Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Saturday, 2 August 2014

Cerita Raya 2014

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan nak melakar cerita pasal Raya 2014. Orang lain dah nak basi dah ek? Tak pe la, selingan.. kalau asik baca pasal Shaklee je kang bosan pulak.

MD start cuti hari Sabtu 26hb. Jumaat masih kerja tapi mood memang ke laut sungguh. Tak ada rasa nak buaat kerja.. pada hal lagi 1 bulan lebih nak cuti bersalin.. adeh.. 

So Sabtu tu operasi mengemas umah, kemas dapur, kemas kain baju nak balik kampung.. MasyaAllah.. dugaan sungguh nak mengemas dengan keadaan diri sarat, anak-anak dara lak makin ligat.. MD bertukar jadi mak singa pada hari itu.. kesian budak-budak 2 orang nih.. haha.. maapkan ibu ye nak..

Lepas berbuka, kami satu family gerak balik ke Kg Sungai Siputeh, Selama. Ada kak Ya sekeluarga je.. Yang lain belum balik lagi..

Ahad 27hb, sahur yang terakhir di bulan Ramadhan. Hampir je tak terjaga sebab hujan turun dengan sangat lebat malam tu.. memang heaven tarik selimut masing-masing nya. Anak-anak dara 2 orang ni pun ikut bangun sahur.

Tengahari tu kami siap-siap nak balik Ipoh pulak. Raya di Ipoh tahun ni.. Sebenarnya, kami tidak lah menggunakan konsep giliran sangat. Mula kawen dulu ya. Tapi bila masuk tahun ke2 dan seterusnya, tak kisah lah raya haji ke raya posa ke, MD amalkan ikut kesesuaian masing-masing. Contoh nya, kalau tahun tu, rumah mertua x de sape balik, kita balik lah.. kalau tahun tu CM kerja waktu raya, kita balik lah Selama. Tapi rasa macam dah 2-3 tahun kot raya Selama dulu. Macam tahun ni, kami decide balik Ipoh dulu sebab CM kerja lepas raya, dan family MD lak nak pegi holiday family gathering di Langkawi lepas raya, maka kita balik la Ipoh dulu.

MD x ikut ke Langkawi sebab dah sarat. CM risau MD terberanak kat sana, satu pasal lak nak bawak ke darat semula.. haha.. Plus, anak-anak dara ni ligat sangat, mana lak nak angkut beg, nak control depa lgi, harus terjerit-jerit je nanti..

Kami sampai je Ipoh, kami singgah Mydin Meru. Cari seluar CM. Kemudian nak cari kasut raya budak-budak ni. Tapi x jumpa yang berkenan di hati. So kami ke Jusco Ipoh. Masuk kedai Bata, Kakak Nasywa dah ada taste sendiri. Nak macam kakak Aqis punya shoes. Pening ibu ayah nak melayan. Ayah kata kasut dia nak tu berat. Ibu kata, x mau, nanti pakai sekali ja patu dok belasah selipar.. Tau2 tibe2 dah x muat.. sayang je.. so beli selipar baru je..


www.suplemenmakdara.com

Isnin 28hb, hari raya.. Selamat hari raya uolls.. Raya pertama ni, x sempat nak bermaafan dengan semua sebab ramai yang x de. Kebetulan pulak pagi tu pekerja-pekerja Arab Yemen kat restoran tu datang beraya. Mana lagi diorang nak pegi kan, Rumah mama baba la pun depa terjah.. Setel diorang balik, kami buat mesyuarat dengan adik beradik mana ada, rumah sape nak pegi. 

So setel semua rumah pak sedara ngan mak sedara masa raya pertama. 


www.suplemenmakdara.com

Gambar selfie dengan anak dara sulung.. 
Tarik muka sebab merajuk apa x tau..
Mata nya kena sakit mata.. kesian, 3-4 hari bengkak..

www.suplemenmakdara.com

Gambar raya dengan Atok dengan Opah..
Opah nya tengah dalam proses pulih dari denggi..
MD bekalkan vivix pada opah.. Bagi sel2 dalam tubuh recover cepat..

www.suplemenmakdara.com

Gambar berempat tahun ni.. tahun depan, gambar berlima.
Rasa macam kejap je masa berlalu, anak sulung pun dah masuk 4 tahun..
Lepas ni rehat kejap. bagi laluan kat ibu nak all out capai apa ibu nak capai!!

Raya kedua, selasa 29hb, kami tak kemana. Cadang nak ke Manjoi. Tapi x jadi. So MD dengan Mak Lang ngan Opah, ke rumah kakak Muaz (business partner Atok). So kami merasa makan makanan tradisi Arab Yemen. Macam roti gitu.. tapi bukan roti.. cicah dengan madu.. Sedap jugak!


Alhamdulillah, kami gerak balik ke Selama semula dalam pukul 3 lebih. Jalan x jam. Tapi banyak juga kereta.. Selamat tiba, lebih kurang jam 6 petang gitu..

Nanti MD sambung cerita raya di Selama pulak dalam entry lain..

MD

Sunday, 27 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt..

Di kesempatan yang ada ni, MD nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca yang cantik, manis, hensem semua.. Maaf zahir batin ya..

Musim-musim perayaan ni, MD nak pesan...


  • Jangan merempit atas jalan, ingat insan-insan tersayang.
  • Jangan Membazir, amalan Syaitonirrajim..
  • Jangan main mercun, nanti putus jari.
  • Jangan makan keterlaluan, nanti sesia diet sebulan.
and last sekali.....

  • Jangan lupa beli Vitamin Shaklee dari MD ya.. Lagi-lagi vitamin HOT Set Diet Bajet Shaklee!!



MD

Tuesday, 15 October 2013

Cerita Orang Tak Balik Beraya

Assalamualaikum..

Pagi ni bangun awal sungguh. Rasa sedih tak dapat balik Ipoh tak habis-habis lagi dari semalam. Gosok baju budak-budak ni jap, patu tunggu CM balik kerja dan terus mulakan perjalanan balik ke Selama. Diiringi hujan lebat... Sob sob sob.. (gedik!) Alhamdulillah kampung CM dekat je, 40 minit je dah sampai..

Sampai masa orang tengah baca khutbah. Masuk rumah nampak si comel Tasnim (anak kak Na). Terus dukung. Tak ingat dah anak sendiri yang jeles tarik-tarik baju ibu.. Hahaha...

CM lak dah siap kemas sarang dia nak megholoh kata orang Perak..

Di Selama ada K. Ya satu family dan K. Na satu family. Itu je yang balik termasuk kami sebab yang lain semua dah beraya di Selama masa Raya Puasa hari tu.

Mak buat rendang tok, rendang ayam, lemang, ketupat dengan nasi impit. Oleh sebab masakan mak super sedap, maka MD dengan x malu dan x bersalahnya 10x ulang dok meja makan sambil makan nasi impit dan rendang tok.. haha...

Pukul 10 lebih mak kalut-kalut bersiap nak ke rumah Mak Teh Pah sebab rumah depa ada buat korban. Mak ingat kan raya kedua baru nak buat tapi tetiba dapat call buat raya pertama, memang kelam kabut la dia bersiap takut Mak Teh Pah marah. Mak Teh Pah adalah kakak arwah ayah.

Last-last semua pegi tinggal MD sorang-sorang tunggu Zahra tido. Si Nasywa dah di bawak oleh sepupu-sepupunya ke rumah Mak Teh Pah. MD memang x risau sangat Nasywa tu sebab dia memng sangat independent.. Cuma risau dia terlampau lasak sampai jatuh or luka ke.. Nasywa lasak orang nya. Mungkin terbawa-bawa masa MD mengandung dulu gi rentas bukit belakang ISM, gi jungle tracking kat mane tah area Selangor, berjauhan dari CM (kami PJJ sehinggalah melahirkan Nasywa baru dapat tukar). Berbeza dengan Zahra yang agak manja & sensitif. Masa mengandung Zahra, saya cepat sensitif, mudah tersinggung & merajuk.. Lagi-lagi dengan CM.. Haha...

Pukul 1 mak balik sebab pening, x makan lagi ubat darah tinggi.. So dia makan, siap-siap semayang & pi balik rumah Mak Teh Pah sama-sama.. Tsunami makanan lagi.. Banyak nye la lauk pauk yang ada.. Ohoooiiii.. Heaven sungguh.. Memang makan tanpa rasa bersalah lagiiiii....

Pukul 6 ptg, bersiap-siap pulak la balik ke Kulim, Sampai maghrib. Zahra dah tunjuk tand-tanda x sihat. Meragam je..

8 lebih CM gi keje, Zahra dok ragam-ragam.. Kahak banyak. Sekali muntah brlambak-lambak atas baju sampai ke lantai.. =.='

Pukul 9 lebih dah siap bersih muntah, bancuh susu n etc, bawak budak2 ni tidur. Mak macam biasa tidor jugak.

Pukul 11 bangun sebab teringat x minum collagen, n amik Vit E, GLA Complex dan Ostematrix. Terus mengarang entry ini..

** Tapi kenapa di post esok nya ye? **


Hanni

Monday, 20 August 2012

Hari2 adalah hari raya..


Hehe..rini adalah raya ke2..tp baru terhegeh2 nk tulis ek..haha..well,sibuk sgt..ape leh wat..bila dh beranak dua ni mcm2 la kena wat.. *tu pon ada hati nk beranak 5..hahaha...*

Cik Mat balik ptg sabtu kemarin..saya lak kalut baru nk carik kasut raya nasywa..ajak le opah teman pegang bby zahra..nasywa dalam kedai kasut tu bkn main lg pndang sana sini mencari kasut idaman hati..sgt comel gaya n laku ny tu.. *syg x sempat nk tgkap pic kakak time tu..*

Esok d pagi2 raya,tggal saya dgn anak2 je d rumah..jenuh juga bersilat nak siap kan diri sdr n anak2..yg len semua dah pegi semayang raya..lebih teruk skali tinggal kan rumah dgn pintu yang ternganga luas dan kuah nasik impit yg dh rentung berasap2 satu rumah!adoi...Alhamdulillah x jadi apa..

Lepas diorang semua balik semayang raya,kami bsalam2 n bagi duit raya pd anak buah mana yang ada..lepas tu ke rumah bakal mertua salman,ke rumah mak teh di rapat setia n ke rumah mak long di maju rapat..umah ayah lang ngan ayah cik x sempat nak pegi sbb diorang xde rumah..mgkin lain kali..patu lk balik umah le tdo..

Pas smayang asar saya sekeluarga gerak la balik ke Selama lak.. so ni cerita raya saya wat masa ni..akan upate lg wit pictures...
Published with Blogger-droid v2.0.6