Monday, 15 October 2012

Energising Soy Protein (ESP)


Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Sumber dari SINI.

Kenapa saya suka kan ESP..?

* Sebab susu saya lebih pekat..dan baby Zahra jadi cepat kenyang!

* Kulit muka lebih lembab dan anjal. Terasa lebih muda dan cantik..

* Saya rasa lebih bertenaga untuk jadi supermom utk anak2 dan suami saya..

Anda pula camne? Kenapa anda sukakan ESP?

Hanni

Sunday, 14 October 2012

Susu ku.. ='(

Sampai rumah semalam koi 6 lebih..ok, pas angkat barang masuk umah, letak nasywa dlm boyan, letak adik dlm bilik, terasa dahaga..masuk dapor terperasan dapor mcm kotor n banyak semuk.. cm pelik jugak sbb sblm balik Selama rasa nya dah kemas.. x pe lah..malas nak pk sangat.. bukak peti ais n amik air oren.. eh, apasal bau mcm dh basi je..rasa pon cm x sedap.. baru perasan macam x sejuk.. hati mula berdebar2.. bkk freezer.. ok, nangis sekarang! semua cair.. x de satu pon yang selamat.. hati rase cm pecah hancur berderai... kecewa..

Sambil menitik air mata membuang kesemua 47 x 5oz susu yang dh rosak.. kecewa sangat..lagi seminggu nak masuk kerja..

Terburu2 tanya CM, dia kata dia lupa stok susu anak..maka dia tutup main suis.. hampa nya hati..

X de mood..

Ya Allah.. Pasti ada hikmahnya disebalik semua ni...

Ya Rahman.. Murah kan lah rezeki anakku...

Ibu akan usaha lebih lagi sayang...

Hanni

Saturday, 13 October 2012

Balik kampung jom!

Tajuk cm ape je..hahaha...ujung mggu ni kami anak beranak balik ke Sg Siputeh, Selama..nak hantar barang2 kuih yg mak pesan sama...eh..u olls tau x yg mak i dah wat bisnes juai kuih..gigih nya la dia...kalu i ni mmg tah jd pape la kuih tu...bkn jenis penyabar nak tggu jadi..

Kakak dara ni sonok x kira la boleh balik kampung kan..dok kat umah x leh nk main kat luar..jenuh membuli tok main bola dgn dia..mcm2 la bdk ni..


Tghari td kami p makan kenduri arwah..wah!!ada sambal tempoyak!last makan sambal tempoyak adalah pd awal tahun 2011, masa kenduri azwa + naim kat chemor..siap cik mat mintak soh tapau..cess..! Wat malu mak je.. Mengambik kesempatan ke atas wanita mengandung! Tapi mavelessss i tell u.. Tadi kunun x mau tambah tapi godaan sambal tempoyak tersebut tlampau kuat... Sedappp.....

Lepas kenduri tu kami p ke Selama..mak nak tgk sofa bed yg dia beli.. Tapi x sampai lg.. Sempat jugak tgk perabot sambil verangan masuk umah baru.. Bilakah?! Lepas tu p lak beli brg apa tah mak nak.. Parking dpn kedai baju..nampak cm cntik2.. So turun tapi xde yg bkenan d hati.. Masuk lak kedai sebelah carik toys utk kakak dara..dia wat dah x mau turun dari beskal.. Beli jgk la aku ni pon.. Huhu... Apa saja la utk kamu nak oii...

Hm..kakak dara dah ajak mandi..nanti sambung lain lak..

K bye..

# sape lagi nak order vitamin Shaklee meh sms/watsapp i ye...

Tuesday, 9 October 2012

Rahsia Susu Ibu Banyak Sehingga Anak Tersedak-sedak!

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari ke28 MD membuat stok susu.. hehe.. ye.. ade sedikit malas ye di situ.. hahaha... Jangan tiru MD ya.. Hari ini MD nak kongsikan rahsia susu ibu banyak sampai anak tersedak-sedak! Ianya telah diuji kepada anakanda Azzahra dan ternyata ianya berkesan. Jemput baca kisah benar diri sendiri..

Alhamdulillah, feezer MD dh mula nak penuh... dan MD dah mula gatai tangan bukak tutup freezer n peti ais untuk tengok stok2 susu MD... ok, MD mmg obses dengan penyusuan susu ibu.. Semua ibu mahu yang terbaik untuk anak.. Begitu juga MD. Jadi bila tengok stok susu dah hampir penuh, rasa seperti di suntik semangat nak memenuhkannya.. semangat nak memberikan yang terbaik untuk anak-anak MD..

Asalnya MD memang malas nak makan vitamin or apa-apa suplemen ni.. siyes.. MD makan tapi jarang nak boleh kan konsisten.. Sehingga suatu hari MD mengadu pada mak MD (hehe..still anak manja mak dan bapak) yang MD rasa sangat penat. Penat menguruskan anak-anak, suami, rumahtangga.. MD seolah tiada masa untuk diri sendiri langsung.. apatah lagi bila mak CM dah balik dok Selama semula, boleh kata selang 2/3 hari kami akan balik untuk menjenguk mak.. Nasib baik gak la dekat je Selama-Kulim.. dekat pon sangat letih ok.. Maka, mak MD pon cakap amik la vitamin, utk cergas.. demi anak2.. demi suami.. MD kena jadi supermom! ok, time tu MD rasa mcm diketuk kepala ni..

Maka MD pun contact la kwn FB yang sekarang ni juga 'mama' MD..cikgu Nurul sebab dulu MD try makan vitamin Shaklee beli dari dia.. MD just pk nak wat stok susu & energy je.. Maka dia suggest MD amik set ini...





Macam sebelum ni MD memang amik shaklee, tapi x konsisten.. ditambah lak time tu MD rasa mcm mahal dan penyakit M tu mmg besaq gila.. Tapi dis time mmg konsisten MD amik. Sebab MD NAK jadi Supermom. MD nak kan tenaga utk kekal cergas.. Alhamdulillah.. Memang cergas.. x rase lemau. x rase kejap2 nak tido.. n paling MD suka, susu mula jadi pekat, dan banyak. Zahra minum sikit pon dah tersedak-sedak dan tidur kekenyangan dengan lebih lama.. Memang hepi..




Apa pun, MD nak kalian tahu dan faham, suplemen bukan lah semata-mata..

Disamping pengambilan suplemen secara konsisten, kalian juga perlu :

* Yakin dengan diri sendiri dan DOA yang tidak putus. Semoga penyusuan kita di permudahkanNya.

* Sentiasa pk positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan. Menyusukan anak ni banyak cabaran dan dugaan...

* Ni sangat2 perlu..Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.

* Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Paling baik, seminggu selepas bersalin. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.

* Dapatkan pam yang bersesuaian.. Ianya membantu menjimatkan masa. Namun, pam mahal atau murah bukan pengukur kepada kuantiti tuaian anda.. Ada orang hanya marmet sahaja namun susu dia sangat meriah..

* Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.

* Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.

* Disiplin! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam.

* Minum air secukupnya, kerana 70% daripada kandungan susu ibu adalah air.


Sekiranya anda merupakan seorang ibu menyusu yang kekurangan stok susu, susu merudum, selalu skip makan akibat terlalu sibuk atau selalu letih dan berada dalam keadaan stress, anda patut mencuba dan rasai sendiri kelebihan set penyusuan ini. Kerana ia juga membantu anda kekal sihat dan cantik berseri.

Nak dapatkan set penyusuan ni? Hubungi MD sekarang!



Monday, 20 August 2012

Hari2 adalah hari raya..


Hehe..rini adalah raya ke2..tp baru terhegeh2 nk tulis ek..haha..well,sibuk sgt..ape leh wat..bila dh beranak dua ni mcm2 la kena wat.. *tu pon ada hati nk beranak 5..hahaha...*

Cik Mat balik ptg sabtu kemarin..saya lak kalut baru nk carik kasut raya nasywa..ajak le opah teman pegang bby zahra..nasywa dalam kedai kasut tu bkn main lg pndang sana sini mencari kasut idaman hati..sgt comel gaya n laku ny tu.. *syg x sempat nk tgkap pic kakak time tu..*

Esok d pagi2 raya,tggal saya dgn anak2 je d rumah..jenuh juga bersilat nak siap kan diri sdr n anak2..yg len semua dah pegi semayang raya..lebih teruk skali tinggal kan rumah dgn pintu yang ternganga luas dan kuah nasik impit yg dh rentung berasap2 satu rumah!adoi...Alhamdulillah x jadi apa..

Lepas diorang semua balik semayang raya,kami bsalam2 n bagi duit raya pd anak buah mana yang ada..lepas tu ke rumah bakal mertua salman,ke rumah mak teh di rapat setia n ke rumah mak long di maju rapat..umah ayah lang ngan ayah cik x sempat nak pegi sbb diorang xde rumah..mgkin lain kali..patu lk balik umah le tdo..

Pas smayang asar saya sekeluarga gerak la balik ke Selama lak.. so ni cerita raya saya wat masa ni..akan upate lg wit pictures...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 10 August 2012

New member in the family!

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.....

adik nasywa dh selamat d lahirkan pada 6-8-12, jam 4.54 am, dgn berat 3.10..n ia nya adalah bayi perempuan yg cantik n sihat..alhamdulillah...

mengingat kembali detik-detik tu..

5-8-12..

10am-doc bg discaj..sbb dh bape hari masih lagi 3cm..n x de tnda2 sakit apa pun..

11am-balik umah,tdo dgn kakak..

4pm-cik mat ajak g spital tgk azwa bersalin..time ni dh sakit2 kuat tp ibu anggap adik main2 lg..

5pm-g jj..cik mat nk beli belt..usaha jgk pgg nasywa dlm lautan manusia tu..huhu..

6pm-g pasar ramadhan beli mkn..

7.30pm-berbuka puasa dgn air mata menitik2..

9pm-masih sempat mandi n baring..time kan cntraction...mak long soh g spital segera...mommies kat scfm pon soh g spital jgk..

6-8-12

12am-smpai spital..masih leh memain dgn misi..gelak2..haha..dgn MO pon ibu ckp nak check jln je dulu..klu masih 3cm,ibu nk balik aje..haha..MO tu kata ibu dh nk bersalin..n bila check bukaan dh 5cm..

2am-tolak labour room 7..ibu dh nebes sgt..lg lk patient sblh dok bkeluh kesah..so air ketuban d pecah kan..n mesin ctg d pasang..misi kata lps review result ctg akn d bg pain killer..

3am-sakit dh smakin kuat tp masih leh thn..cik mat pon dh teman..pain killer lk x knjung tibe..

4am-ibu dh nk ngamuk rse ny..mana sekor misi pon xde ni..pain killer mane..??!!cik mat pon keluar la mcari..br tkedek2 dtg misi..time ni dh x leh beza nk kencing ke nak teran ke cnyraction sj ke..huhu..so pas dia cucuk pain killer,dia pon kua kn kencing nya..baru check jln..time ni ayah kata nk kua jap nk sahur..rupa ny elok je ayah kua,misi check jln dh rasa kpala adik..ibu lk x leh nk pk dh nk pggl ayah smula ke apa..tp misi kata x yah lah..bg ayah sahur.. :'( ayah terlepas moment adik kua..teran bape kali n adik pon kua koi 4.54am..

berbaloi menunggu cnta hati kedua ini..sbb kelahirannya lgsg x menangis..malah tersenyum pd ibu..bahagia nya dgn kurniaan Allah ini...

for the time being,dia kami pggl bby zahra..nama penuh masih lg dlm perbincangan..hehe..

nanti sambung lg bebel..kakak sudah datang....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 3 August 2012

Masuk wad lagi..

ini hari ke3 kat wad.entry basi ek?
ari kamis pg buta koi 2 perut dh sakit kuat..nk jln pon sakit..cik mat hntar ke spital-labour room..smpi sana depa wat ve br 2cm.wat ctg lk jantung bby x cantik kata ny.so masuk air n wat another ctg koi 3.30am.br la bby ok..risau dh ibu..
so koi 7 masih lg 2cm.doc soh masuk wad..yeay!berkampung lg dlm wad...huhu..bosan..pg koi 9 mo dtg round..check lg jln..dh bkk 3cm kata ny..hm..lambat ny bkk..doc cucuk pain killer.trus la tdo cm org gila..bgkit mkn pon mata bpinar2 nmpak ayam 2 ketoi buah 3 ketoi..hahaha..dasyat toi penangan ny...
rini jumaat 3-8-12,adik still x tnjuk tnda nk kua.ibu pn x sakit dh..x tau la mmg x sakit ke or sbb kan cucuk pain killer tu..sbb still rse perut ngeras n lembut tp x sakit..pelik jgk..
well,adik...kua la cpt..ibu dh x larat ni...x sabar nk cium2 adik..n x sabar nk bf adik..acik katil sblh dh bsalin pon..bila bby dia nangis nk susu,ibu lk rse cm nk amik n susu kn..haish...
keluar la dik...
Hanni
Published with Blogger-droid v2.0.6