Showing posts with label Cinch. Show all posts
Showing posts with label Cinch. Show all posts

Saturday, 9 May 2015

Cinch Shake Mix

Assalamualaikum..

Pagi ni MD nak share tentang info tentang Cinch Shake Mix. Apa dia Cinch Shake Mix ni kan? Lagi power daripada ESP kalau nak diet. Eh.. ESP pun bagus jugak, cuma ESP lebih 'ringan' dan sesuai untuk ibu menyusu..

Teruskan pembacaan korang..


Cinch Shake Mix - RM183.00 (RP)


Cinch™ Shakes ni tersangatlah sedap dan merupakan cara yang paling berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. Dengan kata lain, Cinch Shake ni membantu tubuh korang dari menjadi gelebeh selepas kurus. Eh.. Macam mana tu?

Begini, untuk pengetahuan anda, dalam cinch shake ni ada kandungan leucine yang dapat membantu kita membakar lemak. Dan dalam masa yang sama memelihara otot badan kita.

Jadi, kalau korang konsisten ambil cinch shake ni dalam masa sebulan tetapi berat tak turun-turun jugak, JANGAN PANIK! Cuba try buat ukuran ataupun perhatikan baju ataupun seluar yang biasa korang pakai.. Adakah ianya semakin longgar atau sebalik nya? Sebabnya walaupun berat masih sama atau kata lain, tiada penurunan, tapi ianya bukan lagi lemak. Sebaliknya sudah menjadi otot. Jadi, badan kita akan nampak lebih kecil berbanding dulu.


Cinch Shake Mix


•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan


Perbezaan Shaklee


Setiap kali korang minum Cinch Shake ni, anda akan mendapat :-

** 24 gram protein
** 24 jenis vitamin dan mineral penting
** 6 gram serat larut.

Jadi, dicadangkan supaya ianya diambil bersama dengan 1 sudu Energizing Soy Protein(ESP) untuk kesan yang lebih wow!!

Perlu ke ambil protien lagi? Ok, kita cadangkan ambil bersama protein adalah sebab protein digunakan untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.

Protein juga boleh membantu menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tak ada la terasa nak mengunyah je kan.


Faedah Utama


Faedah utama yang korang akan dapat daripada Cinch Shake ni adalah :-

  • Indeks glisemik - 22; sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leusine - asid amino.
  • Powered by leusine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  • 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat - 6 gram serat setiap hidangan 
  • Glysemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
  • Terdapat dalam tiga perisa yang sedap - Cafe Latte, Vanilla, Chocolate


Untuk kesan yang lebih optimum, MD sangat mengesyorkan anda menggunakan 1 set Shape Up Set yang di cadangkan.



Testimoni


Jom tengok testimoni-testimoni orang yang dah berjaya meng'cinch'kan badan nya. 








Bukan senang nak kurus, TAPI, tak susah jugak nak gemuk. Ada orang kata, 'aku tak kisah gemuk'. Tapi, kita nak kurus bukan sebab kita jadi Miss Malaysia. Kita nak sihat dan bertenaga. Kita nak fit. Tak mau rasa 'berat' nak bawak badan sendiri. Mengah, sakit lutut.. haish.. muda lagi kut dah nak hadap macam-macam penyakit..

Sekarang ni Shaklee buat offer Set Healthy Fitness ni. Kalau beli 1 set, dapat 5% diskaun tau! Kalau join member pulak, dapat FREE Vita-Lea. Best tu.. Ada lagi offer YES ni pasal nak jana pendapatan dengan program YES. MD akan tulis petang sikit ya.. Tunggu tau..

Nak dapatkan Cinch Shake Mix ni, boleh la hubungi MD di talian - 013.581.82.83 .. 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.





Sunday, 20 July 2014

Jangan Minum Cinch Tea Ketika Bersahur!!

Assalamualaikum semua..

Petang-petang yang damai hari minggu ni, kalian buat apa? Mesti ramai yang tengah bershopping raya kan? MD dah siap shopping baju raya anak-anak last week masa balik Ipoh.. Bersederhana je kali ni. Anak-anak di belikan 2 pasang sorang. Cukup lah. So, petang ni MD saja nak share dengan kalian, kenapa MD kata Jangan Minum Cinch Tea Ketika Bersahur..



Haa.. pelik ek? Bukan ke Cinch Tea ni memberikan tenaga? Habis tu kenapa pulak tak boleh?

Ok, ni sebab musabab nya...

Teh ni menggalakkan pembuangan air. Jadi, ianya bagus untuk buang retensi air.

Salah satu punca retensi air adalah disebabkan oleh kandungan garam (sodium) yang tinggi. Diuresis (pembuangan urin) perlu bagi menyingkirkan garam dan retensi air. Selain itu, diuresis juga bagus untuk menyah toksik. Toksik ni banyak berkumpul di sel-sel lemak.

Jadi, bila kita kencing banyak, garam dan tiksin akan disingkirkan. Badan pun boleh kurus!

Tapiiii, kena ingat, selepas diuresis, kita kena rehydrate semula bagi mengekalkan keseimbangan bendalir dalam tubuh! Abis tu kalau dah puasa, mane lak kalian nak minum air kan..?

Cinch Tea ni walaupun memberikan tenaga, tapi tak sesuai di ambil masa bersahur sebab kesan diuresis tu..

So nak ganti dengan apa?

Ok, untuk sahur, MD cadangkan kalian ambil Cinch Shake atau ESP atau Mealshake dan Performance Drink. Macam MD, bila sahur ambil Mealshakes, ESP dan Cinch Shake Choc. Shake sekali harung semua.. Akhir sekali baru minum Performance Drink.. Alhamdulillah.. Kenyang...


MD

Wednesday, 9 July 2014

Resepi Bancuh ESP yang paling sedap!

Assalamualaikum semua..

Bulan-bulan puasa ni memang kita ni tercari-cari la air yang paling sedap untuk di buat bersahur atau berbuka. kan? hehe.. Lagi-lagi Mak Yong macam MD ni tengok apa semua pun terliur.. =D Meh MD nak share dengan korang resepi bancuh ESP yang paling sedap! Sampai kan korang lepas tu tak mintak dah nak makan benda lain sebab kenyang sangat!!

Sebelum pape, nak ajak korang layan video clip nih.. Mama Chrysalis ni upline MD. Muka fotogenik nya memang buatkan ESP tu nampak sangat berselera sekali!



Ok, tu untuk milk booster. Banyak lagi sebenarnya resepi milk booster ESP yang best-best ni.. meh jemput baca di bawah..

  • ESP + air suam
  • ESP + Fresh milk ( tak kisah air kotak atau susu tepung)
  • ESP + Fresh milk + Kurma (rendam kurma dalam susu. Lepas beberapa jam, boleh blend/shake dan campur dengan 1 sudu ESP
  • ESP + Susu Anmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + Mealshakes Shaklee
  • ESP + Nesvita 3 in 1
  • ESP + Ribena
  • ESP + jus buah (tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
  • ESP + Nilo/Horlicks
  • ESP + Sirap Bandung
  • ESP + Fresh Milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat + 1 sudu serbuk koko (blend)
  • ESP + Koko + Oat
  • ESP + Milo + Susu HL
  • ESP + Kurma + Oat + Susu Tepung + Madu + Air Masak (blend)
  • ESP + ESP + Kurma + Kismis + Badam + Fresh Milk (blend)
  • ESP + Mealshakes + Milo (di minum waktu sejuk)
  • ESP + Nestle Bliss (sedap di minum waktu sejuk)
  • ESP + Kurma + Nestum (bukan 3 in 1) + Mealshakes + Susu Tepung (blend dan bubuh ais kiub)
  • ESP + Kurma + Badam + Avocado + ais (blend sekali)


Kalau nak try smoothies, boleh try macam ni..


  • Segelas fresh milk
  • 1-2 sudu besar natural plain yogurt
  • Fresh fruits (potong kecil-kecil dan frozenkan sebentar)
  • ESP/Mealshakes/Cinch Shake/Collagen Powder (ikut sedap rasa mahukan yang mana)
  • 1 sudu kecil madu
  • Serbuk koko (terpulang)
Blend lah kesemuanya, kemudian minum! Kemudian kongsikan rasa nya yang lazat dengan orang lain.


TAPI, kena ingat tau...


-----> Jangan bancuh protein dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein tersebut akan mudah musnah pada suhu yang tinggi.

-----> Jangan ambil lebih dari 3 sudu besar sehari. Sebab berat nanti buah pinggang nak proses protein yang berlebihan.


Nak order ESP klik SINI.


MD

Monday, 27 May 2013

Cinch Shake Mix FAQ

Assalamualaikum..



Ramai yang bertanya tentang bagaimana Cinch Shake boleh membantu dalam penurunan berat badan.

Tak kurang juga yang nak tahu kelebihan Cinch Shake dengan produk penurunan berat badan yang lain.

Jom kita tengok FAQ ini:


1. Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?

Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.

2. Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?

Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.

3. Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?

Cinch Shake tidak dibuat untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.

4. Cara terbaik minum Cinch Shake

Seperti yang boleh didapati pada canisternya, Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.

5. Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?

Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.

6. Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?

Cinch Shake adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

7. Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?

Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.


Sumber INFO
 Hubungi saya – hanni.kamilla(@)yahoo.com013-5818283 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.


|| Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari My Bestfriend Shop ||
Hanni