Friday, 21 November 2014

Breastpump paling mahal pernah beli!

Assalamualaikum..

Tajuk berbunyi seperti meroyan aje ek.. haha.. tak lah.. bukan meroyan tapi tak percaya yang MD telah membeli breastpump yang mahal!

MD rasa kalau sebut nama breastpump ni memang rasanya menjadi idaman dan igauan ibu-ibu yang menyusukn anak.. Mana tak nya.. baca review semua best2.. Tapi harga nya bukan lah FREE walaupun korang boleh pam pelbagai STYLE! haha..

Yer.. MD beli Medela FS. Macam mana boleh terjebak? Sedangkan dalam hati rasa macam... hm... sayang duit oiii...

Sejak 2011, breastpump pertama guna adalah Pureen manual. Macam dalam gambar. Itu pon sebab kakcik suraya bagi dia punya dulu..


Tapi sebab pam tu dah lama dan nampak pelik, serta tak reti nak gaya kan macam mana, di tambah pulak breast membengkak macam tembikai, menangis lah mintak CM carikan breastpump di pekan koboi Selama..

Dah nama pun pekan koboi kan, jangan la harap ada jual Spektra ke Avent ke.. Memang x de la.. So yang ni CM bawak balik. Eh..ke ada tapi CM saja main sauk je asalkan dia breastpump? Haha..


Tapi siyesly, kalau korang ada terasa nak beli yang macam ni, renti kan la.. sakit wei t*t*k. Macam nak tercabut rasa. Sucking terlampau kuat..

Habis pantang, balik Kulim, sebab kan terlampau banyak masa terluang, dan Nasywa pon asik tidur je, MD banyak habis kan masa dalam group Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM). Cari ilmu tentang penyusuan.. sebab susu banyak.. n bertekad nak susukan Nasywa sepenuhnya dengan susu ibu.

Dalam grup tu jugak berkenalan dengan sorang mommy ni.. dia nak jual breastpump dia.. Avent Single Electric..


Gambar dari google. Maka setia la MD guna Avent ni. Banyak jasa nya pada MD. Dia boleh 3 cara guna. Manual, battery dan elektrik. Mula2 gigih jugak guna elektrik. Tapi bunyi agak kuat. Sehingga ganggu konsentrasi diri sendiri.. Tak la kuat sangat, tapi ada la bunyi macam sesuatu sedang mengepam-bukan sekadar vibrate.. setakat vibrate tu x pe lagi. Bunyi pam tu yg buat rasa annoying..haha..

Tapi lain dari tu, x de masalah. Sangat superb Avent ni. Lama2 malas nak pam dengan elektrik sebab rasa hegeh2 je n dah terbiasa manual, maka yang motor elektrik tu seperti di lupakan.. dok guna manual.. dan marmet..

Sampai lah mengandungkan Aus, Avent tu berehat.. Bila Aus beranak, MD baru teringat pada Avent tu.. Baru teringat, dah berapa lama la agaknya usia pam tu kan.. MD di Ipoh, mintak CM keluarkan dan tangkap gambar untuk di tanyakan kepada yang lebih arif..

Kata yang arif, dah tak sesuai dah sebab lama sangat pam tu.. sejak dari tu MD menimbang-nimbang dan mengintai-ngintai breastpump apa pulak nak pakai kali ni.

Survey sana-survey sini, fikir punya fikir, hati dah berkenan sangat dengan Medela FS. Tapi nk beli baru, harga nya boleh tahan jugak. Almost 2k weh! Nak join kutu FS, tahun bila pulak nak sampai turn sedangkan bulan 12 dah nak kerja. Sehingga lah sorang seller di FB (Rich Ammar Shafiyya) beritahu ada used FS dengan harga....still almost 1k. Terus mintak dia simpan sampai bonus Shaklee bulan 11. Kira reward diri sendiri la..


Semalam dah try guna. Fuh.. syok nyaaaa!! Nampak tak elemen jakun di situ? Ngahaha.. memang jakun la. First time guna breastpump mahal gila. Still exploring, apa lagi si kecik comey ni boleh buat.. nanti MD share lagi kejakunan MD guna FS nih.. haha.. tadi try dalam 10min camtu tak sampai, dapat 8oz. Kalau dulu, harus setengah jam nak perabih dua2 belah.. 😂😂 jimat nya masa..

Dah beli pam mahal ni moh la kita gigih mengepam yep.. baru la berbaloi dengan pelaburan yang di keluarkan.. ye dok?

Tapi. Tapi. Tapi. Korang kena ingat, mahal ke murah pam tu bukan penentu susu kita banyak.. Yang menentukan adalah rajin ke idok korang ni nak mengikut rules penyusun yang betul.. okes? Mahu share dengan MD pengalaman korang dengan breastpump korang? Tinggalkan komen ya..

muah3.. bye..
Hanni

No comments:

Post a Comment