Wednesday, 22 May 2013

Tips Perbelanjaan Bijak

Assalamualaikum..



Semalam saya gi kursus SMARTbelanja di LPPKN, Bertam.. Sangat menarik.. Bagi saya lah.. Sebab kita di ajar untuk menguruskan kewangan kita.. Berbelanja secara bijak lah pendek kata nya.. Saya suka lah sebab kadang pengurusan kewangan saya agak tidak berapa nak bijak kadang2.. kui3... Biasa lah, perempuan. Nafsu nya ada 9. Keje dok on9 saje ni, iklan baju baby la, aksesori la, ape la.. Ade je agen pengabih duit.. hahaha...

Ok, serius..


Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji kita ni besar atau pun kecik. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Kita boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja kita.

Ni saya amik tips dari sini.

LANGKAH 1 : MENENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA 

Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Adakah anda merancang untuk

  • Membeli rumah?
  • Membeli kereta?
  • Memulakan keluarga? 
  • Menabung untuk pendidikan anak anda? 
  • Melancong? 
  • Menyediakan perbelanjaan perubatan? 
  • Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara? 

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

LANGKAH 2 : MENJEJAKI KEMANA PERGINYA WANG ANDA 

Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:

  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda 
  • Berapa banyak hutang anda setiap bulan 
  • Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan 

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

LANGKAH 3 : MENILAI TABIAT BELANJA ANDA 

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:

  • Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa 
  • Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama 
  • Hutang anda lebih besar daripada pendapatan 
  • Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak 

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

LANGKAH 4 : MENULIS RANCANGAN PERBELNJAAN ANDA 

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda  di belanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

  •  Tentukan jumlah pendapat bulanan anda 
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain 
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain) 

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.


Zaman sekarang ni RM50 tu dah macam tak ada nilai dah. Barang2 terlampau mahal. Kalau saya bergantung dengan gaji semata-mata, sememangnya tidak mencukupi. Alhamdulillah, sejak join Shaklee, dapat jugak saya simpan sikit2. Dapat juga saya meringankan beban suami dalam perbelanjaan keluarga. Dapat jugak saya membeli keperluan diri saya tanpa perlu saya bebankan suami.. Syok kan..?

Apa yang menarik perhatian saya semalam ada dua.. Kata penceramah tu, jauhi kad kredit jika tak tahu nak uruskan kad kredit. Kedua, jika nampak peluang untuk buat duit, ambik. Jangan tunggu2. Namun, jangan terburu2 sampai x kaji. Ni saya maksudkan untuk skim Pak Man Telo. Esok duit hangus, nangis..

X ada benda mudah dan singkat untuk berjaya. Semuanya perlukan usaha yang berterusan. Nak yang singkat, singkat juga lah masa anda mengecap awan..

Saya nampak peluang saya untuk jana pendapatan sampingan dengan Shaklee. Cuma kena cekal kan hati untuk bersabar dan berusaha..

Till then.. Doa kan saya ya kawan2..
Hanni

No comments:

Post a Comment