Sunday, 10 March 2013

Happy Birthday Abang!

Assalamualaikum..

Pagi Ahad yang indah..

Hari ni birthday CM saya..



Selamat hari jadi saya ucapkan buat cinta hati saya.. Dah 30 tahun dah umur abang ye.. Uban pun dah ada atas kepala..

Dia lelaki yang unik. Disebalik kekurangannya (bukan semua orang sempurna), dia seorang yang penyayang. Sangat bertanggungjawab. Dalam tempoh 3 tahun (berumahtangga) dia setia di sisi saya. Setia menemani saya. Setia mendengar keluhan hati saya walaupun kadang tak paham ujung pangkal apa yang di repek kan bininya ni..

Dia seorang yang senyap. Cakapnya tak banyak.. Saya yang cakap banyak dekat rumah.. Dia suka tengok cerita2 macam Maharaja Lawak dan sewaktu dengannya yang mana saya rasa cm x paham kenapa dia boleh gelak dengan joke yang x lawak pun.. Romantik pun tidak.. Jalan pun x de pegang2 tangan, kadang2 jauh dia tinggalkan saya.. X ada masalah pun pada saya sebab kaki dia panjang, langkah saya pulak pendek2 malah terkedek2 suka nak menikmati pemandangan kiri kanan sambil menyinggah merata2 dan kemudian membeli benda2 yang x perlu..hahaha.. kami memang sangat kontra..

Tapi ketidaksamaan perangai itu lah yang mengeratkan kami.. Moga Allah kurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah untuk abang..boleh juga sayang dapat tempiasnya..

Ingat nak pegi jalan, tapi CM baru lepas kerja malam.. Balik kerja dia terus tidur. Bangun untuk sembahyang sahaja.. Nasywa nyanyi2 Hepi Besday Ayah pun dia x sedar.. So lepas maghrib baru saya ajak makan Domino's kat Giant Kulim.. Sampai sana boleh CM kata makan Nasi Kandar Hussein aje lah! Haiyoo... Tapi dah besday boy request cenggitu, i follow je lah..

Tak ada sambutan tiup lilin bagai.. Itu semua POYO!! Hahaha.. X de lah.. Lain orang lain pendekatannya.. CM ni orang nya simple dan serius.. X perlu nak celebrate bagai.. X payah nak hadiah2 pape.. Ingat saja sudah cukup.. Syok kan jadi bini dia? Bini dia punya la kompius nak bagi hadiah apa.. Tapi dia rilek kata x mau.. X mau sudah..

Hihi.. pape pun I Leb U Foreber lah abang.. Hepi besday dari sayang dan anak2..
Hanni

No comments:

Post a Comment