Tuesday, 9 October 2012

Rahsia Susu Ibu Banyak Sehingga Anak Tersedak-sedak!

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari ke28 MD membuat stok susu.. hehe.. ye.. ade sedikit malas ye di situ.. hahaha... Jangan tiru MD ya.. Hari ini MD nak kongsikan rahsia susu ibu banyak sampai anak tersedak-sedak! Ianya telah diuji kepada anakanda Azzahra dan ternyata ianya berkesan. Jemput baca kisah benar diri sendiri..

Alhamdulillah, feezer MD dh mula nak penuh... dan MD dah mula gatai tangan bukak tutup freezer n peti ais untuk tengok stok2 susu MD... ok, MD mmg obses dengan penyusuan susu ibu.. Semua ibu mahu yang terbaik untuk anak.. Begitu juga MD. Jadi bila tengok stok susu dah hampir penuh, rasa seperti di suntik semangat nak memenuhkannya.. semangat nak memberikan yang terbaik untuk anak-anak MD..

Asalnya MD memang malas nak makan vitamin or apa-apa suplemen ni.. siyes.. MD makan tapi jarang nak boleh kan konsisten.. Sehingga suatu hari MD mengadu pada mak MD (hehe..still anak manja mak dan bapak) yang MD rasa sangat penat. Penat menguruskan anak-anak, suami, rumahtangga.. MD seolah tiada masa untuk diri sendiri langsung.. apatah lagi bila mak CM dah balik dok Selama semula, boleh kata selang 2/3 hari kami akan balik untuk menjenguk mak.. Nasib baik gak la dekat je Selama-Kulim.. dekat pon sangat letih ok.. Maka, mak MD pon cakap amik la vitamin, utk cergas.. demi anak2.. demi suami.. MD kena jadi supermom! ok, time tu MD rasa mcm diketuk kepala ni..

Maka MD pun contact la kwn FB yang sekarang ni juga 'mama' MD..cikgu Nurul sebab dulu MD try makan vitamin Shaklee beli dari dia.. MD just pk nak wat stok susu & energy je.. Maka dia suggest MD amik set ini...





Macam sebelum ni MD memang amik shaklee, tapi x konsisten.. ditambah lak time tu MD rasa mcm mahal dan penyakit M tu mmg besaq gila.. Tapi dis time mmg konsisten MD amik. Sebab MD NAK jadi Supermom. MD nak kan tenaga utk kekal cergas.. Alhamdulillah.. Memang cergas.. x rase lemau. x rase kejap2 nak tido.. n paling MD suka, susu mula jadi pekat, dan banyak. Zahra minum sikit pon dah tersedak-sedak dan tidur kekenyangan dengan lebih lama.. Memang hepi..




Apa pun, MD nak kalian tahu dan faham, suplemen bukan lah semata-mata..

Disamping pengambilan suplemen secara konsisten, kalian juga perlu :

* Yakin dengan diri sendiri dan DOA yang tidak putus. Semoga penyusuan kita di permudahkanNya.

* Sentiasa pk positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan. Menyusukan anak ni banyak cabaran dan dugaan...

* Ni sangat2 perlu..Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.

* Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Paling baik, seminggu selepas bersalin. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.

* Dapatkan pam yang bersesuaian.. Ianya membantu menjimatkan masa. Namun, pam mahal atau murah bukan pengukur kepada kuantiti tuaian anda.. Ada orang hanya marmet sahaja namun susu dia sangat meriah..

* Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.

* Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.

* Disiplin! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam.

* Minum air secukupnya, kerana 70% daripada kandungan susu ibu adalah air.


Sekiranya anda merupakan seorang ibu menyusu yang kekurangan stok susu, susu merudum, selalu skip makan akibat terlalu sibuk atau selalu letih dan berada dalam keadaan stress, anda patut mencuba dan rasai sendiri kelebihan set penyusuan ini. Kerana ia juga membantu anda kekal sihat dan cantik berseri.

Nak dapatkan set penyusuan ni? Hubungi MD sekarang!



No comments:

Post a Comment