini.
Cara tersebut ialah POWER PUMPING.
 
Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya. 
 
 My best friend – Ameda

Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit.  Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak dan penuh berkrim. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen.  Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.

Happy Breastfeeding !! Kredit to mama yang cekal 
 

Moga entry ini dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama..
Hanni

Wednesday, 6 March 2013

INFO PRODUK : Ostematrix



 Hari ni saya nak cakap lagi pasal OSTEMATRIX.. Kenapa la dia ni asik cakap pasal Ostematrix je? Bulan ni kan bulan promo OSTEMATRIX..

Ini lah rupa Ostematrix tersebut.


Jadi, mari kita kenal dulu serba sedikit tentang Ostematrix Shaklee. Apa yang membezakan kalsium Shaklee dengan jenama lain?

~ Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%
~ Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
~ Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang      endapan sesetengah mineral.
Kebaikan Ostematrix.

 Manfaat utama Ostematrix ini:


  • Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (ricket dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D - Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen vitamin D.
  • Magnesium - Ini adalah ion positif no. 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, boron, manganes, kuprum - memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang artritis. 
 
Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan bolehlah hubungi saya :

Hanni Kamilla Hanafi
ID : 894262
Call/SMS/Whatsapp : 013-5818283
E-mail : hanni.kamilla@yahoo.com
Hanni

Saturday, 2 March 2013

TOTAL WELLNESS PROGRAM

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan free consultations.
 
Anti-AgingVivix

Anti-OxidantsCarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), EczemaAlfalfa, B Complex,
Vitamin C

Breastfeeding SetVitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Children's HealthChewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement SetVitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Diabetes SetFiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Gout SetFiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa

Immune BoosterNutriFeron

Men's HealthVitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Preggy MommiesVitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin CareB Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Students' (12 years ++)Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Weight ManagementFiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individuals that don't like pills @ tabletsMeal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron


Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, boleh lah hubungi saya..
Hanni Kamilla Hanafi

ID : 894262
Call/SMS/Whatsapp : 013-5818283
Email : hanni.kamilla@yahoo.com

Hanni

Friday, 1 March 2013

PROMOSI SEPANJANG BULAN MAC 2013










Assalamualaikum..

Promosi sepanjang bulan Mac adalah OSTEMATRIX! Yeay!!

Kenapa saya suka sangat? Sebab Ostematrix adalah salah satu dari vitamin kegemaran saya.. Sebab saya adalah ibu yang menyusukan.. Kalau saya x amik kalsium, mungkin gigi / tulang saya reput sabelum time.. Hehehe..

Ok, sape yang perlukan OSTEMATRIX ni...??

Jika anda sering mengalami simptom seperti di bawah ini, maka anda lebih dari patut untuk mencuba OSTEMATRIX..

  1. sering keletihan
  2. sering mengalami sakit belakang
  3. anggota badan sering cramp
  4. sakit bahagian leher dan tengkuk
  5. tumit kaki pecah dan kasar
  6. susah bangun tidur
  7. sakit kepala yang kerap @ migraine
  8. sering sakit gigi
  9. Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
  10. Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun
Harga sepanjang Mac ini sangat lah murah.. Super Murahhh..!! Jom grab sekarang..

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, boleh lah hubungi saya..
Hanni Kamilla Hanafi
ID : 894262
Call/SMS/Whatsapp : 013-5818283
Email : hanni.kamilla@yahoo.com
Hanni