Thursday, 30 May 2013

Interview Session with PHD Student

Assalamualaikum..

Last year saya ada join survey untuk seorang PHD student. Survey tu di isi melalui internet.. Time tu saja lah tolong bantu dia sebab on9 je pun kan.. Lagi pun tajuk survey tu memang menarik - Division of Household Labour.. X sangka pulak PHD student ni (sweet chinese lady) call saya after 1 year untuk buat satu interview session - tajuk yang sama juga.. Terkejut jugak.. 

Dis sweet lady ni memula request untuk interview saya, OK lah.. Lepas tu dia tanya boleh x interview CM sama.. Saya macam...emmm... susah kot nak interview CM ni. Benda2 yang remeh cenggini saya x expect dia akan berminat untuk di interview2.. So saya tolak siap2. Tapi lepas few days dia call lagi untuk tetapkan tempat untuk berjumpa.. Dan masih bertanya boleh x nak interview CM sekali.. Dat time dia call depan CM so CM bertanya lah siapa? kenapa? n etc2.. Saya pun cerita lah serba sedikit.. N suprisingly, he agreed to join!! Macam x percaya je.. Hehehe

So saya pun decide jumpa di Mc Donald je lah. Sebab situ ada playground untuk bdk2 main. Jadi x mengganggu sangat lah.

Participant Information Statement & Consent Form.
Memula dia interview saya dulu - soalan dia yang saya rasa sangat menarik.. "Puan hendak berhenti kerja ke?" Jawapan saya - Dah tentu lah. Memang dah jadi impian saya untuk menjadi surirumah. Tapi bukan surirumah yang ligat menguruskan rumah tangga tapi hujung2 tu letih sendiri dan mengeluh, Ni surirumah yang berkerjaya. Yang ada income dan dalam masa yang sama menguruskan rumahtangga dan melihat anak membesar di depan mata..

Bukan saya memperlekehkan pekerjaan sebagai surirumah. Eh, Surirumah pun satu pekerjaan yang mulia tau! Impian saya sendiri pun nak jadi surirumah. Kenapa? Sebab saya nak urus kan sendiri rumahtangga saya. Saya nak tengok anak2 membesar depan mata saya. Saya rasa impian setiap ibu macam tu kot..

Bukan x suka makan gaji, tapi saya rasa letih. Ya, jadi surirumah juga letih sebenarnya tapi ada kepuasan yang tak terungkap. Kalau bekerja di luar, makan gaji, masa saya dengan keluarga limited. Anak2 lebih dengan pengasuh. Tu yang saya x nak. Saya sangat cemburu. Cemburu dengan anak2 saya.

Banyak lagi soalan yang ditanya, dan saya jawab seikhlas hati saya. Berdasarkan pengalaman berumahtangga saya yang setahun jagung ni. Hehehe.. Mata yang memerhati pun banyak. Pelik kot tengok ape hal tetibe ade sorang minah ni hulur voice recorder pada Mak Dara Jelita..hahaha... Perasan retis la Mak Dara sekejap..

Bila tibe sesi CM, saya beri peluang untuk dia di interview. Ikut kan hati saya mahu dengar. Saya nak tahu juga dari persepsi mata CM. Ye la, CM jarang mahu bercerita memuji2 saya. Tapi dia selalu 'mengusik' saya dengan kritikan yang tidak membina seperti 'Ibu juai ubat kuruih, tp dia sendiri pun gemuk!' Hahaha.. kalau jenis cepat sentap, mungkin saya dah anorexia kut agaknya. Obses sangat nak kurus pd hal diri sdr dah memang kurus.. Tapi disebabkan saya nak bagi privasi pada dia, supaya dia selesa so saya dok la meneman anak2 main.

Kat bawah ni gambar2 2 beradik ni.. Suka pasal x yah kena paksa tidoq awal..Tengok lah gelagat depa.. Kualiti gambar mungkin kurang sebab tangkap dengan ipad. Henpon habis bateri..

Gumbira la si Kakak sebab boleh tidur lambat
Dia wat tempat mainan tu cam dia punya
Adik pon x mau kalah nak main jugak.
Interview tu habis dalam 11.30 mlm.. Kami dapat la voucher diskaun RM20 sebagai saguhati di atas kesudian kami meluangkan masa.. Well saya lebih mengkagumi kesudian CM untuk meluangkan masa.. Im proud of him.. Bukan selalu leh dapat peluang keemasan seperti tu.. =)

No comments:

Post a Comment